Isnin, 19 Januari 2009

TARIQAT

TARIQAT

(Kaum Tariqat menjadikan Golongan Tajdid sebagai sasaran fitnah, semenjak akhir-akhir ini ia semakin menjadi-jadi. Ini semua kerana kesebatian dengan amalan tahyul tanpa alasan agama yang sudah meresap begitu mendalam. Kami salinkan hujjah-hujjah penolakan amalan Aurat Muhammadiyah dan yang serupa dengannya oleh H. Hashim A. Ghani)

Alhamdulillah, segenap pujian dan syukur dijulangkan kehadhrat Allah SWT yang mengutus Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan agama yang lurus lagi terang melalui Al-Qu’ran dan Assunnah yang tidak diragui sedikitpun.

Setelah tersiarnya AURAD MUHAMMADIAH yang menjadi pegangan Darul Argam pimpinan Us Ashaari Muhammad, maka jelaslah dimata ummat Islam negara ini bahawa Ahlis Sunnah wal Jama’ ah yang diagungkan oleh ARQAM selama ini sebenarnya bukanlah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi Islam yang dicipta sendiri oleh perganjurnya dengan meminjam dan mengutip dalil-dalil didalam Islam mana-mana yang secucuk dengan fikirannya. Maka demi untuk mempertahankan kesucian Sunnah Rasul SAW yang murni itu, saya membuat sedikit pengolahan mengenai beberapa kesesatan yang dilakukan oleh kumpulan DARUL AR-QAM itu, agar ia tidak menular kepada seluruh ummat muslimin dinegara ini, dan agar penipuan yang amat halus terhadap agama Allah ini dapat dikesan dengan jelasnya.

Kami sentiasa mengharapkan Taufiq dan Hi dayah Allah yang Maha Agung dalam membimbing ummat kearah yang benar. Wassalaam.

H.HASHIM A.GHAN1

Sya’ban-1407.

Mei,1987.

AURAD MUHAMADIYAH:

Ramai rakan keluarga As Sunnah meminta pandangan mengenai Aurat Muhammadiyah, maka itu saya tuliskan pandangan ini menurut kacamata Al-Quran-Hadits, iaitu berdasar ilmu yang sedikit yang ada pada saya, di mana dalam pandangan saya ini sebolehnya dapat dijadikan pelajaran pula bagi saudara yang ingin kembali kepada kitab Al-Quran-Hadits.

Kira-kira 10 tahun yang lalu seorang sahabat yang sepengajian (dalam tarikat ini kepada ustaz Taha Suhaimi) dengan Ustaz Hj. Ashaari telah menghadiahkan buku “Manakib Asy Syeikh As Sayied Muhammad bin Abdullah As Suhaimi” bertulisan tangan huruf jawi kepada saya sambil meminta ulasan saya, tetapi saya juga tidak mengulasnya kerana setelah membacanya saya dapati isinya banyak diselaputi dengan syirik, bagaimanapun pada tahun 1975 saya telah susunkan sebuah buku berjudul “INTISARI TAUHID” dimana banyak menyinggung soal syiriknya menyeru dan beristighasah kepada Syeikh dan orang yang sudah mati, seperti memohon bantuan kepada Syeikh Suhaimi.

Dengan tersiarnya buku Aurad Muhammadiah itu bererti sudah begitu jelas pendedahan segala aqidah dan amalan kumpulan Darul Arqam pimpinan Ustaz Hj. Ashaari yang amat mengelirukan ummat Islam dirantau ini, manakala diteliti didapati terlalu jauh penyelewengannya dari Ahlis Sunnah wal Jama’ah, apa lagi dari Al-Quran-Hadits, segala nama yang dipakai samada Ahlis Sunnah wal Jama’ah dan Quran-Hadis adalah sebagai topeng dan perisai sahaja untuk mengaburi mata ummat Islam sebenarnya, sedang apa yang sebenarnya bahawa ajaran dan amalan kumpulan itu dipenuhi dengan takhyul, khurafat dan bid’ah, malah banyak sekali unsur syirik didalamnya dimana tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat, Tabi’ien dan Para Imam muslimin, segala ajaran dan amalan yang terkandung didalam buku itu tidak mempunyai dalil yang sah kecuali kebanyakan dari pemimpinnya, kebanyakan dalil yang dimuat ialah kitab-kitab Sufi dan kata kata kaum Tarikat Sufiyah yang sesat, termasuk pula dalil-dalil dari kitab barzanji yang bukan dari kitab rujukan yang benar.

Maka Aurad Muhammadiah itu sebenarnya bukan suatu buku yang harus dibaca oleh orang yang ingin mencari hakikat Islam yang sebenar dan harus dijauhi dari orang-orang yang jahil, kerana buku itu akan lebih menyesatkan dan menjauhkan orang Islam dari Siratil Mustakim, ia membawa kepada kebekuan, menerjunkan pengikutnya kepada Taklid dan ta’sub yang dilarang oleh Islam, ia sedang dan akan menerapkan ajaran sesat yang dilarang Allah seperti ahlil Kitab:

ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَـٰنَهُمۡ أَرۡبَابً۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ

“Mereka jadikan Guru dan Pendeta mereka selaku tuhan selain dari Allah

(At-Taubah: 31)

Sudah jelas semua pengikut jama’ah ini menjadikan Syeikh, guru-guru samada yang hidup maupun yang mati sebagai tuhan yang dipuja dan dijunjung, segala fatwa dan ajaran Syeikhnya sahaja yang dipakai dan banyak ajaran deari Al -Quran dan Hadits Nabi yang ditolak dan diketepikan.

Gulungan Darul Arqam anjuran Hj. Ashaari ini sudah tercebur kepada syirik yang besar disebabkan memohon pertolongan kepada jin dan rijal Ghaib, beristighasah kepada orang mati, memuja wali-wali dan keramat selain dari Allah yang sangat tidak diizinkan oleh Islam mereka membuat alasan yang serupa dengan alasan kaum Musyrikin iaitu:

مَا نَعۡبُدُهُمۡ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَآ إِلَى ٱللَّهِ زُلۡفَىٰٓ

“Kami tidak mengibadati mereka ke cuali semata-mata supaya mereka mem perdekat (antara) kami kepada Allah sedekat-dekatnya. (Zumar-3)

Gulungan ini menjadikan Syeikh Muhammad As Suhaimi yang digelar sebagai Kiyai Agung sebagai pusat pemujaan (selain dari Allah) yang dianggap pula Syeikh itu ghaib dan tidak mati melainkan akan kembali pula kedalam alam lahir ini kelak sebagai Imam Mandi yang ditunggu-tunggu, mereka memohon kepada Allah melalui Kiyai Agung ini kerana menganggap Kiyai Agung itu orang suci yang dapat mendekatkannya kepada Allah, ini disebabkan dalam anggapan mereka bahawa Allah tidak kenal dan tidak tahu hal mereka kecuali melalui Kiyai Agung. Ini terang mereka beranggapan Allah SWT tidak tahu hal ehwal makhlukNya, ini suatu anggapan yang ada pada zaman jahiliyah.

