Ahad, 28 Februari 2010

MIS DIGANGGU LAGI

Hari ini Ahad 14 Rabiul Awal 1431H bersamaan 28hb. Febuari 2010 Jamaah As Sunnah Kuala Pilah diserbu kira-kira hampir 70 orang anggota Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dan Pasukan Polis ketika sedang tekun mengikuti kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Fathul Bari yang bermula jam 11.00 pagi. Setelah setengah jam Ustaz Fathul Bari memberikan Kuliah secara tiba-tiba dan mengejutkan kumpulan tersebut mengepung sekeliling MIS dan menyerbu masuk, namun dengan ketenangan Jamaah As Sunnah menghadapi keadaan itu kekecohan dapat dielakkan. Tindakan pihak berkuasa tersebut yang mengepung MIS dengan anggota seramai hampir 100 orang itu mengejutkan ramai pihak, termasuk penduduk sekitar sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas, kerana tindakan tersebut seolah-olah memburu penjenayah besar sedang bersembunyi di MIS. Ustaz Fathul Bari bersama dua Rakannya dan Ustaz Khairuddin Daud telah dibawa ke Balai Polis dan Pejabat Agama Islam Kuala Pilah untuk diambil keterangan, berserta dengan beberapa bahan bukti seperti buku-buku, papan tulis, microphone, kerusi dan beberapa bahan lain. Sesuatu yang amat mengejutkan JHEINS berusaha untuk memasukkan mereka kedalam lokup polis sehingga dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Pilah keesokkan harinya, tetapi atas bantuan beberapa rakan mereka berjaya dikeluarkan dan mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Pilah esok 1hb. Mac 2010 jam 9.00 pagi. Mengingat kepada ayat Allah SWT: "Mereka (yang dicintai Allah) ialah mereka yang berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak bimbang kepada celaan manusia yang mencelanya. (Al Maidah: 54) . Jamaah As Sunnah melalui dugaan ini dengan tenang dan sabar kerana inilah jalan sukar dan berliku yang harus dilalui sebagai pendukung dan pembela Agama Allah dan RasulNya. Dan lagi dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3: "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta".

Jumaat, 26 Februari 2010

CERITA BENAR

Apa Tujuannya ??

" Anda hendak kemana?" Tanya Abu Sufyan Ketua Kaum Musyrikin Makkah kepada Abdul Qais yang sedang menggerakan kafilahnya.

" Ke Madinah" Jawab Abdul Qais ringkas.

" Boleh anda tolong saya? " Pinta Abu Sufyan.

" Apa salahnya " Jawab Abdul Qais sambil melimpar sudut matanya kearah Abu Sufyan.

Waktu itu sebenarnya Abu Sufyan dalam keadaan tergesa2 berjalan pulang meninggalkan medan Uhud bersama kuncu2nya termasuk juga rombongan pihak berikat yang bersatu dengan Musyrikin Makkah menentang Rasulullah saw dan Kaum Muslimin.

Rombongan Abu Sufyan itu sedang dalam keadaan bimbang dan takut yang amat sangat setelah menerima berita bahawa Muhammad Rasulullah saw sedang berangkat dari Madinah yang kini sedang sampai kesuatu tempat bernama Hamraa UI Asad dengan suatu Angkatan berkuda yang tersangat ramai, mendengar itu Abu Sufyan bergegas berangkat lari meninggalkan kawasan medan peperangan Uhud. Sebenarnya rasa gerun itu telah ditimbulkan Allah didalam jiwa Abu Sufyan dan kuncu2nya.

Rasulullah saw memang telah menerima berita bahawa Abu Sufyan dan rakan berikatnya telah mengadakan pakatan untuk membuat serang sekali lagi terhadap Kaum Muslimin di Madinah, oleh itu Baginda mengerahkan seramai 70 tentera Muslimin berkuda yang cergas untuk mengesan dan jika perlu untuk memusnahkan Angkatan Abu Sufyan itu sebelum musuh itu sampai ke Madinah.

Angkatan Rasulullah itu sampai diHamraa Ul Asad tersebut, tetapi apakala berita itu sampai kepengetahuan Abu Sufyan, maka datanglah suatu rasa gementar dan gerun lantas mereka lari menuju Makkah.

Demikianlah sewaktu di Makkah itu Abu Sufyan yang berjumpa dengan rombongan Abdul Qais yang akan berangkat ke Madinah.

" Anda ada perlu apa2 untuk saya lakukan?" Tanya Abdul Qais kepada Abu Sufyan

" Ya...ada " sambut Abu Sufyan cemas, " Iaitu setelah anda selesaikan urusan anda, tolong sampaikan kepada Muhamad bahwa aku sedang mengumpulkan tenaga suatu Angkatan Penyerang yang gagah dan akan sampai menyerang Muhammad dan kawan2nya, kami akan hancurkan mereka dan semua saki baki pengikut Muhammad itu", kata Abu Sufyan dengan melahirkan perasaan amat geram.

Demikianlah pesanan minta disampaikan kepada Rasulullah saw oleh Abu Sufyan.

Rombongan Abdul Qais itu terus berangkat menuju keMadinah Al Munawarah. Setibanya di Hamra Ul Asad, Abdul Qais terus menemui Rasulullah saw yang sedang dalam siasat perang, lantas disampaikan berita Abu Sufyan itu kepada Baginda Rasulullah saw.

Rupanya , setibanya berita itu , Rasulullah tidak sedikitpun kelihatan gusar dan bimbang, sebaliknya Baginda dengan tenang melafazkan seuntai ayat " حَـْسـبَنَا اْللهَ وَ نِعْمَ اْلوَكِيْلُ " (HASBUNALLAHU WA NE'MAL WAKIIL) = "Cukuplah buat kami hanya ALLAH, dan DIA lah sebaik2 Pelindung"

TUJUAN CERITA INI:

Tujuan kisah ini ialah untuk menjawab soalan yang selalu ditanyakan iaitu: APAKAH ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI dengan mengamalkan suatu kebathinan seperti Nasrulhaq, Rohaniyah, Tarikat Kyahi Agung, Tarikat Mahdi dan sebagainya itu boleh dituntut dan diamalkan oleh orang2 Islam?

Ya, ceritera benar ini adalah menjadi jawabannya yang tepat, Rasulullah saw dan para sahabatnya tidak pernah mengamalkan ilmu2 yang tersebut tadi, malah tidak ada dalam Al-Quran yanag diturunkan Allah kepada Rasulnya, ilmu kebathinan seperti itu bukan milik Islam.

Ilmu milik Islam ialah seperti apa yang diucapkan oleh Raulullah saw dalam kisah yang dihidang tadi, iaitu ucapan yang lahir dari Ruhnya Tawakkal.

Ucapan " حَـْسـبَنَا اْللهَ وَ نِعْمَ اْلوَكِيْلُ " itu adalah ucapan yang digunakan oleh dua orang Khalilullah yang menjadi Rasul pilihan iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad saw Nabi Ibrahim mengucapkan ayat ini dikala Baginda dilimparkan oleh kaumnya kedalam api dan Nabi Muhammad mengucapkannya seperti dalam kisah ini, dan ucapan itu juga menjadi ucapan Ummat Muhammad dalam masa huruhara. Allah swt menyebut hal ini dalam S:Ali Imran A:173

173. (yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia[orang Quraisy] telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", Maka Perkataan itu menambah keImanan mereka dan mereka menjawab: "CUKUPLAH ALLAH MENJADI PENOLONG KAMI dan ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG".

Inilah ucapan mempertahankan diri yang dikehendaki Allah bagi orang beriman pada bila masa kesusahan, ucapan ini mengandungi Tauhid Ibadah iaitu Tawakkal, menyerah kepada kuat kuasa Allah dengan lafaz yang diberikan ALLAH sendiri.

Rasulullah tidak pernah menganjurkan suatu Tariqat dan ilmu jurus kepada para sahabat dan juga tentera muslimin dizamannya, kecuali latihan jasmaniyah supaya bijak bermain senjata dengan persiapan Fizikal sebagai suatu Ikhtiar.

Rasulullah dan para sahabatnya tidak pernah mengajarkan ilmu yang boleh menjauhkan diri dari kematian ,tetapi sebaliknya mereka cari jalan untuk mati dijalan Allah sebagai 'SYUHADAA'

Ilmu2 kebal dan menjauh diri dari luka & mati, adalah bukan dari ajaran Islam, kerana jika diandaikan ada ilmu seperti ini (Penolak Kematian ) pada zaman sahabat , niscaya para sahabat sendiri akan menolaknya, pertama kerana ia bukan dari ajaran Rasul, kedua mereka ingin mati syahid dimedan Pertempuran.

Oleh itu, kaum Muslimin yang bertauhid yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah menjauhi dan melimparkan jauh ilmu2 yang bercorak demikian. Mereka sebaliknya hendaklah adakan persiapan jasmaniyah secara halal dan bertawakkal kepada Allah dengan ucapan:

حَـْسـبَنَا اْللهَ وَ نِعْمَ اْلوَكِيْلُ Rasulullan saw ada menganjurkan tersebut dalam sebuah hadits begini: " Apabila kamu berada didalam suatu perkara yang besar hendaklah kamu ucapkan :

" حَـْسـبَنَا اْللهَ وَ نِعْمَ اْلوَكِيْلُ" (Lihat Fatul Bari Majid, MS:313)

Disamping itu pelajarilah tujuan2 Al-Quran berikut ini:

S:3=A:65, S:5=A:11, S:9=A:59, S:22=A:78, S:39=A:36 dan banyak lagi.







Khamis, 25 Februari 2010

DIALOG ISLAM & KRISTIAN

Dialog ini terjadi diatas keretapi Express Kuala Lumpur ke Singapura. Mulanya perdebatan hanya berkisar tentang masalah KeTuhanan, sehingga pihak Kristian tak dapat menjawab soalan2 tentang keTuhanan Yang Maha Esa itu dan pihak Islam menuduh yang Kristian bahawa orang2 Kristian banyak mengubah Kitab Injilnya yang Wahyu Allah itu menjadi Bible, tetapi pihak kristian tak mengakuinya, malah sebaliknya menuduh orang2 Islam merubah Al-Quran.

I : Awak orang Kristian?

K : Ya...! dan awak?

I : Saya orang Muslim

K : Tuhan awak siapa?

I : Allah Yang Maha Esa...dan Tuhan awak?

K : Serupa juga..Tuhan Yang Maha Esa.

I : Kenapa Yang Maha Esa!, sedangkan agama awak menyatakan Tuhan ada tiga (Trinity)

K : Tuhan tetap Allah Yang Maha Esa, tapi trinity adalah 3 penjelmaan, iaitu Tuhan Bapak (Allah ) , Tuhan Anak (Jesus ), dan Ruh Qudus (suci).

I : Kalau begitu orang2 Kristian merubah Injil, sebab dalam Al-Quran S:Shaff = A:6, Jesus berkata kepada ummatnya, bahawa Ia adalah utusan Allah (bukan Anak Allah) & Dia membenarkan akan keRasulan Muhammad.

K : Kami tidak merobah Injil, tapi sebaliknya kalau saya katakan Orang Islam merubah Al-Quran, awak akan marah tidak?

I : Tentu maraaah....!!!!

K : Kenapa marah, padahal telah terbukti bahawa orang2 Islam banyak merubah Quran, saya sudah pelajari hukum2 didalam Quran. Cuba awak pelajari lagi S:Al-Baqarah = A:178-179, bahawa orang yang membunuh itu hukumnya harus dibunuh lagi (bukan dipenjara) juga pelajari lagi S : Al-Maidah = A : 44-45-47 , janganlah kamu menukar ayat2 Allah dengan yang tiada harganya & barangsiapa yang tidak berhukum kepada Al-Quran , mereka adalah orang2 yang Kafir dan Fasiq. Dan Orang yang mencuri hukumnya harus dipotong tangan (bukan dipenjara atau didenda) dan juga orang2 yang berzina dalam S : An Nur = A : 2 hukumannya harus di Dera 100 kali (bukannya didenda $200) tetapi buang sampah didenda $500, alangkah murahnya hukum zina daripada buang sampah!!

I : Itu semua bukan hukum Islam, tetapi undang2/hukum yang di impot dari Barat, tetapi saya mahukan undang2 Islam/hukum Qisas, iaitu seorang pembunuh hukumannya dibunuh lagi, pencuri hukumannya potong tangan, penzina dihukum dengan dera 100kali atau direjam hingga mati.

K : Kalau begitu awak Muslim Very Good, saya sokong awak, biar negara jadi aman dan makmur.

Rabu, 24 Februari 2010

KEAJAIBAN AL-QURAN

Al-Quran dengan segala keistimewaannya telah menakjubkan orang Arab dari semenjak ia diturunkan, samada dari mereka yang dibukakan hatinya oleh ALLAH untuk memeluk Agama Islam atau mereka yang dikaburi hatinya dari menerima Cahaya Islam. Kebenaran ini dapat kita akui apabila kita meninjau sejarah pengislaman beberapa orang sahabat diperingkat permulaan dikalangan mereka yang damping dengan Nabi Muhammad saw. Sebagai orang yang mula2 beriman iaitu: Isteri Nabi yakni Khadijah, disusuli oleh sahabat Abu Bakar, Ali dan hambanya Zaid dan lain2nya.

