Sabtu, 30 Januari 2010

KULIAH TAUHID DI MIS

PENYAMPAI :Ustaz Bakhtiar Effendy (BA MADINAH)
Tempat :Dewan Kuliah Madrasah Ittiba Is Sunnah
Tarikh : (Ahad) 7 Februari 2010(22 Safar 1431 Hijrah )
Masa : 10,30 Pagi
musliman muslimat dijemput hadir
anjuran Institut Al-Mizan NGO SUNNAH N9
hp :013-2316963

Rabu, 27 Januari 2010

ALLAH BERSEMAYAM ATAS ARASHNYA

Menurut A:3 Surah Yunus; Allah telah menjadikan langit-langit dan Bumi dalam enam hari(masa). Sesudah selesai semuanya maka Allah bersemayam di atas Arash(Istawa' A'lal Arash. Maka daripada atas Arash itu Allah mentadbir segala urusan mahluknya. Ketahuilah!..Tiada siapa yang memberi pertolongan,melainkan sesudah diizinkan Allah,ketahuilah itulah Allah Tuhan kamu, sembahlah olehmu akan dia!. Tidakkah lagi kamu mengambil peringatan!

Allah bersemayam di atas arashnya ada tiga pegangan:

1)Pegangan Rasullah,Sahabat-sahabatnya,Tabiin,dan ulamak salaf salihin
2)Pegangan orang kafir bangsa Yahudi, mereka itu selalu menyenda-nyendakan Allah.
3)Pendapat ulama Muktazilah, mereka selalu memahamkan dasar-dasar ugama seperti Tauhid dan lain-lain ,dengan dasar akal fikiran,sebab itu selalu kedapatan ayat ayat al-Quran di pesungkan nya supaya sesuai dengan akal mereka.

PENERANGAN:-
Pertama: Pegangan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud , Abbas Ibnu Mutalib, Ibnu Umar dan lain-lain Radhiallahuanhu. Mereka itu berpegang kukuh dan mempercayai bahawa zat Allah itu benar-benar bersemayam di atas Arashnya. Ada beberapa banyak hadis Nabi yang sah menerangkannya, Satu daripadanya yang diriwayatkan oleh Abbas radhiallahuanhu, "Rasulullah menerangkan jarak antara bumi dan langit lima ratus tahun perjalanan. Begitu juga jarak tiap-tiap langit hingga kelangit ketujuh. Diatasnya ada air,jaraknya pun begitu juga. Diatasnya Arashnya, jaraknya pun begitu juga Allah Taala bersemayam diatasnya.

Ibnu Mas'ud radiallahuanhu juga menerangkan serupa dengan hadits diatas, hanya ada tambahan, iaitu diatas langit ketujuh ada kursi. (Penerangan diatas dipadankan dari Jamiul Farid m.s. 218 dan 219).

Banyak lagi hadits menerangkan zat (diri) Allah bersemayam diatas Arashnya itu seperti Israk dan Mikraj. Satu hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari juz 4 ms.281:- Allah menulisnya: "Bahawasaya Rahmatku memadamkan kemurkaanku.Maksudnya: seseorang melakukan dosa (kesalahan) maka Allah murka kepadanya.Kemudian dia bertaubat dari kesalahan itu, maka Allah memberi rahmat kepadanya maka murka Allah yang sudah itu menjadi hilang. Tulisan itu ada disisi Allah diatas Arashnya.

Adapun ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan Allah bersemayam diatas Arashnya itu ada tujuh ayat:- 54:Al A'rar, 3:Yunus, 2:Arrad, 59:Al Furqan, 4:Al Hadid, 5:Thaha, dan 4:Sajadah. Keperacayaan yang dipegang oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabarnya itu disambut dan dijunjung oleh gulungan Tabien seperti Mujahid, Auza'i dan lain-lain. Seterusnya kepercayaan itu bersambung dan disambut serta dijunjung oleh ulama mujtahid yang besar seperti Abu Hanifah, Malik, Syafiei dan Imam Ahmad bin Hambal rahimahumullah.

