Sabtu, 20 November 2010

JHEAINS DAN UTUSAN MALAYSIA BERNIAT JAHAT TERHADAP MIS

Seperti yang telah disebarkan kepada umum, bahawa satu tangkapan telah dibuat terhadap ahli As Sunnah di Kuala Pilah pada 12 November yang lalu berhubung soal mendirikan solat Jum'at di MIS. Seramai 5 orang telah ditahan untuk didakwa oleh JHEAINS. Akhirnya hanya 3 orang sahaja didakwa, itupun bukan atas tuduhan mendirikan solat Jum'at tetapi "disyaki mengamalkan ajaran salah". Apa yang dipaparkan oleh media perdana oleh UTUSAN MALAYSIA dan SINAR memberikan gambaran buruk dan negatif terhadap MIS dengan kenyataan MIS bahawa"SOLAT JUMAAT SEBAGAI AMALAN BID'AH", sedangkan ia suatu kewajipan bagi seluruh Umat Islam. Inilah kaedah yang digunapakai oleh JHEAINS dalam menghadapi kemelutnya dengan MIS dengan menggunakan pendekatan kasar dan jahat, menyebarkan fitnah dan menjatuhkan maruah MIS kepada mata masyarakat. Kegiatan intipan, serbuan dan tangkapan terhadap Ahlis Sunnah Kuala Pilah semenjak kebelakangan ini merupakan suatu tindakan jahat yang melampau terhadap Umat Islam Negeri ini yang berusaha mengamalkan ajaran Al-Qur'an dan Sunnah tanpa berselindung dan bersembunyi, kerana pengistiharan dan deklarasi kewujudan Keluarga As Sunnah telahpun dikeluarkan sebanyak 2 kali kepada pemerintah. dan umum. Kegiatan tangkapan terakhir itu, dilihat sengaja dilakukan dengan perencanaan rapi bagi menjatuhkan maruah MIS kerana para wartawan telah dibawa bersama-sama dengan penguatkuasa JHEAINS dalam serbuan serentak itu. Keratan akbar dibawah menyatakan FITNAH TERANCANG mereka terhadap MIS.

Tangkapan pertama untuk tahun 2010 dalam bulan Mac lalu, masih tertangguh lagi perbicaraannya dan tidak upaya diselesaikan, Begitu juga tangkapan kali kedua pada pertengahan tahun ini, masih juga tertangguh. Keluarga As Sunnah terus ditekan lagi untuk tangkapan kali ketiga tahun ini. Kami melihat JHEAINS bertujuan untuk menyusahkan rakyat di MIS ini dan tidak bertujuan untuk menyelesaikan kemelutnya dengan MIS dengan hikmah dan bijaksana.


Sabtu, 13 November 2010

JAMAAH MADRASAH ITTIBA IS SUNNAH DI UJI LAGI

Alhamdullilah, ujian Allah datang lagi bagi menguji kekuatan Iman Jamaah As Sunnah Kuala Pilah, dan kali ini pada 12hb. November 2010 segerombolan Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang diketuai oleh Penyelaras Operasi Mohd Zol Sidek bersama-sama hampir 100 orang Penguatkuasa termasuk Wartawan dan Pemberita yang datang serentak dan terus menyerbu dan mengepung MIS (Madrasah Ittiba Us Sunnah). Modus Operandi kelihatan sudah dirancang dengan begitu rapi dan dilihat bertujuan untuk menjatuhkan maruah MIS dengan tindakan sedemikian rupa seolah-oleh menyerbu sarang Penjenayah yang sangat ditakuti. Tahun 2010 ini merupakan tahun getir bagi Perjuangan MIS yang menegakkan dasar Al-Qur’an dan Sunnah Rasul SAW. Tetapi atas perpegangan kepada Ayat Allah: Mereka (yang dicintai Allah) ialah mereka yang berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak bimbang kepada celaan manusia yang mencelanya”. Jamaah As Sunnah Kuala Pilah menerima cabaran ini dengan tenang dan tanpa bimbang dengan sebarang celaan dan cabaran itu.

Setiap peristiwa dan kejadian pasti ada sebab musabab dan kesannya, maka itu ia wajib dijadikan pengajaran dan pedoman, supaya ia dapat diperbetulkan mana yang salah berdasar: “Tidak ada yang akan menjadikannya pengajaran, kecuali mereka yang berotak berfikiran” (Ali Imran: 7)

Suatu keganjilan terserlah terhadap kelakuan dan tindak tanduk Pegawai JHEAINS dan para anggotanya, kerana kesemuanya tidak menunjukkan ciri-ciri bahawa mereka berkerja dibawah Jabatan Agama Islam, kenapa tidak? Bila masanya mereka mendirikan Solat Jum’at? Kerana ketika itu seluruh Umat Islam sedang menunaikan kewajipan Solat Jumaat, ini bermakna, orang yang tidak bersembahyang, menangkap orang-orang yang sedang bersembahyang, amatlah pelik dan ta’jubnya kejadian ini. Pakaian para anggota termasuk anggota wanitanya yang mengenakan pakaian seluar Jeans ketat tidak melambangkan mereka berkerja dengan Jabatan Agama Islam, dengan kelakuan angkuh dan sombong, bertindak secara kasar dan biadap, menyerbu masuk ke mursala MIS bersama-sama para wartawan wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat dibawa masuk bersama-sama oleh Pegawai JHEAINS dalam operasinya itu. Jamaah MIS masih boleh menerima tekanan dan penghinaan dari Pemerintah dengan cara itu, maka itu tidak terjadi sebarang kejadian kekecuhan kepada operasi yang dilakukan JHEAINS.

Mungkin sesuatu yang ada pada MIS sudah luput dari ingatan para Pegawai yang berkuasa di JHEAINS hari ini, maka itu tindakannya amat kasar dan tidak bersopan. Mereka mungkin lupa atau sengaja melupakan sejarah yang tercipta di MIS dalam lakarannya di negeri dan negara ini atau perasaan dendam dan sakit hati dengan perkembangan pesat yang yang dicapai oleh MIS.

Sejarah perkembangan Gerakan As-Sunnah sudah lahir di Kuala Pilah semenjak tahun 1930han lagi yang dimulakan oleh Maulana Muhammad Maadah Bin Layang anak kelahiran Tengkek dengan mendirikan Pusat Pengajian Tinggi Islam atau The High Islamic School di Kg. Pelangai, dan Sekolah ini mendapat biaya dan tunjangan kuat dari Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad Shah. Sekolah Agama ini mendapat perhatian dan terkenal di seluruh negeri Tanah Melayu ketika itu. dengan kaedah Memahami Al-Qur’an melalui Sistem Harfiyah (terjemahan perkata) dan pada suatu ketika lebih 300 orang menerima pelajaran di Sekolah tersebut.

Selain itu, Maulana Maadah Bin Layang adalah seorang pendakwah yang berpegang kepada Fahaman Kembali kepada Al-Qur’an dan Sunnah dan menolak fahaman Tahyul, bid’ah dan khurafat yang banyak diamalkan oleh masyarakat Melayu beragama Islam kerana disebabkan kekurangan pengetahuan dan maklumat ketika itu. Oleh kerana pembaharuan dan pemurnian Akidah yang dibawa oleh Muhammad Maadah Bin Layang ini membuka minda dan pemikiran Umat Islam setempat, beliau mendapat perhatian dari Pembesar Istana seperti Tuanku Laksamana Abdul Kahar, Tuanku Besar Burhanuddin dan mereka menganjurkan beberapa siri Syarahan dan beberapa siri dialog dengan para Ulamak tempatan dalam hal berbagai masaalah agama termasuk mendirikan solat Jumaat dalam satu kariah, Mazhab dan berbagai lagi.

Muhammad Maadah Bin Layang juga berkebolehan berbahasa Inggeris dengan fasih, dan ruang dakwah beliau tidak terbatas kepada masyarakat Melayu sahaja, bahkan beliau pernah berdialog secara terbuka dengan Padri Kristian di King George School Seremban pada tahun 1941.

Muhammad Maadah Bin Layang kembali ke RahmatulLah pada tahun 1942 dan Sekolah yang beliau asaskan itu turut berkubur selepas kematian beliau. Namun kesan pendidikan beliau kepada masyarakat setempat memberi impak yang sangat besar. Ustaz Hashim A. Ghani merupakan salah seorang anak didikan beliau, dan beliau menyambung pelajaran ke Sekolah Al-Mashyor Pulau Pinang yang sangat terkenal ketika.

Sekembalinya beliau dari Pulau Pinang, dengan sokongan beberapa anak-anak tempatan yang lebih tua dari beliau seperti Orang Besar Kampong Parit, Datuk Pengaman Ismail Bin Laksamana Manat, Tengku Idris, Tuan Fakeh Sutan Bin Sulaiman beliau mendirikan Madrasah Ittiba Us Sunnah yang bermatlamat membela Agama Allah berdasarkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul dan menjadikan Pelajaran Menterjemah Al-Qur’an Sistem Harfiyah sebagai matapelajaran utama dalam pendidikannya.

Pelajaran Menterjemah Al-Qur’an menerusi sistem Harfiyah (perkata) yang diperkenalkan oleh Muhammad Maadah Bin Layang ini dikembangkan lagi oleh Ustaz Hashim A. Ghani dengan lebih sistematik. Beliau menubuhkan sebuah toko bernama KTF Institut dan telah melatih ribuan pelajar yang berkemahiran menterjemah di muka Al-Qur’an. Beliau menerbitkan sebuah buku panduan mengenainya dan sebuah kamus bagi memudahkan pembelajaran. Dalam satu komentar oleh Prof. Dr. HAMKA, beliau menyatakan kekaguman dengan kaedah yang digunapakai bagi membuka pemahaman Umat Islam kepada Al-Qur’an dan beliau memberi rangsangan kepada beliau dalam usahanya itu.

Pelajaran Harfiah ini terus berkembang dengan pesat hingga kehari ini, dengan ribuan pelajar yang telah beliau latih untuk menjadi kader-kader yang berkemahiran memahami ayat-ayat Al-Qur’an dengan kaedah yang amat mudah bagi pelajar yang baru mengenal Al-Qur'an. Oleh kerana kaedah yang diperkenalkan oleh Ustaz Hashim ini amat praktikal, ia telah digunapakai oleh sebuah Pasentran terbesar di Indonesia dalam silibus Pendidikan Pasentran tersebut. Juga sebuah Rangkaian Radio (IKIM) telah menyediakan satu slot dalam rancangannya bagi Pelajaran Harfiah ini. Ini suatu jasa yang telah dilakukan oleh Madrasah Ittiba Us Sunnah terhadap perkembangan Agama Islam dinegara ini yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa jua termasuk Pegawai-pegawai di JHEAINS yang masih mentah itu.

Hasil penulisan Ustaz Hashim A. Ghani menjangkau 25 naskhah buku, dua daripadanya telah diharamkan oleh Bahagian Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri, iaitu Gayung Bersambut 1 (As Sunnah Membela Diri) dan Hajji Qiran, manakala hasil karya beliau yang terbesar ialah Buku Panduan Menterjemah Al-Qur’an Sistem Harfiah dan Kamus Terjemahan Al-Qur’an.

Madrasah Ittiba Us Sunnah turut dijadikan Pusat Gerakan As Sunnah Malaysia dan Ustaz Hashim Ghani sendiri telah dilantik sebagai Ketua. Ijtimak Keluarga Besar As Sunnah SeMalaysia telah beberapa kali diadakan di MIS, yang turut dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Hal Agama Islam Negeri Sembilan, Allahyarham Dato' Taha Talib dan juga Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ketika itu.

Maka itu, adalah sesuatu yang amat memalu dan mengaibkan sekiranya ada segelintir Pegawai-pegawai di JHEAINS itu tidak tahu akan sejarah perkembangan MIS, atau mereka sendiri sudah bernafsu besar untuk berkuasa di Jabatan itu dengan meminggirkan pendapat-pendapat lain yang bertentangan dengan mereka hanya kerana ingin menegakkan Fahaman Tarekat yang mereka pegang.

Oleh yang demikian JHEAINS perlu menilai semula fungsi dan peranan mereka dalam menghadapi kemelut ini dan tidak meletakkan kewibawaan JHEAINS kepada dua tiga kerat Pegawai yang mempunyai niat jahat terhadap MIS, supaya kewibawaan Jabatan itu sendiri tidak dipertikaikan dan menjadi bahan cercaan.

