Ahad, 6 Mei 2012

KENAPA UMAT ISLAM BUKAN  LAGI
-UMMATAN WASHATTAN-
       
      Mulai pertengahan abad ke 6 hijrah fikiran sebahagian besar Umat Islam telah di lumuri dengan Taqlid, dan mulai menurun hingga terbenamnya Syariat Islam. Mulai abad ke 8 hijrah bangunlah gerakkan SALAFIYEN yang menyeru Umat Islam supaya kembali kepada Al-Quran & Sunnah. Antara mereka ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Imam Ibnul Qaiyiem , kemudian pada abad ke 12 Hijrah, bangun pula Muhammad Abdul Wahab yang terkenal dengan gerakan "Wahabiyah " di Semenajung tanah Arab, dan akhirnya pada abad ke 13 hijrah, bangunlah Syed Jamaluddin Al-Afgani dan Muhammad Abduh serta murid-muridnya seperti Syed Rasyid Ridha. Dan fahaman Salafiyen ini menjalar ke timur ini yaitu ke Indonesia dan Malaysia di pelopuri oleh dan Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin dan kawan-kawannya.

      Kini para Ulama Islam dunia sedang menyambung lidah gulungan Salafiyen ini, karya dan buku-buku gulungan ini dicetak berjuta-juta dan di tebarkan keseluruh dunia, maka kaum mazhab yang berTaqlid buta lemas dan berusaha  menyelamatkan diri  dari berhujah dari kaum Salafiyen ini, hujah Kaum Salafiyen  berdasarkan kepada pokok asasi Islam sebenar yaitu  al-quran dan As Sunnah, mereka  makin bangun menyedarkan umat Islam didunia supaya meningggalkan  Syirik dan bidaah yang sedang menyelubungi umat Islam, dimana dengan penyakit tersebut, mereka ditimpa kemurkaan Allah dan supaya mereka kembali berTauhid menurut seperti ajaran Allah dan Sunnah Rasul. Kerana selama umat Islam masih memuja,mendewa,dan mengutamakan selain Allah maka selama itulah mereka akan kalah dan mundur kebelakang.

Oleh yang demikian, kami dari golongan As Sunnah dirantau ini, menyeru seluruh kaum muslimin sebelah sini supaya insaf dan sedar atas kesilapan kita selama ini, Marilah kita pertahankan Kitab Allah dan Sunnah Rasul secara bersungguh, kerana beban yang amat berat sedang terpikul diatas pundak kita , ia tidak upaya dipikul oleh seorang berdua, ia perlu didukung oleh suatu armada besar yang penuh ikhlas dan amanah.

Marilah kita humbankan jauhjauh segala kekotoran dan penyakit yang selama ini kita hidapi. Kenapakah ramai antara kita masih bimbang dan takut kehilangan pangkat dan kehormatan, kenapa takut diberikan gelaran dan jolokan Kaum Muda, Wahabi, Kaum Baru dan sebagainya, kenapa kecut kehilangan harta dunia, tetapi bergembira dengan kehilangan kehormatan Agama Islam dan kehapusan syari'at Muhammad Rasullullah SAW.

Kami sepanjang masa memohon kepada Allah SWT agar ummat muslimin dikembalikan kedudukan nya ditempat asal yang murni, agar diberi Hidayah dan 'InayahNya dan agar muslimin dikembalikan menjadi Khaira ummatin ukhrijatlinnaas


















