Apa yang kita dapati dari penelitian itu ialah Al-Quran telah menjadi pendorong utama kepada pengIMANan mereka pada peringkat awal dakwah, iaitu pada masa Nabi tidak berteman dan pada masa Islam tidak mempunyai kekuatan dan perlindungan atau pertahanan.

IMANNYA UMAR
Sejarah Imannya Umar bin Khattab dan ingkarnya Qalid bin Mughirah, merupakan dua contoh cerita IMAN dan INGKAR. Kedua cerita ini menyingkap akan kekaguman manusia terhadap AL-Quran yang telah diterima oleh orang Arab sejak awal lagi. Kedua2nya menjelaskan pada dua matlamat yang berbeda. KeAjaiban Al-Quran yang mempersona yang merupakan satu pengakuan yang sama dari dua golongan yang berbeda iaitu MUKMINUN dan KAFIRUN

Ada beberapa riwayat mengenai Imannya Umar, diantaranya riwayat dari 'Atta' dan Mujahid yang disalin oleh Ibnu Ishak dari catatan Abdullah bin Abi Najih yang menyatakan bahawa Umar ra. ada berkata: "Aku adalah orang yang menjauhi Islam, dan aku adalah kaki arak pada masa jahiliyah iaitu aku menyukainya dan meminumnya, dan kami mempunyai kelab tempat tokoh2 Quraisy berkumpul. Maka aku keluar dari rumah untuk menemuinya dikelab itu, tetapi malangnya tidak seorang pun ku temui ada ditempat itu. Aku berkata dalam hatiku: Alangkah baiknya kalau kubawakan arak kepada sipulan! Akupun pergi keluar. Malangnya aku tidak menemuinya juga. Aku berkata dalam hatiku lagi: Alangkah baiknya kalau aku Tawaf di Ka'bah tujuh atau 70kali!, maka akupun pergi bertawaf di Ka'bah.. Disana aku mendapati Rasulullah saw sedang sholat: Sewaktu Nabi bersholat ia menghadap kearah Syam dengan keadaan Ka'bah berada diantaranya dengan Syam, tempat sholat Nabi itu terletak diantara dua rukun/sudut : Rukun Aswad dan Rukun Yamani. Ketika aku melihatnya akupun berkata dalam hari: ALangkah baiknya kalau aku dapat mendengar apa yang diucapkan oleh Muhammad pada waktu malam! aku berkata sendirian lagi, Alangkah baiknya kiranya aku dapat mendengar dengan lebih dekat lagi! lalu akupun pergi kesebelah AL-HAJAR , aku masuk kedalam kelubungnya, sehingga hanya kelambu Ka'bah sahaja yang memisahkan antara aku dengannya. Ketika aku mendengan Nabi membaca ayat Al-Quran terpesona hatiku kepadanya dan mengalirlah airmataku, Akupun memeluk Agama Islam"

Riwayat yang lain pula berasal dari Ibnu Ishak menjelaskan secara ringkas:- Suatu hari Umar keluar dengan pedang yang berselepang untuk menemui Rasulullah saw dan ketika itu kaum keluarga & para sahabatnya telah berkumpul disebuah rumah berhampiran dengan Safa yang jumlahnya hampir 40 orang lelaki dan perempuan.

Dalam perjalanan ia bertemu dengan Na'im mengingatkan akan keadaan Bani Abdi Manaf dan meminta Umar kembali melihat setengah keluarga itu, iaitu iparnya Said bin Zaid bin Umaru dan saudara perempuannya Fatimah binti Khattab /Isteri Said yang telah meninggalkan agama asal mereka.

Dengan berita ini Umar pun mendapatkan kedua2nya. Disana ia mendengar Habbab sedang membaca Al-Quran kepada kedua2nya. Dengan berang ia menolak pintu, lalu mengamuk iparnya Sa'id dan melukai adiknya Fatimah, kemudian ia mengambil lembaran Al-Quran setelah bertengkar. Pada lembaran itu ada bertulis Surah Taha, maka ketika ia membaca sebahagian daripadanya iapun berkata : "Alangkah indahnya kata2 ini dan betapakah Mulianya".
Kemudian menemui Nabi saw untuk menyatakan keIslamannya. Nabi pun berTakbir untuk memberitahu Ahlal-Bait dari para sahabat bahawa Umar telah memeluk Agama Islam.