Akhirnya, selagi perpegangan Agama kami tidak dapat dipatahkan dengan hujjah-hujjah Al-Qur’an dan Hadits Nabi SAW, maka kami tidak akan berganjak sedikit walau seincipun, kerana ketaatan kami hanya kepada Allah dan Rasul dalam beragama dan mereka hanya boleh mendakwa Jamaah As Sunnah Kuala Pilah dengan pelbagai Akta dan Ordinan yang dicipta tangan-tangan Penjajah yang disambut oleh anak emas mereka di JHEAINS.


Sekian.

Hazman Hashim. Kuala Pilah

13hb. November 2010

Jumaat, 12 November 2010

DATO' ADAT DISYAKI IKUTI AJARAN SESAT DI MIS

JHEINS beserta anggota polis, wartawan akhbar dan TV yang dianggarkan seramai seramai 100 orang telah menyerbu ke Maahad Ittiba Is Sunnah (MIS) 1.30 tghri hari ini ketika umat Islam sedang menunaikan sholat Jumaat, waktu itu MIS tidak mengadakan sholat Jumaat tetapi 3 orang jamaah yang sedang menunaikan sholat zohor berserta dengan 2 orang muslimat. Mereka telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kuala Pilah untuk dimbil keterangan.

3orang telah ditahan dan dituduh dibawah enekmen tatacara Jenayah Syariah (NS) 2003 Syeksyen 52 (EJTJS) Pindaan 2003 mengenai ajaran sesat. Mereka ialah Ustaz Khairudin Daud, Datuk Senara Kaya Tuan Hj. Idris bin Tain (92tahun) dan Sdr. Hashim Husaimi bin Sharif. Manakala 2 orang muslimat dibebaskan kerana tiada pertuduhan yang sesuai kepada mereka.

Mereka akan dibicarakan diMahkamah Syariah Kuala Pilah pada 22 November 2010 pada jam 9.00 pagi.

Ahad, 31 Oktober 2010

KEWAJIBAN PEMINAT AS-SUNNAH

Pembimbing dan Peminat As-Sunnah harus menjadi kewajiban mengekalkan rasa mengisi pengetahuan Islam dalam dada masing-masing.Manakala seseorang muslim yang mengaku menjadi Ahli Sunnah yang berpegang teguh dan bercita-cita ingin mengembangkan dan mempertahankan Al-Quran dan As-sunnah, maka mulai saat itu , ia perlu memulakan satu era baru dalam kehidupannya dan permulaannya dengan pengetahuan.

Tujuannya ialah supaya ia benar-benar keluar dari taqlid buta dan keluar dari ikatan mazhab dan berpati. Dan berhubung terus dengan Al-Kitab dan Perutusan Rasul.

Ilmu tidak akan berjaya di terapkan kepada ummah tanpa suatu method yang khusus , tidak pada dengan semata-mata Syarahan dan menabur semangat. Merangsang dan mengisi semangat semata-mata tidak akan melahirkan manfaat yang besar, kerana kerap di lihat mereka mabuk dengan semangat perjuangan jatuh tersungkur dan di depan para bijaksana. Kini ramai sekali para belia yang mabuk semangat tetapi kosong rohaninya akibat tiada ilmu di dada.

Saranan itu adalah cara Islam dan cara Al-quran dan As-sunnah,bukan cara spiritual yang meluap-luap. Islam tidak rehdo penganutnya Jahil dan Jahilliyah, Islam menuntun supaya berilmu dan maju,di mulai dari Tauhid dan ibadah berdasarkan ilmiah kemudian di ikuti dengan lain-lain.

Islam anjuran Rasulullah hingga zaman mujtahidin tidak pernah di dapati pengetahuan yang tidak mulakan dengan memahami al-quran dan as-sunnah, tidak pernah dimulai dengan ilmu yang di mulai dengan apa yang di sebut dengan Akademik. Jika ilmu di mulai dengan akademik sekarang, maka tidak akan sampai Islam sebenarnya,kerana di mulai dengan fikiran manusia, bukan dari wahyu Allah.

Golongan akademik tidak percaya hal ini, kerana itu tidak kita dapati dalam Al-quran ada dipelajari secara faham dimana-mana, sekali pun mereka terdiri ahli ilmuan. Inilah yang di maksudkan jahil dan jahiliyah, kerana di zaman jahiliyah sangat ramai orang yang bertaraf pakar dalam berbagai bidang tetapi mereka jahil tentang ke Uluhiyah dan ke Rubiyahan Allah s.w.t.

Oleh yang demikian kewajiban memperdalami pengetahuan dan penyibaran pemahaman Al-quran dan As-sunnah secara sistematik amat mustahak di zaman jahiliyah moden ini. Kita tidak mahu lagi sistem banyak bercakap dan bersyarah oleh para pemimpin yang akibatnya kehilangan pelapis yang bakal menyumbang usaha kemudiannya. Para guru kebanyakkan hanya berusaha memahirkan dirinya, tidak berikhtiar untuk memindahkan ilmu itu kepada penuntunnya, akhirnya penuntun tetap dalam kejahilannya. Akibat buruk ini jelas hingga sekarang.

Dan kita tidak mahu membarakan semangat untuk berjuang berjihad dan sebagainya dengan menyiram api kepada orang jahil dan belia yang baru muncul, seperti banyak sekali kita dapati dalam pertubuhan-pertubuhan ekstremis, kerana cara ini akan membakar orang jahil dan belia dengan semangat berapi-rapi, akhirnya merugikan mereka. Berapa ramai belia dan orang-orang tidak berpengetahuan Islam menjadi korban sekarang ini kerana terbakar oleh semangat yang dinyalakan oleh pemimpin parti.

Sebenarnya untuk menjadi Ahlis Sunnah yang sebenar, bukan dengan alat akedemik moden, bukan dengan membarakan api semangat, tetapi wajib dimulakan dengan memahami wahyu Allah dan anjuran Rasul yang akan mengambil masa yang lama.. Sekiranya dalam masa beberapa hari dan ketika sahaja ia dikatakan Ahlis Sunnah maka Ahlis Sunnah seperti itu adalah palsu, kerana ia memulakan As Sunnah itu dengan bukan Al-Quran.

Isnin, 18 Oktober 2010

KULIYAH D MIS OLEH UST.BAHTIAR EFENDY

KUALA PILAH;Pada 24 oktober 2010,Ahad jam 10 pagi,kuliah Tauhid oleh ustaz Bahtiar Efendy akan di sambung semula ,di Dewan Kuliah Maahad Ittibaa Is Sunnah,muslimin dan muslimat di jemput hadir bersama meningkatkan ilmu kita,amin.Sila war warkan.

Rabu, 29 September 2010

JUMAAT KURANG 40 ORANG?

Sholat Jumaat kurang 40 orang selalu dipertikaikan..

Tidak ada dalam ketetapan Al-Quran dan hadits bahawa jumlah 40 orang menjadi syarat sahnya Jumaat.

Orang yang menentukan jumlah 40. 50, 30, 3 dan sebagainya untuk sah dan wajibnya Jumaat perlu membawakan dalil Hadits dan Ijma', malah menurut pendapat yang rajih bahawa tidak ada satupun Nas dari Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa tidak harus didirikan Jumaat kecuali..

Imam Sayuthi berkata:-
"Tidak sabit satupun dari Hadits-hadits yang menentukan bilangan itu
(N.Authar. 3/265)

Para Ulamak besar berlain-lainan pendapat masing-masing tentang hal ini, seperti berikut:-

* Imam An Nakh'iy dll, boleh dua orang

* Imam Abi Yusuf dan Muhammad, sah dua orang bersama dengan makmum.

* Imam Abu Hanifah tiga orang bersama Imam.

*Dari 'Ikrimah menyatakan sah 7orang.

* Rabie'ah menyatakan, sah 9orang.

* Dari Az-Zuhry dan Auza'iy, menyatakan sah dua belas orang.

* Dua belas orang juga pendapat Imam-Imam selain dari Ishak, Imam Syafi'ei juga berpendapat demikian akhirnya.

* Dua puloh orang dalam satu pendapat dari Imam Malik.

* Tiga puloh orang dalam satu riwayat lain dari Malik.

* Empat puloh orang pada satu pendapat, Imam Syafi'ei ada juga selain Syafi'ei.

* Lima puloh orang dalam satu riwayat, pendapat Ahmad.

* Lapan puloh orang dalam satu berita dari Ar Maziry.

Demikianlah yang dicatitkan oleh Al Hafidz Ibnu Hajar Al 'Ashqalany dalam Fathul Baary.

Oleh yang demikian, mendirikan Sholat Jumaat hukumnya wajib, walaupun kurang daripada 40 orang.

Selasa, 28 September 2010

GANGGUAN BACAAN AL-QURAN MELALUI KASET SEBELUM SUBUH

Sekarang memang sudah menjadi semua pembacaan al-quran melalui putaran kaset-Kaset di masjid atau di surau-surau.Menjadi satu gangguan bagi mereka yang beristirehat dan untuk meneliti pelajaran.
Perbuatan seperti ini bukan dari ajaran Islam kerana pembacaan Al-Quran bukan suatu untuk riya' tetapi pembacaan Al-Quran adalah untuk di fahami. Perbuatan pemutaran alat kaset itu bukan untuk di pelajari,tetapi semata-mata untuk bermegah-megah, perbuatan menganggu orang ramai yang tiada perintah itu tidak di sukai agama.

Kaum Muslimin d zaman Salaf sepanjang masa mereka membaca Al-Quran tetapi bukan membaca untuk pertunjukan melainkan untuk di teliti kandungan, mereka tidak pernah memperagakan semua ibadah yang mereka kerjakan. Ar Rabie bin Khatsim, ulama salaf beramal membaca Al-Quran, tiba-tiba ada orang datang menemui, lantas di tutup Al-Quran itu dengan selimut. Iman Ahmad membaca Al-Quran setiap hari tetapi tidak siapapun tahu apakah beliau khatam atau tidak.

Jangan anggap pemutaran suara kaset setiap malam itu menunjukkan sudah bercorak Islam. Berapa pembaca Al-Quran.. tetapi quran itu mengutuk pembacanya sendiri kerana tidak tahu apa maksudnya.

Isnin, 27 September 2010

MAHKAMAH SYARIAT KUALA PILAH KES TAULIAH


Kuala Pilah;
Maka bermula jumaat 1 oktober 2010 ,jam 9 pagi di mahkamah syariah K.Pilah ,bersambung kes perbicaraan kesalahan mengajar tanpa tauliah olih Ust.Fathul Bari dan 2 sahabatnya,di Maahad Itibaa Sunnah Kuala Pilah, akan di sambung semula,di tempat,masa,tarikh, seperti di nyatakan di atas.Keluarga sunnah jika ada kelapangan djemput hadhir memberi sokongan ,Demi kerana membela sunnah .wasallam.


Isnin, 20 September 2010

TUHIBUNAL ALLAH (SAYANGI ALLAH )

Assalaamualaikum,w.w.

Rasa cinta kepada Allah hendaklah menjadi asas utama dalam menegakkan Dienul Islam,kerana cinta kepada Allah itulah ibadah,malah ia sebenarnya menjadi ruh ibadah.Ibadah ialah suatu penghabdian yang disertakan dengan rasa hina rendah yang sampai kepuncaknya kepada Allah,maka itu semua tidak akan dapat di lakukan jika tidak di hayati dengan cinta.

Cinta Allah itu tidak akan dinilai sekiranya tidak mentaati Rasulnya,maka menurut Rasul itu menjadi syarat mutlak mentaati ALlah,dan menurut Rasul itu juga wajib dijiwai olih cinta rasul,mengikut rasul ialah dengan menurut sunnahya.

Oleh sebab itu seluruh keluarga sunnah wajib mendalami semua ajaran Rasul,mulai dari Aqidah,di ikuti dengan Ibadah kemudian dengan yang lain-lain,dan wajib meninggalkan segala Bid'ah kerana Bid'ah MUSUH Sunnah.Mereka yang mengerjakan Bid'ah bererti menentang Rasul dan mereka yang membela sunnah dan menengtang Bid'ah adalah yang mencintai Allah dan Rasul.
                     
Kami menyeru umat islam di rantau ini supaya membela mempertahankan as-sunnah dan berjihad menentang syirik dan bid'ah,matlamat kita ialah Surga dan keredhaan dari Allah s.w.t.