Seterusnya kita wajib percaya (beriman) kepada sifat-sifat Allah yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadits sahih seperti Allah ada bertangan, berkaki, bermata dan lain-lain. Sifat-sifat Allah itu tiada serupa dengan sifat makhluknya (laisakamislihi syaiun). Dan juga tiada boleh dikaji secara mendalam kerana sifat-sifat Allah itu termasuk kedalam ayat "Mutasyabihat" Allah sahaja yang mengetahui keadaanya yang sebenar.

Tegasnya:- Pelajaran Tauhid itu ada tercatit dalam kitab-kitab hadits yang disusun oleh ulama besar itu.

Sabtu, 23 Januari 2010

Pimpinan Al-Qur'an

Ikhwanku Muslimin !

Allah SWT menurunkan KitabNya kepada kita untuk menjadi pertunjuk dan cahaya (nur) guna supaya mengajarkan AL-KITAB dan HIK­MAT serta membersihkan kita dari segala noda kejahatan, dan di persiapkannya untuk meningkat kepada ketinggian, kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Allah dengan AL-KITAB itu bukan menurunkan sebuah perundangan seperti yang diciptakan oleh negarawan dan ahli fikir dunia, bukan pula seperti buku-buku susunan pakar perubatan dan para doktor, dan bukan juga buku sejarah yang dikumpulkan oleh sejarawan dimana dicatatkan segala peristiwa dan trajidi zaman, dan bukan pula per aturan atau sistem ekonomi dan perusahaan, kerana semua itu mampu dilaku­kan sendiri oleh manusia dengan bekalan otak dan daya akal mereka, ia tidak memerlukan WAHYU yang lantas dari Allah SWT.

Sebaliknya AL-QURAN ini adalah satu Kitab yang mengatasi segalanya yang disifatkan Allah sebagai Kitab yang tegas dan rapi (muhkam) segala ayat­nya, ia telah diteliti dan diamalkan oleh ummat yang beriman dan Salihin yang dahulu dari kita sekarang, dengan Al-quran itu mereka menempah kejayaan yang amat besar dan mencapai ketinggian dalam bidang kehidupan dimuka du­nia sebelum akhirat.

Dengan Al-quran itu Allah telah memimpin ummat Arab, menyebabkan mereka sampai kepuncak keagungan, demikian juga berbagai bangsa dunia telah sampai kepuncak kemajuan dengan pimpinan dan seruan Al-quran, mereka semuanya telah menjadi pemimpin kearah keluhu­ran hidup bahagia dan sa'adah dengan Al-quran, mereka menjadi ummat perkasa.dan gagah yang tiada tandingannya di tengah-tengah dunia. Pemerintahan Rum dan Farsi yang menjadi kuasa du­nia dizamannya terpaksa tunduk dan pupus kekuasaannya dan juga banyak kua­sa kesultanan dunia di Timur dan Barat telah melutut dan menyerah kepada keagungan Islam pimpinan Al-quran.

Atas pimpinan Al-quran pemerintahan Islam dan ummatnya telah menjadi jambangan bunga dunia yang indah dengan susunan dan karangan pelbagai ilmu dan anika rangka kemajuan dan pembangunan ummah, yang meliputi fizikal dan keruhanian. Ia menjadi rebutan seluruh dunia, padahal tokoh-tokoh Islam itu bukannya terdiri dari kaum peguam dan berketurunan ahli perunda­ngan dan pakar dalam berbagai ilmu pengetahuan, melainkan kerana mereka beriman dan tamassuk (berpegang teguh) kepada WAHYU ALLAH serta berpandu kepadanya.

Sebaliknya kaum bangsawan dan gulungan pemerintah dengan susunan peme­rintahan bangsa Rum dan Farsi dan lain-lain kuasa dunia pastinya terdiri dari ahli berbagai ilmu siasah keduniaan, tetapi semuanya berakhir untuk menghancurkan negara dan rakyat, mereka penuh dengan sifat angkuh dan zalim, penuh dengan penipuan dan pelaku ma'siat, pemabuk, penindas dan pembunuh. Berbeza dengan ketua dan pemimpin muslimin yang senantiasa disirami Wahyu dan ajarannya, dengan perbezaan antara bumi dan langit.

