Rabu, 24 Februari 2010

KEAJAIBAN AL-QURAN

Al-Quran dengan segala keistimewaannya telah menakjubkan orang Arab dari semenjak ia diturunkan, samada dari mereka yang dibukakan hatinya oleh ALLAH untuk memeluk Agama Islam atau mereka yang dikaburi hatinya dari menerima Cahaya Islam. Kebenaran ini dapat kita akui apabila kita meninjau sejarah pengislaman beberapa orang sahabat diperingkat permulaan dikalangan mereka yang damping dengan Nabi Muhammad saw. Sebagai orang yang mula2 beriman iaitu: Isteri Nabi yakni Khadijah, disusuli oleh sahabat Abu Bakar, Ali dan hambanya Zaid dan lain2nya.

Apa yang kita dapati dari penelitian itu ialah Al-Quran telah menjadi pendorong utama kepada pengIMANan mereka pada peringkat awal dakwah, iaitu pada masa Nabi tidak berteman dan pada masa Islam tidak mempunyai kekuatan dan perlindungan atau pertahanan.

IMANNYA UMAR
Sejarah Imannya Umar bin Khattab dan ingkarnya Qalid bin Mughirah, merupakan dua contoh cerita IMAN dan INGKAR. Kedua cerita ini menyingkap akan kekaguman manusia terhadap AL-Quran yang telah diterima oleh orang Arab sejak awal lagi. Kedua2nya menjelaskan pada dua matlamat yang berbeda. KeAjaiban Al-Quran yang mempersona yang merupakan satu pengakuan yang sama dari dua golongan yang berbeda iaitu MUKMINUN dan KAFIRUN

Ada beberapa riwayat mengenai Imannya Umar, diantaranya riwayat dari 'Atta' dan Mujahid yang disalin oleh Ibnu Ishak dari catatan Abdullah bin Abi Najih yang menyatakan bahawa Umar ra. ada berkata: "Aku adalah orang yang menjauhi Islam, dan aku adalah kaki arak pada masa jahiliyah iaitu aku menyukainya dan meminumnya, dan kami mempunyai kelab tempat tokoh2 Quraisy berkumpul. Maka aku keluar dari rumah untuk menemuinya dikelab itu, tetapi malangnya tidak seorang pun ku temui ada ditempat itu. Aku berkata dalam hatiku: Alangkah baiknya kalau kubawakan arak kepada sipulan! Akupun pergi keluar. Malangnya aku tidak menemuinya juga. Aku berkata dalam hatiku lagi: Alangkah baiknya kalau aku Tawaf di Ka'bah tujuh atau 70kali!, maka akupun pergi bertawaf di Ka'bah.. Disana aku mendapati Rasulullah saw sedang sholat: Sewaktu Nabi bersholat ia menghadap kearah Syam dengan keadaan Ka'bah berada diantaranya dengan Syam, tempat sholat Nabi itu terletak diantara dua rukun/sudut : Rukun Aswad dan Rukun Yamani. Ketika aku melihatnya akupun berkata dalam hari: ALangkah baiknya kalau aku dapat mendengar apa yang diucapkan oleh Muhammad pada waktu malam! aku berkata sendirian lagi, Alangkah baiknya kiranya aku dapat mendengar dengan lebih dekat lagi! lalu akupun pergi kesebelah AL-HAJAR , aku masuk kedalam kelubungnya, sehingga hanya kelambu Ka'bah sahaja yang memisahkan antara aku dengannya. Ketika aku mendengan Nabi membaca ayat Al-Quran terpesona hatiku kepadanya dan mengalirlah airmataku, Akupun memeluk Agama Islam"

Riwayat yang lain pula berasal dari Ibnu Ishak menjelaskan secara ringkas:- Suatu hari Umar keluar dengan pedang yang berselepang untuk menemui Rasulullah saw dan ketika itu kaum keluarga & para sahabatnya telah berkumpul disebuah rumah berhampiran dengan Safa yang jumlahnya hampir 40 orang lelaki dan perempuan.

Dalam perjalanan ia bertemu dengan Na'im mengingatkan akan keadaan Bani Abdi Manaf dan meminta Umar kembali melihat setengah keluarga itu, iaitu iparnya Said bin Zaid bin Umaru dan saudara perempuannya Fatimah binti Khattab /Isteri Said yang telah meninggalkan agama asal mereka.