Khamis, 16 September 2010

KEWAJIPAN MUSLIMAT

1-Wanita keluarga as sunnah hendaklah memelihara keperibadian sebagai muslimah yang menurut ajaran Allah dan Rasul.
2-Hendaklah menjaga kebersihan dan kesihatan diri sendiri dan keluarga.
3-Hendaklah menambah ilmu pengetahuan sepanjang masa kerana di tangan merekalah terletakannya didikan dan asuhan anak-anak yang akan menjadi suatu generasi yang baik.
4-Hendaklah menjaga pergaulan sesama sendiri dan memelihara kehormatan menekala berhadapan dengan lelaki ajnabi.
5-Wanita as sunnah dilarang bergaul dengan bebas seperti yang bukan muslimah dan sentiasa mempelajari cara pergaulan wanita islam yang anjurkan olih para ulamak Islam.

Isnin, 13 September 2010

ILAHADARATIN.....................AL-FATIHAH

ILALHADARATIN Maksudnya menghadiahkan PAHALA ' AL-FATIHAH'


1-Nabi Mustafa Rasullah SAW

2-Para Sahabat baginda

3-semua Nabi-nabi dan rasul-rasul

4-semua para wali,semua orang saleh.



5-Semua orang beriman laki dan perempuan yang hidup dan yang mati

6-ibu bapa kita

7-syeikh Abdul Kadir Jailani dan lain-lain.

Semua ini adalah BIDAAH yang direka sendiri olih guru-guru Tarikat umpamanya,

kerana perbuatan menghadiahkan pahala al-fatihah ini tidak pernah di jumpai dalam kitab-kitab yang muktabar.

Ini semua khayalan dari pemuka-pemuka Tarikat contoh,yang di baca dalam kitab tarikat.



Apakah Rasulullah,Para sahabat,nabi-nabi,rasul-rasul,wali-wali dan orang-orang salleh

yang beriman yang masih hidup atau yang telah mati,merlukan hadiah dari pahala bacaan al-fatihah?

sedangkan berbelas-belas ayat al-quran menegaskan bahawa dosa dan pahala tidak dapat di

pindah-pindahkan antara seorang kepada orang yang lain.

;KAMU TIDAK DI BERI BALASAN KECUALI APA YANG KAMU AMALKAN SENDIRI;

Rujuk;shofat;30.Yunus;52.An-naml;52.Yasin;90.shafaat;39.Jasiah;28.Thur;16 dan banyak lagi.

Kita tidak membuat tuduhan apapun malahan pujian sekiranya segala amalan mempunyai alasaan dalam ugama.

,Adalah perbuatan sepert mereka-mereka dalam ugama dan taqlid buta,seolah-olah ugama islam,ugama ciptaan manusia.
,padahal islam ugama Allah yang diatur olih Allah melalui rasulnya,maka

sebarang urusan dalam islam wajib mempunyai dasar yana yakin dari Allah dan rasulnya,

Adalah HARAM pada pokoknya melakukan sebarang ibadah,kecuali mana yang di perintah

dan disusun olih Allah dan Rasulnya,maka segala wirid,doa dan segala yang berbentuk ibadah

adalah HARAM jika direka dan diada-adakan sendiri.


Jumaat, 10 September 2010

SIAPA KATA TAQLID ITU BAHAYA?



TAQLID PADA LUGHAH

Ta'rif Taqlid;Asal terpetik dari perkataan kata QALAADA(Kalung) yang tergantung di leher orang di gantung.

Istilah Taqlid;Beramal dengan kata orang lain tanpa alasan.

Al Qaffal berkata;Menerima pendapat orang yang berkata,tetapi anda tidak tahu dari mana di ambilnya.Dan banyak lagiistilah yang serupa dengan itu.

Olih itu kita dapati para Sahabat Nabi,tidak bertaqlid di antara satu dengan lain dalam semua masaalah,tidak ada antara mereka yang bertaqlid atau taksub kepada Abu Bakar atau Umar.Demikian juga Imam-imam yang empat dan lain-lain imam,mereka tidak taksub pendapat dikalangan mereka,kita dapati mereka menepikan pendapat mereka kerana menurut hadith Nabi S.A.W.

Para imam itu melarang orang lain bertaqlid kepada mereka,tetapi menyuruh Berittibaa,menurut dengan di ketahui dalilnya.Inilah kefahaman manusia pilihan di zaman Salaf Shalihin.

Sada Nabi;SEBAIK-SEBAIK MANUSIA IALAH KURUNKU INI,KEMUDIAN MEREKA YANG MENGIRINGIKU,KEMUDIAN YANG MENGIRINGNYA(H.R BUKHARI DAN MUSLIM)

Khamis, 9 September 2010

Selesai Sholat raya Eidil Fitry

Alhamdulilah kami telah sempurna mengerjakan sunnat eidil fitri,tetapi tidak di tanah lapang ,walaupun persiapan padang telah siap,di sebabkan hujan gerimis.kehadiran jemaah lebih 200 orang,khutbah dan imam olih ustaz Bahtiar Efendy,isi khutbahnya ciri -ciri membentuk keluarga mengikut al-quran dan sunnah dan mari mengamalkannya.Majlis di akhiri jamuan dan bersurai.

Selasa, 7 September 2010

SELAMAT HARI RAYAIEDIL FITRI 1431 H

DENGAN NAMA ALLAH MARILAH BERSAMA KITA BERTAKBIR MEMBESAR DAN MENGAGUNGKAN ALLAH S.W.T SEMPENA MENYAMBUT ;IEDIL FIYRY TAHUN 1431

Dan mari kita membaruhi azam untuk menjadi anshar dan pembela Muhammad Rasullullah s.a.w setelah melalui puasa selama sebulan Ramadhan,dan dari sekarang marilah kita teruskan perjuangan menegak dan membela sunnah dengan berani dan terus terang.


Kepada saudara ikhwan sunnah dalam seluruh keluarga ,harap terima ucapan SELAMAT HARI ,Dari keluarga sunnah Kuala Pilah yang di iringi doa semuga Allah berikan kebahagiaan,limpah rahmatnya dan curahkan inayaah dan bantuan untuk seluruh keluarga.


Apa yang sangat di harapkan ialah peningkatan setiap anggota keluarga dalam bidang PENGETAHUAN sunnah terutama dalam bidang pemahaman al-quran dan sunnah dan berbuat jasa dan kebajikan sedaya yang yang mampu,kerana keluarga sunnah bukan BERTAQLID MEMBABI BUTA tetapi sentiasa bergerak maju dengan dada yang terbuka dan lapang,semuga Allah akan memberi pertolong,Amin.Wasallam.

DARI PENGERUSI INSTITUT AL-MIZAN(NGO SUNNAH N.9) & MAAHAD ITTIBA IS SUNNAH KUALA PILAH,NS.


SHOLAT EIDILFITRI DI DATARAN MIS


KUALA PILAH;

SEPERTI LAZIMNYA SHOLAT EIDULFITRI 1431 (2010)

WAKTU;8;45 PG

TEMPAT;DI TANAH LAPANG DATARAN MAAHAD IS SUNNAH

IMAM/KHATIB;USTAZ BAHTIAR EFENDY(MADINAH)

MUSLIMIN/MAT;DI JEMPUT SAMA MENUNAIKAN SHOLAT SUNNAT EIDIL FITRI

BERHALA ZAMAN MODEN


Di zaman sains -teknologi ini ada di antara kita beranggapan telah meninggalkan kebelakang zaman jahiliyah,di mana ketika itu tuhannya atau pemujaannya hanya berhala atau patung seperti Lata,uzza, hubal dan perbuatan syirik bermarajalela ketika itu.

Di zaman moden ini masih bolih di letakan ketaraf jahiliyah walaupun bercakap dengan bahasa IT dan pernah menjangkau ke bulan.

Pada hari ini kita telah mengagungkan dan bersujud kepada berhala-berhala moden,seumpama penayangan atau pamiran tubuh wanita yang berbogel.Marilah kita renung sejenak apa yang telah berlaku pada hari ini,bukankah ini juga bolih di sifatkan sebagai berhala yang mana kita menyembahnya atau pemujaan yang digilai olih para pemuja?

Kita sendiri bolih melihat dan menyaksikan apa yang di lakukan olih masyarakat di persekitaran kita.Kita dapati gambar tubuh berbogel merupakan hasil utama saudagar-saudagar dan usahawan di setiap ikhlan rokok,minuman keras,sabun,pakaian,kamera hinggakan kepada ubat-ubatan dan berbagai jenis barang dagangan.

Gambar bogel atau separuh bogel amat banyak kedapatan di setiap poster, filem yang tidak lain tujuannya semata-semata daya penarik.Seolah-olah tiada jalan lain untuk menarik perhatian,gambar seperti inilah merupakan pokok pemujaan mereka.

Hiburan yang di selitkan dengan unsur-unsur ini dan di iringi dengan lakonan yang mencucurkan air mata,menuntonkan detik peristiwa yang mendebarkan,detik pelakon yang menanggalkan pakaian ,diiramakan trompet,nyanyian,pantun seloka dideklamasi puisi,yang membangkitkan nafsu pendengar dan berahi adalah merupakan zikir,doa, dan tasbih moden yang melalaikan yang tidak di sedari olih kita,

Pemujaan kedua berupakan barang-barang berupa keluaran mewah seperti Tv,peti ais,rekoder,jam tangan emas dan gelang zamrud,anak membunuh bapa,pegawai melakukan rasuah,pemalsuan wang, untuk tujuan mendapatkan barang-barang mewah yang mereka mahukan.Barang-barang mewah jadi impian dan matlamat hidupnya.

Berhala ketiga ialah fikiran-fikiran abstrak,teori dan mazhab politik yang di pimpin olih seorang pengikut taksub melihat kebenaran olih mazhabnya sahaja.kalau orang lain berbicara dengan mazhab lain mereka di gelar pengkhianat,murtad,fasik yang sepatutnya di bakar hidup-hidup.

Kalau kita ingin mengemukan pertanyaan;kepada siapakah yang lebih mirip bercirikan sifat-sifat tersebut(berhala)?Jawabnya mojoriti di kalangan kita menujukannya kepada diktator,presedent yang berkuasa mutlak,pemerintah -pemerintah yang zalim yang menguasai tampuk pemerintah yang di kelilingi olih pembakar kemeyen,tukang pujian,penganpu,kaki munafiq,peniup tromret di sambut lagu kebangsaan dan berbagai-bagai sifat lagi.

Keempat berhala:diri;(penyembah jiwa dan pengikut hawa nafsu)contoh seperti wanita penyembah kecantikan,pelakon di personakan olih kemasyhuran.seniman menyembah seni-seninya,tokoh sesuatu jurusan mengkagumi ketokohannya,sijutawan bangga dengan kejutawanya.

Mungkin berhala diri tersembunyi dalam berhala besar seperti;Perasaan Perkauman; terhadap bangsa dan keturunan yang mana semua merupakan ciri-ciri keberhalaan dan unsur-unsur syirik.

Mereka yang menyembah Allah tidak mungkin jadi hamba Allah kalau tidak bebaskan diri dari semua perkara ini iaitu segala halangan kesibukan,ikutan dan pertentangan.

Hati untuk Allah tanpa rasa ragu-ragu itulah ugama sebenarnya,Firman Allah.MAKA BARANGSIAPA YANG MENGHARAP AKAN PRRTEMUAN TUHANNYA HENDAKLAH KERJAKAN AMAL SHOLEH DAN JANGAN IA SEKUTUKAN SESUATUPUN DALAM BERIBADAH KEPADA TUHANNYA(Al-KAHFI;110)






Selasa, 24 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MIS

MAJLIS BERBUKA PUASA D MIS

  • Muslimin/muslimat;D jemput ke majlis berbuka puasa,di Mahaad Ittiba Is Sunnah(MIS) ,Pada 28 ogos 2010(18 Ramadhan 1431).hari sabtu malam minggu.Tetamu undangan Ustaz BAHTIAR EFENDY.Akan mengemami sholat magrib,sholat isyak,terawih.dan witir dan di sudahi dengan kuliah Ramadhan.Terima Kasih,Wassalam.

Khamis, 12 Ogos 2010

SAHAM ANAI-ANAI

MAAHAD ITTIBA' IS SUNNAH KUALA PILAH. NS.
MENJEMPUT MUSLIMIN /MUSLIMAT.


Membeli saham Anai-Anai secara ikhlas dan mampu, berjumlah lebih kurang RM2000.00.
TUJUANYA Menyembur ANAI-ANAI DiBangunan MIS yang mana ANAI-ANAI telah merosakan
bangunan MIS yang hampir hancur, Bangunan ini tidak pernah membuat semburan
sejak MIS ditubuhkan dari tahun 40an.

Olih itu Muslimin/muslimat di alu-ulukan menghulurkan derma ikhlas.


