Khamis, 31 Disember 2009

Download Buku: Menyingkap Mitos Wahhabi.

WAHABI! WAHABI! APA KATA UTHMAN MUHAMMADY DAN APA ULASAN UST. RASUL DAHRI

Wahhabi Wahhabi Wahhabi apa kata Uthman El-Muhammady dan apa ulasan Ustaz Rasul bin Dahri Download Kerancuan pemahaman Uthman El-Muhammdy dalam memahami antara fiqh asy-Syafie dan mazhab as-Syafie amat ketara setelah para pembaca meneliti isi kandungan buku ini. Kegetiran dan ketidakupayaan Uthman El-Muhammady menghadapi apa yang dituduh sebagai golongan Wahhabi, menjadikan beliau mudah membuat tuduhan bahawa Wahhabi ekstrem. Beliau menyebar fitnah bahawa Fahaman Wahhabi berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniyah dan wajar menjadi peringatan kepada Negara ini. Uthman El-Muhammady serkap jarang, belum meneliti sejarah Hijaz secara fakta ilmiyah dan masih gelap sejarah terutamanya yang berkaitan dengan sejarah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab. Semoga beliau diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah dan tidak menjadi bahan ketawaan umat kemudian hari kerana kesilapannya menuduh sembarangan tentang Wahhabi. Buku kecil ini berupa bidasan terhadap kenyataan Uthman El-Muhammady di dalam akhbar Berita Minggu Ahad 22 November 2009.

DOWNLOAD

SELAMAT BERKONVENSYEN JAMAAH AS SUNNAH

Ummat Islam telah melangkah kemata tahun 1431H, dan dengan itu akan bertambah tugas dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajibannya. Begitu juga Jamaah As Sunnah di negara ini yang sejak dari awal kurun ke-20, berjuang bertungkus lumus memberikan kefahaman Islam yang berdasar kepada Al-Qur’an dan Sunnah kepada masyarakat, kehilangan tokoh-tokoh terdahulu diganti dengan tokoh-tokoh yang bersedia menyahut cabaran semasa. Maka pada 26hb. Disember 2009 semalam berlangsungnya Konvensyen bagi jamaah As Sunnah di Institut Al-Qaiyim, Bukit Mertajam, yang dihadiri oleh seluruh jamaah As Sunnah Malaysia. Semoga Konvensyen tersebut dapat memacu pertumbuhan Gerakan As Sunnah negara dalam menunaikan tanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya. Tidak lain bagi mengembalikan kegemilangan umat Islam ialah mengambalikan umat kepada ajaran Kitab Al-Qur’an dan anjuran Rasul saw dalam semua bidang terutama dalam bidang Tauhid dan Ibadah supaya terkabul semua yang dijanjikan Allah SWT. Wassalam.

WAJIBKAH BERMAZHAB ??

Wajibkah Bermahdzab ? Redaksi Al Wala’ Wal Bara’ Pertanyaan: Assalaamu’alaikum: 1. Apa hukum bermadzhab (4 imam)? 2. Apakah Al-Imam Al-Bukhariy mempunyai madzhab (mengikuti salah satu madzhab)? (Budhi Dharma, the_natural…@yahoo.com)

Jawab:

Wa’alaikumus salaam warahmatullaah. 1. Sesungguhnya kalau kita perhatikan dalil-dalil baik dari Al-Qur`an ataupun As-Sunnah maka tidak ada satupun dalil yang mewajibkan mengikuti madzhab-madzhab tertentu termasuk empat madzhab yang terkenal yaitu Al-Ahnaaf (madzhab Hanafiy), Malikiy, Syafi’i dan Hanaabilah (madzhab Hambaliy). Kita hanya diwajibkan untuk mengikuti dalil baik dari Al-Qur`an ataupun As-Sunnah dengan pemahaman generasi terbaik ummat ini yaitu para shahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in serta para ulama yang mengikuti jejak mereka. Allah berfirman: اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ وَلاَ تَتَّبِعُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ قَلِيلاً مَا تَذَكَّرُونَ “Ikutilah apa yang diturunkan kepada kalian dari Tuhan kalian dan janganlah kalian mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kalian mengambil pelajaran (daripadanya).” (Al-A’raaf:3) قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ “Katakanlah: “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kalian) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yuusuf:108) Dan ayat-ayat lainnya yang memerintahkan untuk mengikuti dalil dan melarang untuk fanatik kepada kelompok tertentu ataupun individu tertentu. Bahkan para imam yang empat tersebut, baik Abu Hanifah, Al-Imam Malik, Al-Imam Asy-Syafi’i, dan Al-Imam Ahmad bin Hanbal, semuanya sepakat melarang taqlid kepada mereka. Al-Imam Abu Hanifah mengatakan: “Apabila hadits itu shahih maka itulah madzhabku.” Beliau juga mengatakan: “Tidak halal bagi siapapun mengikuti perkataan kami bila ia tidak mengetahui dari mana kami mengambil sumbernya.” Al-Imam Malik mengatakan: “Saya hanyalah seorang manusia biasa, terkadang berbuat salah dan terkadang benar. Oleh karena itu, telitilah pendapatku. Apabila sesuai dengan Al-Qur`an dan As-Sunnah, ambillah; dan sebaliknya apabila tidak sesuai dengan Al-Qur`an dan As-Sunnah, maka tinggalkanlah.” Beliau juga berkata: “Siapapun orangnya, perkataannya bisa ditolak dan bisa diterima, kecuali hanya Nabi (yang wajib diterima).” Al-Imam Asy-Syafi’i berkata: “Seluruh kaum muslimin telah sepakat bahwa siapa saja yang secara jelas mengetahui suatu hadits dari Rasulullah, tidak halal baginya meninggalkannya guna mengikuti pendapat seseorang.” Beliau juga berkata: “Bila suatu masalah ada haditsnya yang sah dari Rasulullah menurut ahlul hadits, tetapi pendapatku menyelisihinya, maka pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup maupun setelah aku mati.” Al-Imam Ahmad berkata: “Janganlah engkau taqlid kepadaku atau kepada Malik, Asy-Syafi’i, Al-Auza’i dan Ats-Tsauri, tetapi ambillah dari sumber yang telah mereka ambil.” Beliau juga berkata: “Barangsiapa yang menolak hadits Rasulullah, berarti dia berada di jurang kehancuran.” (Lihat perkataan para imam tersebut dalam Muqaddimah Shifatu Shalaatin Nabiy, karya Asy-Syaikh Al-Albaniy) Walaupun demikian, semua kaum muslimin sepakat bahwa mereka adalah para ulama, orang-orang yang mulia, yang patut dijadikan teladan. Bahkan kita mempelajari Dinul Islam melalui bimbingan mereka dari kitab-kitab yang telah mereka tulis. Tidaklah kita bisa mempelajari Dinul Islam dengan benar kecuali melalui bimbingan dan pemahaman para ulama dari kalangan shahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in dan para imam yang mengikuti jejak mereka. Yang dilarang adalah ta’ashshub (fanatik kepada madzhab tertentu). Kalaulah mereka berbeda pendapat dalam suatu masalah maka kita ikuti pendapat yang paling kuat, yang sesuai dengan dalil. Adapun pendapat yang salah maka tidak boleh diikuti dengan tetap kita menghormati mereka sebagai para ulama yang mendapat dua pahala jika benar dan satu pahala jika salah. 2. Demikian pula Al-Imam Al-Bukhariy, beliau tidak bermadzhab dengan madzhab apapun kecuali madzhabnya ahlul hadits yaitu Al-Qur`an dan As-Sunnah dengan pemahaman salaful ummah, walaupun beliau termasuk salah seorang muridnya Al-Imam Ahmad bin Hanbal. Yang sesuai dengan dalil, maka itulah yang beliau ikuti. Wallaahu A’lam.

Sumber: Buletin Dakwah Al Wala’ Wal bara’ Edisi ke-21 Tahun ke-3 / 22 April 2005 M / 13 Rabi’ul Awwal 1426 H

MENJAWAB TUDUHAN YAYASAN SOFA-REMBAU

TAUHID TIGA SERANGKAI MEMANG BERASASKAN DALIL SYARAK
Oleh Ustaz Ahmad Kamil Halim

Assalamualaikum,

Untuk beberapa minggu , pihak akhbar Utusan Malaysia melalui ruangan Relung Cahaya pada setiap hari Isnin menyiarkan perbahasan tauhid tiga serangkai yang dihasilkan oleh pihak Panel Penyelidikan Yayasan Sofa ( atau singkatannya PPYS), Negeri Sembilan. Setelah mengikuti tulisan-tulisan berkenaan, saya tertarik untuk memberi sedikit pandangan. Diharap pandangan yang bakal saya tampilkan akan diberi perhatian , dibuat kajian lanjutan oleh pihak PPYS . Jika tidak , maka tidak berbaloilah saya menghabiskan masa menulis artikel ini.

Pihak PPYS cuba menafikan sekeras-sekerasnya kewujudan tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wa sifat atas kaedah pembahagian kepada tiga bahagian dengan alasan tiada dalil syarak dari Al Quran , hadis nabi dan athar para sahabat yang menyebut begitu. Benarkah begitu? Jika mahu dicari dalil secara khusus ( spesifik) sudah tidak dijumpai dalilnya. Begitu juga jika mahu dicari dalil bahawa sifat Allah Taala hanya 20 sifat sahaja maka tidak akan dijumpai dalilnya. Jika mahu dicari dalil bahawa hadis Nabi dibahagikan kepada tiga bahagian ( hadis sohih, hasan dan dhaif ) maka tidak dijumpai dalilnya. Dari mana datang nama-nama dalam hukum-hukum tajwid? Dari mana datangnya ilmu usul feqh ? Dari mana datangnya ilmu usul hadis, ilmu usul tafsir dan sebagainya.

Sebagai contoh lebih jelas, Rassulullah sa.w. tidak pernah mengajar para sahabat hukum tajwid seperti hukum idgham , hukum mad, hukum ikhfa’ dan sebagainya. Namun ianya bukanlah satu perkara baru yang dilarang kerana hanya bersifat sebagai perantaraan ( wasilah) dalam memahami ilmu dalam rangka membawa kita memahmi maksudnya ( maqasid). Banyak lagi contoh-contoh lain dalam pelbagai pembahagian bidang ilmu yang tidak akan dijumpai dalil secara khusus .

Apa yang perlu kita sama-sama fahami, pembahagian- pembahagian ini berlaku dari sudut BAHASA sahaja sebagai satu bentuk penjenamaan yang memudahkan pemahaman terhadap apa yang dipelajari hasil dari perkembangan ilmu akibat peralihan zaman.

Kembali kepada persoalan tauhid tiga serangkai . Walaupun secara spesifik penjenamaan itu tidak wujud zaman generasi terawal iaitu di zaman Rasululllah s.a.w. dan para sahabat, tetapi sesiapa yang mengkaji secara mendalam dari sudut bahasa antara Rab ( رب ) dan perkataan Ilah ( إله ) berdasarkan kamus Arab atau mu’jam , maka perbezaan dapat dilihat dengan jelas. Kenapakah ayat pertama Al-Fatihah ia berbunyi ( Alhamdulillah Rabbil Alamiin) didatangkan perkataan Rab, tetapi dalam kalimah tauhid ( syahadah) kita diajar menyebut ( La Ilah Ilallah ) dengan didatangkan perkataan Ilah.

Di zaman generasi terawal, pembahagian seperti ini tidak perlu, kerana pemahaman terhadap perkara ini berlaku secara mudah dan para sahabat memahami berdasarkan penggunaan bahasa Arab. Oleh kerana tidak ada keperluan yang mendorong kepada pembahagian itu pada zaman berkenaan maka pembahagian itu tidak wujud secara formal atau tersurat, sekalipun ianya memang wujud secara tersirat. Pembahagian ini hanya sekadar memenuhi kemaslahatan dari sudut pemahaman ilmu. Jika mahu dikatakan pembahagian ini ( secara penjenamaan khusus) sebagai satu bid’ah , maka ia dianggap bid’ah dari sudut lughah sahaja ( bahasa). Apa yang penting bukan soal nama, tetapi maksud dan pengertian yang tersirat disebaliknya. Jika mahu dibuang penjenamaan tauhid rububiyyah , tauhid uluhiyyah dan tauhid asma wasifat bermakna kita juga perlu membuang penjenamaan lain yang tiada dalil khusus seperti hukum nun mati dan tanwin dalam subek tajwid, pembahagian sifat-sifat Allah kepada sifat ma’ani, maknawiyah, nafsi dan salbiyah ( berdasarkan manhaj Asya’irah) dan pelbagi lagi contoh lain. Kaedah ini disusun berdasarkan keperluan dari sudut masolih mursalah dari subjek usul fekh.

Agak menghairankan apabila pihak PPYS mengemukakan soalan apakah terdapat perbezaan antara tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah ? Diminta buat penyelidikan terhadap tafsiran ayat berikut :

1 ) Untuk tauhid Rububiyyah sila lihat contoh ayat-ayat berikut : Surah Al-Mukminun ayat 84-89, Surah Ar Ra’du ayat 16, Surah Luqman ayat 25, Surah Al Ankabut 61-65.

2) Untuk Tauhid Uluhiyyah sila lihat ayat ayat berikut : Surah Al-Baqarah ayat 21, Surah Al Zumar ayat 14 -15 ,Surah Al Bayyinah ayat 5 ) .