Dalam membela akidah syiriknya itu berbagai alasan berdasarkan khayalan dikemukakan, semua alasan itu serupa seperti k a u m musyrikin yang disebutkan Allah didalam KitabNya. Gulungan Darul Arqam juga mencipta berbagai amalan (Ibadah) yang tidak ada dasarnya dari Al-Quran-Hadits, seperti berdendang dan bernyanyi dalam lbadahnya, sebelum dan sesudah shalat, dalam Tahlil, shalawat, doa dan lain-lain, sedang pekerjaan seperti itu tidak pernah dilakukan oleh pembawa syariat Muhammad Rasulullah SAW dan para Sahabatnya, ini berarti Darul Arqam dan Ustaz Hj. Ashaari lebih bijak beribadah dari Rasulillah SAW, atau dengan sendirinya menuduh bahawa Rasulullah SAW dahulu telah menyembunyikan risalahnya, yang diberikan hanya kepada orang tertentu seperti Ustaz Hj. Ashaari sahaja.

Baliau membuat alasan dengan khayalan sendiri bersumberkan Kitab Barzanji yang penuh dengan bid’ah itu, dan dalil yang mengelirukan. Padahal dalam sejarah kehidupan Muhammad Rasulullah SAW dengan para Sahabatnya tidak pernah melakukan demikian, tidak pernah mengumandangkan lagu dengan Irama mendayu dalam segala hal terutama dalam Ibadah shalat, kenapa begitu berani membuat bid’ah sampai diikut oleh ribuan jama’ah tanpa malunya terhadap ahli ilmu.

Sementara itu kaum Arqam anjuran Hj Ashaari ini mereka-reka pula wirid-wirid tersendiri yang bukan dari susunan para ulama yang mu’tabar, dengan menghadiahkan pahala AL-FATIHAH kepada Nabi Muhammad SAW, Sahabat-sahabatnya, kepada segala Nabi dan Rasul, kepada seluruh wali dan orang shaleh, mu’minin, lelaki, perempuan yang masih hidup atau mati, kepada Ibubapa, dan kepada Syeikh Khirullah Suhaimi, teristimewa pula dihadiahkan AL-Fatihah itu kepada penghulunya Syeikh Muhammad Suhaimi (yang dianggapnya ghaib). Tidak pernah terdapat dalam hadits yang sahih dan amalan para Imam Muslimin manakala hendak beribadah dimulakan dengan menghadiahkan pahala bacaan AL-FATIHAH kehadrat Nabi dan para wali seperti yang dibuat oleh Darul Arqam yang dipimpin oleh ustaz Ashaari itu, kalau ada tentu ada riwayatnya sampai ke pada kita sekarang melainkan semuanya direka oleh mereka sendiri.

SYAHADAH

Ajaran dan amalan yang menyeleweng benar dari dasar pokok Islam ialah Syahadahnya. Dalam Aurad Muhammadiyah itu didedahkan dengan terang bahwa Syahadahnya lebih dari yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, disamping dua Kalimah Syahadah dimasukkan lagi Abu Bakar As Siddiq, Umar Al-Faruq, Utsman, Ali dan Muhammad (Imam Mahdi- Syeikh Suhaimi), Syahadah seperti ini adalah bathil dan haram digunakan oleh Muslimin kerana bukan Syahadah yang diajarkan Rasulullah SAW. Ini semata-mata bid’ah yarig direka oleh guru Tarikat, ini tidak ada didalam Sunnah. Ustaz Hj. Ashaari membela Syahadahnya itu dengan memainkan ilmu Nahu yang begitu ketara lemahnya untuk dijadi helah, padahal jika benar ungkapan sesudah dua Syahadah itu tiada kena-mengena dengan dua kalimah Syahadah itu kenapa dimasukkan dalam Syahadah. Dan apa kena mengenanya Muhammad al Mandi (Suhaimi) itu dengan Muhammad Rasulullah dan apa pula kaitannya dengan Khulafaur Rasyidin, Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali, dan bilakah Rasulullah SAW mengaku Muhammad Al-Mandi (Syeikh Suhaimi) itu menjadi Khalifahnya.

Tidak dapat dinafikan lagi oleh Ustaz Hj. Ashaari bahawa Syahadahnya melebihi dari yang diakui oleh Rasulullah SAW, kerana ia telah diamal dan dicatatkan dalam pelajarannya, helah memainkan ilmu Nahu itu tidak membela kesalahan pokoknya.

BERTARIQAT

Serupa dengan kaum sufi dimana-mana maka Darul Argam nampaknya menganut Tariqat dan ilmu-ilmu kebatinan yang diambil di tanah Jawa, kita tahu bahawa ilmu kebatinan ditanah Jawa amat masyhor, kepercayaan kepada wali keramat amat mendalam, pemujaan kepada makhluk ghaib menjadi agama mereka, mereka sebatikan antara Islam, Hindu dan Budha dalam bentuk Islam, dan segala amalan itu disesuaikan dengan dalil yang dicari-cari dalam Islam, mereka tidak memperhitongkan apakah dalil dan sandaran itu benar atau tidak.