Sumbangan bolih disalurkan secara tunai atau cek ke-:
MAAHAD ITTIBA IS SUNNAH-KUALA PILAH NS.
No/AC : 0503001000379

Atau hubungi:-
Utz.Musa Saderi : 013-2316963/010-5406963
Hj.Ahmad Abdullah : 06-4812305

Khamis, 5 Ogos 2010

KES UST.FAHUL BARI DITANGGUH LAGI

Kuala Pilah:Sebutan kes kesalahan jenayah mengajar tanpa Tauliah

Ustaz Fathul Bari dan dua orang rakannya di sebut di Mahkamah Syariah Kuala Pilah pada hari ini Jumaat 5/8/2010 jam 9.30 pagi, telah di tangguh pada hari Jumaat 1 hb oktober 2010 akan datang, kerana menunggu hasil semakan seksyen (66) Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.

InsyaAllah dan bersamalah kita menyokong dan berjuang untuk membantu memertabatkan Sunnah seMalaysia, diharap berikan kerjasama anda kepada yang berkemampuan untuk sama2 hadir memberikan sokongan pada hari tersebut.

Ahad, 1 Ogos 2010

PENENTANG ALLAH DAN RASUL


Sebagai seorang muslim dan mukmin kita wajib takut dan gerun dengan ancamam Allah.Kerana azab Allah tiada banddingan di dunia ini.Allah mengancam dengan sik
saan kepada sesiapa sahaja yang menyalahi dan melaini sunnah Rasulnya.

Firman Allah;surah An-nisaa ayat;115

Maksudnya;DAN SIAPA SAHAJA YANG MENYALAHI RASUL SETELAH JELAS KEPADANYA PETUNJUK DAN DI TURUTINYA PULA JALAN YANG BUKAN JALAN ORANG-ORANG BERIMAN,MAKA AKAN KAMI DORONGKAN DIA KEMANA DIA MAHU,DAN NANTI AKAN KAMI SUMBATKAN MEREKA KE DALAM JAHANAM YANG AMAT JAHATNYA TEMPAT KEMBALI.

Ayat di atas menjadi keterangan bahawa agama islam sesiapa sahaja yang membuat satu rekaan baru cara yang tersendiri serta menganggap baik,lantas menyeru orang lain melakukannya,orang seperti ini Allah ancam dengan pembalasan yang setimpal dengan nya,malah Allah palingkan kemana ia suka.

Khamis, 15 Julai 2010

JANGAN BATALKAN AMALAN AMALAN KAMU


Surah Muhammad

33) O ye who believe! Obey Allah and Obey the messenger, and render not your actions vain


34) Lo! those who disbelieve and turn from the way of Allah and then die disbelievers, Allah surely will not pardon them.

35) So do not falter and cry out for peace when ye(will be) the upper-most and Allah is with you and he will not grudge(the reward of) your actions.


Isnin, 12 Julai 2010

JAHILIYAH - bab (Mengadu kepada Sultan)

Cara dan Tabiat yang dilakukan oleh kaum Jahiliyah Moden sekarang saling tidak tumpah seperti kaum Jahiliyah zaman Nabi Musa. Nasib Nabi Musa dan orang-orang yang beriman dengannya sentiasa di intip dan di EKORI oleh HANTU-HANTU Firaun. Padahal Musa(anak angkat) berasal dari anggota penting dan di perlukan oleh Firaun,tetapi Musa banyak menegur perbuatan jahat kerajaan jahat Firaun, Musa disingkir dan di buru menyebabkan Musa keluar dari pemeritahan Firaun, Kemudian Musa membuat persiapan di negara nabi Syu'aib(Madyan) untuk menghadapi Firaun,kerana Firaun menghina bangsa bani Israel.

Manakala Nabi Musa kembali semula ke Mesir,maka Firaun mula bertindak kasar dan mengerahkan jemaah Menterinya supaya mengawasi gerak langkah Musa, maka mulalah pengaduan di sampaikan dari segenap pelusuk, terutama sekali KUNCO-KUNCO FIRAUN. Allah menerangkan cara mereka; BERKATA BESAR-PEMBESAR DARI KAUM FIRAUN;APAKAH HENDAK ENGKAU BIARKAN MUSA DAN KAUMNYA MEMBUAT KEROSAKAN DI BUMI INI?DAN MEMBIARKAN ENGKAU DAN TUHAN ENGKAU. (Al-A'raf 127)

Musa yang membawa KEBENARAN itu, di TUDUH MELAKUKANA HURU HARA DAN MENGANGGU KETENTERAMAN AWAM,TIDAK MEMATUHI ADAT ISTIADAT DAN KEBUDAYAAN DAN AGAMA RESMI yang menuhankan Firaun itu.

Maka Firaun itu murka dan mengancam akan bertindak tegas, katanya..........."KAMI TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK AKAN MEMBUNUH ANAK LELAKI MEREKA DAN MEMBIARKAN HIDUP ANAK GADIS MEREKA,KERANA KITA MEMANG SANGAT BERKUASA ATAS MEREKA"........Al-A'raf 128.

Dalam ayat ini Allah memberitahu umat AL-QURAN Betapa kejamnya sistem pemerintahan Firaun, betapa Jahil dan BODOH nya kuncu-kuncu Firaun itu,SUATU KEBENARAN YANG DI BAWA MUSA Di anggap merosakan dan menganggu ketenteraman oleh mereka, mereka mengadu kepada pemerintah,lalu pemerintah(Firaun) membuat keputusan yang zalim.

Jahiliyah Moden menuruti sikap dan sistem pemeritahan Firaun dan anggota yang fanatik lagi jahil membuat pengaduan membuta tuli terhadap gerakan yang HAQ dengan alasan menganggu ketenteraman umum. Di Negara Islam seperti MESIR telah mengulangi sejarah kezaliman seperti itu, beratus-beratus ULAMA ISLAM DI BUNUH dan DI GANTUNG SAMPAI MATI kerana di anggap menentang undang-undang dan adat istiadat pemerintah, mereka dibunuh dan disiksa kerana pengaduan dan menuruti kemahuan Jahiliyah.

Dalam banyak negera yang majoriti Islam (termasuk disini) telah menyekat perkembangan dan kemajuan Islam yang diusahakan oleh ulamak bebas, dan semakin banyak pula akta buatan sendiri atas alasan yang sama yang hakikatnya membunuh anak dan keturunan yang memperjuangkan Islam, dan membiarkan kegiatan Jahiliyah berleluasa. Semuanya akibat menuruti hawa nafsu rakyat yang berfahaman Jahiliyah. Islam tidak membenarkan sistem demikian , apa yang disebut demokrasi zaman ini, atau suara rakyat yang diagungkan oleh pehak sosialis. Rasulullah saw yang diutus menjadi Rasul dibumi ini diberi amaran oleh Allah Pencinta Seluruh Alam dengan firmanNya yang bermaksud:-

"Dan demi jika engkau turuti kehendak nafsu mereka, sesudah datangnya ilmu (wahyu) kepadamu, sesungguhnya engkau diwaktu itu (termasuk) dari golongan penzalim" Al-Baqaraah:145

Semoga perjuangan kita kerana ALLAH semata-mata dan mendapat berkat serta dilindungi Allah juga mendapat Berkat. AMIN


Petikan dari Siri Buku AsSunnah 1995
Persoalan Jahiliyah:Hashim Ghani

Khamis, 1 Julai 2010

FIKIRKAN BERSAMA YA RAKYAT MALAYSIA

Raja Muda Perak .Raja Najrin Shah, Berduka cita, menurutnya negara berhadapan krisis moral membimbangkan 27,000 sijil kelahiran di keluarkan tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak tercatat bapanya (Ini bermakna semuanya anak zina ).

Berdasarkan rekod perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ). Ini bermakna 2,500 orang anak zina di rekodkan setiap bulan, purata 84 kes setiap hari.

Perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan, 70430 anak zina di daftarkan. 30,978 terdiri dari anak orang Islam, sekarang nak disalah kan siapa?.........RAJA?PEMERINTAH??JABATAN UGAMA ISLAM??PENDAHWAH YANG TIADA TAULIAH??........SIAPA LAGI!!!FIKIRKANLAH SAMA-SAMA WAHAI MANUSIA, AGAR HUKUM ALLAH TERLAKSANAKAN DI BUMI MALAYSIA.

Jumaat, 25 Jun 2010

MEREKA MASUK UMNO DAN MENYETUJUI DASAR2 UMNO

Kemasukan Ust. Fadzlan, Ust. Fathul Bari dan beberapa yang lain dari kalangan Rakan Sealiran Salafiyien kedalam UMNO amat mengejutkan. Ini bererti mereka telah menyetujui dasar-dasar UMNO dan pelaksanaan yang sedang dijalankan sekarang. Walaupun apa alasan yang diberikan, ia telah menguris hati ramai rakan-rakan sealiran.

Pengalaman di Kuala Pilah sudah cukup untuk diambil peringatan. Pengasas MIS, (Ma'ahad Ittiba Us Sunnah) merupakan salah seorang pendukung kuat UMNO Bahagian ini, sebagai Ketua Peneranagn, Setiausaha dan pelbagai Jawatan lagi untuk beberapa puluhan tahun, sehingga dianugerahkan salah seorang Tokoh Pejuang Kemerdekaan suatu ketika dahulu. Dalam hubungan itu, dengan harapan jasa pengorbanan beliau akan dikenang pemerintah dan MIS diberikan keistemewaan dan perhatian. Namun apa yang diharapkan seperti pungguk merindukan bulan. MIS terus dihimpit dan ditekan. Hingga kesaat ini, MIS terus ditekan, segala jasa dan bakti yang ditaburkan ibarat seperti debu berterbangan yang tiada memberi apa-apa erti langsung kepada mereka. Ini lah permainan licik dan kotor mereka.

Apakah Ustaz-ustaz yang disebutkan tadi masih mentah dan tidak mengerti dan faham lenggok permainan mereka. Apakah dengan alasan ada agenda tersembunyi, dengan harapan gerakan dakwah mereka akan mendapat perlindungan? Kami telah diingatkan : Ingatlah, kamu ini, kamu sahaja yang mengasihi mereka, sedangkan mereka tidak mengasihi kamu, sedangkan kamu beriman dengan KitabNya" (Al-Imran: 119). Dikala UMNO sedang mengalami krisis keyakinan dan sokongan rakyat, Ustaz-ustaz ini akan disanjung dan julang dengan sebaik-baiknya. Pengajaran mengenai itu sudah terlalu banyak dalam UMNO kepada Ustaz-ustaz yang kononnya ingin melakukan perubahan dalam UMNO. Perkembangan terbaru di Kuala Pilah memberikan suatu ingatan yang cukup mendalam.

Kami di Kuala Pilah adalah Anak Jati Negeri Sembilan ini, dan telah menaburkan jasa dan bakti kepada negara dalam mencapai kemerdekaan dan selepasnya. Tetapi kami dilayan seperti PENDATANG ASING maupun WARGA KELAS TIGA. Kami dilarang mendirikan Jumaat di Bangunan kami sendiri, kami dilarang untuk mengadakan Ceramah Agama untuk Jamaah kami. Tetapi keistemewaan itu diberikan kepada INDIA MUSLIM yang berhijrah kenegara ini untuk mendirikan Jumaat dan lain-lain kegiatan walaupun ia berlainan MAZHAB dengan pemerintah, kami tidak mencemburui mereka tetapi inikah keadilan cara pemerintah dalam menjalankankan tanggung-jawabnya kepada rakyat di Negeri Sembilan ini. Apa yang nyata, kemasukan ustaz-ustaz tersebut bererti meghulurkan leher-leher mereka untuk disembelih, memecahkan kesatuan Jamaah yang sedang dibina dikalangan Salafiyien dinegara ini. Mudah-mudahan ini tidak akan berlaku kerana masih ramai lagi rakan-rakan yang setia mendukung wadah perjuangan Gerakan As Sunnah walaupun tidak bertitel Phd dan sebagainya. Wassalam.

Rabu, 23 Jun 2010

Mengapa Kerajaan BN Berbohong?

(Kenyataan Bersama Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin)


1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.


2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.


3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.


4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini.


5. Demikian Dato Seri Shahidan Kassim. Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu.


6. Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai.


7. Pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini. Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf. Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan.


8. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas.


9. Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.


10. Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni.


11. Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.


Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford University, UK)


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis, Pensyarah Pengajian Islam USM)

23 Jun 2010

Ahad, 20 Jun 2010

MAJLIS ILMU DI MIS

MAJLIS ILMU DI MIS

TARIKH:

26 JUN 2010
14 REJAB 1431H


JAM 8.00 MALAM
HARI AHAD MLM MINGGU


TEMPAT :- ITTIBA' IS SUNNAH (MIS)

OLEH:


USTAZ BAKHTIAR EFFENDY
( Tidak Perlu Ragu, beliau mempunyai Tauliah)

TAJUK:-

TAUHID SALAFIYYAH



MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

Jumaat, 18 Jun 2010

AKTIVITI-AKTIVI KEAGAMAAN DI LARANG MIS


Pejabat Ugama Islam Daerah Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Dengan rasmi melarang, aktiviti-aktiviti keagamaan di Surau Maahad Ittiba Sunnah bermula 14 jun 2010(01 Rejab 1413 H), Berdasarkan keputusan Majlis Perbincangan Khas Jawatankuasa bertindak pada 22hb februari 2010 di Bilik Gerakan Komplek Pentadbiran Kuala Pilah.
Larangan untuk menjemput PENCERAMAH YANG TIADA TAULIAH mengajar UGAMA ( YANG LAIN DARI UGAMA ISLAM BOLEH KOD ) sebagaimana di bawah peruntukkan di bawah seksyen 118(3) Enekmen Pentadbiran Agama Islam(NS)2003
Sekiranya gagal mematuhi di tuduh di bawah seksyen yang di baca bersama seksyen 37 EJSNS iatu di atas kesalahan bersubahat pada kesalahan mengajar tanpa tauliah.

Khamis, 17 Jun 2010

PEJABAT AGAMA DAERAH K. PILAH MELARANG/MENCEGAH JAMAAH AS SUNNAH MENDIRIKAN SOLAT JUM'AT??

MIS telah menerima dua surat daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah bertarikh 14 Jun 2010 MELARANG Jamaah As Sunnah Kuala Pilah melakukan Solat Jumaat di Madrasah Ittiba Us Sunnah, dan dalam surat kedua MELARANG menjemput penceramah yang tiada Tauliah Mengajar Agama di MIS. Mengikut surat yang ditandatangani oleh Pegawai Agama Islam Daerah itu, tindakan diambil berdasar kepada aduan daripada orang ramai. Adalah amat malang sekali, sebuah badan yang diamanahkan menjaga kepentingan ummat Islam dinegara ini, mengambil sesuatu tindakan yang menekan dan menghukum satu pihak tanpa diberi ruang menjelaskan pendirian dan perpegangannya yang hanya berpandukan ADUAN ORANG RAMAI. Siapakah orang ramai itu? Berapa ramaikan mereka? Apa hubungan mereka dengan MIS? Dan yang pastinya mereka yang membuat aduan itu, adalah mereka yang mencemburui dan jahil dengan perkembangan dan perjalanan MIS. Sebagai sebuah badan yang menjaga kepentingan umat Islam, Jabatan Agama Islam, tanpa mendengar pandangan pihak yang diadukan terus bersekongkol dengan pengadu dan menghukum LARANGAN itu dan ini dengan ugutan akan dituduh dibawah seksyen sekian dan penjara sekian banyak. Apakah ini suatu tindakan yang adil? Atau apakah Pejabat Agama Islam Daerah K. Pilah sudah tidak ada lagi kewibawaan untuk mencari jalan penyelesaian hal di MIS ini? Mengikut rekod yang ada dalam simpanan kami, kewujudan MIS ada lebih awal daripada enakmen Pentadbiran Agama Islam (N. Sembilan), maka itu tidakkah boleh Jabatan Agama Islam NS memberikan kelonggaran kepada MIS? Kerana peraturan dan enakmen itu adalah hasil dari pemikiran manusia, jika dibandingkan dengan peraturan dan perintah Allah dan Rasul, perhatikan: Nabi Muhammad saw dalam sabdanya telah mengistiharkan "telah dijadikan untukku bumi ini tempat bersujud (masjid) dan berseh".

Alangkah besarnya dosa orang yang menghalang umat Islam dari menunaikan solat. Mereka akan bersama Abu Lahab didalam neraka dimana Abu Lahab dan Abu Jahal pernah menghalang Rasulullah bersembahyang di Masjidil Haram.


Isnin, 31 Mei 2010

MILIKI "KAMUS" KTF


KAMUS PELAJARAN MENTERJEMAH AL-QUR'AN (KTF) sudah tersedia dengan harga RM 55.00 (Hard Cover), Kamus Ini menjadi panduan berguna lagi penting dalam usaha mengingati makna yang terkandung dalam Kitab Suci Al-Qur'an. Sila hubungi kami untuk memilikinya. Terima kasih.

Khamis, 20 Mei 2010

PERBICARAAN DITANGGUH PADA 11 JUN 2010

Perbicaraan kes Mengajar Tanpa Tauliah yang melibatkan Ustaz Fathul Bari bersama dengan Abdullah Sanusi Othman dan Amirul Nik Faiz pada 18 Mei 2010 lalu ditangguhkan sehingga 11 Jun 2010 jam 3.00 petang berikutan permohonan Ust. Fathul Bari kerana berada di United Kindom dan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap saman Ust. Fathul Bari terhadap Majlis Agama Islan Negeri Sembilan. Sementara itu Hakim membenarkan permohonan tertuduh untuk mendapatkan semula peralatan kameranya yang rampas Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan di MIS.

Isnin, 17 Mei 2010

KAMUS "HARFIAH" TERJEMAHAN AL-QUR'AN

KAMUS MENTERJEMAH AL-QUR'AN Susunan H. Hashim A. Ghani akan terbit sedikit masa lagi dengan cetakan yang lebih menarik. Kamus Edisi Rumi terbitan KTF Institut, cetakan kali kedua berkulit tebal akan dijual dengan harga sebanyak RM 55.00. Untuk temnpahan hubungi Hazman 012-3841364, Siti Hajar 013-2113078 atau Suhaimi 012-6564205 atau email: gemilangkp@hotmail.com. KUASAI AL-QUR'AN DENGAN KAEDAH HARFIYAH ANJURAN KTF INSTITUT.

Ahad, 16 Mei 2010

KULIAH MIS MASUK KALI KE 2

KULIAH USTAZ BAHTIAR EFENDY DI MIS,TELAH MASUK MINGGU

KEDUA,AHAD 23 MEI 2010,KULIAH TAUHID DI SAMBUNG,BERMULA JAM 10.30

MUSLIMIN/MAT DI JEMPUT HADIR (USTAZ ADA TAULIAH ) TQ.



PERBICARAAN KES TAULIAH

PERBICARAAN KES USTAZ FATHUL BARI DAN SAHABATNYA,YANG DI TUDUH MENGAJAR TANPA TAULIAH.DI SAMBUNG SEMULA PADA RABU 19 MEI 2010,JAM 11 PAGI,DI MAHKAMAH SYARIAH KUALA PILAH.TQ
.

Khamis, 6 Mei 2010

ANTARA MEMBATALKAN IMAN

GEMAR MENGAMAL PERKARA BIDAAH

Bidaah menurut bahasa ialah mengadakan sesuatu yang baru. Menurut istilah syarak, Bidaah ialah mengadakan sesuatu urusan yang baru dalam urusan agama yang berlainan dengan apa yang di syariatkan. Mengadakan bidaah yang berlawan Al-Quran, Sunnah Rasullah SAW dan amalan amalan sahabat Rasulullah, Ijmak ulamak haram di larang dalam Islam.

Perbuatan Bidaah yang berlawanan dengan Al-Quran dan Sunnah Rasullah SAW, amalan Sahabat, Ijtihad dan Ijmak adalah di namakan Bidaah Dholaah, iaitu menyesat dan merosakan Aqidah, Iman dan kemurnian akhlak umat Islam.

Firman Allah SWT. :
"Apa-apa yang di berikan Rasullah kepadamu,hendaklah kamu ambil, dan apa-apa yang dilarangnya, maka hendaklah kamu hentikan dan takutlah kepada Allah. Sungguh Allah amat keras seksaanNya"

Sabtu, 24 April 2010

Telan air ludah ustaz!


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Apr 12, 10
11:09am
Berbagai sumber yang boleh diyakini memaklumkan kepada saya bahawa di Selangor ada seorang tokoh agama yang mengadakan 'upacara' orang ramai menelan air liurnya untuk keberkatan.

Upacara itu pula dibuat di masjid. Apa tidaknya, beliau ada tauliah dan berjawatan di negeri berkenaan.

Pengikutnya atau hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dalam masjid lalu 'menikmati' seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat itu yang di masukkan ke dalam mulut mereka. Beliau mendakwa inilah ajaran Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Kononnya untuk mendapatkan keberkatan beliau!

Ada banyak perkara yang boleh ditanya.

Demikian mudah nama Ahlus Sunnah dipergunakan dan tidak pula dikenakan tindakan oleh JAIS.

Jika ditanya mungkin ustaz itu –jika dia tahu- akan berkata ada hadis Nabi s.a.w pernah meludah mata 'Ali bin 'Abi Talib sehingga sembuh sakit matanya.

Atau mungkin riwayat lain yang dipertikaikan kesabitannya yang menyatakan kononnya Rasulullah s.a.w pernah meludah ke dalam mulut kanak-kanak pada Hari 'Asyura untuk melatih mereka terus berpuasa.

Riwayat ini dipertikaikan oleh sebahagian sarjana hadis. (lihat: Silsilah al-Da'ifah hadis ke 6749).

Apapun, soalan yang wajar ditanya, apakah ustaz berkenaan merasakan dirinya setaraf dengan Nabi s.a.w atau seberkat baginda s.a.w sehingga dia pun hendak menyuruh orang lain menelan ludahnya?

Para sahabah Nabi s.a.w seperti para khalifah al-Rasyidin, atau para sahabat lain yang dijamin buat mereka syurga mempunyai berbagai kelebihan atau fadilat mereka yang dinyatakan sendiri oleh Nabi s.a.w.

Begitupun tidak pernah pun para sahabat ini semasa atau selepas kewafatan Nabi s.a.w membuat majlis dalam masjid atau luar masjid memanggil orang ramai menelan air ludah mereka untuk mendapatkan berkat.

Apakah ustaz berkenaan merasakan dirinya sudah sampai ke suatu tahap yang menyamai Nabi s.a.w dan dia pula diberikan lesen besar oleh Jabatan Agama untuk mempromosikan 'kesucian' air ludahnya itu?

Pertembungan

Isu-isu yang seperti inilah yang sering membawa perbezaan antara golongan pembaharuan yang ingin membersihkan Islam dari kepentingan diri, bertembung dengan kelompok yang cuba menjadikan Islam sebagai sumber untuk mendapatkan kuasa pengaruh dan ketaksuban dengan cara memperbodohkan orang ramai agar meletakkan kesucian untuk diri mereka.

Golongan tarekat sering terjebak dengan hal yang seperti ini. Padahal semua hal tersebut atas tujuan penguasaan pengaruh atau politik yang akhirnya boleh membawa keuntungan yang berbagai kepada seseorang tokoh.

Hal ini saya telah sentuh dalam artikel 'Kuasa Politik dan Kuasa Agama'.

Dalam buku Tarekat Naqsyabandi, disebutkan tentang tanggungjawab disiplin pengikut tarekat: “Meninggalkan ikhtiar diri dan menyatukan ke dalam ikhtiar syeikh dalam segala urusan, baik ibadat mahupun adat kebiasaan.

Salah satu tanda murid yang benar, kalau syeikh menyatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam api yang menyala”, ia akan memasukinya” (H.A Fuad Said, Hakikat Thariqat Naqsyabandiah, m.s. 103).

Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, di mana Rasulullah s.a.w. pernah menghantar satu pasukan kecil tentera dan dilantik seorang lelaki Ansar mengetuai mereka serta memerintahkan mereka agar taat kepadanya.

Semasa dalam tugasan, lelaki itu pernah marah kepada mereka dan berkata: “Tidakkah kamu diperintahkan untuk taat kepadaku?”.

Jawab meraka: “Bahkan”. Katanya: “Aku telah putuskan apabila kamu siap kumpulkan api, kamu nyalakannya dan hendaklah kamu masuk kedalamnya”.

Maka mereka pun mengumpulkan kayu api dan menyalakannya dan apabila mereka hendak masuk ke dalamnya maka mereka melihat antara satu sama lain.

Maka salah seorang dari mereka terfikir: “Kita ini mengikut Nabi s.a.w. hanya kerana ingin lari dari api (neraka) apakah kita patut masuk ke dalamnya?”.

Sedang mereka dalam keadaan tiba-tiba api tersebut pun terpadam dan kemarahan ketua mereka kembali tenang.

Maka apabila kisah tadi disebut kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda: “Jika mereka memasukinya maka mereka tidak dapat keluar darinya selama-lama (mereka akan mati dan tidak dapat kembali ke dunia).