  
asyid





Sabtu, 28 April 2012

                         ALANG ALANG MANDI BIAR  BASAH

Ada orang kata apa salahnya sambutan hari  Maulud Nabi di adakan... dan bukankah berarti membuat sesuatu yang  berfaedah ,malah ini suatu peranan yang perlu sebagai suatu usaha untuk berperanan mengembangkan dan meluaskan agama Islam?
      Amboi sedapnya melayan fikiran demikian.YAH,Kalaulah memang tidak sambutan demikian ada  salahnya dan kalau memang akan di masukkan kesyurga dengan ddemikian,eloklah tambah lagi perarakan semua para sahabat Nabi dan kelahiran Para Pengasas Mazhab Syafiei,juga kelahiran pemimpin yang berjasa.
      Yang paling baik ialah mengadakan tugu-tugu peringatan kemudian berarak beramai-ramai dan teruskan menggunakan akal untuk mencipta beberapa banyak sambutan lagi.
        ORANG ISLAM BELAJAR,mengadakan sambutan hari lahir itu dari Nashara,kalau kaum Nashara menyambut kelahiran Nabi Isa dengan hari Natal ,tetapi mereka sendiri tidak  membuat perarakan besar-besaran seperti yang dibuat oleh anak2 murid sekarang,memang dunia sekarang ini biasanya murid itu lebih pandai dan lebih extreem dari gurunya.
        Kaum Nashara memang memuji-muji Nabi Isa dalam Gerejanya bukan dalam bahasa nabi Isa AS sejak dahulu, mereka menciptanya dalam bahasa sendiri sesuai dengan kebudayaan mereka sendiri,malangnya perubahan yang dilakukan olih murid-muridnya amat canggung.
        Sepatutnya  berzanji dan Marhaban itu asalnya bahasa Arab, dengan kebudayaan Arab, tentunya perubahan itu dibuat dari bahasa hingga kebudayaan Melayu...Ini tidak!!..sekerat Arab sekerat Melayu moden, Pepatah Melayu kan ada..ALANG -ALANG  MENYELUK PERKASAM BIAR SAMPAI KEPANGKAL LENGAN.
         Alang-alang bid'ah biarlah tepat ke Neraka,kan Molek!!berzanji dan marhaban dan Qasidah itu  di buat dalam rentak minang asli atau lebih sesuai dengan rentak kuda........RENONGKANLAH.











Khamis, 26 April 2012

 Assalamualaikum. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan  demi meneruskan perkembangan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW, bolehlah  disalurkan terus ke akaun BANK ISLAM BERHAD Cawangan KUALA PILAH. 

AC/ NO:- 05030010176209. 
Pertubuhan Kebajikan Al-Miezaan 
Negeri Sembilan.
Terima kasih.
 ASALAMULAIKUM,
AL-MIEZAAN AKAN DI AKTIFKAN MENEMUI SAHABAT2 SEDIKIT MASA LAGI, INSYAALLAH. INI ADALAH ATAS SEBAB2 TERTENTU. T.KASIH.

Ahad, 25 September 2011

MESYUARAT AGONG KALI PERTAMA "AL-MIEZAAN"

Assalamualaikum wbt! Kami menjemput Muslimin dan Muslimat yang mendukung Gerakan "Kembali kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah" tanah air untuk hadir ke Bangunan MIS (Madrasah Ittiba Us Sunnah, KM 1.5, Jalan Seremban Lama, Kuala Pilah pada hari Ahad 2hb. Oktober 2011 Jam 10.00 Pagi bagi pelancaran Pertubuhan tersebut yang akan dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YB Dato' Samad Hj. Ibrahim. Kehadiran tuan/puan amat bermakna dan dialu-alukan. Terima kasih.