Nama “Ahlis Sunnah Wal Jama’ah” digunakan sebagi topeng oleh kaum Sufi untuk melaksana kan ajarannya, kita dapati Darul Argam menggunakan nama ini padahal mereka terjauh dari “Sunnah Rasul dan Jama’ah ketua-ketua Muslimin”. Sebaliknya konsep “Syariat, Tariqat, Ha qiqat, ma’rifat” diterapkan dalam Darul Arqam, Teori ini adalah suatu teori yang ada dalam kaum sufi, iaitu setelah syariat dijalankan, mereka akan menganuti satu jalan (tariqat) dengan amalan yang dicipta oleh syeikhnya sendiri, yang dengan itu dalam teori mereka akan sampai kepada suatu hakikat yang sebenar (yang haq), dan dari situ dengan mudahnya akan sampai kepada maqam Ma’rifah, dan bagi mereka yang menjejak ketahap Ma’rifah itu akan terbebas dari ikatan Syariat, kerana itulah maqam wali-wali dan para nabi. Bagi mereka yang telah menjejak maqam ma’rifah ini dipercayai ada yang terbebas dari syariat, kerana itu ada antara mereka yang melakukan lain dari syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Bagi tahap ini pada anggapan mereka mereka menjadi orang yang muqarrab (orang terdekat) kepada Allah SWT. maka segala perbuatan yang salah pada pandangan syariat tetapi tidaklah salah pada hakikatnya. Dalam Aurad Muhammadiah itu jelas sekali bahawa wirid-wiridnya direka sendiri, dan me lakukan lain dan lebih dari yang diaturkan oleh pembawa syariat dengan alasan jika Nabi yang tidak berdosa itu berbuat 70 kali istighfar sehari semalam maka kita yang berdosa ini tentulah boleh lebih dari itu (sebanyak 250 kali), maka demikianlah lain-lain amalan, semuanya menurut khayalannya, tidak sekali-kali menurut pimpinan Rasul dalam Sunnahnya. Puak Darul Arqam anjuran Hj. Ashaari ini menganggap segala amalan dan Ibadah itu boleh dicipta sendiri, mencipta Ibadah itu bukan suatu bid’ah tetapi itulah Ahlis Sunnah wal Jama’ah, mereka tidak mengindahkan hadits-hadits Nabi SAW.berikut ini:

“Kamu wajib menurut sunnahku dan (sunnah) Khulafa ur Rasyidin yang terpimpin”.

“Barangsiapa membuat rekaan didalam urusan kami ini, yang bukan daripadanya, ia tertolak”.

Kaum Darul Arqam ini tidak mengindahkan semuanya ini, melainkan semua amalan mereka direka sendiri kemudian dikatakannya “inilah amalan Ahlis Sunnah wal Jamaah, alangkah bohongnya mereka ini.

MANAQIB

Seperti lain-lain Tarikat, Ustaz Hj. Ashaari telah membentangkan Manakib atau latar belakang sejarah pengasas Tarikat Muhammadiah Syeikh Muhammad As Suhaimi, tentang asal-usul yang dikatakan berketurunan dari zuriat Nabi Muhammad menerusi galuran Husain bin Ali bin Abi Talib dengan Fatimah puteri Rasulullah SAW. Dibentangkan banyak kelebihan dan keke ramatan bagi membuktikan Syeikh Muhammad As Suhaimi itu adalah waliyullah. Dalam Manakib itu penyusunnya telah mengangkat Syeikh Muhammad As Suhaimi lebih besar atau setara dengan Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW tidak mengetahui perkara ghaib, tetapi Syeikh itu mengetahui yang ghaib, dan banyak kejadian luar biasa seolah-olah menyaingi Nabi Muhammad yang mempunyai Mu’jizat, Syeikh Muhammad As Suhaimi boleh berjalan beberapa saat sahaja ketempat yang jauh saujana mata memandang.

Dalam Manakib itu diterangkan pula bahawa Rasulullah SAW telah menemui Syeikh As Suhaimi dalam Ka’bah lalu mengajarkan Aurad Muhammadiah itu dengan segala kaifiatnya. Sebelum itu, waktu di Singapura Rasulullah pernah datang bersama Habib Nuh (dalam mimpi) menemui Syeikh Muhammad Suhaimi setelah mengampunnya, sebabnya ialah kerana Syeikh itu pernah mengamalkan bacaan Maulud Diba-’i.

Sekali pandang kita nampak bahawa, Syeikh Muhammad As Suhaimi itu adalah seorang Nabi baru selepas Nabi Muhammad dengan membawa satu syariat baru yang diperkuat pula dengan mu’jizatnya. Atau sekiranya dipercayai, berarti Rasulullah SAW dahulu ada terlupa dalam menyampaikan syariat atau sengaja menyembunyikannya kepada Ummat sezamannya maka setelah Kiyai Agung muncul barulah baginda datang dalam mimpi menyampai tambahan yang disembunyikan itu. Padahal Allah telah mengakui babawa Agama yang diturunkan kepada Muhammad dan Ummatnya sudah sempurna dan selesai dan diridhai Islam yang sudah sempurna itu menjadi Agama:

ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬ا‌ۚ

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama, kamu buat kamu, dan telah Aku cukupkan ni’matKu atas kamu, dan telah Aku ridhai Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah:3)

Amat menghairankan kaum Arqam tidak terfikir sedikitpun bahawa segala rekaan dan khayalan mereka sudah membawa kepada pengertian menuduh Rasulullah SAW sudah mengkhianati risalahnya, ia itu suatu tuduhan yang sangat berat terhadap amanat Rasul. Dalam Manakib itu dipaparkan beberapa kelebihan dan keganjilan Syeikh As Suhaimi malah lebih ganjil dari yang dialami oleh Rasulullah SAW, umpamanya Syeikh itu berada ditiga tempat yang berjauhan dalam masa yang sama, dalam waktu yang sama beliau berada di Mekkah dan Singapura beliau boleh menghilangkan diri, boleh mengadakan buah anggur dengan tiba-tiba dalam songkok hajinya, semua ini bertujuan untuk mempengaruhi kaum jahil yang tidak berilmu.

Rasulullah SAW, tidak pernah (malah dilarang) supaya diseru namanya oleh ummatnya untuk mendapatkan pertolongan dalam masa kesusahan, tetapi Syeikh Suhaimi berpesan kepada keluarga dan muridnya supaya menyeru namanya dikala bahaya. Kalau benar demikian, maka ini bererti Syeikh itu mensyarikat dirinya dengan Allah SWT (Subhanallah), dan mengajar keluarga dan murid-muridnya supaya melakukan syirik, dan jika memang demikian dilakukan oleh murid-muridnya (termasuk Haji Ashaari Muhammad) maka sudah jelas mereka ini bukan dari gulungan mu’minin, tetapi dari gulungan Musyrikin, kerana Allah melarang menyeru selain dariNya dalam banyak tempat didalam Al-Quran, antaranya ialah:

فَلَا تَدۡعُواْ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدً۬ا

“Janganlah kamu seru satupun selain dari Allah”. (Jinn: 18)

Amat banyak ayat-ayat Allah yang melarang melakukan seruan kepada selain Allah itu di dalam Al-Quran, tetapi mereka ini memutar ayat-ayat yang Muhkam itu menjadi keliru dan dita’wil pula sehingga membolehkan mereka, mengambil orang perantaraan iaitu wali dan Sye kh yang ghaib seperti yang dilakukan oleh kaum Musyrikin yang memuja ruh yang ada dalam berhala.