Semua riwayat menjelaskan bahawa, Umar mendengar atau membaca sedikit dari ayat Al-Quran yang telah mendorong nya untuk memeluk Agama Islam. Satu perkara yang tidak sewajarnya berlaku, ialah tindakan kita memejamkan mata dari meninjau faktor2 utama yang lain berhubung dengan sejarah pengIslaman Umar. Walaupun begitu faktor2 itu tidak menafikan akan keAjaiban Al-Quran yang telah memberi kesan mendalam bagi mendorong Umar kearah penyedaran memeluk Agama Islam. Itulah kisah pengImanan Umar Ibnul Khattab.

KEINGKARAN AL-WALID
Walid bin Mughirah ada mendengar sedikit ayat Al-Quran, lalu terpesonalah ia, Kaum Quraisy pun berkata: Demi Allah Al-Walid telah terpengaruh dan tentu sekali akan terpengaruhlah Orang2 Arab semuanya. Mereka pun melantik Abu Jahal untuk menemuinya. Abu Jahal memperlihatkan Keangkuhan & Kebanggan terhadap keturunan dan hartanya.

Ia menggesa AL-Walid menyatakan apa yang diketahuinya tentang Al-Quran dengan bahasa yang difahami oleh kaumnya bagi menunjukkan bahawa ia membenci Al-Quran. Jawab Al-Walid: "Apakah yang sewajarnya aku katakan tentangnya? Demi Allah! tidak ada seorang pun diantara kamu yang lebih mengetahui daripada aku tentang syair, rayaz, qasidah atau syair2 jin. Demi Allah tidak serupa apa yang diucapkannya, samada syair, rayaz, atau qasidah dengan Al-Quran ini. Demi Allah! Sungguh manis perkataanya dan indah pula susunan ayatnya. Sesungguhnya ia dapat menghancurkan apa yang dibawahnya dan sesungguhnya ia amat tinggi dan tidak dapat diatasi".

Abu Jahal berkata lagi: "Demi Allah kamu tidak rela sehingga kamu mencacinya! Al-Walid menjawab :"Tinggalkanlah aku, dan aku akan memikirkannya" Setelah itu ia berkata: "Sesungguhnya ini Al-Quran adalah Sihir, keajaiban yang sangat mempengaruhi. Apakah kamu tidak tahu bahawa Al-Quran itu dapat memisahkan seseorang daripada ahli keluarganya dan dengan hamba2nya?"

Berhubungan dengan kisah ini Al-Quranul Karim ada menjelaskan: dalam S:Al-Muddatstsir - A:18--24 yang bermaksud:-
"Sesungguhnya ia berfikir (untuk mencaci Al-Quran) dan mengatur2 (dalam hatinya) maka terkutuklah ia biar bagaimana sekali pun ia mengatur, kemudian celakalah ia biar bagaimana sekali pun ia mengatur. Lalu ia berfikir sekali lagi, sesudah itu ia bermuka masam dan bertambah masam kemudian ia berpaling dan takbbur seraya berkata: Ini tidak lain, melainkan sihir yang amat memberi kesan (mempengaruhi)".

Sihir yang boleh memberi kesan yang dapat memisahkan antara seseorang itu dengan ahli keluarganya, anak2 serta hamba2nya itulah kata2 seorang yang sengaja tidak menerima Islam dan merasa Takbur untuk menerima Islam dari Muhammad saw, serta berbangga dengan keturunan, harta dan anak2nya. Jelasnya, kata2 itu bukanlah lahir dari mulut orang yang beriman (Umar) yang telah menjelaskan secara jujur akan sebab2 ia beriman, iaitu ia merasa kagum dengan keajaiban Al-Quran yang tidak dapat disangkal lagi.

Pengakuan Umar ra. itu menjadi sebesar2 bukti akan "KeAjaiban Al-Quran" yang telah menakjubkan orang2 Arab, sebagai satu pengakuan yang unggul jika dibandingkan dengan pengakuan orang Islam yang lainnya, kerana pengakuan itu dibuat pada masa ia boleh berhelah sama ada mendiamkan diri (tidak memberi apa2 pengakuan ) atau menolaknya secara mencari jalan lain untuk tidak mengakui kebenarannya.

Selasa, 23 Februari 2010

Antara TAQWA dan TAKABBUR

Maka disini bertemu dua kisah, iaitu Kisah KUFUR dan IMAN dalam mengakui Keajaiban AlQuran, sebagai pengakuan dua tokoh kuat yang banyak mempunyai perbedaan, iaitu antara Umar Ibnul Khattab ra. dengan Al-Walid Ibnul Mughirah.

TAQWA telah menerangi dada Umar dengan Islam, dan TAKBUR telah melindungi AlWalid dari menerima Cahaya Islam. Kedua2nya berpegang dengan prinsip masing2 sesudah bertemu pada satu titik pertemuan, iaitu titik pengakuan pada keajaiban AlQuran.