Lihatlah contoh pimpinan Al-quran pads firman Allah berikut ini:-

"Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dikalangan kamu (iaitu) sesungguhnya DIA akan jadikan kamu khalifah (wakil Tu­han) dimuka dunia ini, sepertimana Ia lantik menjadi khalifah mereka yang terdahulu dari kamu, dan sesungguhnya Ia akan meletakkan kedudukan agama mereka ditempat yang diredhainya bagi mereka, dan Ia akan menggantikan sesudah mereka dalam kebimbangan menjadi aman sentosa, mereka tetap mengibadati Aku dan tidak sedikitpun mereka melakukan syirik terhadap Aku, tetapi sesiapa yang kufur maka orang-orang itu merekalah sebenarnya fasiq. (An Nur:55)

Dan Alquran memberi contoh pemimpin yang bukan Islam yang dididik oleh kuasa Rum dan Farsi yang penuh dengan Taghut dan Syetan, ialah:-

"Dan manakala ia keluar sendirian, ia mula berusaha diduia ini untuk melakukan durjana sambil membinasakan kaum perempuan dah keturunan manusia, dan Allah tidak suka kepada kebinasaan. (Al Baqarah:205)

Pemimpin dan ummat Islam yang berjaya itu semuanya disebabkan mereka membaca Al-quran dengan kefahaman yang mendalam, mereka membacanya dalam sembahyang fardhu dan Tahajjud serta membacanya sepanjang waktu dengan penuh minat dan teliti serta penuh keimanan yang dengan itu mereka diangkatkan darjatnya, dibersihkan diri dan jiwa nya dari segala khurafat keberhalaan yang hina, lalu hidup segala yang mati dan bergerak semua yang beku dan aktif segala yang lemah, mereka mendapat kemudahan dengan pimpinan Al-quran untuk mengendalikan dunia.

Tetapi beberapa kurun terakhir ini sebahagian besar ummat Islam telah meninggalkan Al-quran kerana iman mereka lemah, mereka tidak mengerti lagi isi Kitab Agung itu, kiblat ilmu mereka berpindah ke Timur dan ke Barat, diang­gapnya Al-quran itu kitab keramat yang disuarakan dikubur dan menjadi kitab azimat, maka kerana itu beralehlah semula kuasa dan kekuatan mereka kepada Kristian, Yahudi dan Majusi, duduklah mereka dibawah kekuasaan dan pemerintahan mereka, terbenamlah ummat Islam didalam pentadbiran siasah, sosial, sistem ekonomi, pelajaran dan kebuda yaan kaum kafir itu.

Untuk menebus dan menyelamat ummat Islam dan untuk menyelamatkan kita semua tidak ada pilihan lagi bagi kita kecuali hanya satu (tidak ada duanya) iaitu wajiblah kita kembali kepada Al.-Quran, mulakanlah penerapannya agar pimpinan cahaya Al-quran itu menyinari kita semua seperti yang dilakukan pemimpin Islam yang Salihin dahulu. Mulai dari sekarang iaitu dari awal kesedaran ini setiap muslim wajib mempelajari kandungan Al-quran dari permulaannya hingga mencapai kemahiran, maka dengan itu akan lahirlah jiwa-jiwa besar yang akan mengamal dan melaksanakan ajaran dan panduan Al-quran yang amat agung ini.

Rabu, 20 Januari 2010

SAMBUNGAN GAYUNG BERSAMBUT KE-2

8. MIS ANGGAP DIA SAHAJA YANG BETUL?

Keluarga As Sunnah di Kuala Pilah dan di mana-mana jua mereka berada di seluruh tanah air tidak pernah mendabik dada mengatakan "kami sahaja yang betul", ini bertambah satu fitnah lagi setelah sekian banyak fitnah yang diada-adakan terhadap MIS.

