" Ke Madinah" Jawab Abdul Qais ringkas.
" Boleh anda tolong saya? " Pinta Abu Sufyan.
" Apa salahnya " Jawab Abdul Qais sambil melimpar sudut matanya kearah Abu Sufyan.
Waktu itu sebenarnya Abu Sufyan dalam keadaan tergesa2 berjalan pulang meninggalkan medan Uhud bersama kuncu2nya termasuk juga rombongan pihak berikat yang bersatu dengan Musyrikin Makkah menentang Rasulullah saw dan Kaum Muslimin.
Rombongan Abu Sufyan itu sedang dalam keadaan bimbang dan takut yang amat sangat setelah menerima berita bahawa Muhammad Rasulullah saw sedang berangkat dari Madinah yang kini sedang sampai kesuatu tempat bernama Hamraa UI Asad dengan suatu Angkatan berkuda yang tersangat ramai, mendengar itu Abu Sufyan bergegas berangkat lari meninggalkan kawasan medan peperangan Uhud. Sebenarnya rasa gerun itu telah ditimbulkan Allah didalam jiwa Abu Sufyan dan kuncu2nya.
Rasulullah saw memang telah menerima berita bahawa Abu Sufyan dan rakan berikatnya telah mengadakan pakatan untuk membuat serang sekali lagi terhadap Kaum Muslimin di Madinah, oleh itu Baginda mengerahkan seramai 70 tentera Muslimin berkuda yang cergas untuk mengesan dan jika perlu untuk memusnahkan Angkatan Abu Sufyan itu sebelum musuh itu sampai ke Madinah.
Angkatan Rasulullah itu sampai diHamraa Ul Asad tersebut, tetapi apakala berita itu sampai kepengetahuan Abu Sufyan, maka datanglah suatu rasa gementar dan gerun lantas mereka lari menuju Makkah.
Demikianlah sewaktu di Makkah itu Abu Sufyan yang berjumpa dengan rombongan Abdul Qais yang akan berangkat ke Madinah.
" Anda ada perlu apa2 untuk saya lakukan?" Tanya Abdul Qais kepada Abu Sufyan
" Ya...ada " sambut Abu Sufyan cemas, " Iaitu setelah anda selesaikan urusan anda, tolong sampaikan kepada Muhamad bahwa aku sedang mengumpulkan tenaga suatu Angkatan Penyerang yang gagah dan akan sampai menyerang Muhammad dan kawan2nya, kami akan hancurkan mereka dan semua saki baki pengikut Muhammad itu", kata Abu Sufyan dengan melahirkan perasaan amat geram.
Demikianlah pesanan minta disampaikan kepada Rasulullah saw oleh Abu Sufyan.
Rombongan Abdul Qais itu terus berangkat menuju keMadinah Al Munawarah. Setibanya di Hamra Ul Asad, Abdul Qais terus menemui Rasulullah saw yang sedang dalam siasat perang, lantas disampaikan berita Abu Sufyan itu kepada Baginda Rasulullah saw.
Rupanya , setibanya berita itu , Rasulullah tidak sedikitpun kelihatan gusar dan bimbang, sebaliknya Baginda dengan tenang melafazkan seuntai ayat " حَـْسـبَنَا اْللهَ وَ نِعْمَ اْلوَكِيْلُ " (HASBUNALLAHU WA NE'MAL WAKIIL) = "Cukuplah buat kami hanya ALLAH, dan DIA lah sebaik2 Pelindung"
TUJUAN CERITA INI:
Tujuan kisah ini ialah untuk menjawab soalan yang selalu ditanyakan iaitu: APAKAH ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI dengan mengamalkan suatu kebathinan seperti Nasrulhaq, Rohaniyah, Tarikat Kyahi Agung, Tarikat Mahdi dan sebagainya itu boleh dituntut dan diamalkan oleh orang2 Islam?
Ya, ceritera benar ini adalah menjadi jawabannya yang tepat, Rasulullah saw dan para sahabatnya tidak pernah mengamalkan ilmu2 yang tersebut tadi, malah tidak ada dalam Al-Quran yanag diturunkan Allah kepada Rasulnya, ilmu kebathinan seperti itu bukan milik Islam.
Ilmu milik Islam ialah seperti apa yang diucapkan oleh Raulullah saw dalam kisah yang dihidang tadi, iaitu ucapan yang lahir dari Ruhnya Tawakkal.
Ucapan " حَـْسـبَنَا اْللهَ وَ نِعْمَ اْلوَكِيْلُ " itu adalah ucapan yang digunakan oleh dua orang Khalilullah yang menjadi Rasul pilihan iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad saw Nabi Ibrahim mengucapkan ayat ini dikala Baginda dilimparkan oleh kaumnya kedalam api dan Nabi Muhammad mengucapkannya seperti dalam kisah ini, dan ucapan itu juga menjadi ucapan Ummat Muhammad dalam masa huruhara. Allah swt menyebut hal ini dalam S:Ali Imran A:173
Inilah ucapan mempertahankan diri yang dikehendaki Allah bagi orang beriman pada bila masa kesusahan, ucapan ini mengandungi Tauhid Ibadah iaitu Tawakkal, menyerah kepada kuat kuasa Allah dengan lafaz yang diberikan ALLAH sendiri.
Rasulullah tidak pernah menganjurkan suatu Tariqat dan ilmu jurus kepada para sahabat dan juga tentera muslimin dizamannya, kecuali latihan jasmaniyah supaya bijak bermain senjata dengan persiapan Fizikal sebagai suatu Ikhtiar.
Rasulullah dan para sahabatnya tidak pernah mengajarkan ilmu yang boleh menjauhkan diri dari kematian ,tetapi sebaliknya mereka cari jalan untuk mati dijalan Allah sebagai 'SYUHADAA'
Ilmu2 kebal dan menjauh diri dari luka & mati, adalah bukan dari ajaran Islam, kerana jika diandaikan ada ilmu seperti ini (Penolak Kematian ) pada zaman sahabat , niscaya para sahabat sendiri akan menolaknya, pertama kerana ia bukan dari ajaran Rasul, kedua mereka ingin mati syahid dimedan Pertempuran.
Oleh itu, kaum Muslimin yang bertauhid yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah menjauhi dan melimparkan jauh ilmu2 yang bercorak demikian. Mereka sebaliknya hendaklah adakan persiapan jasmaniyah secara halal dan bertawakkal kepada Allah dengan ucapan:
حَـْسـبَنَا اْللهَ وَ نِعْمَ اْلوَكِيْلُ Rasulullan saw ada menganjurkan tersebut dalam sebuah hadits begini: " Apabila kamu berada didalam suatu perkara yang besar hendaklah kamu ucapkan :
" حَـْسـبَنَا اْللهَ وَ نِعْمَ اْلوَكِيْلُ" (Lihat Fatul Bari Majid, MS:313)
Disamping itu pelajarilah tujuan2 Al-Quran berikut ini:
S:3=A:65, S:5=A:11, S:9=A:59, S:22=A:78, S:39=A:36 dan banyak lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan