Rabu, 20 Jun 2012

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Kepada semua pencinta Keluarga As Sunnah, mulai saat ini, paparan ini akan menggunakan nama "Ma'ahad Ittiba Us Sunnah" yang melambangkan nama Pusat Gerakan Kembali Kepada Al-Qur'an Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang sudah berakar umbi semenjak awal abad kedua puluh disini.. Sehubungan dengan itu, sebuah Pertubuhan yang didaftarkan atas nama Pertubuhan Kebajikan Al Miezaan Negeri Sembilan yang telah diluluskan pendaftarannya, akan beroperasi dan mempunyai Laman Sesawang sendiri dengan alamat www.almiezaan.com dengan kegiatan yang berkait dan berhubung juga dengan Ma'ahad Ittiba Us Sunnah. Oleh yang demikian, kepada rakan-rakan As Sunnah yang sudah mengenali kami semenjak lama dan juga kepada rakan-rakan yang baru, pereratkan perhubungan dengan semua jamaah As Sunnah yang ada yang semakin berkembang keserata tanah air dari Perlis hingga ke Johor termasuk Sabah dan Sarawak. Sekian, untuk makluman, semoga Allah SWT memberi kekuatan dan hidayah kepada kita semua. Wassalam.

Sabtu, 16 Jun 2012

  •                                                   PERLU DIFIKIRKAN

Kaum muslimin masa kini,kebanyakkan mereka tidak lagi berminat untuk menghayati al-Quran.Telah banyak mereka yang ditemui tidak mengetahui bacaan al-quran sejak dari peringkat datuk,ayah dan hingga keanak cucu mereka,mereka tidak tahu lagi membaca al-quran,apalagi isi dan pengertian  Quran itu.
  
 Mereka terlalu di dorong olih kehidupan dunia dengan berbagai kemaksiatan,hingga dapat dikatakan bahawa rakyat biasa tidak tahu Al-Quran dan tujuannya.Cuma mereka jadikan Al-Quran sebagai azimat yang lahir sahaja.Padahal Al-Quran dasar sebenar dalam Al-Quran.


  Kami sepanjang masa mengajak dan menyeru orang Melayu supaya mempelajari Kitab Suci Al-Quran dan ajar kepada anak anaknya dengan itu agar orang Melayu akan terselamat dari bahaya dan bala bencana alam ini.


  Kita leka dengan ilmu bacaan dan lagu-lagu Al-quran yang sudah satu kurun ini.Di kurun ini marilah kita pelajari isinya iaitu di mulai dengan menterjemah menerusi harfiyah ,seterusnya ilmu-ilmu yang lainnya.Wassalam.

   

Rabu, 13 Jun 2012

HAKIKATNYA UMAT ISLAM  MASIH  BUTA ALQURAN?                                                                                                                                  

      Kita harus ingat, bahawa kekalahan umat Islam, kekalahan umat Arab di tangan Yahudi di sebabkan dan kelemahan Umat Islam sendiri. Satu balasan dari Allah s.w.t yang mesti di akui kerana sebahagian besar sudah melanggar dan meninggalkan perintah Allah dan Rasulnya.

     Umat Islam sudah berpecah  kepada beberapa blok politik dunia, sememangnya sedia berpecah dalam beberapa  mazhab, beberapa firqah, beribu-ribu Tarikat. Sebahagian negara Islam pula leka dengan kekayaan, kemegahan dan kesombongan masing-masing.

FIRMAN ALLAH:-
JANGAN KAMU JADI SEPERTI YANG MEREKA BERPECAH DAN BERSELISIH SETELAH DATANG KEPADA MEREKA KETERANGAN. Surah Ali Imran A: 105.

     Tetapi Umat Islam telah melanggar perintah Allah, apa yang berlaku umat Islam  bermazhab-mazhab SYAFIE, HAMBALI, MALIKI, Perpecahan Ummat Islam melebihi 73 puak. Di Negara kita sendiri mempunyai cara beragama yang berlainan antara satu negeri dengan negeri yang lain. Umat Islam telah BUTA AL-QURAN, walhal kitab yang menjadi PETUNJUK ada di tangannya, mereka beragama dengan meraba-raba dan yang paling BAHAYA ialah ULAMA'  ISLAM, mereka telah di Kuasai olih MAJIKAN YANG JAHIL, Mereka ingin menjadi  ULAMA' PENJILAT.. ingin kenyang dan mewah. Itulah yang telah berlaku di seluruh negara Islam. Wassallam.
     