HIDUP SEMULA

Mazhab al Arqam pimpinan Haji Ashaari Muhammad yakin bahawa Syeikhnya Syeikh Suhaimi hanya ghaib, bukan mati, ia akan kembali semula dialam nyata ini, kerana ia hanya meninggal “Dikampung Teluk Pulai, Kelang, Selangor pada.21hb Rejab. 1343h(1925m)”. Mereka percaya yang dikebumikan itu ialah “ganti” Syeikh Suhaimi sahaja, bukan sebenarnya, sebenarnya ia masih hidup dalam alam ghaib.

Syeikh Suhaimi akan memberi pertolongan pada bila-bila masa dengan jalan ghaib manakala diseru dan dipinta pertolongannya dan dalam ilmu silat sundanya cuma membaca sepotong dua mentera kemudian seru Syeikh Suhaimi, maka ia akan bijak berpendekar. Kerana kemasukan jin, sebenarnya inilah syirik, keluar dari Islam dan Murtad – na’uzubillahi min za alik.

Rupanya kepercayaan agama Budha dan Hindu telah menjadi sebati dalam kaum Arqam Haji Ashari ini, iaitu bahawa orang-orang yang mendapat keutamaan seperti wali dan keramat itu akan hidup semula, dan kepercayaan “tanasukh” iaitu ruh wali-wali itu akan menjelma kepada manusia lain sedang menjadi impian kaum Argam Hj. Ashaari ini. Kepercayaan Hj. Ashaari ini amat dipertahankannya pads bab:15 dalam buku nya itu.

Sikap Hj. Ashaari beria-ia benar mempertahankan Syeikh Suhaimi dan memuja dengan ber sungguh-sungguh itu tidak lain ialah kerana ia lebih mengutamakan waliullah dari Nabi Muhammad SAW, sedangkan Nabi Muhammad SAW itu adalah Rasul Utusan Allah yang wajib diikuti, segala-galanya telah lengkap dalam ajaran dan sunnah Rasul itu! Apa perlunya dengan Syeikh Suhaimi, dan segala wali dan Nabi yang lain, meskipun ditaqdirkan ia bangun semula didunia ini, Syariat yang wajib diikuti ialah syariat Nabi Muhammad SAW bukan pesanan, ajaran, dan peninggalan Syeikh Suhaimi atau lainnya.

Tetapi malangnya kaum tariqat Arqam Hj. Ashaari ini lebih cinta dan mentaati ajaran Syeikh Suhaimi dari ajaran Rasul Utusan Allah, mereka ini menganggap meninggalkan ajaran Syeikh Suhaimi adalah satu kedurhakaan tetapi memandang ringan ajaran Rasul SAW tidak mengakibatkan dosa satupun – La haula wala quwata illa billah .

Hadits Nabi:

“Tidak akan jadi beriman sesaorang kamu sehingga jadilah aku lebih Ci kasihi kepadanya dari anak, bapa dan manusia semuanya”. (H.R. Bukhari)

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادً۬ا يُحِبُّونَہُمۡ كَحُبِّ ٱللَّهِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَشَدُّ حُبًّ۬ا لِّلَّهِ‌ۗ

“Antara manusia itu ada yang menjadikan sekutu-sekutu selain dari Allah, mereka mencintai sekutu-sekutu itu serupa seperti mencintai Allah, sedang orang-orang beriman adalah terlalu sangat cintanya kepada Allah. (Albaqarah:165)

Sebenarnya kaum Arqam anjuran Hj. Ashaari ini tidak upaya memahami ilmu Tauhid, apalagi Tauhid salaf, jika ia memahaminya tentu ia akan malu dan tidak sanggup mendedahkan ke jahilan syiriknya itu, dan dengan pendedahan itu membuktikan bahawa kepakaran dalam dakwah dan syarahannya selama ini semata saduran dan palsu belaka, dan hasilnya sekarang bahawa Hj. Ashaari telah sesat dan menyesatkan segolungan besar ummat Islam dirantau ini.

“Bertaubatlah kamu kepada Allah seperti Taubatnya Nasuha (iaitu bertaubat sepenuh jiwa)”.

(At Tahrim

BAB KEDUA

BID’AHNYA WIRID ARQAM

Firman Allah SWT:

Tidak sayugianya bagi lelaki beriman dan perempuan beriman apabila Allah dan RasulNya memutuskan satu urusan ada pula pilih-memilih dari urusan mereka sendiri, dan barang siapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka berarti mereka sungguh sudah sesat dengan terangnya”. (Al Ahzab: )

Firman Allah SWT:

“Apa jua yang dibawakan oleh Rasul itu hendaklah kamu pegang dia, dan apa jua yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi dia”. (Al. Hasyr:7)

Dua Ayat Al-Quran itu sudah cukup untuk tidak menerima pelajaran dalam syariat Islam ini selain dari yang dibawakan oleh Rasulullah SAW. kerana Umat Islam sudah memiliki cara beraqidah dan beribadah dari pesaka yang ditinggalkan oleh Muhammad Rasulullah itu ialah Al-Quran-Hadits.

Segala wirid sudah lengkap tersebut di dalam As-Sunnah, tetapi kita tidak jumpa langsung didalam hadits-hadits Rasulullah seperti yang diamalkan oleh kaum Arqam anjuran Us. Ashaari ini. Tidak terjumpa susunan seperti AURAD MUHAMMADIAH, tidak ada dalam kitab-kitab hadits yang enam, tidak ada dalam kitab kitab fiqeh Imam yang empat dan kitab-kitab ulamak yang muktabar.

Tidak dapat tidak ia dicipta dan disusun sendiri dengan sengaja membuat bid’ah oleh penyusunnya dan cara-cara mengamalkannya juga dicipta sendiri jauh dari apa yang diamalkan oleh Rasulullah dan para Sahabatnya, sedangkan segala perkara mengenai Ibadah adalah haram dicipta dan dilakukan oleh para hamba ini kecuali yang ada dasarnya dalam syariat.

BERDENDANG

Haji Ashari mengemukakan alasan berdasar fikirannya semata-mata dalam menegakkan wirid Muhammadiyah itu, berdendang, berlagu penuh irama yang menjadi amalan Arqam dalam Ibadahnya dipertahankan, seolah-olah perbuatan itu ada dalam Ibadah Islam, kerana menurutnya Islam ini luas, segala yang kita buat dan baca atau tuntut itu hanya serpihan atau debu debu kecil dari sebuah gunung i1mu yang maha besar, kata-kata seperti ini adalah kata kosong bertujuan untuk menutup kelemahan.

Kenapa Hj. Ashaari tidak tunjukkan hadits Nabi SAW, dikitab hadits mana adanya Nabi mengamalkan wirid seperti itu, dengan menyanyi berlagu lagu, kalau benar, kenapa disurukkan, kenapa semuanya ragu dan samar, cara membuat alasan dengan mereka-reka menurut akal sendiri seperti itu bukanlah ajaran Nabi Muhammad saw.

Menggubah kata-kata berbentuk puji-pujian dan sanjungan serta doa dan harapan yang indah dan hebat lantaran dipersembahkan dengan irama merdu yang menggetarkan kalbu. Demikianlah maka tersibarnya Tahlil, Selawat, Taubat dan doa-doa yang disambungkan amalan para wali oleh ahli-ahli Jemaah Darul Arqam.

Kata-kata ini terang manunjukkan segala itu direka dan digubah oleh mereka sendiri, padahal Rasululah sudah jelaskan bahawa:

“Sesiapa yang mengerjakan satu amal yang bukan dari perintah kami maka amalan itu ditolak”.

(H.R.Bukhari, Muslim)

Oleh yang demikian, mengadakan lagu-lagu yang menarik dan menyeramkan sebelum dan sesudah shalat, bersuara beramai-ramai dalam satu irama dalam Tahlil, doa, Selawat, Taubat dan sebagainya yang dilakukan oleh Arqam adalah dari unsur agama Nasara (Kristian) digerejanya ia bukan dari ajaran Nabi Muhammad SAW.

Melagu-lagukan ayat Al.-Qur’an yang menjadi alasan Hj.Ashaari itu bukan begitu caranya ia terpulang kepada jiwa dan ketenteraman sesaorang yang membaca dengan “tartil”, bukan beramai-ramai seperti Ar-qam. Perbuatan itu adalah “Bid’ah Munkarah”. Alasan bahawa Rasulullah membenarkan para mukminin Madinah melagukan pujian pada baginda ketika baginda tiba dikota Madinah al Munawarah, lalu didendangkan dan disembahkan kata indah irama merdu, alasan itu tidak tepat kerana cerita sambutan dengan lagu dan perarakan itu tidak betul, hadits atau sejarah mengenainya amat keliru, dha’ief.

Mari kita perhati hal tersebut yang ditulis oleh Syeikh Nasiruddin al Baany dalam kitabnya “Silsilatul Ahaadits ad Dha-iefah” jilid 1 m.s. 63 berikut ini:-,

Hadits ini Dha’if: diriwayatkan oleh al Hasanil Khal’iey dalam “al Fawa-id” 2/59, demikian juga Imam Baihaqi dalam “Dala-ilun Nubuwah: 2/233 dari Fadhal bin al Habbab, katanya, aku dengar Abdullah bin Muhammad bin Aisyah mengatakannya lalu disebutnya.

Berita ini sanadnya dha’if , Rijalnya tsiqat (kepercayaan) tetapi mu’dhal, kerana gugur sanad-sanadnya tiga orang atau lebih, Ibnu Aisyah ini adalah guru Ahmad beliau memursalkannya, dengan itu al Hafidz ‘Iraqi katakan cacat didalam “Takhrijul Ehya’ Ulumuddin” 2/ 244).

(Ada sambungan)

kembangnya faham Syiah dan Khawarij, hingga kini masih kedapatan dan perbuatan seperti ini tidak menghairankan, kerana tradisi bukan Islam itu dibawa kedalam Islam dilakukan atas nama Islam dan untuk bertakarrub kepada Allah. Mereka juga melahirkan tarian beramai atas nama zikir dan mengingat Allah, dengan syair dan gurindam yang menusuk hati.

Dari itu lahirlah lagu-lagu merdu dalam Qasidah, Marhaban, berzanji, nazam, nasar, tarian zapin dan dari situ timbul berbagai sambutan, perayaan, pendewaan, haul, maulud. Mereka ini telah diperkuda oleh Iblis, segala perbuatan syaitan ini disangka baik dan berpahala belaka, mereka adakan dalil berdasar sambutan penduduk Madinah terhadap Nabi Muhammad SAW dan buku berzanji.

Mereka jadikan buku “Dalailul-Khairat” yang penuh dengan khurafat, syirik dan munkar, mereka jadikan buku “Burdah Buaisiri” sebagai dasar memetik syair dan lagu, dan “Nahjul Burdah” bagi Syauqi untuk qasidah dan marhaban, kerana didalamnya penuh dengan syair yang amat mendalam tetapi padat dengan syirik, meletakkan sifat Muhammad sama dengan sifat uluhiyah (ketuhanan) Allah SWT. Mereka menyeru Muhammad mereka bersumpah dengan Muhammad Mustafa, mengangkat Muhammad Rasulullah setaraf dengan Allah.

Maka dalam “Aurad Muhammadiah” penuh dengan khurafat dan munkar itu, tetapi dipertahankan oleh Hi. Ashaari dengan alasan khayalan otaknya, dan digunakan sedikit ayat al Quran atau hadits yang sesuai dengan Tariqatnya. Padahal Allah SWT melarang perbuatan menyanyi, menari dan bergendang itu kerana ia adalah Jahiliyah.

(24) Firman Allah SWT:

“Tidak lain Ibadah mereka disisi Baitullah itu melainkan siulan dan bertepuk tangan. Oleh itu rasakanlah siksa pedih disebabkan kekufuran kamu”. (al-An’aam: 35)

Bersiulan itu ialah tiupan serunai, nafiri yang mengeluarkan suara sama ada sendiri atau dari alat lain, termasuklah semua alat pancaragam. Bertepuk tangan: itu ialah rentak sebarang tarian, lenggang lenggok yang mempunyai gaya rentak mengandungi Irama, semua ini dipergunakan oleh jahiliyah yang tidak bertamadun dalam Ibadah persembahan bagi dewa-dewi. Kerana itulah datang Islam membatalkan semuanya, kerana melahirkan syirik terhadap Tuhan Yang Maha Agung Allah SWT.

Alasan dari Buku Maulid Nabi susunan Saidina Jaafar, sebagai dalil agama adalah amat meleset, hanya orang jahil menjadikannya dalil, kerana dalam kitab berzanji itu penuh dengan syirik, bid’ah. Pujian terhadap Rasulullah melebihi keizinan Allah dan RasulNya, ia mengangkat Nabi Muhammad setaraf dengan Allah SWT, seperti kaum Nasara mengangkat Nabi Isa setaraf dengan Allah SWT, padahal Rasul-Rasul itu adalah hamba Allah dan Utusan Nya.

Membuat alasan dari perjalanan orang-orang yang dianggap wali, keramat, kerana abid dan waraknya lalu kita menerima fatwanya – adalah dalil khayalan belaka, alasan sebenarnya dalam Islam ialah dari Al-Quran-hadits. Kalau begitu kaum Khawarij lagi warak, lebih abid, lebih indah pembacaan al-Qurannya, lebih banyak sembahyangnya. Abdul Rahman bin Muljam yang membunuh Ali ‘bin Abi Talib terus berzikir sehingga lidahnya dipotong, dahinya hitam kerana terlalu banyak sembahyang, tetapi ia adalah kafir pembunuh Khulafa’ Rasyidin.