Rabu, 22 Jun 2011

UCAPAN TERIMAKASIH DARI MADRASAH ITTIBA US SUNNAH


Saya bagi pihak Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah, Kuala Pilah, mengucapkan setinggi syukur kehadrat Allah SWT, kerana kita berkeyakinan setiap kesusahan, disitu ada kelapangan. Dan petang tadi mulai jam 3.30 petang, suatu Kenyataan Media telah diadakan di Dewan MIS yang dihadiri kira-kira 70 orang termasuk para wartawan, Pegawai-pegawai Keselamatan IPD Kuala Pilah, Ketua Cawangan Khas IPK Negeri Sembilan, Penduduk-penduduk Kampung Parit dan sekitarnya yang memberikan sokongan padu kepada gerakan Kembali Kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Turut hadir adalah anak-anak kepada para Pengasas Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah, iaitu Dato' Kamel Bin Dato' Yusof (Ketua UMNO Cawangan Parit), Dato' Norhayati Omar (Ketua Wanita UMNO Cawangan Parit dan Negeri Sembilan), En. Shukri Sharif (Pengerusi JKKK Kg. Parit) Sdr. Farok Ramli (Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan AJK UMNO Bahagian Kuala Pilah), Peguam Izzafi Isther Khan, Ustaz Khairudin Daud (Guru MIS), Ust. Musa Saderi (Mudir MIS). Majlis dimulai dengan Kenyataan Umum yang dibacakan oleh Sdr. Hazman Hashim (anak kepada Aly. Hashim A. Ghani) dengan ulasan mengenai sejarah perjuangan MIS, kemudian penafian penglibatan MIS dengan kumpulan JI oleh Dato' Kamel Bin Dato' Yusof, begitu juga dengan penafian dan yang dibuat oleh Dato' Norhayati Omar dan juga Pengerusi JKKK Kampong Parit Sdr Shukri Sharif. Mereka sebagai orang-orang yang berjawatan di Kampong Parit ini telah menafikan Laporan Akhbar Utusan Malaysia hari ini yang cuba mengaitkan MIS dengan Ideologi JI yang bersifat menghina dan merendahkan itu. Ini sekali gus telah mencabar maruah anak-anak jati Kampong ini khususnya dan masyarakat Kuala Pilah amnya. Kesemua Mereka telah memberikan ulasan mengenai laporan tersebut dan sekaligus menyatakan sokongan atas Perjuangan MIS yang diataskan oleh Allahyarham bapa-bapa mereka dan menyatakan akan mempertahankan MIS daripada dinoda oleh tangan-tangan kotor yang ingin memadamkannya perjuangan MIS.

Selesai penerangan oleh Pendokong MIS tersebut, sessi soal jawab telah dibuka untuk para wartawan. Sdr. Hazman menyatakan harapan, agar para wartawan yang dipanggil dapat maklumat sebenar mengenai MIS terus dari sumber asalnya, bukan melalui tangan kedua dan sebagainya agar maklumat tidak terseleweng dan tiada orang akan teraniaya.


Wartawan yang mewakili Berita Harian, Metro, Sinar, Utusan Malaysia, RTM tidak melepaskan peluang untuk menanyakan pelbagai soalan. Walaubagaimanapun suatu tindakan undang-undang tetap akan diambil terhadap Laporan Utusan Malaysia tersebut, bagi memulihkan kekotoran yang telah dibuat itu.

Majls berjalan dengan baik dan selesai sessi soal jawab, majlis bersurai dengan penuh mesra. Kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat didalam majlis petang tadi. Wassalam.

KENYATAAN UMUM MIS TERHADAP UTUSAN MALAYSIA HARI INI (20-6-2011)

KENYATAAN UMUM

BERHUBUNG DENGAN SIARAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA HARI INI (20-6-2011)

BERKAITAN MADRASAH ITTIBA US SUNNAH

BISMILLAHHIR RAHMANIR RAHIM

Hari ini dalam Akhbar UTUSAN MALAYSIA bertarikh 20-6-2011 dihalaman depan memuatkan berita “HASUT PELAJAR BERJIHAD - AKTIF PENGARUHI REMAJA TINGKATAN 4 DAN 5 TENTANG KERAJAAN” dengan paparan bangunan MIS, gambar Abu Bakar Bashir dan kediaman beliau sewaktu di Kuala Pilah, yang mengaitkan Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) sebagai:

1. Ada kaitan dengan ideologi Jemaah Islamiah (JI) merekrut pelajar tingkatan empat dan lima sekolah agama,

2. Gerakan itu menerapkan unsur-unsur dan ideologi secara halus untuk membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad.

3. Kaedah digunakan melalui ayat-ayat al-Qur’an serta hadits untuk mempengaruhi fikiran selain membuat persiapan menyertai perhimpunan haram.

