Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT BERKONVENSYEN JAMAAH AS SUNNAH

Ummat Islam telah melangkah kemata tahun 1431H, dan dengan itu akan bertambah tugas dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajibannya. Begitu juga Jamaah As Sunnah di negara ini yang sejak dari awal kurun ke-20, berjuang bertungkus lumus memberikan kefahaman Islam yang berdasar kepada Al-Qur’an dan Sunnah kepada masyarakat, kehilangan tokoh-tokoh terdahulu diganti dengan tokoh-tokoh yang bersedia menyahut cabaran semasa. Maka pada 26hb. Disember 2009 semalam berlangsungnya Konvensyen bagi jamaah As Sunnah di Institut Al-Qaiyim, Bukit Mertajam, yang dihadiri oleh seluruh jamaah As Sunnah Malaysia. Semoga Konvensyen tersebut dapat memacu pertumbuhan Gerakan As Sunnah negara dalam menunaikan tanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya. Tidak lain bagi mengembalikan kegemilangan umat Islam ialah mengambalikan umat kepada ajaran Kitab Al-Qur’an dan anjuran Rasul saw dalam semua bidang terutama dalam bidang Tauhid dan Ibadah supaya terkabul semua yang dijanjikan Allah SWT. Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template