Ayat-ayat di atas hanya sekadar contoh sahaja. Banyak lagi ayat-ayat lain yang boleh dijadikan rujukan dan kajian.

Benarkah Ibn Taimiyyah pencipta kaedah tauhid 3 serangkai ?

Dakwaan pihak PPYS bahawa Ibn Taimiyyah ( w. 728H) adalah pereka kepada bid’ah tauhid tiga serangkai tidak benar. Pihak PPYS disyorkan meluaskan lagi penyelidikan terhadap banyak lagi kitab-kitab turath lain yang mudah diperolehi di zaman IT ini. Jika tidak dijumpai dikedai-kedai buku, carilah dalam internet atau kitab secara e-book.

Antara tokoh terdahulu yang telah memperkatakannya ialah :
1 ) Al-Imam Abi Abdillah Ubaidillah bin Muhammad bin Battah Al-Akbariy , meninggal tahun 387 H di dalam kitab Al-Ibanah ‘An Syariah Al Firqah An Najiah Wa Mujanabah Al Firaq Al Mazmumah . Dalam teks kata-kata belaiu , antara lain ..
“ …. Bahawa Asal Iman kepada Allah yang wajib atas sekelian makhluk beri’tikad dengannya dalam mengisbatkan iman adalah tiga perkara :
Pertama : Bahawa seorang hamba beri’tiqad akan sifat ketuhanannya ( rububiyyah) agar jadilah perkara itu satu perbezaan dari mazhab ahl at ta’til yang tidak mengisbatkan adanya pencipta.

Kedua : Bahawa seorang hamba beri’tiad akan keesaanNya ( uluhiyyah) agar jadilah ia satu perbezaan dari golongan ahli syirik yang mengakui kewujudan pencipta ( Allah ) tetapi melakukan syirik dalam amalan ibadah mereka.

Ketiga : Bahawa seorang hamba beri’tiqad bahawa Allah Taala bersifat dengan sifat-sifat yang tidak haruslah Dia melainkan bersifat dengan sifat seperi ilmu, qudrat, hikmah dan semua sifat yang Dia sifatkan didalam kitabNya.”
Seterusnya beliau menyebut sebagai sambungan : “ Kerana kita dapati Allah Taala telah memerintahkan hambaNya kepada I’tiqad dengan setiap satu dari tiga perkara ini dan beriman dengannya.” Tiga perkara yang dimaksudkan oleh Ibn Battah di sini ialah tauhid rububiyyah , uluhiyyah dan asma wa sifat.

2 ) Al Imam Al Hafiz Abi Abdillah Muhammad bin Ishaq bin Yahya Bin Mandah , meninggal tahun 395 H . Di dalam kitab beliau “ Kitab At Tauhid Wa Makrifatu Asma Allah Azzawajalla Wasifati ‘Alal ittifaq Wal iftiraq “ > . Di dalam kitab beliau menjelaskan beberapa tajuk yang berkaitan dengan tauhid rabubiyyah, beberapa tajuk yang berkaitan dengan tauhid uluhiyyah dan beberapa tajuk lain berkaitan tauhid asma’ wa sifat. Apa yang lebih menarik, di dalam muqaddimah kitab ini Ibn Mandah menyebut bahwa Al-Imam Abu Yusof ( w. 182H) yang merupakan tokoh besar dalam mazhab Abu Hanifah ( w. 150) turut memperkatakan pembahagian tauhid ini semasa kurun kedua lagi .

Sangat menarik sekali bahawa Al-Imam As Syafie secara lisan yang tersirat mengakui kewujudan tauhid uluhiyyah melalui kata-kata beliau “… inilah hakikat tauhid “ dalam satu riwayat dari Imam Al Muzani yang dikemukakan oleh Al-Imam Az Zahabi didalam Siyar I’lam An Nubala’ jilid 10 m.s. 26, terbitan Muassasah Ar Risalah Beirut, Lubnan. Harap pihak PPYS memiliki kitab setebal 23 jilid ini dan membuat rujukan kepadanya.

Tindakan pihak PPYS membesar-besarkan nama Ibn Taimiyyah Rahimahullah sebagai pereka kepada tauhid tiga serangkai sekadar meneruskan agenda pihak yang sudah lama memusuhi Ibn Taimiyyah . Adalah tidak adil sekiranya kita menilai sesuatu permasalahan berdasarkan pandangan pihak yang kita cenderung kepadanya, tanpa melihat hujah-hujjah pihak lain yang kita tidak bersetuju dengannya. Di dalam dunia Islam masa kini, golongan generasi muda yang prihatin dengan perkembangan ilmu Islam, mengambil sikap menilai secara adil dan saksama segala kemelut yang berlaku. Tokoh seperti Muhammad Zahid Al Kauthari dari Negara Turki bermazhab Hanafi dan Hasan Ali As Saqaf dari Jordan antara tokoh yang kuat mengkritik Ibn Taimiyyah dan menentang keras pembahagian tauhid 3 serangkai. Apa yang memusykilkan saya ialah kenapa kaedah mengenali Allah melalui sifat 20 tidak pula diperbesarkan oleh pihak PPYS. Pada hal Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengajar para sahabat dan kita semua , bahawa Allah hanya memiliki 20 sifat sahaja.

Perkara yang lebih utama untuk diberi perhatian oleh pihak PPYS ialah ancaman ilmu kalam terhadap kemurniaan sistem pembelajaran ilmu tauhid. Sejarah membuktikan bahawa Al Imam As Syafie tokoh yang paling kuat menentang ilmu kalam dan penggunaannya dalam subjek akidah.

Dakwaan bahawa tauhid 3 serangkai menjadi sebab berlaku pergolakan di Negara timur tengah memerlukan kepada bukti yang jelas dan tepat. Benarkah berlaku tindakan mengkafirkan ke atas pihak yang mengengkari tauhid 3 serangkai ini?? Atau ia andaian yang dibuat kerana salah faham .

Benarkah dakwaan tauhid 3 serangkai penyebab keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah? Semua persoalan di atas perlu dibuktikan dengan dinyatakan bahan rujukannya secara adil dan telus. Tanpa rujukan dari sumber yang boleh dipercayai, ia hanya tinggal satu dakwaan kosong . Ini kerana banyak dakwaan pihak PPYS tidak disertakan bersama bahan rujukannya, nama penulis dan penerbitnya.

Adakah pihak PPYS telah membuat kajian secara adil dan seimbang ?/ Atau sekadar menceduk hujah dan fakta dari tukang-tukang fitnah yang sudah sekelian lama memusuhi Ibn Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahab ( Wahabi) ? Saya lebih suka mengambil sikap tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya suka melihat, memerhati, mengkaji kesemua pandangan. Kemudian minta petunjuk kepada Allah agar ditunjukkan yang sebenarnya.

Benarkah semua tokoh ulamak Al Azhar menolak konsep tauhid tauhid 3 serangkai ? Jika benar Mufti Mesir menolaknya, nilailah secara adil hujjah dan alasan-alasan beliau. Lihatlah hujjah dan dalil yang dikemukakan berdasarkan prinsip ilmu, manhaj yang tepat bukannya kapasiti seseorang individu dengan jawatan yang dipegangnya. Mungkin beliau ada alasan tersendiri yang boleh diterima . Bukanlah saya bermaksud mengatakan pandangan ulama’ yang menolak pembahagian tauhid 3 serangkai tidak berdasarkan prinsip ilmu atau terkeluar dari manhaj yang betul, mungkin perbezaan berlaku dari sudut kaedah istidlal dan arah pandangan yang berbeza skopnya. Perlu juga disemak dan dikaji pandangan ulamak lain kerana dunia Islam ini sangat luas . Umat Islam dan para ulama’nya ada di mana-mana.

As Syaikh Al Allamah Bakar Abu Zaid Hafizahullah berkata : { Pembahagian ini secara istiqra’ ( kajian pemerhatian) di sisi generasi salaf telah diisyaratkan oleh Ibn Mandah, Ibn Jarir At Tobari, diakui oleh Ibn Taimiyyah , Ibn Al Qayyim , diakui oleh Az Zabidi didalam Tajul Arus, guru kita Syaikh Al Amin As Syanqiti di dalam kitab tafsirnya Adwa’ Al-Bayan , Ia merupakan satu istiqra’ yang lengkap terhadap nas-nas syarak , diguna pakai di sisi ahli setiap cabang ilmu sebagaimana istiqra’ ulama’ nahu terhadap bahasa Arab , membahagikannya kepada isim (kata nama), fiil( kata kerja) dan haraf ( kata penghubung). Tiada seorang pun mencela ulama’ nahu atas pembahagian ini ( isim , fiil dan haraf) . demikianlah semua jenis istiqra’ } . Dipetik dari At Tahzir Min Mukhtasar As Sobuni Fi Tafsir .

Saya mengajak diri saya dan pihak PPYS agar perbahasan masalah ilmu dibahaskan secara penuh keinsafan , adil, berbaik sangka kepada semua pihak . Janganlah rasa kebencian kepada pihak tertentu mendorong kita berlaku tidak adil kepada mereka. Allah mengingatkan hal ini dalam ayat : “ Janganlah kebencian kepada sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana ia menghampirkan kepada taqwa….” Surah Al Maidah ayat 8 .

Kaedah Tauhid 3 serangkai bukan sesuatu yang baru di negara kita sebagaimana yang disangka pihak PPYS. Mungkin bagi pihak yang tidak terdedah kepada pendekatan pengajian sebegini merasakan ianya sesuatu yang ganjil dan baru. Semasa menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh sekitar awal 80-an , saya pernah mengikut program usrah yang mengguna pakai buku Risalah Usrah susunan Abu Urwah. Di dalamnya disebut pembahagian tauhid 3 serangkai dan penjelasan maksud setiap satunya dengan jelas. Tiada masalah untuk memahaminya. Buku berkenaan masih ada dalam simpanan saya.

Persoalan adakah orang beriman juga akan terlibat dengan syirik ? Berdasarkan dalil dari Qur’an dan hadis Nabi , jawapannya ya . Lihat tafsiran ayat 106 surah Yusuf . Syirik yang dimaksudkan di sini ialah syirik yang tidak membawa kepada rosaknya agama seseorang ( syirkun duna syirkin ). Termasuklah di dalamnya beramal secara riya’ ( menunjuk-nunjuk). Contoh dari hadis ialah “ Sesungguhnya jampi mentera, tangkal azimat dan ilmu guna-gunaan perbuatan syirik “ Sunan Ibn Majah no : 3530.

Orang-orang beriman yang sempurna tauhidnya kepada Allah , berusaha menjauhi segala unsur-unsur syirik dengan sejauh-jauhnya. Inilah yang disebut oleh Allah dalam ayat 82 Surah Al An’aam. “ Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan keimanan mereka dengan syirik, merekalah yang mendapat keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk. ”

Rasulullah s.a.w. mengajar sebuah doa yang berbunyi : “ Ya Allah ! Aku berlindung denganMu dari perbuatan menyengutukanMu dengan sesuatu pada hal aku mengetahuinya, dan aku mohon keampunan terhadap perbuatan syirik yang aku tidak ketahuinya” Hadis Riwayat Imam Ahmad .

Pihak PPYS mempersoalkan kenyataan yang disebut datang dari Ibn Taimiyyah dan pengikut-pengikutnya berbunyi :

1 ) Orang musyrik yang menyengutukan Allah adalah ahli tauhid secara tauhid rububiyyah .

Jawapan ; Orang musyrik zaman jahiliah mengakui Allah sebagai pencipta langit dan bumi, namun mereka menyenkutukan Allah dalam ibadah dengan menjadikan berhala sebagai perantaraan. Dalilnya boleh dilihat pada ayat : 61 Surah Al Ankabut. Juga Surah Az Zumar ayat 2 .

Dalam keadaan terdesak dan tertekan , golongan musyrik akan berdoa kepada Allah bukan kepada berhala yang mereka sembah . Namun apabila hilangnya kesusahan mereka kembali kepada keadaan asal ( syirik). Dalilnya dalam ayat 40-41 Surah Al-An’aam. Lihat juga Surah Yunus ayat 22-23.

2 ) Persoalan tawassul , istighasah dan tabbaruk mempunyai perincian tersendiri. Tawassul ada yang dibenarkan , ada yang tidak dibenarkan berdasarkan pendekatan yang digunakan. Istighasah sememangnya menyalahi nas Al – Quran termasuk konsep tauhid dalam ayat 4 surah Al-Fatihah “ Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami minta pertolongan “.

Kehairanan PPYS bahawa kenyataan sebegini tidak ditemui dalam kebanyakan kitab-kitab berkaitan pembahagian tauhid ini Di Malaysia, menggambarkan pengajian ilmu tauhid di Malaysia ketinggalan zaman dan masih berada ditakuk lama. Perbahasan tauhid hanya terhad kepada menghafal sifat dua puluh dan beberapa perkara yang dibahaskan dalam mazhab Asya’irah , Maturidiyyah. Namun, di peringkat antarabangsa, terutama peringkat universiti di dunia Islam pengajian ilmu tauhid termasuk juga pengajian ilmu feqh dibuat secara muqaranah (perbandingan). Perbandingan ini mencakupi mazhab –mazhab lain seperti jahmiyyah, muktazilah, syi’ah, qadariyyah, jabariah , khawarij dan lain-lain. Rujukan bukan setakat kepada kitab-kitab tauhid sahaja bahkan terus kepada meneroka khazanah ilmu tauhid dari sumber asal iaitu Al Qur’an dan As Sunnah. Di dalam sahih Bukhari terdapat bahagian khusus hadis-hadis yang dihimpunkan dalam bab kitab at tauhid .