 
   
 

Selasa, 5 Jun 2012

             KEWAJIBAN KEPADA DIRI SENDIRI

1.  Kesedaran akan tanggungjawab kepada Allah tanpa mengira Berat, Ringan, Siang , Malam dan lainnya.

2. Berusaha bersungguh-sungguh dalam mempelajari dan Mengkaji Islam dengan lebih teliti supaya tidak sesat atau ditipu.

3. Berusaha mendalami problem-problem sosial masyarakat untuk menjadi alat berdakwah.

4. Berwaspada membaca buku2 supaya fikiran tidak terganggu

5. Sifat keberanian bukannya kuat, punya kuasa dan lainnya tetapi mempunyai  keyakinan yang kuat dan berani menyampaikan yang hak kepada orang lain.,

6. Keberanian mesti digunakan pada tempat , masa, dan keadaan yang sesuai bukan keberanian untuk menggangu, mengkritik dll.

7. Hormat-menghormati sesama muslim khasnya jemaah seperjuangan , khususnya unsur seperti yang lebih tua , yang lebih alim dan lainnya.

8. Bersedia bertoleransi dan menerima teguran dan nasihat yang benar (jangan degil) dll.

9. Beristiqamah dalam apa2 amal  perjuangan, jangan putus asa umpama batu karang di lautan dan faham sefahamnya diwujudkan.

10. Jangan merasa puas tetapi  berazamlah terus 

11. Jangan memiliki sifat suka menjatuhkan kawan dan membinasakan tetapi selalu membina.

12.  Beramah sesama sendiri, rahsia tetap rahsia, bukan rahsia tetap bukan rahsia.

13.  Jangan jadi manusia suka menggunting dalam lipatan, ( luar baik, dalam hati NAUZUBILLAH)

14.  Keikhlasan niat setiap anggota Jemaah. 

Petikan:-
Kuliah Utz Hussin Yee Abdullah
25.7.1984
Oleh YDP.



















8.Keikhlasan niat setiap angg

Jumaat, 1 Jun 2012

AJARAN SESAT

             AJARAN SESAT BERLELUASA DI MALAYSIA....? 
fikir-fikirlah se jenak .
    
Mereka yang tidak mengetahui maksud Al-Qur'an dan duduk dalam kesesatan menganggap SEGALA YANG HAQ itu SESAT ,dan menganggap KESESATAN yang mereka lakukan itu adalah KEBENARAN.

Ini adalah disebabkan mereka tidak mengetahui langsung  hakikat Islam yang sebenarnya, Islam pada mereka adalah berdasarkan kepada anggapan dan agakan semata, kalangan seperti ini berada di segenap peringkat samada gulungan  atasan mahupun bawahan.

Orang Yahudi adalah pengasas utama untuk menyesatkan orang Islam, Ini berlaku sejak mulai perkembangan agama Islam dizaman Nabi Muhammad saw seperti banyak diterangkan dalam kitab Al-Quran.

Dalam puak Syiah ada suatu golongan yang di sebut GHULUWIYAH ataupun golongan ekstreem ataupun pelampau, golongan ini diasaskan oleh orang Yahudi yang menganut Islam secara menyamar bernama ABDULLAH BIN SABA', yang bertujuan untuk menyesatkan dan menimbulkan huru hara dikalangan umat Islam dengan berkekalan.

Puak Syiah ini terbahagi 3:
Yaitu IMAMIYAH, ZAIDIYAH, dan GHULUWIYAH, itu terbahagi kepada 18 pecahan, salah satu puaknya ialah ISMAILIYAH dan puak ini pula berpecah pula kepada beberapa aliran, salah satu daripadanya disebut Puak BATINIYAH.






 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template