4. Seorang yang dikatakan Pelajar oleh pihak Utusan bernama Ahmad berumur, 18 tahun, yang mengambarkan kenyataan tersebut ditujukan kepada Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) menyatakan bahawa antara modul yang diajar gerakan haram yang dipercayai beroperasi sejak beberapa tahun dahulu adalah kaedah dan persiapan untuk menyertai perhimpunan haram. Katanya lagi, lebih membimbangkan pelajar-pelajar cemerlang turut terpengaruhdengan ideologi gerakan haram itu. Pelajar pelajar yang direkrut dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina. . Beliau menyatakan lagi terpengaruh oleh rakannya untuk menyertai kumpulan itu semenjak tahun 2009

Petikan diatas adalah kenyataan yang dikeluarkan didalam akhbar Utusan hari ini, dan dengan itu kami MENAFIKAN kenyataan-kenyataan tersebut. dan ia adalah DUSTA lagi PALSU mengenai Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS), dan tidak bersumber dari keterangan yang benar lagi betul. Maka itu kami memanggil Pihak Keselamatan dan Akhbar untuk kami nyatakan KEPALSUAN berita tersebut yang mungkin dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang iri hati dengan Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) yang tidak henti-hentinya menyerang Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) dari pelbagai sudut dan menjadikan AKHBAR UTUSAN MALAYSIA sebagai alat mereka.

Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) semenjak perkembangannya tahun 1957 tidak pernah tersembunyi kegiatannya dari pihak berkuasa. Malah pada tahun 1983, pihak pihak berkuasa Agama Kebangsaan, pernah menghantar wakilnya untuk mengikuti Modul Pelajaran di Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS), dan mereka mengakui bahawa tiada apa-apa pengajaran yang diragui kebenarannya.

Tindakan menyiarkan berita-berita mengenai Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) didada-dada akhbar terutamanya UTUSAN MALAYSIA semenjak mulanya, tidak lain hanya untuk menghina dan merendahkan Jamaah yang berpegang kepada sumber Islam sebenar iaitu Al-Qur’an dan Sunnah Rasul (Hadits Nabi). Tetapi tindakan kali ini, amatlah keterlaluan dan diluar batas prinsip kewartawanan, kerana ia bukan bersifat memcari kebenaran, tetapi untuk membenam dan mematikan Pergerakan Kembali Kepada Al-Qur’an dan As Sunnah Rasul SAW. Maka itu, kami kali ini tidaklah boleh lagi mendiamkan diri dari dihina dan diperlakukan sebegini rupa. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah jam 11.10 pagi tadi melalui report No: Melang/000967/11 bertarikh 20-6-2011.

Juga ingin saya maklumkan kepada semua yang hadir, kami akan mengambil tindakan untuk menyaman Akhbar UTUSAN MALAYSIA atas berita palsu yang amat mengaibkan kami ini dalam masa yang terdekat ini.

Kami juga telah memaklumkan kepada Pihak Keselamatan Daerah dan Negeri, mengenai Press Statement ini, tanpa ada apa-apa perselindungan supaya pihak akhbar sendiri mendapat maklumat yang sahih lagi benar mengenai Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) supaya tidak lagi menjadi bahan mainan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan sekelompok puak dengan memperalat pihak AKHBAR sebagai medan permainan mereka.

Saya masih lagi mempersilakan kepada semua pihak agar menyiasat Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) baik dari segi pentadbiran, kerana kegiatan kami tidak bersembunyi dan berselindung, malah dalam pengetahuan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan juga kerana sejarah pertumbuhan Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) sudah diserahkan kepada baginda melalui dua Memorandum kami. Pihak Keselamatan Daerah Kuala Pilah juga tidak tersembunyi hal berkaitan MIS ini, dan jika ada kegiatan SUBVERSIF di MIS ini, tentu ia dalam makluman dan tindakan Pihak Keselamatan.

Sekian, untuk kenyataan akhbar hari ini bertarikh 20-6-2011 di Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS).

Dikeluarkan oleh:-

Hazman Hashim

Setiausaha

Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS)

Kuala Pilah

Negeri Sembilan

KePada : 20hb. Jun 2011

· · Share · Delete
 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template