Kitab-kitab tauhid yang ditulis di zaman awal Islam turut dikaji seperti Al Fiqh Al Akbar oleh Imam Abu Hanifah, Kitab At Tauhid dan Sifat Ar Rab oleh Imam Ibnu Khuzaimah, Yang paling muktamad dalam menerangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kitab Syarah Usul I’tikad Ahli Sunnah Wal Jamaah Min Kitab Wa Sunnah oleh Al Hafiz Abi Qasim Hibbatullah bin Al Hasan bin Mansur Al Lalakai wafat tahun 418H.

Berdasarkan kajian dan analisa oleh Ustaz dr. Ismail Lutfi Al Fatoni di dalam buku beliau Hakikat Ahli Sunnah Wal Jamaah dan peranan ulamanya yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan , terdapat 72 buah kitab tauhid bermanhaj as salaf yang ditulis dari pertengahan kurun kedua hijrah hingga pertengahan kurun ketujuh iaitu sebelum zaman wujudnya Ibn Taimiyyah dan Muhammad Abdul Wahab. Jika pihak PPYS mengkaji kitab-kitab berkenaan, akan terjawablah persoalan bahawa kenyataan yang didakwa kononnya dari rekaan dan ciptaan Ibn Taimiyyah sebenarnya adalah andaian pihak PPYS sendiri.

Sukalah saya mengingatkan pihak PPYS , dalam dunia era globalisasi masa kini , perkembangan ilmu dan maklumat berlaku dengan begitu cepat sekali. Justeru itu, berhati-hatilah dalam membuat telahan terhadap sesuatu permasalahan. Pihak lain juga membuat kajian dan penyelidikan . Seandainya fakta dan maklumat yang disampaikan ada kelemahan dan kecacatan, pihak lain yang mengkajinya akan mengesan dengan cepat.

Kepada Allah Jua dipohon petunjukNya. Maaf dipohon sekiranya ada terkasar bahasa. Saya menulis dengan rasa tenang tanpa dipengaruhi emosi.

Walaupun kita tidak sependapat dalam persoalan tauhid tiga serangkai, namun saya mengasihi pihak PPYS atas sifat kita saudara seagama. Ya semua kita bersaudara. Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara. Salam kasih sayang dan salam ukhuwwah.

Ahmad Kamil Abdul Halim
Kota Bharu Kelantan.

(Ambilan dari blog minda akop)

MENGENAL TAUHID

MAKNA TAUHID:- Syaikh Ibnu ‘Utsaimin memaparkan bahwa kata tauhid secara bahasa adalah kata benda yang berasal dari perubahan kata kerja ’wahhada-yuwahhidu’ yang bermakna menunggalkan sesuatu. Sedangkan dalam kacamata syari’at tauhid bermakna mengesakan Allah dalam hal-hal yang menjadi kekhususan diri-Nya. Kekhususan itu meliputi perkara rububiyah, uluhiyah dan asma’ wa shifat (al-Qaul al-Mufid, I/5) Syaikh Hamad bin ‘Atiq menerangkan bahwa agama Islam disebut sebagai agama tauhid disebabkan agama ini dibangun di atas pondasi pengakuan bahwa Allah adalah esa dan tiada sekutu bagi-Nya, baik dalam hal kekuasaan maupun tindakan-tindakan. Allah Maha Esa dalam hal Dzat dan sifat-sifat-Nya, tiada sesuatu pun yang menyerupai diri-Nya. Allah Maha Esa dalam urusan peribadatan, tidak ada yang berhak dijadikan sekutu dan tandingan bagi-Nya. Tauhid yang diserukan oleh para Nabi dan Rasul telah mencakup ketiga macam tauhid ini (rububiyah, uluhiyah dan asma’ wa shifat, pen). Setiap jenis tauhid adalah bagian yang tidak bisa dilepaskan dari jenis tauhid yang lainnya. Oleh karena itu barangsiapa yang mewujudkan salah satu jenis tauhid saja tanpa disertai dengan jenis tauhid lainnya maka hal itu tidak mungkin terjadi kecuali disebabkan dia tidak melaksanakan tauhid dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh agama (Ibthal at-Tandid, hal. 5-6). Syaikh Muhammad bin Abdullah al-Habdan menjelaskan bahwa tauhid itu hanya akan terwujud dengan memadukan antara kedua pilar ajaran tauhid yaitu penolakan (nafi) dan penetapan (itsbat). ’La ilaha’ adalah penafian. Kita menolak segala sesembahan selain Allah. Sedangkan ’illallah’ adalah itsbat/penetapan. Kita menetapkan bahwa Allah saja yang berhak disembah (at-Taudhihat al-Kasyifat, hal. 49). TAUHID DAN IMAN KEPADA ALLAH Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan menjelaskan bahwa hakekat iman kepada Allah adalah tauhid itu sendiri. Sehingga iman kepada Allah itu mencakup ketiga macam tauhid; rububiyah, uluhiyah, dan asma’ wa shifat (al-Irsyad ila Sahih al-I’tiqad, hal. 29). Di samping itu, keimanan seseorang kepada Allah tidak akan dianggap benar kalau hanya terkait dengan tauhid rububiyah saja dan tidak menyertakan tauhid uluhiyah. Hal ini sebagaimana yang terjadi pada kaum musyrikin dahulu yang juga mengakui tauhid rububiyah. Meskipun demikian, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tetap memerangi dan mengajak mereka untuk bertauhid. Hal itu dikarenakan mereka tidak mau melaksanakan tauhid uluhiyah. PEMBAGIAN TAUHID BUKAN BID’AH Pembagian tauhid bukanlah perkara bid’ah yang diciptakan oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab at-Tamimi –sebagaimana dituduhkan oleh sebagian orang- akan tetapi telah ada para ulama sebelumnya yang mendahuluinya. Syaikh Bakr Abu Zaid mengatakan di dalam kitabnya at-Tahdziir min Mukhtasharaat ash-Shabuni (hal. 30), “Pembagian yang diperoleh dari hasil telaah ini telah disebutkan oleh para ulama salaf terdahulu sebagaimana diisyaratkan oleh Ibnu Mandah, Ibnu Jarir ath-Thabari dan ulama yang lainnya. Pembagian semacam ini juga diakui oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim. Demikian pula diakui oleh az-Zubaidi dalam Taajul ‘Aruus dan juga oleh guru kami asy-Syinqithi di dalam Adhwaa’ul Bayaan di bagian-bagian akhir, semoga Allah melimpahkan rahmat kepada mereka semua. Ini merupakan hasil penelitian yang sempurna terhadap nash-nash (dalil-dalil). Pembagian semacam ini adalah sebuah perkara yang mesti dilakukan oleh pakar pada setiap bidang ilmu. Sebagaimana penelitian yang dilakukan oleh para ahli nahwu (ilmu kaidah bahasa Arab) terhadap ucapan orang Arab sehingga menyimpulkan kata terbagi menjadi isim, fi’il dan huruf. Sedangkan orang Arab dulu belum mengenal pembagian ini. Kemudian tidak pernah kita dapatkan ada seorangpun yang mencela ahli nahwu atas tindakan tersebut. Maka demikian pula pembagian tauhid. Ia termasuk hasil penelitian yang sah sebagaimana pembagian-pembagian dalam cabang ilmu lainnya.” (lihat Mukadimah at-Taudhihaat al-Kasyifaat ‘ala Kasyfi Syubuhaat, hal. 50)

Sumber: http://abumushlih.com

JAMAAH AL-QAYYIM DI KUALA PILAH

Jamaah Al-Qayyim telah mengunjungi MIS Kuala Pilah pada 6 dan 7 November yang lalu. Rombongan dalam rangka lawatan menziarahi Jamaah As Sunnah. Keesokan harinya rombongan diberikan taklimat mengenai pertumbuhan MIS oleh Sdr. Hazman Hashim. Kunjungan seterusnya ke Melaka dan Johor.

P1030379

KULIAH UST. RASUL DAHRI

Kualiah Ustaz Rasul Dahri akan diadakan di MIS seperti butiran berikut:-

Tarikh : Ahad 15 November 2009
Jam : 10.30 Pagi
Tajuk: Qurban.

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

AGAMA BERDASAR MIMPI

Assalamualaikum Wbt!

Kewajiban memelihara Al-Kitab dan As Sunnah adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap Muslim. Pencemaran dengan amalan atau perbuatan baru/penambahan atau pengurangan adalah bertentangan dengan Firman Allah kerana: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agamamu, dan telah Aku LENGKAPKAN secukupnya nikmatKu atasmu, dan telah Aku redahi Islam itu menjadi agamamu”. (Al-Ma-idah: 3). Keyakinan sesetengah pihak mengamalkan sesuatu amalan berdasar mimpi setelah kewafatan Rasul SAW, adalah rapuh. Kami salin semula artikel berikut untuk tatapan bersama:-

Mimpi Menjadi Modal Untuk Menjual Agama

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Apabila kita melihat tukang jual ubat di kaki lima pasti kita akan tertarik dengan pelbagai keletah mereka dalam rangka untuk menjual barang dagangannya. Kebiasaannya tukang jual ubat tersebut akan menghebahkan kesaktian atau keajaiban yang terdapat pada ubat yang dijualnya bertujuan untuk menarik hati para pelanggan. Senario yang sama juga wujud pada sekelompok golongan agama yang ingin menyebarkan ajaran-ajaran kelompok mereka demi untuk mendapat pengaruh serta imbalan berbentuk material. Mereka turut membuat promosi seperti tukang jual ubat tadi dengan dakwaan bahawa ajaran yang mereka bawa memiliki kelebihan tertentu yang mana para pengikut-pengikutnya pasti akan masuk syurga. Tambah mereka lagi ajaran yang mereka bawa ini hanyalah untuk golongan-golongan yang khusus sahaja kerana Tuan Guru mereka mendapat ajaran-ajaran ini menerusi mimpi yang mana mereka telah bertemu Rasulullah s.a.w. atau wali-wali tertentu. Sehubungan itu tidaklah menghairankan sekiranya terdapat perbezaan dalam amalan mereka berbanding dengan orang-orang awam yang lain kerana ajaran mereka yang istimewa ini tiada dalam kitab-kitab fekah yang kebiasaanya digunakan bahkan ada juga yang tiada di dalam al-Qur’an mahupun hadi-hadis.

Bagi mereka yang lemah akalnya pasti akan mudah terpengaruh apabila mendengarkan cerita-cerita berunsur misteri dan janji-janji manis seperti pahala yang begitu banyak serta jaminan ke syurga. Segala-galanya seperti harta-benda bahkan maruah diri sanggup dikorbankan kepada Tuan Guru yang membawa ajaran tersebut kerana dia dianggap memiliki kemuliaan serta kedudukan yang begitu tinggi sehinggakan Rasulullah s.a.w. sendiri telah bertemu dengannya menerusi mimpi atau dalam keadaan sedar untuk mengajar ilmu-ilmu yang hebat itu. Sehubungan dengan itu timbul persoalan yang bermain-main dalam fikiran semua. Bolehkah kita menerima dakwaan bahawa setelah wafatnya Rasululullah s.a.w. masih tersisa ajaran-ajaran baru yang hendak disampaikan pada umatnya menerusi mimpi?

Bila membicarakan tentang mimpi maka terdapat sekelompok manusia yang hanya melihatnya sebagai mainan jiwa yang tidak memberi sebarang manfaat. Manakala terdapat segolongan lagi yang bergantung hidup kepada mimpi sehinggakan ia menjadi penentu ketika hendak membuat sebarang keputusan dalam hidupnya. Segala mimpi hendak ditafsirkan agar boleh dijadikan pedoman bagi golongan sebegini. Ada juga yang mempercayai wujud mimpi-mimpi yang boleh bertindak seumpama wahyu daripada Ilahi sehinggakan ia boleh dijadikan hujah bagi membentuk hukum-hukum serta amalan-amalan baru walaupun ia tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w..

Bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah mimpi itu pada dasarnya terdapat 3 jenis sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : “Mimpi itu tiga jenis, mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah, mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” [Hadis riwayat Imam Muslim] Mimpi daripada syaitan dan mainan jiwa sememangnya tiada memberi sebarang erti, namun bagi mimpi yang berbentuk khabar gembira daripada Allah s.w.t., ia merupakan mimpi yang benar dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Nabi s.a.w. bersabda: “Tiada lagi kenabian setelah aku kecuali al-Mubasysyiraat (berita-berita yang menggembirakan).” Para sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan al-Mubasysyiraat? Sabda Nabi s.a.w.: “Mimpi yang benar yang dimimpikan oleh orang yang soleh.” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari] Ada yang menjadikan hadis ini sebagai bukti bahawa mimpi guru-guru atau syaikh-syaikh mereka boleh dijadikan dalil dalam membawa ajaran-ajaran yang baru. Namun sebenarnya al-Mubasysyiraat hanyalah mimpi yang berbentuk khabar-khabar gembira atau berita-berita amaran yang boleh membantu orang Islam memantapkan keimanan mereka. Al-Mubasysyiraat bukan bertujuan untuk menggubal hukum-hukum yang baru kerana segala ajaran tentang Islam ini telah sempurna sebelum Rasulullah s.a.w. wafat. Allah S.W.T telah memerintahkan Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan apa yang telah diwahyukan kepadanya terhadap seluruh umat manusia. Frman-Nya: “Wahai Rasulullah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), bermakna engkau tidak menyampaikan perutusan-Nya; dan Allah jualah yang akan memeliharamu daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” [al-Maaidah (5) : 67] Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang maksum (terpelihara dari melakukan kesilapan) pasti telah melaksanakan perintah Allah tersebut. Sebelum baginda diwafatkan, Allah S.W.T tentu telah menyempurnakan agama Islam sehingga tidak lagi memerlukan apa-apa bentuk penambahan menerusi mimpi-mimpi. Menurut Abu Dzar al-Ghifari r.a: “Rasulullah s.a.w meninggalkan kami dan tidak ada seekor burung yang mengepakkan kedua sayapnya di udara melainkan baginda menyebutkan kepada kami ilmu tentangnya. Dia berkata: Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak tertinggal sesuatupun yang dapat mendekatkan seorang hamba kepada syurga dan menjauhkannya dari neraka melainkan aku telah jelaskan kepada kamu semua.” [Hadis sahih riwayat al-Tabrani]

Mimpi yang benar ini kebiasaannya terjadi kepada orang soleh yang taat kepada sunnah Nabi namun adakalanya manusia yang biasa juga turut mengalaminya. Mimpi yang benar adalah berupa khabar gembira daripada Allah bagi hamba-hamba-Nya dengan memberi gambaran tentang perkara-perakara baik yang bakal berlaku. Mimpi yang benar ini akan menjadi kenyataan dalam hidup seseorang itu. Mimpi yang benar juga boleh terjadi dalam bentuk peringatan terhadap hamba-hambanya tentang perkara buruk yang bakal berlaku agar dia boleh berusaha untuk mengelaknya dari terjadi ataupun berbentuk amaran supaya jangan melakukan sesuatu maksiat. Inilah lapangan skop mimpi yang benar dan ianya tidak lebih dari itu. Ia bukanlah hujah syarak mahupun dalil-dalil yang boleh dipergunakan untuk membentuk fahaman yang baru sebagaimana yang difahami sesetengah pihak. Kandungan mimpi yang benar tidak akan bertentangan dengan ajaran yang terdapat di dalam al-Qur’an dan Sunnah bahkan ia berfungsi sebagai memperjelaskan atau memperingatkan seseorang tentang ajaran yang terkandung di dalam al-Qur’an mahupun Sunnah.

Mimpi bertemu dengan Nabi s.a.w. juga merupakan sebahagian dari al-Mubasysyiraat (berita-berita yang menggembirakan) yang terjadi kepada sesetengah manusia yang beruntung. Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sesungguhnya dia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku. Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja maka dia telah mengambil tempat duduk dallam neraka.” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari]

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami seseorang itu hanya dianggap telah benar-benar bertemu Rasulullah s.a.w. di dalam mimpi sekiranya paras rupa Rasulullah yang ditemuinya itu sesuai dengan sebagaimana yang telah digambarkan di dalam hadis-hadis yang sahih. Sekiranya paras rupa Rasulullah yang dilihatnya dalam mimipi tersebut tidak selari dengan hadis-hadis maka berkemungkinan besar orang yang bermimpi itu telah diperdaya oleh syaitan yang menyerupai seseorang yang lain tetapi mengaku sebagai Nabi kerana syaitan hanya tidak boleh menyerupai paras rupa nabi yang sebenar. Telah amalan umat Islam terdahulu (generasi salaf) apabila seseorang mengaku bertemu Nabi, dia dikehendaki untuk memberikan gambaran paras rupanya dalam mimpi itu. Ibnu Sirin r.h umpamanya akan bertanya kepada seseorang yang mengaku bertemu Nabi s.a.w. dalam mimpi: “Ceritakan kepadaku apa yang anda lihat.” Sekiranya diceritakan kepada beliau sifat-sifat Rasulullah s.a.w. yang tidak diketahuinya, beliau akan menegaskan: “Anda sebenarnya tidak bermimpi bertemu dengan baginda s.a.w.”

Seterusnya kandungan mimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. itu tetap perlu dipertimbangkan dengan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabya Mauqiful Islam Minal Ilham wal Kasyaf wa Ra’yu waminat-Tama’im wal Kahanah war-Ruqaa’: “Seseorang yang bermimpi bertemu dengan Nabi s.a.w. dalam tidurnya, lalu Nabi menyuruh atau melarangnya dari melakukan sesuatu, atau menzahirkan kecintaan kepada sesuatu atau kepada peribadi atau kepada kumpulan tertentu atau menunjukkan kemurkaan dan kebenciannya kepada seseorang atau jemaah atau sesuatu pendirian atau amalan, semuanya ini tidak boleh diambil kira dan tidak mensabitkan sebarang hukum syarak baik hukum wajib, sunat haram, makruh dan juga harus atau memberikan ketuanan, pembebasan mahupun permusuhan. Semuanya perlu dibentangkan terlebih dahulu kepada syari’at yang sabit lagi maksum. Jika bertepatan ia boleh diterima tetapi jika sebaliknya yang menjadi hujah tetap syari’at. Mimpi hanya untuk menggembirakan atau menjinak-jinakkan hati sahaja.”

Tambah Dr Yusuf Qaradhawi lagi : “Perkara yang hanya dipertanggungjawabkan (taklif) oleh Allah supaya kita meyakini dan beramal dengannya ialah sesuatu yang diwahyukan kepada Rasul-Nya semasa hayat Rasul tersebut, bukan berdasarkan kepada apa yang dibawa oleh mimpi di dalam tidur setelah kewafatannya.”

Seringkali kedengaran ada kelompok tertentu yang mendakwa bahawa ajaran yang terdapat di dalam tarekat mereka ini di ambil oleh Syaikh mereka daripada Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedar atau terjaga. Mereka mendakwa bahawa ajaran-ajaran tersebut walaupun berbeza dengan apa yang terkandung di dalam al-Qur’an atau sunnah, bercanggah pula dengan pendapat para ulamak fekah mahupun hadis tetap boleh diamalkan kerana ianya diterima secara terus daripada Rasulullah s.a.w. dalam keadaan sedar. Mereka berhujah dengan sebuah riwayat yang mana Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang melihatku dalam mimpi, maka dia akan melihatku dalam keadaan terjaga dan syaitan tidak mampu menyerupaiku.” [Hadis riwayat Imam al-Bukhari]

Walaupun hadis ini sahih namun tafsiran mereka terhadapnya tidak benar. Rasulullah s.a.w. telah wafat sebagaimana manusia yang lain. Firman Allah S.W.T.: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula) Kemudian sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan berbantah-bantah di hadapan Tuhanmu. [al-Zumar (39) : 30-31] Baginda hanya akan dibangkitkan semula di alam akhirat setelah terjadinya kiamat. Maka tiada nas yang menunjukkan bahawa baginda boleh bangkit di dunia dan boleh bertemu dengan seseorang secara fizikal dan mengajar mereka ajaran-ajaran tentang Islam. Tiada suatu riwayat pun yang menunjukkan para sahabat Nabi pernah berjumpa baginda dalam keadaan sedar setelah baginda wafat sedangkan merekalah yang paling rapat dengan baginda, paling warak dan tawaduk.

Al-Hafiz Ibnu Hajar r.h juga menempelak dakwaan golongan yang mengaku bertemu dengan Rasulullah dalam keadaan sedar menerusi kitabnya Fathul Baari. Menurut beliau: “Hal ini begitu aneh. Jika dimaksudkan (pertemuan tersebut) secara zahir maka mereka (yang mendakwa bertemu Nabi secara sedar) itu boleh dianggap sahabat Nabi, sedangkan tidak mungkin sahabat Nabi itu akan ada terus menerus sehingga hari kiamat.”

Tentang maksud sebenar maka dia akan melihatku dalam keadaan terjaga maka Imam al-Nawawi r.h telah memberikan tiga pendapat:

Pertama, ia berkaitan dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah s.a.w. Oleh tu sesiapa yang bermimpi bertemu dengan Nabi sedangkan dia belum berhijrah maka Allah akan memberi taufik kepadanya untuk berhijrah dan bertemu dengan Nabi secara zahir.

Kedua, dia akan melihat kenyataan mimpinya tersebut dalam keadaan terjaga pada hari kiamat, kerana semua umat baginda akan melihatnya pada hari kiamat.

Ketiga, dia akan melihat Nabi s.a.w. pada hari akhirat secara khusus dalam keadaan dekat dan mendapat syafaat daripadanya atau yang semisalnya.

Sewajarnya kita memahami bahawa Allah S.W.T. tidak membebankan seseorang itu dengan apa yang terjadi ketika mimpi. Nabi s.a.w. bersabda: “Catatan amal diangkat dari tiga orang, anak kecil hingga baligh, orang tidur hingga terbangun dan dari orang gila hingga sedar” [Hadis riwayat Imam Abu Dawud] Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa ketika tidur seseorang itu terlepas dari sebarang tanggungjawab, maka bukanlah suatu kemestian bagi seseorang itu untuk melaksanakan apa sahaja yang dilihatnya ketika bermimpi melainkan ianya sesuai dengan tuntunan syarak.

Allah S.W.T telah menyempurnakan syariat agama Islam dengan penurunan wahyu kepada Nabi s.a.w. semasa hayat baginda. Kesempurnaan syariat agama Islam ini diakui sendiri oleh Allah S.W.T. melalui firman-Nya: “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redha Islam menjadi agama kamu.” [al-Maaidah (5) : 3] Sempurna dalam ayat ini bererti ianya telah lengkap. Sekiranya agama telah sempurna, mengapa kita masih memerlukan mimpi untuk dijadikan perantaraan bagi menerima amalan-amalan baru yang tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah dan para salafussoleh (ulama terdahulu)? Justeru, mereka yang mendakwa sesuatu ajaran baru itu masih boleh diterima menerusi mimpi hanya mencerminkan gambaran pemikiran mereka yang menganggap Islam ini belum sempurna sehingga memerlukan ritual-ritual baru. Sungguh rosak pemikiran sedemikan rupa.

(Minda Akop)

KUNJUNGAN JAMAAH INSTITUT AL-QAYYIM

Jamaah Institut Al-Qayyim Bukit Mertajam, Pulau Pinang akan mengunjungi Ma’ahad Ittiba Us Sunnah pada 6 dan 7hb. November ini. Persinggahan tersebut adalah dalam rangka lawatan Jamaah tersebut ke Selatan Tanah Air. Pengurusan MIS akan mengadakan satu taklimat mengenai pertumbuhan Gerakan As Sunnah kepada rombongan pada jam 9.00 pagi hari Sabtu. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

PEMBELAAN KEPADA MUHAMMAD ABDUL WAHAB

Ancaman terbaru terhadap Gerakan Kembali Kepada Al-Qur’an dan Sunnah pastinya bukan yang terakhir. Apa yang diharapkan, kejadian tersebut bukan penyebab untuk surut kebelakang. Keazaman untuk menjadi Anshar dan pembela Muhammad Rasulullah harus lebih berani dan berterus terang, cukuplah rasanya selama ini kita mempertahankan diri. Tuduhan liar terhadap gerakan ini dengan lebel Kaum Muda, Wahabi. AL-Tab’di dan sebagainya yang menghinakan sudah sangat keterlaluan dan menyakitkan hati. Malah yang lebih dahsyat lagi ada yang mengibaratkan fahaman ini sebagai wabak yang ditakuti ditengah-tengah masyarakat, iaitu AIDS. Adapula cadangan untuk menyahkan kita dari negara ini kerana bukan bermazhab Syafie. Alangkah dahsyatnya tuduhan-tuduhan dan kata-kata nista sedemikian. Beginilah jadinya jika nafsu sudah menguasai fikiran, sehingga menutup segala fakta kebenaran yang dihadapkan. Mereka lebih menyanjungi warisan yang diwarisi dari nenek moyang, maka barangsiapa mengingkarinya atau mempertikaikannya, maka orang itu akan dianggap sebagai pendurhaka atau pemecah belah perpaduan yang menjadi arus perdana ketika ini katanya. Jenama WAHABI terus menerus menjadi sasaran kemarahan dan kebencian yang amat meluap-luap. Perancangan jahat untuk membenteran fahaman WAHABI dirancang dengan teliti. Di Kuala Pilah ini sendiri maupun disekitarnya, seluruh Mesjid-mesjid dikunjungi oleh penceramah mereka dan memberi amaran kepada masyarakat tentang bahaya yang datang dari Ma’ahad Ittiba Us Sunnah yang wajib dijauhi dalam setiap syarahan. Kami mengetahui perjalanan kotor itu, sehingga peristiwa penangkapan Ustaz Rasul Dahri adalah didalangi oleh mereka-mereka tersebut, dan sehingga kehari ini semenjak 4 bulan yang lalu tiada apa-apa pertuduhan dihadapkan kepada beliau oleh pihak berkuasa Jabatan Agama NS. Kejadian sama turut berlaku kepada Dr Asri. Kegelojohan JAIS mengundang pelbagai kritikan. Kemunculan tiba-tiba Zamihan Al-Ghari dengan mendakwa bahawa Dr. Asri memalsukan Sijil beliau sangat menjengkelkan, walaupun kemudiannya beliau menafikan, dan dengan sendirinya tangan-tangan ghaib yang dikatakan itu kini sudah diketahui, Jelas bahawa musuh SUNNAH adalah BID’AH, Muhammad Bin Abdul Wahab yang dilebel WAHABI adalah Ulamak yang mengembalikan umat kepada Ajaran Islam sebenar dengan membenteras Khurafat, tahyul serta Bid’ah yang berselerak ketika itu yang menjadikan kubur sebagai tempat pemujaan, MAKA ITU pemuja kubur itulah yang menjadi musuh kepada WAHABI. Adalah ditegaskan pembelaan kepada fahaman yang dikatakan WAHABI itu haruslah lebih berterus terang dan berani pada masa akan datang. Wassalam

ZAMIHAN MENABUR FITNAH

sijil_a

Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah. Ini bercanggahan dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain dalam Utusan.