Tidak sedikit pun cerita yang menjadi dalil akan menjadi kekaguman orang Kafir terhadap AlQuran seperti yang terkandung didalam AlQuran itu sendiri, antaranya didalam S:Fushshilat - A:26 " Orang2 Kafir berkata: Jangan lah kamu mendengar Al-Quran ini dan buatlah kekacauan terhadapnya supaya kamu dapat mengalahkannya"

Sesungguhnya ayat ini membuktikan bahawa AlQuran telah menggugat hari mereka dan juga pengikut2 mereka. Mereka merasakan bahawa pengikut2 mereka telah terpengaruh dengan keajaiban satu dua ayat Quran sama ada secara sedar atau tidak, atau terpengaruh dengan satu dua surah yang dibacakan oleh Muhammad SAW ataupun pengikut Muhammad SAW yang lebih awal. Mendengar ayat2 Al-Quran maka akan segera mendapatkan mereka setiap orang yang bertaqwa.

Para pembesar Quraisy tidak akan berkata2 sedemikian kepada pengikut mereka kiranya mereka dapat mengatasi keagungan AlQuran. Kalaulah mereka tidak merasakan semacam gugatan dalam hati kecil mereka, gugatan yang lahir dari pancaran keindahan Al-Quran, maka mereka tidak akan memerintahkan para pengikutnya menjauhi al-Quran atau mempermainkan al-Quran seperti apa yang tertera didalam al-Quran. Mereka tidak akan menyebarkan arahan itu sebagai amaran dikalangan mereka. Ini adalah menjadi sebesar2 bukti akan betapa dalamnya kesan Al-Quran itu didalam hati mereka.

AlQuran juga telah menyatakan akan kata2 mereka sebagai tanda Ingkar: Dalam S:AlFurqan A:5, "Dan berkata mereka : Al-Quran ini kabar doggeng orang2 dahulu kala yang dituliskan oleh Muhammad dan dibacakan orang kepadanya pada waktu pagi dan petang".

Mereka berkata lagi seperti dalam S:Al-Anfal A:31, "Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2 kami, mereka berkata: "Sesungguhnya telah kami dengar, jika kami menghendaki niscaya kami dapat pula membacakan ayat seumpama ini. (Al-Quran) ini tidak lain melainkan donggeng2an orang2 purbakala".

Mereka berkata lagi "Bahkan mereka berkata pula" AlQuran itu adalah mimpi2 yang kalut, malah diada2kan nya, bahkan ia seorang penyair" S:AlAnbiya' A:5. Dengan sikap angkuh dan sombong ini, maka AlQuran mencabar mereka beberapa kali:- "Katakanlah, Hai Muhammad! Cuba kamu buat sepuluh surah seumpama AlQuran itu! S:Hud - A:13 dan S: Yunus - A:38 Katakanlah Hai Muhammad! " Cuba kamu buat surah seumpamaNya!" Tetapi janganlah sepuluh surah, satu surah sahaja pun mereka tidak berdaya untuk membuatnya, dan mereka tidakpun mencuba untuk membuat kecuali para Nabi Palsu sesudah Muhammad saw Pun begitu percubaan mereka tidak begitu serius sehingga tidak dapat dikatakan sebagi satu percubaan yang berjaya. Walaupun begitu pendapat yang mengatakan mereka tidak membuat percubaan tidaklah boleh dijadikan ukuran KESAN MENDALAM. Sebagai mengakhiri bahagian ini, ada baiknya kita catitkan dari ayat2 AlQuran yang telah memberi kesan pada hati mereka yang diberi Ilmu dan mereka yang tertutup pintu hatinya dari menerimanya. Mengenai kisah orang Yahudi dan Nasrani, Al-Quran menjelaskan dalam S:Al-Maidah - A: 82/83 yang maksudnya: " Sesungguhnya kamu akan temui manusia yang sangat memusuhi orang2 yang beriman, mereka itu ialah Orang Yahudi dan Orang2 Musyrik (mempersekutukan Allah) dan sesungguhnya akan kamu temui orang2 yang Kasih kepada orang2 yang beriman iaitu mereka yang berkata: "Sesungguhnya kami ini Orang2 Nasrani". Yang demikian itu disebabkan kerana diantara mereka itu terdapat Alim Ulama dan Pendeta2 yang beribadah,sedang mereka itu tidak pula sombong. Dan apabila mereka itu mendengar ayat2 yang diturunkan kepada Rasulullah, Engkau lihat airmata mereka itu bercucuran kerana mereka mengetahui akan kebenaran (AlQuran yang telah mereka ketahui dari kitab2 mereka) sambil mereka berkata: " Hai Tuhan kami! kami telah beirman, maka tuliskanlah kami bersama Orang2 yang yang menjadi saksi (mengakui atas kebenaran AlQuran dan keNabian Muhammad saw". S:5 - A:82/83. Ayat ini menggambarkan kesan yang mendalam (Internal Effect) kerana mendengar ayat2 AlQuran. Hal ini dapat dikesan dari cucuran airmata yang melihatkan pengakuan mereka tentang kebenaran. Maka kenyataan ini merupakan bukti nyata yang tak dapat disangkal lagi akan kebenaran hakiki, untuk lebih jelas lagi AlQuran menyatakan dalam S:Bani Israel - A:107/108. Begitu juga gambaran mereka yang takut kepada Tuhannya dalam S:Az-Zumar - A:23 "Allah telah menurunkan sebaik2 perkataan yaini: ALKitab/Quran yang serupa ayat2nya lagi berulang2, oleh kerana mendengarnya, menggeletarlah kulit orang2 yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi lembut kulit mereka dan Hati2 mereka terhadap mengingat Allah" Demikianlah ayat2 ini kesemuanya itu sebagai ayat2 yang memberi kesan, yang dapat menyentuh hati kecil Insan, dapat menggerakkan perasaan dan dapat mengalirkan airmata keinsafan. Kiranya ia didengar oleh orang yang bersedia untuk BERIMAN, maka segera ia beriman dengan penuh KHUSYUK Dan kiranya ia didengar oleh orang yang ENGGAN beriman kerana TAKBUR maka akan berkatalah mereka: "Sesungguhnya ini tidak lain dari suatu Sihir yang nyata" atau mereka berkata: "Janganlah kamu dengar Al-Quran itu dan berteriak2lah waktu membacanya, moga2 kamu mengalahkannya". Maka berikrarlah mereka dengan keTakjuban AL-QURAN yang amat mempesona samada secara sedar atau tidak.

Ahad, 21 Februari 2010

ALUMNI MIS 2010(1431) (21/3/2010.AHAD)

MAAF DIATAS KESILAPAN TARIKH

Pada hari Ahad 21 March 2010,
Mulai 8 Pagi hingga 5Petang.

Pendaftaran RM10.00seorang.

Penceramah:
1) Utz.Ismail @ Qary bin Lateh (Bekas Pengurus Felda NS).
2) Utz Joeraimie bin Awang Raimie (BA Usulluddin Al-Azhar, Mesir)

Tetamu undangan: Dato Sri Shahidan Kassim. (Cadangan).

Maklumat lanjut hubungi:
013-2316963 ...012-6178105.
Sila war -warkan.

KULIAH USLUB DAKWAH

Penceramah: USTAZ BAHTIAR EFENDY MOHAMMAD.
Kuliah USLUB DAKWAH.
.Hari Ahad 7 March 2010.(21 Rabiulawal 1431) JAM 10.30 pagi.Tempat Dewan Kuliah MIS.Muslimin/muslimat d jemput hadir.Anjuran NGO Sunnah n9
.WAR WARKAN

Sabtu, 20 Februari 2010

MAZHAB OH MAZHAB

Perkataan MAZHAB sudah menjadi satu istilah yang lazim bagi umat Islam sekarang, seolah-olah menjadi suatu SYAARIAT bahawa bermazhab terutama kepada salah satu Imam yang empat, HANAFI, HANBALI, SYAFEFI, MALIKI, adalah WAJIB bagi yang telah menganut agama Islam. Ia bukan lagi kata Lughawi iaitu merupakan aliran, pendapat, tempat rujuk dan pemikiran yang tidak mengandungi apa-apa tekanan dan paksaan. Olih itu, sudah tidak ragu lagi menempuh pengalaman bermazhab di zaman Muqaliddin yang di mulai pertengahan kurun ke tujuh hijrah(656h). Penyakit fanatik ini telah meracuni fikiran umat Islam. FITNAH, TAASUB, DAN ASSABIYAH,mencengkam Umat Islam. Sudah pasti perpecahan Umat Islam dan kemunduran mereka di mulai setelah bermazhab mula diterapkan, mereka mulai ta'sub dan taqlid , akhirnya MEMUJA IMAM-IMAM MAZHAB DAN SEMUA ULAMA MAZHAB. Umat Islam yang bertaqlid telah menyerahkan NASIB mereka kepada mazhab yang di anuti, akhirnya KEMERDEKAAN berfikir Umat Islam menjadi lumpuh dan tidak bergerak lagi (Beku) .
SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN.