Dengan berita ini Umar pun mendapatkan kedua2nya. Disana ia mendengar Habbab sedang membaca Al-Quran kepada kedua2nya. Dengan berang ia menolak pintu, lalu mengamuk iparnya Sa'id dan melukai adiknya Fatimah, kemudian ia mengambil lembaran Al-Quran setelah bertengkar. Pada lembaran itu ada bertulis Surah Taha, maka ketika ia membaca sebahagian daripadanya iapun berkata : "Alangkah indahnya kata2 ini dan betapakah Mulianya".
Kemudian menemui Nabi saw untuk menyatakan keIslamannya. Nabi pun berTakbir untuk memberitahu Ahlal-Bait dari para sahabat bahawa Umar telah memeluk Agama Islam.

Semua riwayat menjelaskan bahawa, Umar mendengar atau membaca sedikit dari ayat Al-Quran yang telah mendorong nya untuk memeluk Agama Islam. Satu perkara yang tidak sewajarnya berlaku, ialah tindakan kita memejamkan mata dari meninjau faktor2 utama yang lain berhubung dengan sejarah pengIslaman Umar. Walaupun begitu faktor2 itu tidak menafikan akan keAjaiban Al-Quran yang telah memberi kesan mendalam bagi mendorong Umar kearah penyedaran memeluk Agama Islam. Itulah kisah pengImanan Umar Ibnul Khattab.

KEINGKARAN AL-WALID
Walid bin Mughirah ada mendengar sedikit ayat Al-Quran, lalu terpesonalah ia, Kaum Quraisy pun berkata: Demi Allah Al-Walid telah terpengaruh dan tentu sekali akan terpengaruhlah Orang2 Arab semuanya. Mereka pun melantik Abu Jahal untuk menemuinya. Abu Jahal memperlihatkan Keangkuhan & Kebanggan terhadap keturunan dan hartanya.

Ia menggesa AL-Walid menyatakan apa yang diketahuinya tentang Al-Quran dengan bahasa yang difahami oleh kaumnya bagi menunjukkan bahawa ia membenci Al-Quran. Jawab Al-Walid: "Apakah yang sewajarnya aku katakan tentangnya? Demi Allah! tidak ada seorang pun diantara kamu yang lebih mengetahui daripada aku tentang syair, rayaz, qasidah atau syair2 jin. Demi Allah tidak serupa apa yang diucapkannya, samada syair, rayaz, atau qasidah dengan Al-Quran ini. Demi Allah! Sungguh manis perkataanya dan indah pula susunan ayatnya. Sesungguhnya ia dapat menghancurkan apa yang dibawahnya dan sesungguhnya ia amat tinggi dan tidak dapat diatasi".

Abu Jahal berkata lagi: "Demi Allah kamu tidak rela sehingga kamu mencacinya! Al-Walid menjawab :"Tinggalkanlah aku, dan aku akan memikirkannya" Setelah itu ia berkata: "Sesungguhnya ini Al-Quran adalah Sihir, keajaiban yang sangat mempengaruhi. Apakah kamu tidak tahu bahawa Al-Quran itu dapat memisahkan seseorang daripada ahli keluarganya dan dengan hamba2nya?"

Berhubungan dengan kisah ini Al-Quranul Karim ada menjelaskan: dalam S:Al-Muddatstsir - A:18--24 yang bermaksud:-
"Sesungguhnya ia berfikir (untuk mencaci Al-Quran) dan mengatur2 (dalam hatinya) maka terkutuklah ia biar bagaimana sekali pun ia mengatur, kemudian celakalah ia biar bagaimana sekali pun ia mengatur. Lalu ia berfikir sekali lagi, sesudah itu ia bermuka masam dan bertambah masam kemudian ia berpaling dan takbbur seraya berkata: Ini tidak lain, melainkan sihir yang amat memberi kesan (mempengaruhi)".

Sihir yang boleh memberi kesan yang dapat memisahkan antara seseorang itu dengan ahli keluarganya, anak2 serta hamba2nya itulah kata2 seorang yang sengaja tidak menerima Islam dan merasa Takbur untuk menerima Islam dari Muhammad saw, serta berbangga dengan keturunan, harta dan anak2nya. Jelasnya, kata2 itu bukanlah lahir dari mulut orang yang beriman (Umar) yang telah menjelaskan secara jujur akan sebab2 ia beriman, iaitu ia merasa kagum dengan keajaiban Al-Quran yang tidak dapat disangkal lagi.

Pengakuan Umar ra. itu menjadi sebesar2 bukti akan "KeAjaiban Al-Quran" yang telah menakjubkan orang2 Arab, sebagai satu pengakuan yang unggul jika dibandingkan dengan pengakuan orang Islam yang lainnya, kerana pengakuan itu dibuat pada masa ia boleh berhelah sama ada mendiamkan diri (tidak memberi apa2 pengakuan ) atau menolaknya secara mencari jalan lain untuk tidak mengakui kebenarannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template