Ketaatan itu hanya itu hanya dalam perkara ma'ruf (kebaikan)”. Maksudnya, tidak boleh taat kepada arahan yang menyanggahi ajaran Islam.

Ketua yang dilantik oleh Nabi s.a.w sendiri pun tidak disuruh taat membabi buta, inikan pula sekadar guru tarekat yang hanya melantik diri sendiri!

Hadis Musalsal

Dalam usaha membina pengaruh, sesetengah golongan mencipta hadis-hadis yang bersifat musalsal. Hal ini mula berkembang dan 'mendapat tauliah' dalam negara ini.

Hadis Musalsal bermaksud periwayat hadis itu akan meniru perbuatan periwayat sebelumnya, yang sebelumnya itu juga meniru yang sebelumnya sehinggalah berterusan kepada Rasulullah s.a.w.

Contohnya, periwayat akan memakai serban seperti yang ditiru dari periwayat sebelumnya dan berterusan sehingga kepada Rasulullah s.a.w.

Hadis-hadis ketagori ini dinamakan dengan hadis musalsal. Kebanyakan hadis jenis ini amat daif atau palsu.

Kata tokoh agung hadis al-Imam al-Zahabi (meninggal 848H): “Secara umumnya hadis-hadis musalsal adalah dhaif, kebanyakannya pula adalah batil, disebabkan pembohongan periwayatnya. (Al-Zahabi, al-Muqizah fi `ilm al-Mustalah al-Hadith, m.s. 44. Halab: al-Matbu`at al-Islamiyyah).

Jika pun ada yang sahih, adakah periwayat di zaman ini mencapai standard perawi yang dikehendaki dalam disiplin ilmu hadis sehingga layak riwayat mereka itu hendak dipercayai?

Sebenarnya, di sebalik 'kegalakan' sesetengah pihak berkempen hadis-hadis jenis ini, ia mempunyai tujuan agar diri mereka dikaitkan dengan Nabi s.a.w dan hasilnya mereka akan disucikan atau diagungkan sehingga ke tahap air ludah mereka pun ditelan orang.

Inilah yang Prof Hamka berikan sindiran pedas pada zamannya dengan memetik kata seorang tokoh bernama Syeikh Abdullah Saleh: “Menjadi Mufti dalam Kerajaan –kerajaan Melayu itu sangatlah megahnya.

Memakai pakaian rasmi yang pakai polet, berpisang sesikat di bahu, jubah berukir-ukir benang emas, dan serban dari sutera dan berkereta sendiri.

Rakyat pun sangat takut dan taat, sisanya dimakan, sepah sirihnya dikunyah. Dan kalau beliau ingin hendak kahwin, bismillah! (Prof Hamka, Ayahku, m.s. 160, Selangor: Pustaka Dini).

Demikian jika ketaksuban melampaui batasan yang patut.

Dulu saya pernah tegur, ada guru dari Indonesia yang diberikan lesen berceramah di masjid-masjid di Malaysia mendakwa sesiapa yang berjabat tangan dengannya bererti berjabat tangan dengan Nabi s.a.w maka akan masuk syurga.

Beliau membuat majlis di masjid-masjid membaca hadis musalsal berjabat tangan atau disebut al-Musalsal bi al-Musafahah.

Lalu beliau pun baca hadis palsu berkenaan: “Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku sehingga hari kiamat maka dia masuk syurga”.

Maka orang ramai yang terpengaruh pun akan berjabat tangan dengannya dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi s.a.w.

Hadis palsu itu telah disangkal oleh para sarjana hadis sejak sekian lama. Kata sarjana besar hadis al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) dalam Lisan al-Mizan: “Riwayat berjabat tangan Mu`ammar tidak akan diterima oleh orang yang berakal” (Ibn Hajar al-`Asqalani, Lisan al-Mizan, 6/ 68, Beirut: Muassasah al-`Ilm li al-Matbu`at).

Begitupun, ada juga mereka yang terpelajar terpengaruh dengan dakwaan yang karut yang seperti itu.

Para sahabat Nabi s.a.w entah berapa kali berjabat tangan dengan Nabi s.a.w, namun tidak pernah mereka membuat majlis berjabat tangan dengan mereka untuk masuk syurga.

Sebenarnya, ia bukan berkaitan syurga atau Nabi s.a.w, tetapi kegilaan sesetengah manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Ekploitasi


Saya teringat cerita seorang kawan yang menyatakan apabila rombongan mereka ke Mekah untuk umrah dan pihak 'ustaz' yang menguruskannya tidak dapat menyediakan tempat dan makanan seperti yang dijanjikan, maka ustaz itu berkata: 'ini ujian Tuhan yang mungkin disebabkan dosa-dosa tuan-tuan sebelum tiba di tanah suci”.

Dengan itu semua ahli rombongan terima seadanya, walaupun tidak padan dengan kadar harga yang dibayar kepada ustaz berkenaan.

Saya tersenyum dengan cerita itu. Saya kata: “Ada golongan manusia yang suka eksploitasi orang lain dengan menggunakan agama. Mengapa saudara tidak bertanya apakah hukum wang orang yang diambil tetapi gagal menunaikan janji di tanah suci?!”.

Malangnya, ramai yang berpelajaran tinggi yang bukan bidang khusus agama, yang baik intelek mereka, tapi apabila tiba masalah agama mereka memandulkan akal.

Seakan, agama melarang mereka menggunakan akal walaupun ternyata mereka diperbodohkan oleh orang yang menyalahgunakan agama. Ya, bukan semua golongan agama begitu, tapi ada yang begitu!

Saya sedang menunggu apakah reaksi JAIS terhadap majlis menelan air ludah yang dibuat dalam masjid itu.

Saya juga sedih apabila tahu ada juga orang yang terpelajar sanggup menelan air liur ustaz berkenaan.

Apakah mereka pasti ustaz mereka itu telan mencampakkan berkat ke dalam mulut mereka?

Pastikah pula mereka air liur ustaz mereka itu memang berkat?


Sekali lagi, sebenarnya, mereka pun tidak pasti dan ustaz berkenaan pun tidak pasti.

Ini bukan berkaitan air liur atau berkat, ia berkaitan kuasa pengaruh atau doktrin yang ingin ditanamkan. Akhirnya, semua mereka akan ikut dan serah apa sahaja seperti yang berlaku pada al-Arqam dan Tal Tujuh di Kelantan.

Khamis, 22 April 2010

MUJAHID - DAKWAH

Teringatlah saya ketika kami ditugaskan untuk salah satu aktiviti sebagai pelajar di MIS sewaktu menjadi pelajar kepada Almarhum Utz Hashim Ghani sekitar 80an, supaya keluar berdakwah disekitar perkampungan MIS (kami menggelarkan tempat itu ialah Kampung Kuala Cahaya), dengan tujuan dan harapan Guru untuk mengajar kami bagaimana akan berhadapan dengan masyarakat setelah ilmu Al-Quran penuh didada.

Malam itu tepat pada 10hbJanuary81 kelompok kami sedang gigih bertempur melawan arus hujan yang lebat dengan membawa bekal Al-Quran yang diTangan Kanan, dan Lampu Suluh diTangan Kiri untuk terus melangkahkan perjalanannya menuju kerumah Allahyarham Datuk Hj Hassan dengan tujuan ber Usrah dengan cara kekeluargaan.

Perkataan Mujahid menurut Ilmu Sharof : adalah bentuknya Fa'il, yakni orang -orang yang berjihad , dan Fi'il nya adalah JIHAD. Jihad dalam ertikata pengertiannya sangat luas, Jihad disini ialah maknanya memerangi hawa nafsu, sebab nafsu kita pada waktu hujan apalagi dimalam hari hawanya mahu saja menarik selimut untuk tidur. Tetapi kami semua tidak demikian, malah maju terus.. pantang mundur kerana untuk memenuhi panggilan Allah iaitu bertablig untuk menyeru dan menyampaikan seruan-seruan Allah dan RasulNya.

Sebagaimana yang telah Allah Firmankan dalam Surah Ali Imran ayat 110, bahawa kita ummat Islam adalah satu ummat yang baik bila dibandingkan dengan ummat yang bukan Islam, yang dijadikan oleh Allah swt untuk memberi contoh dan tauladan kepada semua manusia supaya berbuat baik dan menjauhi perbuatan yang jahat/mungkar, dan juga menyeru supaya manusia seluruhnya beriman kepada Tuhan Allah swt.

Iman kepada Allah, tidak hanya cukup dalam ucapan saja, tetapi kita berikrar dimulut yang dibenarkan dalam hati sanubari & diamalkan dengan perbuatan. Dalam menegakan Agama Allah, kita harus mempunyai bekal yakni bekalnya adalah IMAN, Iman kita harus Teguh, Mantap, Kuat dan jangan goyah walaupun kita dirintangi dengan hujan yang selebat2nya.

Jihad kita dalam menegakan Agama Allah belum seberapa bila dibandingkan dengan jihadnya para Mujahid-mujahid yang pernah memegang senjata melawan musuh2 Allah dengan dihujani peluru-peluru dan bedilan meriam/kereta kebal. Tetapi kita baru saja berjihad melawan hujan air, badan sudah gementar kedinginan, dan kaki, lutut serta ibu jari berat untuk melangkahkannya.

Sekian, Wassalam.

BERKATA LAH MENTERI BESAR NS

KITA SUDAH NASIHATKAN PENGANJUR,KALAU NAK BUAT CERAMAH MINTA TAULIAH,BUKAN KITA TAK BERI TAULIAH,PERGI SAJA DI PEJABAT(JHEANS),BUKAN SUSAH SANGAT,TETAPI MEREKA SAJA DEGIL


KATA MOHAMAD HASAN MB NS,
RABU 21 APRIL 2010
di AKBAR SINAR HARIAN.


Masaalahnya bukan degil tetapi pehak Penganjur tidak pernah menerima sebarang surat atau nasihat dari pehak JHEANS,mereka cakap je dalam surat kabar ,baiklah mulai akan datang kami akan patuh,dan supaya Ustaz-Ustaz kami agar memohon tauliah beramai-ramai, jika tak dapat tauliah, Jangan.. jangan.. jangan tangkap kami, jangan jel kami , jangan denda kami dll.

Akan tetapi Malangnya... untuk pengetahuan semua ada dikalangan kita yang telah mendapat tauliah di tarik balik tauliah mereka. Kenapa?

Kami akan teruskan berdakwah,kerana NABI Kami telah bagi tauliah "Balighu anni walau ayah",sampaikanlah dariku walaupun satu ayat (hadis).


Iblis telah di bagi tauliah olih ALLAH tetapi tujuannya untuk menyesatkan anak Adam terutama yang lemah imannya. INGAT!!!!

Rabu, 21 April 2010

KES PERBICARAAN UTZ.FATULBARI

KEPUTUSAN KES PERBICARAAN UST.FATUL BARI HARI INI, DI MAHKAMAH SYARIAH KUALA PILAH TELAH DITANGGUHKAN, INI BERMAKNA,UST.FATULBARI DAN 2 SAHABATNYA AKAN DI BICARAKAN PADA HARI RABU,19 MEI 2010.

MANAKALA UST.KHAIRUDIN DAUD,YANG DI TUDUH BERSUBAHAT TELAH DIGUGURKAN TUDUHAN KEATASNYA DAN DI BEBASKAN TANPA SEBAB, TK.

Rabu, 14 April 2010

TAUHID

PERBUATAN BAIK DAN BURUK

Sesuatu yang ada kekurangannya tentulah ada keburukannya yang tidak
ditolak oleh orang yang mempunyai perasaan atau Idrak yang mulia,
sekalipun berbeza2 pula dalam satu keadaan tentang kesan-kesan
rasa keburukan didalam wijdan dan rasa perasaan dalam pancaindera.
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Apakah kalangan manusia ini ada yang mengingkari buruknya kekurangan akal dan rendahnya cita2 serta lemahnya keazaman? Ya!! cukuplah babak-babak kekurangan meresapi cita-cita dan hikmah, tetapi mereka bergiat bagi melenyapkannya kadang-kadang mereka berbangga bahawa mereka memiliki sikap sebaliknya.

Seringkali ciri-ciri yang buruk itu akan menjadi indah disebabkan bekas dan kesan yang dihasilkan , sebaliknya ciri-ciri yang indah bertukar menjadi buruk disebabkan akibat-akibat yang buruk. Sesuatu yang pahit memang mematikan selera, laksana raja yang cacat anggota, berbulu mata memandangnya tetapi kesan daripada kepahitan itu akan menyembuhkan penyakit dan kesan2nya cepat dilaksanakan oleh sang raja yang cacat anggota terhadap rakyatnya terutama kalau ia berEhsan terhadap kita sendiri, ia akan merubah pandangan jiwa kita bahawa raja tersebut lebih murni dari rupanya yang cacat didepan mata kita.