Jumaat, 19 Februari 2010

Akhir Zaman

Sudahkah Anda Membaca Buku Berkaitan Dajjal?

Khamis, 18 Februari 2010

UPACARA TAHLIL ORANG MELAYU??

Tahlil ertinya ialah menyebut: لااله الا الله (lafaz Tauhid).Tetapi Tahlil yang menjadi upacara semua majlis kenduri orang melayu ialah SUATU SUSUNAN LAFADZ DAN AYAT-AYAT DI IRINGI DENGAN UCAPAN : لااله الا الله DAN DI AKHIRI DENGAN DOA.

Tahlil merupakan suatu kebanggaan dan kepuasan Orang Melayu sejak dahulu, hingga di anggap tidak sah sesuatu majlis jika tahlil tidak di adakan, kerana upacara tersebut merupakan suatu persembahan kepada arwah nenek moyang,yang dengan upacara tersebut di harapkan mendapat perlindungan dari alam ghaib dan mendapat pahala.

TUAN TUAN GURU DAN TOK LEBAI yang menjadi ketua Tahlil ,tidak pernah meneliti dan memeriksa soal tahlil itu. Apakah dia ada saluran dari Rasul Nya atau tidak, mereka terus melakukan tanpa usul periksa, mereka lebih redho menurut kemahuan sendiri dari Allah dan Rasulnya.

Manusia tidak berhak samasekali membuat sesuatu peraturan agama untuk persembahan supaya diakui oleh Allah tetapi manusia adalah wajib menerima dan mematuhi peraturan dari Allah dan Utusannya.


AJARAN SESAT BERLELUASA DI MALAYSIA

Mereka yang tidak mengetahui maksud Al-Quran dan duduk dalam kesesatan menganggap segala yang hak itu sesat,dan menganggap kesatan yang mereka lakukan itu adalah kebenaran.Ini adalah di sebabkan mereka tidak mengetahui langsung hakikat Islam yang sebenarnya, Islam pada mereka adalah berdasar kepada anggapan dan sangkaan semata. Kalangan seperti ini berada di segenap peringkat samada golongan atasan maupun bawahan.

Orang Yahudi adalah pelopor pertama untuk menyesatkan Orang Islam. Ini berlaku sejak perkembangan Agama Islam di zaman Nabi Muhammad seperti banyak di terangkan di dalam Al-Quran.

Dalam puak Syiah ada satu golongan yang disebut GHULUWIYAH, atau golongan ekstrem atau pelampau, golongan ini diasaskan oleh orang Yahudi menganut Islam secara menyamar bernama Abdullah bin Saba' yang bertujuan untuk menyesatkan dan menimbulkan huru hara dikalangan umat Islam dengan berkekalan.

Puak syiah terbahagi 3:-
i) Imamiyah ii) Zaidiyah iii) Ghuluwiyah - Golongan Ghuluwiyah ini terbahagi kepada 18 pecahan, salah satu puaknya ialah ISMAILIYAH, dan puak ini berpecah kepada beberapa aliran dan satu daripadanya adalah Puak Bathiniyah

PUAK BHATINIYAH

Puak ini adalah yang paling bahaya dan merusakan umat Islam kerana ia berjalan dengan amat bijak dan amat halus, pada mulanya beliau mengemukakan bahawa Ali bin Abu Talib adalah WASHI Rasulullah saw yang bakal menjadi khalifah pertama setelah wafatnya Nabi saw, kemudian menyebarkan anggapan bahawa Imam Ali bin Abi Talib mempunyai unsur keTuhanan dan lahirlah berbagai pendewaan kepada Ali ra.

Golongan Ghuluwiyah Bathiniyah ini amat berkembang dikalangan orang-orang Jahil yang ingin beragama, ajaran nya amat menyeleweng dari kebenaran, apalagi dari Al-Quran dan Hadits, mereka adakan seribu bidah dalam berbagai segi terutama dalam aqidah dan ibadah dengan membuat berbagai penafsiran yang merusakan berdasarkan filsafat yang batil yang tidak ada langsung kaitannya dengan Islam, malah mereka memindahkan dari fahaman agama Yahudi,Kristian dll yang semuanya dipakai dengan pakaian Islam, sebahagian besar fahaman Bathiniyah ini menguasai kepulauan melayu sejak zaman berzaman menyerap kedalam adat dan kebudayaannya.


 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template