Wali-wali Allah ialah mereka yang beriman dan bertakwa, dan semua amalan dan perjalanannya menurut sunnah Rasul terutama Ibadahnya, jika Ibadahnya bukan menurut Sunnah Rasul, banyak bid’ahnya, apa lagi jika mengajak manusia menyeru “serulah nama aku”, dan menyuruh manusia supaya meminta pertolongan secara ghaib kepadanya, maka ia bukanlah wali Allah, malah ia wali syaitan, kerana wali Allah mengajak manusia menyeru dan beribadah kepada Allah dan menuruti amalan RasulNya.

Firman Allah SWT:

“Tidak layak samasekali bagi manusia yang diberikan darjat oleh Allah menjunjung Kitab, Hikmat dan kenabian, kemudian ,berkata kepada manusia: “Jadilah kamu semua orang orang yang beribadah (menyeru) kepa daku selain dari Allah”. (Ali Imran: 79)

Oleh itu jika ada orang yang disangka wali yang mengajar murid-muridnya supaya menyeru dan memohon kepadanya untuk mendapat pertolongan secara ghaib darinya, ketahuilah bahawa itu bukan wali Allah. Allah memerintahkan supaya menjauhi diri dari wali-wali syaitan, meskipun ia boleh ghaib dan terbang diudara dan boleh melakukan perbuatan luarbiasa seperti berada pada dua tempat yang jauh dalam satu masa, atau boleh memberitahu perkara yang ghaib.

Mimpi seorang alim, mimpi seorang wali tidak layak dijadikan alasan agama, terutama mengenai aqidah dan Ibadah dan mempercayai Syeikh Suhaimi berjumpa Nabi dalam Ka’bah kemudian menyampaikan Aurad Muhammadiah untuk menjadi amalan ummat ini, maka mempercayai demikian adalah suatu kedurhakaan kerana ia mengandungi tuduhan bahawa agama Islam masih belum sempurna, sedang Allah sudah menyempurna, melengkapkan dan meredhai untuk diamalkan (al-Maidah: 3).

Sabda Rasulullah SAW:

“Sabda Rasulullah SAW: Tidak aku tinggalkan sesuatu yang dapat mendekatkan kamu ke Syurga melainkan sesungguhnya sudah aku sampaikan dia kepada kamu. Dan tidak ada sesuatu yang boleh menjauhkan kamu dari Neraka melainkan sudah aku sampaikan dia kepada kamu”. (H.R..Darul Quthni)

Membaca (ila hadratain) yang maksudnya menghadiahkan pahala “Al-Fatihah” kepada:-

1. Nabi Mustafa Rasulullah SAW.

2. Para Sahabat baginda.

3. Semua nabi-nabi dan rasul-rasul.

4. Semua wali-wali.

5. Semua orang-orang Saleh.

6. Semua orang beriman lelaki yang hidup dan yang mati.

7. Semua orang beriman lelaki perempuan yang hidup dan mati.

8. Ibu bapa kita semua.

9. Hadrah Syeikh Khairullah Suhaimi.

10. Khusus kehadrat Sidi Syeikh Muhammad Suhaimi.

Semuanya ini adalah bid’ah yang direka sendiri oleh guru Tarikat Muhammadiah ini kerana perbuatan menghadiah pahala “Al-Fatihah” ini tidak pernah dijumpai dalam kitab-kitab yang muktabar. Ini semata khayalan dari pemuka Tarikat itu termasuk Hj. Ashaari yang mewajibkan dibaca dalam Ibadah Tarikat itu.

Apakah Rasulullah, Para Sahabat, Nabi-nabi, Rasul-rasul, wali-wali dan orang-orang saleh orang-orang beriman yang masih hidup atau mati itu memerlukan hadiah dari bacaan “AlFatihah” itu? Sedang berbelas-belas ayat al Quran menegaskan bahawa dosa dan pahala tidak dapat dipindah-pindahkan antara seorang seorang kepada yang lain:

Firman Allah swt:-

“Kamu tidak akan diberi balasan kecuali apa yang kamu amalkan sendiri”.

Ayat ini tersebut di: Yunus: 52, An Naml: 90, Yasin: 54, Shafaat: 39, Jasiah: 28, Thur: 16 dan banyak lagi dalam bentuk yang lain.

Kita tidak akan membuat tuduhan apapun, malah memberi pujian sekiranya segala amalan itu mempunyai dasar dalam agama, tetapi perbuatan seperti ini semata rekaan dan taqlid buta, seolah agama Islam itu buatan Hj Ashaari sendiri, padahal Islam adalah agama Allah yang diatur oleh Allah melalui RasulNya, maka sebarang urusan dalam Islam wajib mempunyai dasar yang yakin dari Allah dan Rasulnya adalah haram pada pokoknya melakukan sebarang Ibadah, kecuali mana yang diperintah dan disusun oleh Allah dan RasulNya, maka segala wirid, doa dan segala yang berbentuk Ibadah adalah haram jika direka atau diada-adakan sendiri.

Syahadah

Sesudah menghadiahkan “Al-Fatihah” Aurad Muhamadiah itu mengikrarkan Syahadahnya, sebanyak sepuluh kali. Syahadah ini suatu rekaan yang terlalu berani (disebabkankan kejahilan), membuat lebih dari yang diajarkan oleh Rasulullah , kerana Syahadah itu, mengakui sesungguhnya:

1 Tiada Tuhan melainkan Allah.

2 Muhammad adalah Rasulullah.

3. Abu Bakar As Siddiq.

4. Umar Al Faruq.

5. Usman Birrul Rahim.

6. Ali Adhuddin.

7. Muhammad Al Mahdi (Suhaimi), (3-7) semuanya Khalifah Rasulillah.

Apakah begini Syahadah yang diakui Allah dan diajarkan Rasul? Tidak ada walau seorangpun antara Ulamak Islam sejak dahulu sampai sekarang yang berani dan sanggup merubah, mengarang atau menambah (dua kalimah Syahadah) itu, kecuali Hj. Ashaari dan kumpulannya sahaja. Hj. Ashaari menegakkan kepalsuannya dengan memainkan ilmu Nahu bahawa nama-nama Iringan Rasulullah itu adalah Khabar bagi Mubtada’ sebelumnya, padahal khabar itu satu sahaja yang sah, tetapi Hj. Ashaari menambahnya sampai empat, kalau tiada tujuan apa-apa kenapa diselitkan ungkapan itu, apakah Syahadah Rasul itu tidak sempurna? Dan jika diertikan menurut Bahasa ialah:

“Aku mengakui (naik saksi) sesungguhnya Muhammad itu adalah Rasulullah, Abu Bakar as Siddiq, Umar al Faruq, Otsman Birur Rahim, Ali Adhududdin, Muhammad(Suhaimi) al Mahdi adalah Khalifah-Khalifah Rasulullah SAW”.

Persaksian seperti ini tiada izin dari Allah, tidak ada ajaran Rasul, tidak dilakukan oleh Khulafa ur Rasyidin dan tidak pernah disampaikan oleh para Imam muslimin – oleh itu Syahadah ini adalah Syahadah bid’ah lagi munkar, kerana ia menyalahi ajaran dan syariat Rasul.

Firman Allah:

“Maka hendaklah diawasi oleh orangorang yang menyalahi perintahnya (Rasul) bahawa mereka akan ditimpa fitnah atau ditimpa oleh siksa yang pedih”. (an Nur: 63)

Bid’ah dalam Syahadah ada lebih berat dari bid’ah dalam Ibadah lainnya, kerana ia menjadi pokok Pengesahan Ibadah, manakala Syahadah tidak sah maka Ibadah juga tidak sah miskipun betapa indahnya.

Sabda Rasul SAW:

“Tidak diterima bagi pelaku bid’ah itu, sembahyangnya, puasanya, sada gahnya, Hajjinya, Umrahnya, jihad nya, taubaLnya, adilnya, is keluar dari Islam seperti keluarnya rambut dari tepung”.

Hadis Nabi SAW:

“Allah enggan menerima amalan pelaku bid’ah sehingga ditinggalkan bid ‘ah itu”

Wirid 50-50 kali

Kemudian membaca 10 kali Ayat 128-129 surah Taubah, 50 kali ayat 87 al anbiya’, Qul hu 50 kali, 10 kali ayat 171 al Baqarah dan ayat 9 Yasin, 50 kali selawat dan 10 kali ayat 10 Saba’ dan lain-lain. Rangka amalan begini dari mana ambilannya dan khafiat, faedah dan syarat amalan itu siapa menjanjikan, adakah keterangan dari Rasul atau Sahabat-Sahabatnya? Semua ini tidak lain dari rekaan atau khayalan penciptanya, ini suatu bid’ah besar.

Imam Syafi’ie r.h berkata:-

Siapa yang melakukan istihsan (menyangka baik satu-satu amalan) bererti ia telah membuat satu syariat dan siapa yang membuat syariat ber erti ia sudah kafir. (ar-Risalah)

Tiada siapapun yang berani menghalang orang beramal untuk berbakti kepada Allah SWT selama amalan itu termasuk kedalam peraturan yang disyariatkan oleh Rasul SAW, kerana Rasulullah diutus untuk membetulkan cara aqidah dan ibadah manusia yang telah rosak, naluri manusia untuk berhubungan dengan Tuhan memang tidak dapat dipisahkan, tetapi manakala tiada panduan maka manusia akan adakan cara sendiri, mereka cari alat bertaqarrub kepada Tuhan menurut nafsunya, dengan itu datanglah Iblis membantunya dengan halus sehingga manusia itu terseleweng jauh dari pimpinan Allah dan RasulNya-

“Padahal mereka sangka sesungguhnya mereka melakukan perbuatan yang baik”. (Al-Kahfi)

Tetapi kita wajib memberitahu dan menjelaskan mana yang menyeleweng dari Islam, kerana ia menjadi suatu kewajipan setiap orang beriman, Rasulullah SAW, dan para Sahabatnya sentiasa mengawasi dan menegur siapa sahaja yang salah dan tidak betul dalam Ibadahnya, mereka tidak membiarkan segala lakunan Ibadah yang tidak disyariatkan. Banyak sekali orang yang cuba atau menyangka bahawa mereka sudah benar ibadahnya dan ada yang menganggap sudah lebih amalnya dari Rasulullah SAW. Imam

Bukhari ada meriwayatkan:

Telah berkunjung tiga orang kerumah isteri-isteri Nabi SAW untuk menanyakan betapa Ibadah Nabi SAW, manakala diceritakan kepada mereka, maka mereka pun seolah-olah memperkecil-kecilkan Ibadah Nabi SAW itu. Mereka berkata sama sendiri: “apa bezanya kita dengan Nabi SAW ini sedang dia diampuni Allah dosanya yang lalu dan kemudian”. Seorang antara mereka berkata. “Saya sembahyang malam selama-lamanya”. Berkata pula yang lain: “saya tetap berpuasa sepanjang masa dengan tidak berbuka”, dan berkata pula yang lain: “saya tetap menjauhi perempuan, saya tidak mengahwini perempuan selama-lamanya”. Lalu Rasulullah SAW sampai, baginda bersabda: “Apakah kamu yang mengatakan begini-begini tadi? Demi Allah sayalah sesungguhnya orang yang paling takut dan paling taqwa-kepada Allah antara kamu semua, tetapi saya berpuasa dan saya berbuka, saya sembahyang dan saya tidur, dan saya mengahwini perempuan, oleh itu siapa sahaja yang tidak suka pada sunahku, maka bukanlah ia dari golonganku”. (H.R. Bukhari)

TAHLIL, MAULUD BARZANJJ, MAULUD DIBA’I, DAN NAZAM

Setiap malam Juma’at dan Isnin kaum Arqam melakukan amalan (ibadah) tahlil dan maulud, juga diamalkan bacaan Nazam selepas membaca Maulud berzanji atau Maulud Diba’.

Tahlilnya (dikerjakan dengan berjamaah):-

1. Baca Bismillah (Basmalah)

2. Baca Fatihah 1 kali

3. Lafadz tahlil dan takbir

4. Qul A’uzubirabbil Falaq 1 kali

5. Lafaz tahlil dan takbir 1 kali

6. Qul A’uzubirabbin Nas I kali

7. Lafaz tahlil dan takbir

8. Surah al Fatihah

9. Awal surah al Baqarah, 5 ayat

10 beberapa patah ayat diambil dari beberapa surah (ayat kursi), (al Bagarah 255 ), akhir al Baqarah (ayat 263-286) akhir ayat 73 (Hud 73) akhir ayat 73 (al Ahzaab:33) ayat 56 (Al-Ahzaab)

Cara tambahan:

1. Birahmatika yaa … 3 kali dan tambah Irhamna 3 kali

2. Selawat:

3. Kemudian mereka menyanyikan sya’ir memuji diakhirkan (yaa hu)

a. Menyeru Allah

b Menyeru Muhammad Rasulullah

c. Menyeru Nabi Allah

d. Menyeru Rijalullan ………..

