Kuliah Ust. Rasul Dahri yang berlangsung di Madrasah Ittiba Is Sunnah pada 21hb. Jun 2009 jam 11.30pagi dihalang oleh sekumpulan penyiasat dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Kuliah yang dihadiri hampir seramai 200 orang itu, dikejutkan dengan tindakan tidak sopan petugas-petugas tersebut. Tanpa menunjukan surat kuasa, mereka meminta Ustaz Rasul Dahri memberhantikan kuliah dan membawanya ke Pejabat Agama Islam Kuala Pilah. Ust. Rasul Dahri adalah diundang untuk memberikan kuliah di MIS, dan sepatutnya pegawai penyiasat itu harus meminta keizinan penganjur terlebih dahulu, dan ia bukan suatu ceramah terbuka, kecuali ia dari kalangan keluarga As Sunnah Kuala Pilah. Kekecohan berlaku dengan tindakan biadap salah seorang anggota tersebut dengan bertindak mengasari Ust. Khairuddin Daud, salah seorang tenaga pengajar di MIS untuk mengiringi Ust. Rasul, tindakan pantas beberapa orang Jamaah telah berjaya mengawal keadaan. Dalam keadaan kelam kabut itu, Sdr. Nordin Rashid yang mempengerusikan Majlis, menaiki kereta lain dan mengekori kereta yang membawa Ust. Rasul dan tersasar pula ke Seremban, telah meninggal dunia akibat kompilasi Jantung. Pihak Madrasah Ittiba Is Sunnah, amat mengesali tindakan yang
Aly. Dr. Nordin Rashid sempat melayan tetamu sebelum beliau kembali kerahmatulLah,
dianggap tidak bertamadun anggota penyiasat tersebut sehingga mengakibatkan keadaan yang tenteram sebelum itu menjadi kecuh. Ustaz Rasul Dahri telah dilepaskan kemudian jam 3.30 petang, dan beliau mengucapkan syukur atas kesabaran Jamaah menghadapi situasi itu. Beliau juga menyatakan bahawa tiada hujjah-hujjah agama diberikan oleh pegawai penyiasat dalam keterangan beliau di Pejabat Agama Islam Kuala Pilah cuma dengan alasan tiada Tauliah Mengajar dan “saya hanya menjalankan tugas”. Kami seluruh Keluarga As Sunnah Kuala Pilah dengan ini adalah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Aly. Dr. Nordin Rashid. Kepada isteri beliau Puan Sahara Ismail dan anak-anak dipohonkan supaya dilimpahi kesabaran dan semoga Allah akan menjumlahkan roh Allahyarham bersama orang solihin.
0 ulasan:
Catat Ulasan