Apa yang kami seru dan katakan ialah marilah kita kembali kepada Al Quran dan sunnah, marilah kita tinggalkan khurafat dan Bid'ah, marilah kita mempelajari Al Quran kerana selama kita jahil tentang Al Quran selama itulah kita kabur tentang Islam, dan marilah kita bertauhid kepada Allah dengan sebenarnya dan menjauhi segala bentuk syirik dan tauhid inilah yang menjadi seruan utama kaum Sunnah".

Kami tidak pernah membusung dada saperti kelakuan orang-orang muqallidin yang mengatakan mazhab Syafiei sahaja yang betul, kitab tuhfah dan nihayah sahaja yang betul, yang lain yang tidak sesuai dengan Syafieiyah semuanya salah, sehingga kaum Syafieiyah melarang dengan ketat pengambilan sebarang fatwa dari sebarang mazhab yang lain sekalipun dalam perkara-perkara yang sekecil-kecilnya.

Kami sebenarnya mengakui bahawa kebenaran ialah yang datang dari Allah dan RasulNya. Yang betul ialah Al Quran dan Hadits, dan selain dari dua perkara itu pasti tidak betul dan salah:

Dan sekiranya ia selain dari Allah, tentu sekali akan mereka dapati percanggahan yang banyak didalamnya. (An Nisa': 82)

Yang haq itu adalah daripada Tuhanmu, oleh itu janganlah sekali-kali engkau jadi golongan yang ragu. (Al Baqarah: 147)

Dengan banyak ayat-ayat Allah itu MIS tidak ragu walau sedikitpun bahawa jika !a mempunyai keterangan dari Allah dan RasulNya dan kami mengerjakan saperti perintah Allah dan RasulNya itu, ia adalah sesuatu yang benar dan betul, selain dari itu memang salah dan tidak betul, dan jika ada orang yang mengamalkan lain dari ajaran Allah dan RasulNya itu pasti salah dan tidak betul.

Dengan banyak Ayat-ayat Allah itu MIS tidak ragu walau sedikitpun bahawa jika ia mempunyai keterangan dari Allah dan RasulNya dan jika kami mengerjakan saperti perentah Allah dan RasulNya itu, Ia adalah sesuatu yaing benar dan betul, dan selain dari itu memang salah dan tidak betul, dan jika ada yang mengamalkan lain dari ajaran Allah dan RasulNya itu pasti salah dan tidak betul.

MIS tidak sedikitpun mahu terpengaruh dengan hebat dan teraturnya kebathilan, kerana kebathilan sudah bagitu banyak menyamar merupakan dirinya sebagai benar, tetapi hakikatnya bathil. Kami tidak akan tertipu oleh segala pembid'ah yang menyamar sebagai sunnah, kerana kami sentiasa mempelajari pedomannya setiap hari, mereka biasa bersumpah dengan menggunakan nama Allah dan menyamar sebagai penganut Islam yang warak tetapi sebenarnya munafiqin:

Mereka datang kepadamu sampai bersumpah dengan nama Allah: Kami tidak lain, melainkan kerana berbuat baik dan mencari persefahaman jua. (An Nisa': 62)

Maksud Ayat Allah ini ialah bahawa kaum munadiqin itu sebenarnya tidak mahu berhukum kepada Allah. Mereka menyerahkan untuk mencari dan mencipta hukum selain dari hukum Allah kepada taghut, setelah berbuat demikian dan berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW yang membawa Syari'ah, mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa sikap dan tindakan yang mereka lakukan itu semata-mata untuk berbuat kebaikan dan demi memelihara perdamaian.

Bagi MIS bahawa kebenaran ini adalah satu bukan banyak, antara dua hal yang berselisih maka satu sahaja antaranya yang betul, dan yang betul itu ialah yang berada di atas kebenaran. Oleh itu jika apa yang dipersetujui oleh Al Quran dan Sunnah, maka bagi MIS itulah yang benar,dan yang bukan dari keduanya ia adalah tidak betul, kerana adanya Firman Allah:

Maka bukankah sesudah haq itu tidak lain melainkan kesesatan? (Yunus: 32)

Dengan itu tidaklah salah jika dikatakan bahawa MIS itu "dia sahaja yang betul", apa lagi manakala JUINS sendiri tidak dapat menyalahkannya.