Dr Asri: Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu. -Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini. Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini? Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!

TANGKAP LAGI

Assalamualaikum wbt!

Firman Allah SWT: “Mereka mahu supaya dapat dipadamkan Nur sinaran Allah dengan mulut-mulut mereka, padahal Allah tetap akan sempurnakan NurNya, meskipun dibenci oleh orang-orang yang mengingkarinya:. (Saff:7)

Penangkapan Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin semalam di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang ketika menyampaikan kulian kepada 200 orang oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor tidak menghairankan. Kerana selagi sistem penjajah menjadi amalan pemerintah, selama itu para pengembang Agama yang bertentangan dengan pemerintah akan terus diburu. Apatah lagi penentang yang berada dikiri kanan akan sentiasa menjalankan peranan mereka sebagai kaki kipas dan pengampu dan membisikkan kepada orang atasan supaya suatu hukuman dikenakan kepada mereka.. Sebelum itu Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang diketuai oleh Persidennya Mohamad Isa Abd. Ralip yang mendakwa bersama-sama dengan 13 NGOs yang lain (Persatuan Pegawai-pegawai Syariah Malaysia, Yayasan Sofa NS, Yayasan Jenderami, MUAFAKAT, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Ulamak Malaysia, Yayasan Paksi Kedah, Persatuan Ulamak Kedah, Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), telah menyerahkan suatu Memorandum kepada Yang DiPertuan Agong meminta Baginda menarik balik perlantikan Dr. Asri sebagai Yang Di Pertua YADIM. Memorandum tersebut disiarkan dalam website Persatuan Peguam Syarie Malaysia, namun kemudian ia ditarik balik atas alasan teknikal. Kami percaya mereka terpaksa menarik balik memorandum itu daripada tersiar kepada orang ramai, kerana bimbang hujjah longgar yang mereka kemukakan dalam memorandum itu akan diketahui ramai dan akan memalukan Persatuan itu sendiri. Namun kami berkesempatan untuk mendapatkan salinannya, dan memang terbukti bahawa mereka-mereka itu sangat bimbang dengan kebangkitan Gerakan Pembaharuan yang dibawa oleh Dr. Asri dan kawan-kawannya itu akan menggugat kesenangan yang mereka nikmati sekarang. Mereka juga bimbang warisan nenek moyang yang menjadi amalan masyarakat Melayu zaman berzaman yang sarat dengan amalan animisma ditinggalkan Umat Islam dan kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah. Kami juga percaya laporan polis dibuat oleh mereka yang iri hati dengan perkembangan pesat gerakan pembaharuan ini, terutama mereka yang mensebatikan diri mereka dengan kubur-kubur dan beraqidah bahawa Rasulullah saw masih hidup dan boleh datang kepada siapa yang yang Baginda mahu, seperti kepercayaan kaum tarikat yang berselerak di Negeri Sembilan ini. Apatah lagi sekarang ini seorang yang diangkat sebagai Syeikh Besar tarikat tersebut sedang bergerak di Gombak dengan menjadikan Agama sebagai sumber pendapatan. Ini ditegaskan oleh Dr. Asri bahawa institusi Agama dilihat sebagai ruang membuat keuntungan kepada sebuah akhbar. Oleh yang demikian, kami menyeru kepada Dr. Asri dan kawan-kawannya agar tabah menghadapi dugaan ini dan kami akan bersama bagi membebaskan pemikiran kolot dan jumud sebahagian bangsa Melayu yang sudah lama terjajah dan bertaklid buta.

Dalam pada itu Persatuan Peguam Syarie (PGSM) dalam Kenyataan Medianya semalam (Ahad 1hb November 2009) memperlihatkan kecelaruan mereka. Dalam Memorandum yang dihantar kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, persatuan itu bersama-sama dengan NGOs yang lain memohon kepada Yang DiPertuan Agong supaya menarik balik perlantikan Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin sebagai Yang Di Pertua YADIM. Tetapi dalam Kenyataan Medianya pula menyatakan bahawa Jawatan Yang DiPertua YADIM masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Kerajaan. Oleh yang demikian bagaimana boleh pihak PGSM mengutus kepada Agong supaya menarik balik Jawatan tersebut??. Selain itu PGSM dalam kenyataannya melahirkan rasa kecewa atas sikap Dr. Asri yang dikatakan cuba membesar-besarkan isu tersebut dan cuba mengheret masyarakat awam dan mencari publisiti. Bila isu ini diketahui ramai, PGSM mula gelisah, Memo yang dipaparkan dalam Web-site persatuan itu dikeluarkan dengan serta merta dengan alasan teknikal. Apabila mereka sendiri celaru, Dr. Asri pula dituduh sebagai mencari publisiti. PGSM mendakwa memorandum kepada YDP Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana dan tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia. Jelas PGSM mengamalkan pendekatan songsang dalam memimpin Umat Islam dan menjadikan ARUS PERDANA sebagai panduan dalam beragama bukannya Qur’an dan Hadits.

Berita terkini yang diterima, bahawa pihak JAIS masih lagi belum mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap Dr. Asri walaupun telah dihadapkan ke Mahkamah. Kejadian sama berulang bilamana Ust. Rasul Dahri ditangkap di Ma’ahad Ittiba Is Sunnah pada bulan Jun yang lalu, dan sehingga kehari ini tiada sebarang pertuduhan dibuat. Apakah Jabatan-jabatan Agama Islam dinegara ini mengamalkan sikap sedemikian dalam menjalankan perintah agama? Atau Jabatan itu sudah menjadi alat kepada pihak-pihak tertentu yang sudah merasa tergugat kedudukan mereka? Sekian, wassalam.

JAMAAH AS-SUNNAH SOLAT EID DITANAH LAPANG

Jamaah As Sunnah Kuala Pilah menunaikan Solat Eid Fitr di Tanah Lapang di MIS pada Ahad 1 Syawal bersamaan 20 September 2009 yang lalu. Hampir 800 orang memenuhi ruang bagi menunaikan solat tersebut yang diimankan oleh Ustaz Musa Saderi.

P1020668


P1020664

Setelah selesai Kuthbah, turut memberikan ucapan ialah Ketua Kampung Parit, Sdr. Shukri Sharif, Hazman Hashim dan Dato’ Kamel bin Dato’ Yusof.

P1020659

P1020678

P1020680

Dalam ucapan-ucapan tersebut Jamaah diseru supaya berpegang teguh dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah yang menjadi perpegangan selama ini, juga perkembangan Gerakan Kembali Kepada kedua sumber itu telah melebar keseluruh negara.

KELOMPOK KELUARGA AL-FUR'QAN

KTF INSTITUT dan Ma’ahad Ittiba Us Sunnah telah melahirkan ramai siswa yang berkebolehan menterjemah Al-Qur’an secara Harfiyah dan ilmu alatnya yang lain. Mereka kini sedang menempuh suatu era baru ditempat dan markaz masing-masing dengan menjadikan Al-Qur’an sebagai mata pelajaran utama, dan inilah hasrat pengasas KTF Institut. Nampaknya Majlis Muraajaah Al-Qur’an telah diadakan dibanyak tempat, tanpa ada rasa was-was dan ragu, dan inilah juga seruan yang telah kita terima, supaya kembali kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Maka itu Pelajaran Memahami Al-Qur’an adalah amat penting untuk mendalami Islam dan kita tidak menjadikan Al-Qur’an itu sebagai bacaan kepada orang yang telah mati, atau menjadikan ia sebagai bahan pemujaan untuk perbomohan dan menjadikan ia sebagai simbol semata tanpa dipelajari. Oleh yang demikian, kepada para penziarah yang berminat untuk mempelajari Al-Qur’an sila hubungi mereka yang terlibat disini. Demikian juga kepada semua pengembang Pelajaran Harfiah ini, pertemuan bagi KELUARGA AL-FURQAN yang pernah diadakan suatu ketika dahulu harus dikekal dan dilanjutkan, agar kitalah yang menjadi kelompok yang terkehadapaan mempelopori gerakan Kembali Kepada Al-Qur’an dan Sunnah dan melahirkan “Umat Islam Yang Berilmu, Beriman, Beramal” dan melihat bertapa nikmat berhasilnya ajaran dari Al-Qur’an. Wassalam

DIAMBANG PENUBUHAN JAMAAH AS SUNNAH MALAYSIA

ألسلأم عليكم ورحمة الله وبركاته

Adalah menjadi suatu harapan bagi seluruh Jamaah As Sunnah yang kembali kepada Al-Qur’an dan Sunah Rasul SAW kewujudan sebuah organisasi yang berdaftar dengan pemerintah, agar perjalanan gerakan ini tidak terganggu. Gesaan dikeluarkan juga bahawa Gerakan ini harus menampilkan identiti sebenar dan tidak terikut-ikut dengan rentak semasa, kerana selama ini berlaku, kita akan sentiasa terkebelakang dan dipermainkan. Semenjak tahun 60han usaha untuk mendaftarkan Pertubuhan yang mewakili Jamaah As Sunnah Malaysia yang diketuai oleh Hj. Rijal Abdullah yang telah mengadakan kongres penubuhannya di Kuala Lumpur yang memakai nama Muhammadiyah menemui jalan buntu, juga akibat konfrantasi dengan Indonesia ketika itu, dan ia dilanjutkan lagi dengan nama Badan Perancangan Muhammadiyah Malaysia dan Jamaah As Sunnah Malaysia diera tahun 70 dan 80han yang berpusat di Kelang dan Kuala Pilah, namun kesemuanya menemui kegagalan, dan ia mudah diketahui kerana kebimbangan terhadap perpegangan fahaman gerakan ini yang bertentangan dengan pemerintah. Kegagalan mendapatkan pengiktirafan berpetubuhan ketika itu dilihat kerana mempertahankan identiti sebenar. Maka apakah sekiranya, cubaan untuk kesekian kalinya mendaftarkan Pertubuhan Jamaah As Sunnah menemui kegagalan, dan mencari suatu penampilan identiti yang lain walaupun hakikat sebenarnya tidak? Yang penting pengiktirafan Allah SWT yang dicari. Wabillahit taufik.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Alhamdullilah, suatu Kursus Mengurus Janazah Menurut Panduan Qur’an dan Sunnah Siri Pertama selesai diadakan di Ma’ahad Ittiba Us Sunnah pada 19hb. July 2009 bermula Jam 11.30 pagi dan selesai jam 1.00 tengahari yang dihadiri hampir 100 orang. Kursus itu


janazah1


dikendalikan oleh Ybhg Ust. Rasul Dahri. Peserta Kursus telah dibekalkan dengan sebuah Buku yang setiap perbuatan dalam pengurusan tersebut disertakan keterangan dari Al-Qur’an dan Sunnah Rasul SAW. Makluman akan dikeluarkan bagi Siri berikutnya. InsyaAllah.

GERAKAN KEMBALI KEPADA AL-QUR'AN DAN SUNNAH: HARAPAN DAN CABARAN

Penyatuan, keberkesanan dak’wah dan Ketahanan Benteng bagi Golongan Kembali Kepada Al-Qur’an dan As Sunnah amat penting ketika ini untuk dibincangkan. Ini memandangkan usaha-usaha jahat sedang giat dijalankan oleh musuh-musuh gerakan ini ketika ini yang tiada hentinya, yang sudah sebati dengan amalan bid’ah yang disangka berpahala itu. Mereka dengan tiada sopan lagi melebelkan kita LEBIH BAHAYA DARI PENYAKIT HIV AID. Mereka telah menguasai Jabatan-jabatan penting Kerajaan bagi melenyapkan gerakan ini, malah memperalatkan beberapa agensi Kerajaan bagi mencapai tujuan dan maksud mereka dengan mengukuhkan penguatkuasaan, mengadakan seminar dan sebagainya dengan alasan membenteras ajaran SESAT.

Sebenarnya ajaran SESAT telah lama bercokol dinusantara sejak mula kedatangan Islam dirantau ini. Pengkaji sejarah tentu mengetahui bahawa seluruh kepulauan Melayu sebelum kemasukan sebarang agama baru, alamnya dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan primitif yang mengandungi kepercayaan terhadap roh-roh atau semangat. Pemujaan kepada “kuasa ghaib” yang dianggap wujud didalam benda-benda beku seperti batu, gunung, yang dianggap ada pada tumbuhan, haiwan dan manusia samada yang masih hidup atau mati sangat luas diseluruh nusantara.

Kepercayaan kepada primitif itu melahirkan pemujaan terhadap berhala seperti yang masih didapati dikalangan orang-orang Asli di Semenanjung, di Tanah Jawa, Kalimantan dan lain-lain. Pengaruh Budha mengalir dari Utara dan bercampur baur dengan Hindu dan terus menjadi pegangan di Bali, kebudayaan yang bercurak keberhalaan dalam tiga anasir kepercayaan (animistik, Budha dan Hindu) dapat dianggap telah menguasai seluruh rantau, dan apa yang dikatakan kebudayaan oleh semua suku bangsa dirantau ini sebenarnya adalah Agama dan kepercayaan yang masih dianuti dengan kuatnya.

