KTF INSTITUT dan Ma’ahad Ittiba Us Sunnah telah melahirkan ramai siswa yang berkebolehan menterjemah Al-Qur’an secara Harfiyah dan ilmu alatnya yang lain. Mereka kini sedang menempuh suatu era baru ditempat dan markaz masing-masing dengan menjadikan Al-Qur’an sebagai mata pelajaran utama, dan inilah hasrat pengasas KTF Institut. Nampaknya Majlis Muraajaah Al-Qur’an telah diadakan dibanyak tempat, tanpa ada rasa was-was dan ragu, dan inilah juga seruan yang telah kita terima, supaya kembali kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Maka itu Pelajaran Memahami Al-Qur’an adalah amat penting untuk mendalami Islam dan kita tidak menjadikan Al-Qur’an itu sebagai bacaan kepada orang yang telah mati, atau menjadikan ia sebagai bahan pemujaan untuk perbomohan dan menjadikan ia sebagai simbol semata tanpa dipelajari. Oleh yang demikian, kepada para penziarah yang berminat untuk mempelajari Al-Qur’an sila hubungi mereka yang terlibat
disini. Demikian juga kepada semua pengembang Pelajaran Harfiah ini, pertemuan bagi KELUARGA AL-FURQAN yang pernah diadakan suatu ketika dahulu harus dikekal dan dilanjutkan, agar kitalah yang menjadi kelompok yang terkehadapaan mempelopori gerakan Kembali Kepada Al-Qur’an dan Sunnah dan
melahirkan “Umat Islam Yang Berilmu, Beriman, Beramal” dan melihat bertapa nikmat berhasilnya ajaran dari Al-Qur’an. Wassalam
0 ulasan:
Catat Ulasan