Sabtu, 13 Februari 2010

KEMUNDURAN DAN KEJATUHAN UMAT MUSLIMIN

Kemunduran dan kejatuhan umat Muslimin,kerana telah meninggalkan Kitab Allah dan sunnah Rasulnya.Al-quaran banyak sekali menyatakan kehancuran dan bala bencana umat silam ,adalah di sebabkan kederhakaan kepada Allah.SWT.Juga tidak mematuhi milah para Rasulnya,yang d utus olih Tuhan.

Umat Islam di perintahkan supaya jangan bersikap dan meniru sistem kaum musyrikin yang suka berpecah dan memecahkan dan di arah jangan sekali kali tasyqiq atau melaini ajaran Rasul,dan jangan sekali kali menurut jalan BUKAN orang yang beriman.Tetapi menurut jalan orang-orang mukmin(Jalan Para Sahabat Nabi yang Beriman) Rujuk Surah Anisa ayat 115.(BARANGSIAPA MEMUSUHI RASUL SESUDAH JELAS PIMPINAN YANG BENAR DATANG KEPADANYA,DAN MENGIKUT JALAN BUKAN ORANG ORANG BERIMAN,MAKA ALLAH AKAN PALINGKAN KEMANA SAHAJA MAHU MEREKA BERPALING,DAN KAMI MASUKKAN DIA KENERAKA JAHANAM DAN SEJAHAT JAHAT TEMPAT KEMBALI.

Akan tetapi umat islam telah meninggalkan perintah dan ancaman Allah.Mereka lebih suka menerima ajaran Thaghut dan panduan kaum Ingkar dan Kafir daripada bimbingan ulamak Islam yang beriman,Kiblat mereka kearah bukan Islam,aqidah mereka penuh syirik,Ibadah mereka penuh Bidaah,dan Muamalat mereka penuh mungkar,menggunakan Islam sebagai topeng dan perisai bagi nafsu, maka itulah sebab sebenar kemunduran mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template