Agama Islam dibawa masuk ke gugusan pulau Melayu melalui perdagangan, dari saudagar-saudagar India yang menjelajah kepesisir Sumatera. Islampun berkembang keseluruh kepulauan Melayu dengan pesatnya dan di Tanah Melayu ia bertapak dalam kurun ke-14. Sesuai dengan iklim kepercayaan orang-orang Melayu, maka faham Agama bercurak SUFI cepat mendapat kedudukan, ajaran-ajaran WUJUDIYAH (Kesatuan Makhluk dengan Khaliq) yang dibawa kaum TASAWUF cepat berkembang, kerana tanah yang suburnya untuknya memang sudah ada. Kaum Tasawuf itu menumbuhkan terlalu banyak TARIQAT antaranya seperti Qadiriyah, Naqsyabandiyah, Syaziliyah, Syathariyah, Ahmadiyah dan banyak lagi, dan Syeikh dan guru-guru Tariqat itu mendapat sanjungan dikalangan masyarakat Islam, mereka dipuja dengan anggapan mereka memiliki kekeramatan dan mengetahui perkara ghaib. Kerana itu kita boleh dapati ada banyak makam wali dan keramat besar atau kecil dinegara ini. Dipandang dari sudut Al-Qur’an, semuanya telah menjadi berhala yang disembah. Walaupun Islam berjaya menguasai semangat di kepulauan Melayu, tetapi mereka terus membawa bersama segala kepercayaan SEMANGAT ANIMISMA, HINDU dan BUDHA kedalam Islam, dan sekarang pengaruh Kristian dalam angkatan baru.

Ajaran SUFI AL-HALAJJ berfaham WUJUDIYAH amat berkembang di Aceh anjuran Hamzah Al-Fansuri dan Shamsuddin Al-Sumatrani dalam abad ke-16, fahaman ini mengalir dari ajaran SYI’AH.

Manakala fahaman Sunni yang sampai kekepulauan Melayu dibawa oleh para pengikut-pengikut Imam Syafi’ei atau yang disebut Syafi’eiyat, mereka pula tidak pernah mempelajari Kitab-kitab Imam Syafi’ei. Sebab itu banyak didapati amalan umat Islam bercampur baur dengan berbagai ilmu kebatinan yang berasal dari ajaran Sufi dan lain-lain.

Perkembang Islam dirantau ini adalah menurut gelombang dari zaman ke zaman. Para da’ie terpaksa melenggang menurut alunan tarian masyarakat disini, ini disebabkan bahawa kader-kader itu dilahirkan oleh masyarakat, bukan kader yang dilahirkan oleh Islam, sebab itu ramai guru-guru agama, ulamak-ulamak bimbang menyampaikan kebenaran, apatah lagi bila mereka digajikan oleh pemerintah dan mewah dengan harta dunia. Kita juga tidak melihat Kitab Al-Qur’an dan Hadits Nabi dijadikan matapelajaran utama untuk difahami oleh anak-anak Islam, padahal Kitab itu diwajibkan dipelajari oleh Allah SWT, bukan seperti kitab-kitab asing yang hanya terletak di gereja, kuil maupun lainnya. Pengajaran yang sampaikan hanya sekadar pemahaman Tajwid-Taranum, Berzanji dan berqasidah.

Oleh kerana jiwa dan roh seluruh alam Melayu pada dasarnya penuh dengan pemujaan kepada benda-benda GHAIB dan pendewaan kepada kuasa yang mengkagumkan , maka ilmu-ilmu kebathinan berteraskan LAGENDA dan TAHYUL telah menjadi adat resam yang sukar dihilangkan (seperti menganggap ada wali dalam satu masa berada ditiga atau lebih tempat). MAKA KEHADIRAN ISLAM ITU TELAH DIJADIKAN SEBAGAI ALAT MEMPERKOKOH DASAR KEBATHINAN YANG SEDIA ADA.

Dengan jelas dapat dilihat, bahawa semua aspek pengajaran Islam telah diserapkan kepada ilmu-ilmu kebathinan. Ilmu Tauhid Sifat 20, bercorak kebathinan, Ilmu Tassawuf, bercurak kebathinan, Ilmu-ilmu feqah juga banyak dibawa kepada kebathinan dan berbagai lagi adat resam dan kepercayaan yang pada lahirnya Islam tetapi berteraskan Sifat Keberhalaan.

Untuk menganalisa AJARAN SESAT ia hendaklah diserahkan kepada para ahli dalam bidang Al’Qur’an dan Sunnah, bukan kepada mereka yang fanatik kepada puak masing-masing, bukan kepada ahli politik dan kebudayaan dan tentunya bukan kepada penyembah dan pemuja kubur dan pengekor Muqallidin. Al-Qur’an dan Sunnah sahajalah yang dapat menentukan benar atau sesatnya sesuatu ajaran, kerana Nabi Muhammad SAW telah mengariskan bahawa “sesiapa sahaja yang mengerjakan amal, yang bukan dari anjuranya adalah SESAT semuanya”. Kita harus yakin bahawa Islam bukan dimiliki oleh sesiapa, samada ia berkuasa atau tidak, tetapi Islam adalah dipunyai oleh Allah SWT.

OLEH YANG DEMIKIAN, adalah jelas tidak dapat tidak untuk membenteras AJARAN SESAT itu adalah terpikul diatas pundak mereka yang Kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah, yang mendapat tentangan dari semua pihak yang dilahirkan oleh Agama Campuran itu. Gerakan Kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah pada awalnya dibawa oleh beberapa kerat ulamak sahaja, mereka mendalami Qur’an dan Hadits dengan mendalam, menurut jejak Para Salafis Salihin. Tetapi kini bertambah ramai yang tidak harus diperkecilkan dan dimomokkan dengan Kaum Muda, Wahabi dan berbagai nama yang merendahkan. Masaalah Kaum Muda mungkin tidak berbangkit lagi kerana apa yang ditegur dahulu sudah menjadi kenyataan hari ini.

Demi pentingnya penyatuan, dakwah dan kekuatan benteng Gerakan Kembali kepada Al’Qur’an dan Sunnah, maka kesatuan yang sudah terbina sekarang harus diperteguhkan supaya batu asas yang dibina tidak berserak.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

KURSUS TERSEBUT AKAN DIADAKAN PADA 19HB. JULY 2009 DAN BUTIRAN DI AKTIVITI

RASUL DAHRI KALAH MATI DI KUALA PILAH ?

Sebuah blog http://hanifsalleh.blogspot.com/2009/06/rasul-dahri-kalah-mati-di-kuala-pilah.html memuatkan berita mengenai penangkapan Ust. Rasul Dahri di MIS Kuala Pilah tempoh hari. Beliau kata URD KALAH MATI DI KUALA PILAH, bukan kalah mati seperti sangkaan beliau, tetapi respon yang diterima daripada masyarakat amat bersimpati dan merangsang agar MIS terus menaburkan bakti kepada masyarakat. Ramai yang menyangka MIS sudah tutup, tetapi kejadian itu telah memberitahu masyarakat bahawa MIS masih aktif dan mereka memberikan rangsangan. Moderator blog tersebut itu juga memuji tindakan pro-aktif penyiasat JUINS itu dalam mengekang perkembangan gerakan WAHABI, kebimbangan moderator blog tersebut terserlah lagi dalam posting lain dan menuduh Astro sebagai agen WAHABI kerana membenarkan Dr Asri Zainol Abidin keudara di stesyen tersebut. Nampaknya blogger tersebut dalam keadaan kelamkabut, cemas dan resah gelisah bila Gerakan Kembali Kepada Al-Qur’an dan Sunnah semakin mendapat tempat dihati masyarakat, jangan begitu, beristighfarlah saudara. Moderator blog itu mempertikaikan lagi, URD tidak memiliki tauliah dan tidak perlu berada di Negeri Sembilan, sambil memetik gambar (tanpa izin?) dan juga memetik beberapa artikal disini (yang dikerat-kerat mengikut kesesuaian beliau). Perlu diberitahu kepada beliau dan semua, bekas sistem penjajah melahirkan sekatan dan larangan sebanyak-banyaknya terhadap kegiatan rakyat, dan mengadakan hukum yang berat terhadap kegiatan itu, ini memang sesuai dengan penjajah, sebab itu, dalam enakmen JUINS (yang masih tidak berubah) banyak disebutkan larangan itu, larangan ini, jangan itu, jangan ini, jangan-jangan-jangan, ini kekangan kepada kegiatan rakyat. Jika diteliti dengan otak yang dingin dan dibandingkan dengan anjuran Al Kitab dan As Sunnah didapati ia terbalik dan berbeza antara langit dan bumi, maka akibat dari peraturan itu ialah menambah kejahilan umat dan rakyat dalam beragama dan penjarah agama amat gembira kerana umat Islam kekal dalam kejumudan dengan amalan nenek moyang yang tidak kembali ke sumber Islam iaitu Al-Qur’an dan Sunnah Rasul SAW. Dan ini yang sedang berjalan, dan orang yang bersekongkol dengan ini pun turut sama seperti moderator blog tersebut. Dalam hal Tauliah seseorang da’ie tidak perlu menunggu Tauliah daripada sesiapa untuk berdakwah, tidak perlu tunggu keizinan dari penguasa seperti Fir’aun dalam pemerintahannya.

Mengenai buku “Tokoh Ulamak Silam” Hj. Abdullah Hj. Sijang, seperti yang diperkatakan oleh moderator blog tersebut, saya sudah membacanya, namun penulis buku tersebut Wan Ahmad Arshad tidak mendetailkan apakah kesesatan yang telah difatwakan oleh Hj. Abdullah Sijang Saya dapati buku tersebut tidak layak untuk dibuat kajian bagi menyesatkan MIS, kerana tidak ada satu hujjahpun mengenainya, tetapi lebih layak untuk memenuhi program anjuran Jabatan Agama NS seperti Sambutan Maal Hijrah dan sambutan-sambutan lain yang pembacanya membaca sepintas lalu, dan sebagai memenuhi tuntutan tetamu kehormat program, buku tersebut adalah lebih merupakan biografi Ulamak yang dikenang. JUINSpun dalam kenyataan YDPnya tahun 1984 (rujuk bahan dokumentasi kami) menyatakan MIS tidak salah, tetapi mengelirukan. Tetapi kerana moderator blog tersebut seorang yang bertaqlid dan ta’sub dengan puaknya, maka ia ambil dan telan bulat-bulat apa yang orang lain perkatakan tanpa memeriksanya. Saya mengesyurkan supaya moderator blog tersebut bersifat lebih dingin dan berlapang dada dalam mencari keredhaan Allah SWT dalam pengibadatan terhadapNya.

Kita amat mengetahui bahawa usaha-usaha pihak yang menentang MIS dan rakan-rakan sedang giat dilaksanakan disekeliling MIS atau disekitar Kuala Pilah dan Negeri Sembilan, dan ini akan kita hadapi dengan berani.

KULIAH 27 JUN 2009 TETAP DITERUSKAN

Pihak Ittiba Is Sunnah akan terus menjalankan program-program yang sudah diatur dan jadual Kuliah pada 27 Jun 2009 (hari Sabtu) selepas Maghrib akan diteruskan., iaitu kuliah yang akan disampaikan oleh Ust. Fathul Bari. Kejadian yang berlaku tempoh hari tidak sedikitpun mendatangkan kelemahan kepada pengerak As Sunnah disini. Oleh yang demikian, Jamaah As Sunnah diminta untuk hadir dan memaklumkan kepada rakan-rakan yang lain. Wassalam.

MENGHALANG MAJLIS ILMU

Perbuatan menghalang Majlis Ilmu yang berlaku di MIS pada 21hb. Jun 2009 jam 11.30 pagi adalah amat dikesalkan. Perbuatan menyekat dan menghalang umat Islam daripada menerima Ilmu adalah hak peribadi dan kumpulan yang tidak boleh diganggu oleh sesiapapun, kecuali ajaran itu jelas bertentangan dengan agama itu. Hak ini bukan sahaja ada dalam Islam, tetapi menjadi perpegangan kepada semua yang beragama. Apatah lagi yang diajarkan itu berdasar kepada Al-Qur’an dan Sunnah Rasul. Kebanyakkan mereka yang memegang tampuk kekuasaan yang berada di Jabatan-jabatan Agama tidak menyedari akan hal ini. Ataupun mereka hanya menjadi orang-orang suruhan kepada akta-akta yang sengaja diadakan oleh penjajah Kristian bagi menghalang perkembangan Islam. Akta tersebut harus dikaji semula dan penguatkuasa tidak membuta tuli melaksanakannya, supaya mereka yang berdakwah dan mereka yang ingin kembali kepada Islam yang bebas dari bid’ah, tahyul, khurafat dan syirik tidak terganggu dengan akta yang dicipta penjajah itu. Kakitangan bawahan Jabatan atau agensi lainnya hanya akan berkata dengan dangkal “saya hanya menjalankan tugas”. Umat Islam berusaha mencari Ilmu semata-mata hanya ingin beribadat kepada Allah, bukan mencari kepentingan peribadi bagi mengejar pangkat, kedudukan dan kekuasaan seperti yang yang banyak kelihatan.