Ini disebabkan kesan-kesan yang indah dari kesempurnaan yang akan memberi sinar kepada empunya, indera akan merasai indah-indah sahaja, contohnya lihatlah betapa buruknya yang manis bila manis telah merosakannya, dan lihatlah betapa jijiknya yang indah permai bila yang indah itu sudah berlaku zalim dan berkepala batu.

Akal kita - Apakah orang yang siuman akalnya sanggup untuk tidak mahu mengatakan perbuatan-perbuatan yang bersifat ikhtiar sebagaimana ia harus katakan kepada segala makhluk yang wujud ini? sedangkan af 'al ikhtiariyah itu adalah semacam dan serupa juga dengan yang maujud ini....ia berlaku dibawah pancaindera dan idrak pendapat akal kita. Sama ada perbuatan-perbuatan itu sendiri ataupun kesan-kesan daripada perbutanan itu, idrak akal kita dapat merasakan kesan-kesan perbuatan itu seperti apa yang dirasai dari kesan balas gambaran segala kianat sendiri?

Tidak! ITU TIDAK BETUL..!! sebenarnya Af 'al Ikhtiariyah atau perbuatan yang berbentuk ikhtiar manusia ini adalah satu bahagian dari segala yang maujud ini, peraturan hukum yang berlaku pada Af 'al Ikhtiariyah adalah sama seperti yuang berlaku pada yang maujudat ini dengan terangnya.

AF 'AL IKHTIARIYAH

Diantara Af 'al Ikhtiariyah yang dimiliki manusia ini ada yang amat menarik hati yang memang memberi kesan dalam jiwanya, jiwanya merasai ketakjuban dan tertarik terhadap keindahan ciptaan alam semesta, seperti perbarisan angkatan tentera yang berdisiplin, pergerakan kemahiran sukan yang beraneka yang terkenal dengan nama Gimnistik juga seperti dendangan irama seni muzik yang menusuk rasa dengan nada yang teratur.

Sebaliknya Af 'al Ikhtiariyah manusia itu ada pula tidak baiknya, jiwa yang merasai keburukan itu betapa kurang enaknya melihat kejadian yang buruk, seperti melihat betapa panik orang yang lemah jiwanya sewaktu dalam kegemparan, ratap tangisan kaum wanita dan raungan orang yang didalam ketakutan huru hara.

Af 'al Ikhtiariyah itu juga adalah buruk disebabkan kesan yang menyakitkan dan ada juga yang baik kerana ia menarik kelazatan atau menolak kepayahan dan kesakitan . Af 'al yang buruk kerana kesan yang menyakitkan itu seperti memukul dan melukakan dan sebarang perbuatan manusia yang menyakitkan dan Af 'al Ikhtiariyah yang baik kerana menarik kelazatan dan menolak kepayahan seperti makan kerana lapar, minum kerana dahaga dan sebarang perbuatan manusia yang membuahkan kelazatan dan menolak bahaya kesakitan yang tidak terhingga. Banyaknya maka dalam jurusan ini bahawa baik itu bererti lazat dan buruk itu bererti menyakitkan.

Sedikit sekali perbezaan antara manusia dan haiwan yang maju dalam dua pengertian buruk dan baik tadi menurut ciri-ciri rantai jalinan wujud, hanya berbeza dalam kekuatan tenaga (wijdan) dan batas martabat keindahan dan keburukan sahaja. Diantara Af 'al Ikhtiariyah itu ada juga yang baiknya iaitu berdasarkan kepada kemanfaatan yang ditimbulkannya dan memandangkan buruknya yang diakibatkan oleh berbagai-bagai bahaya. Pengertian seperti ini hanya tertentu kepada manusia sahaja bila pengertian baik dan buruk itu diambil dari sudut yang lebih sempurna, dan sedikit sekali haiwan yang lain yang ada bersekutu dengan manusia didalam hal ini kecuali dengan pandangan dari jurusan-jurusan yang singkat. Inilah dia keutamaan akal dan rahsia hikmah ketuhanan dalam menganugerahi daya pemikiran.

Namun begitu diantara yang lazat-lazat itu ada pula yang buruk akibatnya, umpama berlebihan dalam makanan dan minuman, terus menerus terpaku mendengar nyanyian dan menurut nafsu syahwat sepanjang masa, Semuanya itu akan merosakkan kesihatan dan mensia-siakan akal, memusnahkan harta benda dan membawa kepada kelemahan dan kerendahan belaka.

Buruknya kelazatan seperti demikian tidak lain kerana terlalu singkatnya masa derita, sedangkan zaman berpoya-poya dengan kebiasaan mewah yang mengakibatkan berbagai penderitaan itu terlalu lama, demikian terlalu buruk keadaanya, yang tidak akan berhenti kecuali mati, dan kerana lemahnya tanggapan dan penilaian antara kelazatan kebendaan berbanding dengan peritiwa-peristiwa dahsyat yang amat menyakitkan itu.

Dalam pada itu diantara benda-benda yang menyakitkan dan menyusahkan itu ada yang dianggap baik, umpamanya bertungkus lumus membanting tulang dalam usaha mendapatkan rezeki yang halal dan untuk mempersiapkan diri dikala datangnya waktu tua supaya berhati tenang dan berjuang menahan hawa nafsu dengan mengadakan sekatan dari memakan benda-benda lazat dalam masa tertentu dengan tujuan untuk memperkuat tenaga anggota badan dan akal dengan sempurna. Sambil memelihara dan mengawasi keinginan itu jangan sampai bermewah-mewah kecuali sekadar kelazatan yang memenuhi keperluan biasa yang tidak bercanggah dengan kebiasaan atau membuat system yang dapat meringankan beban hidup sekalipun ia dihitung amat terpenting dalam kehidupan.

Perkara-perkara yang merbahaya yang dipandang baik oleh akal manusia ialah:-
Penentang manusia kepada musuhnya, sama ada musuhnya itu dari manusia sendiri ataupun dari jenis lainnya, yang bertujuan untuk mempertahankan diri atau untuk memberikan pertolongan kepada rakan seperjuangannya, suku atau warisnya, puak dan umatnya iaitu menurut kemahuan perasaannya. Dia harus membela walaupun bergadai nyawa untuk itu, seolah-olah pengorbanan hidup ini menjadi suatu cagaran bagi suatu kehidupan yang lain, ini menjadi kesedaran jiwanya sekalipun akalnya tidak menetapkan demikian.

Antara perkara-perkara yang susah tetapi dianggap baik juga ialah berusaha memerah sepenuh tenaga untuk menyingkap rahsia ilmu yang selama ini masih samar mengenai hakikat kejadian alam. pengorbanan tenaga kearah itu seolah-olah tidak satupun bahaya yang merintangi berbanding dengan kelazatan hasil yang amat mententeramkan yang bakal dinikmati kelak.

Antara kelazatan yang dianggap buruk ialah:-
Perbuatan merompak hasil orang lain dan menyembuhkan penyakit iri hati dengan memusnahkan nyawa atau harta yang amat menyakitkan hatinya. Perbuatan seperti itu menimbulkan kebimbangan umum, malah kepada pengancam itu sendiri. Anda tentu dapat mengambarkan betapa lunaknya hasil menepati janji dan menyempurnakan persetiaan dan betapa pula pahitnya akibat penipuan.

Sekian.


Petikan Buletin Bulanan
Masjid Jamek Paya Trubung.PP
Oleh:Alyh. Utz.Hashim Ghani


Selasa, 13 April 2010

MENCINTAI ALLAH dan RASUL

Kita bersyukur kepada ALLAH swt..yang telah memberikan kita nafas baru untuk sama2 kita membaca artikel ini. Didalam kita mengahadapi kewajiban membaiki hal-hal ibadah sholat dan lain-lain kewajiban, tentunya setiap kita itu akan dapat membentuk jiwa yang teguh lagi suci dan kita akan sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT, kerana dengan bersholat kita bertakbir membesarkan Allah. Kita akan mengucapkan apa yang hanya diucapkan oleh Allah swt serta menurut panduan-panduan dari Rasulullah SWT, bukan hanya ciptaan atau rekaan kita semata-mata. Orang yang bersolat menurut Sunnah Rasulullah SAW itu tidak gentar apa yang didepannya kalau ia dalam menjalani perintah Allah SWT.

Pengikut-pengikut Sunnah memang sentiasa membincangkan serta mengingati membincangkan serta mengingati bahawa tiap-tiap Bid'ah itu adalah sesat dan tiap2 sesat itu neraka tempatnya. Ini dapat dimulakan dengan memerhatikan serta menjauhi segala rekaan2 dalam perkara2 ibadat. Tiap2 orang mesti menjauhi diri dari penyelewengan dalam ibadat kerana ibadat adalah alat2 untuk kita mendapat keredhaan Allah SWT serta untuk mendapatkan taubat dari Allah SWT. Oleh itu berawas dan berhati2lah supaya tidak ada tambahan dan pengurangan dalam Ibadat.

Oleh itu hendaklah kita meneliti sholat yang kita lakukan (bacaan2 dalam sholat, cara ruku', cara sujud dan lain2) dengan memerhatikanAl-Quran dan disokong oleh Hadith2 Shahih, bukannya menurut hawa nafsu sendiri atau turun temurun dari nenek moyang. Hendaklah kita bersungguh2 dan tidak merasa jemu mengajak orang kepada mempelajarai Al-Quran dan Sunnah Rasul, sesungguhnya Agama Islam itu pada mulanya dagang dan akan kembali dagang semula. Ilmu Sunnah sekarang ini sudah tersebar kemerata-rata, maka berusahalah kita mendatangi bukannya didatangi Sunnah itu. Sesungguhnya begitulah keadaannya orang2 yang mencintai Allah dan Rasulnya

INSYAALLAH. AMIN

Kuliah Subuh dMIS
Peninggalan HASHIM GHANI.

Isnin, 5 April 2010

AL-HIDAYAH

Hidayah ialah petunjuk kepada jalan dan cara yang benar,melazimi ugama islam,meninggalkan peraturan ugama yang lain,dan Hidayah di dalam jalan dan cara yang benar ialah melengkapi hidayah semua huraian di dalam teori dan amal.Ini adalah induk segala Doa,ia memberi manfaat kepada hamba,kerana itu adalah kewajiban bagi insan supaya berdoa,IHDINA SHIROTOL MUSTAQIM,setiap kali sholat.
Ustaz Momahad Abduh dalam tafsir Al-Manar di sebut olih S.Rasyid Ridha menerangkan bahawa anugerah Allah s.w.t bahawa insan di anugerahkan dengan empat jenis hidayah yang meningkatkan mereka kemertabat SA'ADAH(Bahagia)

1)HIDAYAH WIJDAN WA FITRI

2) HIDAYAH HAWAS WAL MASYA'IR

3)HIDAYAH AQAL

4)HIDAYAH AD DEEN

1)Hidayah Wijdan Wa Fitri

Hidayah ini berlaku pada bayi yang baru di lahirkan,setelah bayi di lahirkan timbul naluri memerlukan bahan makanan lali menangis,secara fitrah menuntut bahan makanan itu,menekala di hulurkan susu ibunya,ia pun menghisap.

2)Hidayah Hawas Wal Masya'ir

Ya itu tumbuhnya perasaan dan keaedaran pancaindra,ini merupakan hujung dari hidayah yang pertama di dalam kehidupan haiwan,pada peringkat ini bersekutulah kehidupan haiwan antara haiwan dan insan yang memiliki hidayah,iaitu hidayah ILHAM,malah keadaan haiwan lebih sempurna,kerana indra haiwan sudah lengkap dan lengkap sebaik sahaja di lahirkan,berlainan dengan insan ,ia mencapai kesempurnaan dengan beransur-ansur.

3)Hidayah Aqal

Manusia di ciptakan olih Allah supaya hidup bermasyarakat,tetapi ilham hawas dan perasaan indra lahir bagi manusia tidak mencukupi dalam keperluan kehidupan sosial seperti di ilhamkan kepada SEMUT dan LEBAH.kerana masyarakat serangga itu masing-masing menunaikan tanggungjawab untuk semua,dan semua masyarakatnya menunaikan tanggungjawab untuk jadi individu,demikian lah cara hidup masing-masing jenisnya.

