Ahad, 2 September 2012

HAKIKATNYA UMAT ISLAM  MASIH  BUTA ALQURAN?                                                                                                                                  

      Kita harus ingat, bahawa kekalahan umat Islam, kekalahan umat Arab di tangan Yahudi di sebabkan dan kelemahan Umat Islam sendiri. Satu balasan dari Allah s.w.t yang mesti di akui kerana sebahagian besar sudah melanggar dan meninggalkan perintah Allah dan Rasulnya.

     Umat Islam sudah berpecah  kepada beberapa blok politik dunia, sememangnya sedia berpecah dalam beberapa  mazhab, beberapa firqah, beribu-ribu Tarikat. Sebahagian negara Islam pula leka dengan kekayaan, kemegahan dan kesombongan masing-masing.

FIRMAN ALLAH:-
JANGAN KAMU JADI SEPERTI YANG MEREKA BERPECAH DAN BERSELISIH SETELAH DATANG KEPADA MEREKA KETERANGAN. Surah Ali Imran A: 105.

     Tetapi Umat Islam telah melanggar perintah Allah, apa yang berlaku umat Islam  bermazhab-mazhab SYAFIE, HAMBALI, MALIKI, Perpecahan Ummat Islam melebihi 73 puak. Di Negara kita sendiri mempunyai cara beragama yang berlainan antara satu negeri dengan negeri yang lain. Umat Islam telah BUTA AL-QURAN, walhal kitab yang menjadi PETUNJUK ada di tangannya, mereka beragama dengan meraba-raba dan yang paling BAHAYA ialah ULAMA'  ISLAM, mereka telah di Kuasai olih MAJIKAN YANG JAHIL, Mereka ingin menjadi  ULAMA' PENJILAT.. ingin kenyang dan mewah. Itulah yang telah berlaku di seluruh negara Islam. Wassallam.
     
 
   
 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template