6. Menyeru Aqthab dan Anjab, sadat,Ahbab.

7. Minta tolong kepada semua ini kepada Allah

8. Bertawassul kepada Nabi

Kemudian bernazam yang panjang menjelajela.

Demikian cara Ibadah yang disusun sendiri dan dilakukan berjama’ah oleh kaum Arqam ini. Kita perlu menjelaskan hal ini, dan setiap orang mukmin yang benar ingin menurut ajaran Rasulullah dan mencintainya wajib mengetahui selok-beloknya supaya dapat membezakan mana yang hak dan mana yang bathil.

1. IBADAH MALAM JUMA’AT:

Kaum Arqam ini mengkhususkan setiap malam Juma’at dan malam Isnin untuk bertahlil dan Maulud, ini adalah suatu perbuatan bid’ah dan rekaan yang tidak ada disyari’atkan oleh Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW:

Dari Abi Hurairah r.a. dari Nabi SAW: Sabdanya: “Janganlah kamu menentukan malam Juma’at untuk beribadah antara malam-malam, dan jangan kamu menentukan hari Juma’at sahaja untuk berpuasa antara hari-hari. Kecuali memang singgah puasa (tidak secara langsung) yang ia berpuasa oleh sesaorang kamu?. (H.R: Muslim)

Ini jelas bahawa kaum Arqam melanggar larangan Nabi SAW, dalam hadits tadi dilarang mengkhususkan malam Juma’at (dan atau malam Isnin) untuk berkumpul melakukan Ibadah, tetapi kaum ini mengenepikan hadits ini dan terns menjadikan malam tersebut sebagai malam Ibadah bagi gulungan mereka, malam-malam itulah mereka mengadakan sambutan Maulud dan bertahlil.

Rasulullah melarang penentuan malam Jumaat untuk beribadah dan siang Jumaat untuk berpuasa kerana Jum’at itu adalah kerana ada suatu kelebihan yang lain sebagai hari perayaan yang memang banyak hadits menerangkan kelebihannya tetapi dilarang untuk menentukan satu macam Ibadah menegakkan malamnya, atau berpuasa disiangnya.

Memang digalakkan melakukan berbagai Ibadah pada hari Jumaat tetapi dilarang mengkhususkan puasa pada hari itu, sedang malamnya pula dilarang mengkhususkan untuk memelihara malam yakni setiap malam Jumaat.

Syeikh Ali Mahfuz dalam kitabnya “Al-lbda’ fi Madharil Ibtida’ menyatakan: Antara bid’ah yang dibenci ialah berkumpulnya oleh kebanyakkan orang awam pada malam Jum’at, disebahagian Masjid atau tempat dimana mereka berzikiar, mereka tenggelam pada malam tersebut, sedang (Rasulullah) yang membawa syariat telah melarang dikhususkan malam Jumaat itu untuk mengerjakan Ibadah malam antara malam-malam yang lain. (Ialu dicatatkan hadis tadi)

Ini menunjukkan, bahawa kaum Arqam sengaja membuat program rekaan sendiri dalam Ibadahnya tanpa menghiraukan larangan Rasul SAW.

2- SUSUNAN TAHLIL

Menyusun peraturan dertgan bacaan khas da lam peraturan Tahlil dan Takbir kaum Arqam seperti yang dicatatkan dalam bukunya AMPDA ms. 120, 121, 123 itu tidak tersebut didalam mana mana kitab hadits yang sahib maupun dhaief dan mengulang hingga tiga kali (Ya Arhamarraahimin), (Irhamnaa) dan (Wa’fuanna..) itu suatu rekaan bid’ah yang jahat, penambahan itu tidak akan mendekatkan diri kepada Allah malah menjauhkan, kerana melakukan bid’ah dhalalah.

Kalau dikatakan bahawa susunan itu adalah ajaran Rasul kepada Syeikh Suhaimi didalam Ka’bah, maka ia suatu penghinaan besar terhadap Kitab Allah dan sunnah Rasul yang dengan tegas menyatakan bahawa Islam dan segala keperluannya sudah sempurna dan lengkap dan tiada siapapun yang berani mengurang dan menambahnya, kecuali kaum Arqam dan yang sebangsa dengannya. Sesungguhnya Allah itu tidak lupa walau sedikitpun, tetapi kaum Arqam menganggap Allah lupa untuk menyuruh Rasulnya mengajarkan ummat ini dizaman hayatnya Rasullullah itu, lalu dizaman Syeikh Suhaimi Rasullullah datang mengajarnya, alangkah dustanya anggapan ini-

Allah S.W.T. berfirman:

“Tidak ada sama sekali Tuhanmu itu lupa” (Maryam:64)

3. SALAWAT

Upacara bersalawat untuk Nabi SAW yang diamalkan dalam wirid itu adalah rekaan dan mimpi kaum Argam sendiri. Semuanya dicipta dan direka berdasar mimpi bukan dari ajaran Rasul SAW. Kaum ini tidak senang dan tidak puas dengan selawat yang diajarkan oleh Rasul sendiri ini berarti mereka lebih pandai dari Rasul dan para Sahabatnya-

a. Untuk berselawat itu mereka mulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan susunkan beberapa ayat sesudah itu mereka berselawat untuk Nabi.

Kaum Arqam yang dipimpin Hj. Ashaari ini sebenarnya jahil mengenai As Sunnah, ia tidak mengerti langsung bagaimana kewajiban pengikut Muhammad terhadap Sunnah Muhammad, mereka menggunakan nama Ahlis Sunnah wal Jamaah dengan jahil, sebaliknya segala ancaman Nabi SAW supaya menjauhi perbuatan rekaan dalam agama dan menjauhi perbuatan bid’ah semuanya diketepikan.

Satu lagi selawat bid’ah kaum Arqam ialah: (Allahumasalli……) Selawat ini tidak ada dalam ajaran Rasul, ia semata-mata bid’ah rekaan dan meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya, menyanjung Rasulullah lebih dari hadnya, amat keterlaluan, inilah sanjungan yang tidak disukai oleh Rasulullah sehingga-diangkat Rasul itu sebagai Nur dari segala Nur, rahsia dari segala rahsia dan penyembuh segala racun dan pembuka pintu kemudahan, semuanya terlalu dan sangat keterlaluan, sedang Rasulullah sendiri tidak suka disanjung-sanjung dan dibesar-besarkan lebih dari batasnya, sehingga beliau tidak suka orang bangun berdiri untuk menghormati kesampaiannya.


(bersambung)

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template