Jumaat, 1 Jun 2012

AJARAN SESAT

             AJARAN SESAT BERLELUASA DI MALAYSIA....? 
fikir-fikirlah se jenak .
    
Mereka yang tidak mengetahui maksud Al-Qur'an dan duduk dalam kesesatan menganggap SEGALA YANG HAQ itu SESAT ,dan menganggap KESESATAN yang mereka lakukan itu adalah KEBENARAN.

Ini adalah disebabkan mereka tidak mengetahui langsung  hakikat Islam yang sebenarnya, Islam pada mereka adalah berdasarkan kepada anggapan dan agakan semata, kalangan seperti ini berada di segenap peringkat samada gulungan  atasan mahupun bawahan.

Orang Yahudi adalah pengasas utama untuk menyesatkan orang Islam, Ini berlaku sejak mulai perkembangan agama Islam dizaman Nabi Muhammad saw seperti banyak diterangkan dalam kitab Al-Quran.

Dalam puak Syiah ada suatu golongan yang di sebut GHULUWIYAH ataupun golongan ekstreem ataupun pelampau, golongan ini diasaskan oleh orang Yahudi yang menganut Islam secara menyamar bernama ABDULLAH BIN SABA', yang bertujuan untuk menyesatkan dan menimbulkan huru hara dikalangan umat Islam dengan berkekalan.

Puak Syiah ini terbahagi 3:
Yaitu IMAMIYAH, ZAIDIYAH, dan GHULUWIYAH, itu terbahagi kepada 18 pecahan, salah satu puaknya ialah ISMAILIYAH dan puak ini pula berpecah pula kepada beberapa aliran, salah satu daripadanya disebut Puak BATINIYAH.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template