MANUSIA,tidak demikian, mereka bukan untuk kerja untuk jenisnys semata seperti serangga,Allah ilhamkan yang lebih tinggi dari itu,Hidayah Aqal di mana dapat memperbaiki kesalahan yang berlaku pada indra dan perasaan,dan bolih pula menerangkan sebab punca kesalahan itu,kerana itu mata ini melihat kecil sahaja benda besar dari jauh,melihat kayu yang lurus itubingkang bingkuk di dalan ayer,orang sakit merasa pahit gula yang manis,maka aqal itulah yang membetulkan indra yang rosak tadi sambil menyatakan sebab.


4)Hidayah Ad Deen

Hidayah ugama adalah terletak di atas aqal,seperti mana aqal dapat membetulkan indra yang kurang sihat,demikianlah Deen(ugama) akan memperbaiki aqal yang salah dan tidak sihat, tetapi kerap kali manusia tidak berjaya menggunakan khidmat indra dan aqalnya untuk mendapat satu bahagian peribadi dan jenisnya,kerap kali dengan indra danaqal itu mereka tercebur menenpuh jalan kesesatan,indra dan aqalnya di jadikan alat menurut keinginan hawa nafsu sampai terjerumus kejurang kebinasaan,bila indra sudah tergelincir,bila langkah sudah tersasar kerana aqalnya,mulalah ia mencari berbagai helah,maka dimanalah manusia itu dapat hidup bahagia dengan aqalnya,sedang langkah nafsunya tidak terkawal dan tidak ada hadnya,bagaimana bolih bahagia tanpa panduan,ketiga-tiga ilham itu tidaklah memadai untuk membawa kebahagiaan yang sejati,kerana berapa banyak jenerasi zaman purba yang hancur di sebabkan MENOLAK panduan ugama.

Oleh ituaqal yang ada pada manusia tidak akan membaya kepada kesempurnaan jika tiada huluran dari langit HIDAYAH AD DEEN dari Allah yang mencipta segala,maka aqal itu merlukan pertolongan yang khas dari yang lain,ia itu ad deen.Olih itu kita mengharapkan pimpinanan Allah dengan petunjuknya.PIMPINLAH KAMI KEJALAN YANG BENAR.Kami terlalu mengharapkan suatu petunjuk yang memimpin kami dengan bantuan yang ghaib MAUNAH GAIBIYYAH dari sisimu,yang dapat memelihara kami dari sesat dan salah,kerana mustahil dengan semata aqal dan indra yang ada pada kami mampu menyelamatkan kami.

KESIMPULAN

Hidayah yang di anjurkan olih Allah suraya di pohon ialah hidayah DEEN,Hidayah yang sudah di sediakan secara ketiga-tiga tabi'ie,kerana hidayah Allah yang berupa Deen itulah yang membawa kepada keimanan,dengan iman itulah kita akan menemui hidayah ghaibiyah dari Allah S.W.T.

Jalan yang perlu di tempuhnya kesana ialah melalui KITABnya yang di wahyukan kepada Rasulnya MUHAMMAD S.A.W yang baginda menjadi penghurainya,bukan jalan yang di reka -reka sendiri dengan rekaan aqal kita,yang tidak bermatlamat,malah ia akan sesat,akhirnya menuju ke NERAKA, sedangkan yang yang di kehendaki jalan menuju ke SYURGA.







THAGHUT

IBNU AL-QAYYIM Rahimahullah(691-761H),telah menjelaskan pengertian Thaghut ialah setiap yang di perlukan olih manusia secara melampaui batas,yang telah di tentukan olih Allah,samaada yang disembah atau di ikuti atau di patuhi.
Thaghut itu banyak jenisnya,Induk(Masternya) ada 5

1)Iblis laknatullah.

2) Orang yang di sembah,sedang dia sendiri dia rela.

3) Orang yang mengajak manusia untuk menyembah dirinya.

4) Orang yang mengaku tahu sesuatu yang ghaib.

5) Orang yang memutuskan sesuatu tanpa berdasarkan kepada hukum yang telah

olih Allah.


Dalilnya berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah Baqarah ayat 256.


TIADA PAKSAAN DALAM BERUGAMA,SESUNGGUHNYA TELAH JELAS KEBENARAN DARIPADA KESESATAN,MAKA BARANGSIAPA YANG KUFUR DENGAN THAGHUT DAN IA BERIMAN KEPADA ALLAH MAKA SESUNGGUHNYA TELAH BERPEGANG TEGUH DENGAN TALI ALLAH YANG KUAT YANG TIDAK PUTUS TALI ITU,KERANA ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI.(AL-BAQARAH 256)


RUJUKAN:

Kitab usul thalasah m/s 24.Tulisan Muhammad bin Abd.Wahab(1115-1206H)musuh -musuh islam gelarkan WAHABI,termasuk di bumi kita.
Kitab lain seperti Kitabu Tauhid,Kasyfu Asy SyubhatAl-Khabair,Mukthasar Al Inshaf wa As syarah Al-Khabair,himpunan fatwa-fatwa Majmu'at Mualalaf Imam Muhammad bin Abd.wahab,Muktashar Zad Al-Maad .










































di turunkan olih Allah.

Ahad, 4 April 2010

PENENTANG ALLAH DAN RASUL

Sebagai seorang muslim dan mukmin kita wajiblah takut dan gerun dengan ancaman Allah,kerana azab Allah itu tiada bandingannya di dunia ini.Allah memberi ancaman kepada sesiapa sahaja yang menyalahi dan melaini sunnah Rasulnya.
Firman Allah;DAN SIAPA SAHAJA YANG MENYALAHI RASUL SETELAH JELAS KEPADANYA PETUNJUK DAN DI TURUTINYA PULA JALAN YANG BUKAN JALAN ORANG ORANG BERIMAN MAKA AKAN KAMI DORONGKAN KEMANA DIA MAHU DAN NANTI AKAN KAMI SUMBATKAN MEREKA KE DALAM JAHANNAM YANG AMATLAH JAHATNYA TEMPAT KEMBALI(Surah An-Nisa ayat 115)

Ayat di atas ini menjadikan keterangan bahawa dalam agama islam ini sesiapa jua yang membuat sesuatu rekaan baru menurut cara yang tersendiri serta menganggapnya baik ,lantas menyeru kepada orang lain melakukanya,orang seperti ini di ancam olih Allah dengan pembalasan yang setimpal dengannya,malah Allah akan palingkan kemana yang dia suka.

Jumaat, 26 Mac 2010

KES TAULIAH OH TAULIYAH DI TUNDA

KES PERBICARAAN USTAZ FATHUL BARI DAN SAHABATNYA (OKT)YANG DI TUDUH MENGAJAR UGAMA ISLAM ,YANG TIDAK ADA TAULIYAH OLIH KERAJAAN DI BUMI NEGERI SEMBILAN, SEMPENA MAULIDURRASUL YANG SEPATUTNYA DI BICARAKAN PADA ISNIN 5 APRIL2010 JAM 9 PAGI DI MAHKAMAH SYARIAH KUALA PILAH. TELAH DI TUNDA KE HARI KHAMIS 22APRIL2010(7 JAMADILAWAL 14310) JAM 9 PAGI,DI MAHKAMAH SYARIAH KUALA PILAH,JEMAAH SUNNAH HARAF MAKLUM.

Khamis, 25 Mac 2010

WUJUDNYA KELUARGA SUNNAH DI MALAYSIA

PERTUMBUHAN KELUARGA SUNNAH DI MALAYSIA

Bila di sebut KELUARGA SUNNAH MALAYSIA, berertilah ia satu Golongan umat Muslim yang terdiri daripada mereka yang beragama Islam, yang berdasarkan Kitab Al-Quran dan Hadis yang sahih, Ijmak para Sahabat dan Qias dalam jurusan keduniaan.

Kami adalah golongan muslim yang tidak bertaqlid kepada mana-mana salah satu mazhab, yang masyhor atau yang tidak masyhor, tetapi ia boleh melakukan" ITTIBA' " iaitu menerima dan mengikut satu satu pendapat yang muktabar,setelah di ketahui keterangannya yang jelas dari kitab Al-Quran dan Hadits Nabi. Dan tidak tersekat untuk melakukan IJTIHAD jika mempunyai syarat dan kemampuan. Pengambilan dasar adalah terlingkung dalam soal Aqidah (Tauhid) ibadah, dan urusan mu'amalah keduniaan, dan tidak akan keluar dari garisan tersebut pada bila bila masa pun.

Fahaman As-Sunnah bukannya satu pendatang baru dalam sejarah Islam tetapi selaras dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan segala pengikut yang mematuhi Syariatnya. Fahaman Sunnah mulai KABUR setelah lahirnya zaman MUQALLIDIN pada abad ke tujuh hijrah,(656h) setelah di katakan pintu Ijtihad di tutup.

Zaman kemurnian As-Sunnah ialah dimulai zaman kehidupan Rasullah s.a.w. zaman kedua Khulafaa'ir Rasyidin, zaman ketiga ialah zaman sahabat kecil dan Tabi'iin, zaman ke empat ialah zaman Mujtahidin yang berakhir pada abad ke empat (350H) dan abad ke lima dan ke enam adalah abad Pentarjihan yang akhirnya tibalah zaman kemalapan Umat Islam Sedunia.

Dalam abad ketujuh (mulai 656H), mulalah zaman muqallidin iaitu zaman ummat Islam membeku otak dan fikirannya yang menyebabkan ummat Islam tidak bergerak lagi, dan zaman ini timbulnya fitnah hingga sekarang. Tetapi Allah tidak akan memadamkan Nur Nya, maka tumbuhlah:-

1. Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnul Qaiyyim (661-728) - (691-751) Abad ke 8.

2. Muhammad Abdul Wahhab dan anak-anaknya di Hijaz (1114-1176 H) Abad ke 12.

3. Syed Jamaluddin Al Afghany (1839-1897 M)
Syed Muhammad Abdul (1849-1905 M)
Syed Mohd Rashid Ridha (1855-1935 M)
- Abad ke 13 H / 19-20 M.

Fikiran "Urwatul Wutsqa" (13 March 1884-Oktober 1884) dan timbul pula Majalah Al Manar, yang kemudian lahir fikiran Urwatulwutsqa dan Al Manar keseluruh dunia Islam sebagai hasil dari fikiran Muhammad Abduh - Rashid Risha.

Fikiran itu segera mengalir kealam Melayu yang disambut pula oleh Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin dengan Majalah Al Imam yang pertama 1906 di Singapore yang tersibar luas di Semenanjung Tanah Melayu dan beberapa kota di Indonesia, dan timbullah Majalah Saudara dan Ikhwan di Pulau Pinang, dan lahirlah Kiyai Ahmad Dahlan di Indonesia dengan Muhammadiyahnya, serta bersemaraklah fikiran Muhammad Abduh dinusantara sekalipun menempuh ranjau sepanjang zaman.

Tidak dilupai sepanjang perjalanan Keluarga As Sunnah dinusantara ini nama-nama mujahidnya, antaranya:

DI MALAYSIA:-
Syeikh Mohd Tahir Jalalauddin
Pendita Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba)
Sayed Syeikh Ahmad Al Hady
Syeikh Abu Bakar Al Asy'ary
Syeikh Ibrahim 'Aqiby
Al Ustaz Hj. Ahmad Amin
Al Ustaz Hj. Saidin Kamaruddin
Datuk Hj. Muhammad Said Kelantan
Maulana Muhammad Ma'adah bin Layang
Hj Nik Saleh nin Wan Musa
Syeikh Sidi Latif
Hj.Abdul Malik Hussain
Al Hafidz Hj. Rijal Abdullah
Al Ustaz Hj. Hashim Ghani


Mata rantai Muhammad Abduh - Rashid Ridha juga ada beribu-ribu banyaknya diseluruh dunia Islam yang dianggap sebagai golongan Safiyyien yang tidak mementingkan satu mazhab sahaja dengan tekad menyatukan semula semua mazgab dibawah dilindungan Kitab Al Quran-Hadits dan pada tahun 1938 lahirlah hasrat murni ini suatu kumpulan Ulama Islam sebagfi golongan "AL ISLAH" di Mesir dibawah pimpinan Mushthafa Al Maraghy, kalangan ini terus bergerak hingga sekarang.

Keluarga As Sunnah Malaysia adalah jalinan dari semua yang dinyatakan ini yang mempunyai keluarga berpuluh ribu orang hingga sekarang ini yang ingin membentuk suatu keperibadian, suatu masyarakat kecil atau besar yang bercorak As Sunnah, yang bersumberkan Kitab Al Quran dan Sunnah Rasul saw.






 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template