Oleh yang demikian, kita menyeru agar pihak-pihak yang berkuasa memeriksa semula peraturan dan akta yang jahat itu diperbaiki dan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan itu bagi kepentingan kumpulan/tarikat mereka bagi mengejar kekuasaan dan menindas. Mereka yang bertanggungjawab jangan bongkak dan sombong dengan kekuasaan, kerana menurut pandangan Al Qur’an golongan ini adalah sama seperti Abu Jahal yang menghalang Nabi Muhammad SAW dalam dakwahnya. Perhatikanlah pihak yang berkuasa!

KULIAH UST. RASUL DAHRI DIHALANG

Kuliah Ust. Rasul Dahri yang berlangsung di Madrasah Ittiba Is Sunnah pada 21hb. Jun 2009 jam 11.30pagi dihalang oleh sekumpulan penyiasat dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Kuliah yang dihadiri hampir seramai 200 orang itu, dikejutkan dengan tindakan tidak sopan petugas-petugas tersebut. Tanpa menunjukan surat kuasa, mereka meminta Ustaz Rasul Dahri memberhantikan kuliah dan membawanya ke Pejabat Agama Islam Kuala Pilah. Ust. Rasul Dahri adalah diundang untuk memberikan kuliah di MIS, dan sepatutnya pegawai penyiasat itu harus meminta keizinan penganjur terlebih dahulu, dan ia bukan suatu ceramah terbuka, kecuali ia dari kalangan keluarga As Sunnah Kuala Pilah. Kekecohan berlaku dengan tindakan biadap salah seorang anggota tersebut dengan bertindak mengasari Ust. Khairuddin Daud, salah seorang tenaga pengajar di MIS untuk mengiringi Ust. Rasul, tindakan pantas beberapa orang Jamaah telah berjaya mengawal keadaan. Dalam keadaan kelam kabut itu, Sdr. Nordin Rashid yang mempengerusikan Majlis, menaiki kereta lain dan mengekori kereta yang membawa Ust. Rasul dan tersasar pula ke Seremban, telah meninggal dunia akibat kompilasi Jantung. Pihak Madrasah Ittiba Is Sunnah, amat mengesali tindakan yang

Dr.Nordin,Utz Rasul210609 364

Aly. Dr. Nordin Rashid sempat melayan tetamu sebelum beliau kembali kerahmatulLah,

dianggap tidak bertamadun anggota penyiasat tersebut sehingga mengakibatkan keadaan yang tenteram sebelum itu menjadi kecuh. Ustaz Rasul Dahri telah dilepaskan kemudian jam 3.30 petang, dan beliau mengucapkan syukur atas kesabaran Jamaah menghadapi situasi itu. Beliau juga menyatakan bahawa tiada hujjah-hujjah agama diberikan oleh pegawai penyiasat dalam keterangan beliau di Pejabat Agama Islam Kuala Pilah cuma dengan alasan tiada Tauliah Mengajar dan “saya hanya menjalankan tugas”. Kami seluruh Keluarga As Sunnah Kuala Pilah dengan ini adalah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Aly. Dr. Nordin Rashid. Kepada isteri beliau Puan Sahara Ismail dan anak-anak dipohonkan supaya dilimpahi kesabaran dan semoga Allah akan menjumlahkan roh Allahyarham bersama orang solihin.

PEMBATAL KEISLAMAN

Pertama

Mengingkari rububiyah atau salah satu kekhususannya atau mendakwakan diri memilikinya atau membenarkan orang yang mendakwakannya.

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan mereka (orang-orang kafir) berkata: “Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa”, dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja.” (QS. al-Jatsiyah : 24)

Kedua
Menyombongkan diri tidak mau beribadah kepada Allah

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “al Masih [Nabi Isa] sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah, dan tidak (pula enggan) malaikat-malaikat yang terdekat (kepada Allah). Barangsiapa yang enggan dari menyembah-Nya, dan menyombongkan diri, nanti Allah akan mengumpulkan mereka semua kepada-Nya. Adapun orang-orang yang beriman dan berbuat amal saleh, Maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambah untuk mereka sebagian dari karunia-Nya. Adapun orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, Maka Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih, dan mereka tidak akan memperoleh bagi diri mereka, pelindung dan penolong selain dari pada Allah.” (QS. an-Nisaa’ : 172-173)

Ketiga
Mengangkat perantara dan pemberi syafaat yang dijadikan sasaran doa dan pemujaan selain Allah ta’ala

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: “Mereka itu adalah pemberi syafa’at kepada Kami di sisi Allah”. Katakanlah: “Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?” Maha suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu).” (QS. Yunus : 18)

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, Padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya. Dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka.” (QS. ar-Ra’d : 14)

Keempat
Menentang sesuatu yang telah jelas-jelas ditetapkan oleh Allah atau Rasul-Nya untuk menjelaskan tentang sifat-sifat-Nya, atau meyakini makhluk ada yang memiliki sifat-sifat kekhususan Allah seperti mengetahui perkara gaib. Demikian pula orang yang justru menetapkan sesuatu yang jelas-jelas ditolak Allah atau Rasul-Nya ketika menceritakan tentang sifat-sifat-Nya, seperti mengatakan bahwa Allah memiliki anak atau orang tua.

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Katakanlah: “Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.” (QS. al-Ikhlash : 1-4)

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. nanti mereka akan mendapat Balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. al-A’raaf : 180)

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Tuhan (yang menguasai) langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, Maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadat kepada-Nya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?” (QS. Maryam : 65)

Kelima
Mendustakan suatu ajaran Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan jika mereka mendustakan kamu, Maka Sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya); kepada mereka telah datang rasul-rasulnya dengan membawa mukjizat yang nyata, zubur, dan kitab yang memberi penjelasan yang sempurna. Kemudian aku azab orang-orang yang kafir; Maka (lihatlah) bagaimana (hebatnya) akibat kemurkaan-Ku.” (QS. Faathir :25-26)

Keenam
Meyakini ketidaksempurnaan petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, menentang hukum syari’at yang diturunkan Allah kepada dirinya, meyakini bahwa hukum selain yang ditetapkan Nabi sebagai hukum yang lebih baik, lebih sempurna dan lebih lengkap dalam memenuhi kebutuhan umat manusia, atau meyakini hukum Allah dengan hukum dari selain Allah itu sama baiknya, atau meyakini baiknya hukum Allah akan tetapi membolehkan berhukum sengan selain hukum Allah.

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? mereka hendak berhakim kepada thaghut, Padahal mereka telah diperintah mengingkari Thaghut itu. dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.” (QS. an-Nisaa’ : 60)

Ketujuh
Tidak meyakini kafirnya orang-orang musyrik atau meragukan kekafiran mereka karena keraguan semacam ini sama halnya dengan meragukan ajaran Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Belumkah sampai kepadamu berita orang-orang sebelum kamu (yaitu) kaum Nuh, ‘Ad, Tsamud dan orang-orang sesudah mereka. tidak ada yang mengetahui mereka selain Allah. Telah datang Rasul-rasul kepada mereka (membawa) bukti-bukti yang nyata lalu mereka menutupkan tangannya ke mulutnya (karena kebencian), dan berkata : “Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu disuruh menyampaikannya (kepada kami), dan Sesungguhnya Kami benar-benar dalam keragu-raguan yang menggelisahkan terhadap apa yang kamu ajak kami kepadaNya.” (QS. Ibrahim : 9)

Kedelapan
Melakukan penghinaan atau mengolok-olok al-Qur’an, agama, pahala atau siksa dan sebagainya, atau menghina salah satu Nabi, baik hal itu dilakukan dengan main-main atau serius.

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya Kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?”. Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman.” (QS. at-Taubah : 65-66)

Kesembilan
Membantu dan menolong orang-orang musyrik dalam memerangi kaum muslimin.

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka Sesungguhnya orang itu Termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (QS. al-Maa’idah : 51)

Kesepuluh
Meyakini ada sebagian orang yang boleh tidak mengikuti syari’at Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana halnya kasus Khidir bersama Nabi Musa ‘alaihimassalaam.

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.” (QS. al-Maa’idah : 3)

Kesebelas
Berpaling meninggalkan ajaran-ajaran agama Allah, tidak mau mempelajarinya dan tidak mau mengamalkannya.

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa.” (QS. as-Sajdah : 22)

Ini merupakan beberapa pembatal keislaman, sedangkan di sana masih terdapat berbagai macam pembatal yang lainnya yang secara umum bisa dipulangkan pada sebagian diantara pembatal yang sudah disebutkan di sini, seperti contohnya ; sihir, menentang ayat Qur’an, meragukan mukjizatnya, menghalalkan sesuatu yang telah disepakati haramnya seperti menghalalkan zina atau meminum khamr, mencaci maki agama, kita berlindung kepada Allah dari kesesatan. Wallahu a’lam. (diambil dari Kitabut Tauhid li Shaffits Tsani ‘Ali, hal. 19-22)

(Sumber Pengambilan: http://abu0mushlih.wordpress.com/2009/01/07/pembatal-keislaman/

SOKONGAN KEPADA MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB

Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah menyebut di dalam satu seminar memperingati Syeikh Mohd al-Ghazali di Amman, Jordan beberapa tahun yang lalu “orang-orang Islam tidak menghargai tokoh-tokoh mereka”.

Ini ditimbulkan ketika mengulas betapa ramainya ulama dan tokoh dakwah Islam yang tidak terlepas daripada fitnah dan cercaan umat Islam sendiri.

Di antara ulama yang sering menjadi bahan fitnah musuh ialah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Malangnya, kalangan umat Islam yang jahil terpengaruh dengan dakyah yang palsu itu lalu turut sama mencercanya tanpa sebarang pengetahuan tentang perkara yang sebenar.

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali at-Tamimi al-Hambali an-Najdi. Dilahirkan pada tahun 1115 H (1701 M) di ‘Uyainah. Beliau menghafaz Quran sebelum berusia 10 tahun dan mempelajari fiqh mazhab Hanbali, tafsir, hadis dan ilmu lain dari bapanya. Beliau amat tertarik dengan penulisan dua orang tokoh iaitu Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibn al-Qayyim (Kedua-keduanya bermazhab Hanbali).

Seterusnya beliau telah mengembara menuntut ilmu seperti ke Mekah, Madinah, Basrah, Baghdad, Hamazan dan Asfahan. Guru-gurunya ialah Syeikh Abdullah bin Ibrahim, Syeikh Ismail al-Ajlouni. Syeikh Ali Afandy ad-Daghastani dan Syeikh Muhammad Hayat as-Sindi.

Sekembalinya dari pengembaraan didapati perkara-perkara syirik, mungkar, khurafat dan bidaah begitu berleluasa di dalam masyarakat. Di Madinah, beliau telah mendengar ramai orang beristighasah (mohon petolongan ) daripada Rasulullah saw dan bukannya daripada Allah Taala.

Beliau lantas bertanya kepada gurunya iaitu syeikh Muhammad Hayat as-Sindi berhubung dengan hal itu. Jawab gurunya : Sesungguhnya celakalah mereka itu dengan apa yang mereka lakukan .

Di Najd pula, beliau mendapati ramai di kalangan masyarakatnya yang sering berulang alik ke kuburan untuk memohon hajat. Di al-Jubailah, masyarakat di situ telah membina sebuah kubur yang kononya milik Yazid bin al-Khattab saudara kandung Umar al-Khattab yang syahid di medan al-Yamamah.

Mereka memohon hajat di kubur tersebut sedangkan kubur itu sendiri tidak dipastikan siapakah penghuninya kerana ramai lagi tentera Islam yang terkorban bersamanya. Manakala perbuatan membina binaan pada kubur adalah di haramkan oleh syara` dan berdoa kepada selain daripada Allah adalah syirik.

Sementara itu di al-Mantahah pula masyarakat di sana telah bertawaf dan bertawasul serta memohon hajat khususnya tentang hal perkahwinan kepada sebatang pokok tamar jantan. Mereka yang belum berkahwin akan berkata: Wahai bapa segala pokok (pokok tamar jantan), saya ingin berkahwin sebelum cukup tahun. Di beberapa tempat lain terdapat suatu kebiasaan masyarakat berkunjung ke gua-gua dan makam-makam yang di sangka keramat untuk bermunajat, membayar nazar, memohon pertolongan dan sebagainya .

Demikianlah kesyirikan dan kemungkaran yang amat nyata. Seorang yang beriman kepada Allah pasti akan berusaha menghapuskan perkara-perkara tersebut. Sebaliknya di kalangan yang mengaku Islam tetapi masih mempercayai bahawa berdoa kepada Nabi, para auliya`, kuburan,pokok kayu dan seumpamanya adalah di benarkan, tiada alasan lain yang dapat diberikan melainkan sama ada dia jahil, berkepentingan peribadi ataupun memang musyrik yang bertopengkan Muslim.

Lantaran kemungkaran yang bermaharajalela itu, beliau telah mula mengorak langkah menyebarkan risalah dakwahnya, beliau berjalan di atas manhaj ulama` salaf di dalam mesej akidahnya. Ini boleh di dapati di dalam penulisan-penulisannya. Malang sekali kalau ada yang menuduhnya sesat, sedangkan sang penuduh itu tidak mampu membaca tulisanya kerana di dalam Bahasa Arab.

Dua asas penting yang ditekankan di dalam aqidah :

Pertama: Tauhid yang murni tanpa sebarang penyelewengan.

Kedua: Memerangi Bidaah.

Beliau berpegang teguh bahawasanya halal dan haram sesuatu perkara hanya boleh diambil dari kitab Allah dan Sunnah Rasulullah sebagai penjelasanya.

Adapun pendapat Mutakalimin, fuqaha` atau siapa saja bukanlah hujah selama mana dia tidak berdasarkan dua sumber ini. Beliau juga berpendapat bahawa pintu ijtihad belum tertutup dan mengharuskannya bagi sesiapa yang memiliki keupayaan tersebut.

Beliau berpendapat bahawa menziarah kubur Auliya` lalu bertawasul kepada mereka akan merosakkan tauhid kepada Allah. Ia sebahagian daripada syirik.

Ketegasan beliau dalam menyampaikan risalah ini banyak dipengaruhi oleh gaya dan manhaj Ibnu Taimiyah dan ulama-ulama mazhab Hanbali sebelumnya. Cuma beliau agak lebih keras dari Ibnu Taimiyah dalam beberapa perkara.

Di antara perkara yang diharamkan ialah menghisap rokok, yang mana terdapat juga manusia yang dianggap ulama pada masa itu yang menghisap rokok termasuklah Syeikh Ahmad Zaini Dahlan. Justeru, tidak pelik jika berlaku pergeseran di antara mereka, tetapi sayang apabila sumber maklumat kurang, ada yang menghukum tanpa usul periksa.

Sekiranya Ibnu Taimiyah banyak menjadikan penulisan sebagai alat perjuanganya, beliau pula telah bekerjasama dengan penguasa yang ada lalu menggunakan kuasa ketenteraan.

Yang paling bekerjasama ialah Syeikh Ibnu Sa`ud penguasa Dar`iyah sehingga terbentuknya kerajaan Arab Saudi hingga sekarang. Sungguhpun menggunakan kekerasan, dakwah ini mula diterima ramai melainkan puak-puak yang berkepentingna misalnya puak Badwi yang banyak mengamalkan perkara-perkara karut, serta penguasa-penguasa dan ulama yang mula kehilangan pengaruh. Lantaran itu, aduan-aduan palsu di hantar ke pihak Khilafah Uthamaniyah kononnya gerakan Muhammad Bin Abdul Wahhab ini menjalankan kegiatan subversif menentang khalifah.

Pentadbiran khalifah sendiri pada waktu itu sudah mula lemah dan gerakan perkauman Turkiyyah Tauraniyyah yang anti Arab telah mula menguasai kerajaan. Retak menanti belah, hasil fitnah itu berlaku beberapa pertempuran antara dua pihak.

Jadi gerakan Muhammad Bin Abdul Wahhab bukan sengaja keluar dari khilafah, sebaliknya terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang ke arah itu. Tidak tepat kalau gerakan itu di tuduh Asobiyyah atau mazhab baru, ia hanya garakan islah yang akhirnya berjaya menubuhkan daulah.

Kata Muhammad Qutb: Ketika orang membicarakan tentang kehilangan khilafah Islamiyah di Turki mereka lupa kewujudan negara Islam di Arab Saudi pimpinan Muhammad Bin Abdul Wahhab.

Merujuk kepada tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam terhadapnya. Antara yang sering di ungkit ialah kononnya guru beliau iaitu Syeikh Sulaiman al-Kurdi dan Syeikh Hayat as-Sindi telah berfirasat yang syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab akan di sesatkan oleh Allah dan akan sesatlah pengikut-pengikutnya.

Pertamanya, para penuduh sebenarnya hanya menyalin balik apa yang telah ditohmahkan oleh seorang penulis yang tidak di ketahui asal usulnya bernama Jamil Afandi Sidqi az-Zahawi, lalu di alam Melayu di dapati Sirajuddin Abbas di dalam bukunya Ahli Sunnah wal Jamaah mengungkitkan perkara yang sama, selanjutnya diteruskan oleh beberapa individu secara taqlid buta yang keji.

Walaupun Nabi saw di dalam sebuah hadis ada bersabda: Takutlah kepada firasat mukmin, kerana ia memandang dengan pandangan Allah”. Apakah dalil yang dapat membuktikan bahawa kedua-dua guru kepada Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab ini berfirasat sedemikian?

Sedangkan Syeikh Hayat as-Sindi telah sependapat dengan beliau berhubung dengan kesesatan umat. Mungkin ia hanya fitnah musuh atau mainan syaitan semata-mata? Bagaimana kalau sang penuduh itu di beitahu bahawa seorang soleh atau tuan guru telah berfirasat bahawa dia (si penuduh itu ) dajal akhir zaman ? Bolehkah diterima sewenang-wenangnya ? Fikrikanlah !

Selain itu, di antara perkara yang paling asas bagi orang yang mempelajari syariat Islam ialah sumber istinbat hukum adalah Quran, hadis, ijma`, qias dan beberapa perkara lagi yang diperselisihkan oleh ulama pelbagai mazhab.

Namun tidak ada seorang pun di antara ulama yang menerima pakai ilham, mimpi atau firasat sebagai dalil atau bukti apatah lagi untuk di buat hujah. Kalau ada yang melakukan sebaliknya, itu juhala` bukan ulama.

Berkata al-Imam Hassan al-Banna di dalam kitabnya, Risalah at-Ta`lim pada bab rukun al-Fahm….. “akan tetapi ilham, rasa hati atau kasyaf dan mimpi-mimpi bukan daripada dalil-dalil hukum hakam syar`iyyah…”

Berkenaan penentangan saudara kandungnya iaitu Syeikh Sulaiman Abd Wahab, memang berlaku. Namun penentangan itu sebelum dia mengetahui hakikat perjuangan beliau. Selepas mengetahui kebenaran, Sulaiman menyesal dan menerima perjuagan tersebut. Hal ini dibuktikan dengan penemuan surat-surat berkenaan. Si penuduh mungkin tidak menjumpai bahan bacaan ini.

Berhubung pengaruh Ibnu Taimiyah di dalam manhaj Muhammad Bin Abdul Wahhab, adalah perkara biasa bagi pemikir agung yang mana pemikiranya dicontohi. Apatah lagi mereka sama-sama bermazhab Hanbali, selain beliau ramai lagi ulama terbilang sepanjang zaman yang menjadi murid atau terkesan dengan pemikiran atau manhaj Ibnu Taimiyyah antaranya Ibn al-Qayyim, Ibnu Kathir (pengarang tafsir al-Quran al-Azim yang turut dipelajari di tempat-tempat pengajian yang anti Ibn Taimiyah), Az-Zahabi, asy-Syaukani, syeikh Muhammad Abduh, Rasyid Redha, Bahjah al-Baitar, Amin asy-Syinqiti, Yusuf al-Qaradhawi, Umar al-Asyqar dan banyak lagi ulama-ulama muktabar yang lain.

Dakwaan kononnya Ibn Taimiyyah menyanggahi pandangan jumhur ulama hanyalah dakwaan orang jahil. Sepatutnya si penuduh memberikan contoh fatwa Ibn Taimiyyah yang berkenaan.

Tambahan pula orang yang mempelajari Fiqh Islami pasti tahu bahawa apabila diistilahkan JUMHUR ia bermaksud majoriti bukan seluruh atau ijma`. Maknanya masih terdapat kalangan ulama yang tidak setuju dengan pandangan ini. Ramai tidak semestinya betul, walaupun ia mungkin kuat. Malang kalau ini pun tidak di ketahui.

Kalau celaan dan penghinaan terhadap sahsiah Ibn Taimiyyah hanya berdasarkan pembohongan yang terdapat di dalam kitab Ar-Rihlah karangan Ibnu Bathutah yang kemudiannya diteruskan oleh Sirajuddin Abbas, maka amat malang sekali dunia ilmu umat Islam. Bacalah kitab-kitab Ibnu Kathir, Syeikh Bahjah al-Baithar atau sekurang-kurangnya Tarikh al-Mazahib al-Islamiyah oleh Muhammad Abu Zahrah mudah-mudahan bertambah pengetahuan .

Gerakan Muhammad Bin Abdul Wahhab juga di cap sebagai menurut telunjuk Amerika, kerana kelemahan pentadbiran kerajaan Arab Saudi. Perlu di soal, negeri umat Islam yang tidak Wahabi mana yang tidak menjadi hamba Amerika dan Barat? Negeri kita atau Indonesia? Wahabi atau tidak bukan soalnya. Pokok pangkalnya ialah ketulenan akidah dan iman.

Sebaliknya jika di lihat kepada kajian yang di buat oleh Dr. Nabil at-Tantawi bagi mendapatkan ijazah PHD di Perancis, beliau mendapat ada satu watikah atau nota yang dikirimkan oleh Napoleon kepada Pope di Vatikan, Rome, yang mengandungi laporan gerakan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Dia menyatakan kebimbangan terhadap gerakan ini dan satu usaha yang berkesan perlu dilakukan bagi mengelak bahaya yang mengancam kepentingan Barat di Negeri-Negeri jajahan mereka. Termasuk di dalam agenda penjajah ialah memburuk-burukkan gerakan Wahabiah.

Sesungguhnya kejayaan gerakan Wahhabiyyah di Najd telah menjadi sumber ispirasi kepada kemunculan gerakan al-Mahdiyyah di Sudan, as-Sanusiyyah di Algeria, Syeikh Abdul Qadir di Syria, Pan Islami tajaan Jamaluddin al-Afgani, Sarekat Islam di Indonesia, Ikhwan Muslimin di Mesir dan Tanah Arab serta banyak lagi harakah Islamiyyah seluruh dunia.

Antara ulama sezaman dan selepas beliau yang terpengaruh dengan manhajnya ialah as-Son`ani pengarang Subulus-Salam, as- Syaukani pengarang Nailul Authar, Sayyid Sabiq pengarang Fiqh Sunnah, Hussin an-Na`imi, Ustaz Bahjah al-Baithar, al-Amir Syakib Arselan pengarang Hadhir `Alam al-Islami, Muhammad Abduh dan muridnya Rasyid Redha pengarang Tafsir al-Manar.

Demikianlah beliau menjalankan dakwah dan jihadnya. Beliau dan pengikutnya bermazhab Hanbali sekali pun terdapat beberapa perbezaan fatwa dalam beberapa urusan. Ini adalah suatu yang biasa di kalangan ulamak muktabar. An-Nawawi meskipun bermazhab Syafie, berbeza pandangan dengan Iman Syafie sendiri dalam beberapa hal contohnya dalam bab Tayammum. Ibn Hajar juga bermazhab Syafie tetapi berbeza pendapat dengan mazhab dalam hal menyapu kepala ketika wudhuk dan banyak lagi.

Ibn Qudamah bermazhab Hambali tetapi adakalanya bersalahan dengan pendapat mazhab. Ibn al-Arabi bermazhab Maliki tetapi berkali-kali menyatakan pandangan yang berbeza dengan mazhab. Abu Hanifah, Abu Yussuf, asy-Syaibani dan Zufar adalah pengasas mazhab Hanafi tetapi tidak sedikit fatwa mereka yang saling bercanggahan. Inilah keluasan ilmu Islam. Dalam situasi ini adakalanya seorang iman itu bersalah dalam pandangannya. Ketika itu pandangan itu ditolak tanpa menjejaskan peribadinya. Tiada yang maksum melainkan Rasulullah s.a.w.

Sekiranya terdapat kritikan yang mungkin wajar dilemparkan terhadap gerakan Wahabi ini ialah kekerasan yang digunakan itu mungkin menyentap banyak pihak. Mereka kurang mementingkan perasaan orang awam. Mereka merobohkan tempat-tempat sejarah umat Islam. Walaupun memedihkan ia perlu dilakukan demi menyelamatkan aqidah umat. Umar al-Khattab sendiri pernah menebang pokok tempat Bai`ah ar-Ridhwan apabila melihat ada yang berkunjung ke situ bagi mendapat keberkatan.

Wahabi membakar kitab Dalail al-Khairat dan Syawariq al-Anwar yang mengandungi pelbagai selawat dan kisah Nabi bukan kerana bencikan Nabi (sedangkan beliau mewajibkan selawat ke atas Nabi di dalam Tasyahhud), sebaliknya untuk menghapuskan pujian-pujian yang melampau terhadap Nabi, yang tidak diajarkan serta kisah-kisah palsu tentang Nabi saw. Ini sangat bertepatan dengan hukum Syara`.

Sebagai penutup, ingin di syorkan kepada musuh-musuh Wahabi agar ingat firman Allah Taala yang mafhumnya

“…janganlah kamu berpendirian dengan apa yang kamu tiada berpengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu akan dipersoalkan di akhirat”.

Sejarah umat Islam dalam era penjajahan sangat kabur. Dalam waktu para ulama memuji Muhammad Bin Abdul Wahhab, banyak juga tulisan yang mencela dan menyesatkannya. Buku-buku celaan ini boleh didapati percuma dari Vakf Ikhlas, Istanbul, Turki. Tetapi apalah faedahnya ?

Jika ragu-ragu dengan sejarah yang di tulis, cubalah timbang kemurnian fahaman Muhammmad bin Abdul Wahhab ini melalui tulisannya yang sangat banyak, antaranya kitab at-Tauhid, Mabadi`al-Islam, Kasyfu asy-Syubahat, Sirah Nabawiyyah dan lainnya. Kalau tidak mampu faham bahasa Arab, yang telah diterjemah pun banyak.

Semoga saudara-saudara semua tidak terkeliru lagi.

(Sumber: http://aris.protajdid.com/)

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template