9. M.I.S. BERTAQLID KEPADA HAJI HASSAN BANDUNG?

Dalam memorandum MIS bertarikh 22hb July 1966 (4 Rabieul Akhir 1386) sudah kami lampirkan pendapat dan kesimpulan kami mengenai mazhab dengan detail yang mengandungi 11 lembar, di mana kami bentangkan dengan jelas (bukan samar) bahawa Islam tidak periiah membenarkan ummatnya mengambil sebarang mazhab, dan dengan itu kami sudah membuat deklarasi dalam memorandum kami saperti ini:

"Ahli Sunnah tidak bertaqlid kepada sesuatu mazhab, masyhor atau tidak masyhor, tetapi ia boleh melakukan Ittibaa', atau mengikut sesuatu pendapat 'ulamak' setelah diketahui keterangannya dengan jelas daripada Al Quran dan Hadits sahih".

"Bahawa Ahli Sunnah tidak bersandar kepada sebarang mazhab yang ada dalam negeri ini, melainkan kembali kepada Allah dan RasulNya".

Keputusan MIS itu tetap tidak luntur walaupun sudah hampir 20 tahun hingga kini, dan tidak akan pudar selama hujjah kami itu tidak dapat dilemahkan oleh JUINS.

Apakah dengan keputusan itu JUINS maseh sanggup mengabui mata orang ramai dan membuat bohong dengan terang-terang mengatakan MIS bertaqlid kepada Tuan A. Hassan Bandung? Apakah tuan anggap kami juga munafik saperti orang lain, suka berdolak dalik, tidak memuliakan sesuatu keputusan yang telah ditetapkan?. MIS membuat keputusan itu dengan pengetahuan, bukan pula bersikap sebagai pekerja bagi sesuatu jabatan, tetapi sebagai hamba Allah yang mematuhi perintah Allah, Allah SWT melarang hambaNya bertaqlid dan bermazhab maka kami tidak akan berbuat demikian kami bukan membuat keputusan untuk kepentingan orang lain tetapi atas Nama Allah. Apakah JUINS membuat fitnah menuduh MIS menjilat ludah yang telah diluahkan, menuduh kami bertaqlid pula kepada Tuan A. Hassan Bandung, memang jika kami juga kaum Muqallid saperti tuan-tuan tentu lebih baik kami bertaqlid kepada Tuan A. Hassan dari bertaqlid kepada Syeikh Ibnu Hajar Al Haitami dan Syeikh Daud Fattani saperti yang tuan-tuan lakukan, kerana kami kenal betul A. Hassan Bandung itu. Beliau adalah seorang Mujtahid mutaakhir rantau sebelah sini, tetapi tuan tuan tidak kena lsiapa Syeikh Ibnu Hajar Al Haitami dan Daud Fattani, malah tuan-tuan tidak kenal siapa Imam Mazhab tuan-tuan iaitu Imam Mohd Idris Asy Syafiei, kerana Imam Syafiei berbeza dari Syafieiyah yang tuan tuan turuti. Imam Syafiei tidak pernah menganut dan menjadi Syeikh Tariqat Ahmadiah atau Naqsabandiyah, dan beliau tidak pernah didengar membuat peraturan barn dalam syariat saperti mencipta wirid-wirid dan berbagai sembahyang yang tidak ada asas dari Rasullullah SAW saperti yang dilakukan oleh kaum Tariqat yang menjadi anak mas JUINS di Seremban itu.

Bukankah kami sudah jelaskan bahawa bertaqlid kepada selain Allah dan Rasul adalah haram, apakah maseh tidak difahami segala alasan yang sudah kami bentangkan pada memorandum kami itu, kami berupaya memberikan tambahan beberapa banyak keterangan dari Islam tentang haramnya bertaqlid, supaya dengan itu tuan-tuan akan berhenti dari menuduh kami bertaqlid kepada Haji Hassan Bandung.

Bertaqlid dan bermazhab adalah perbuatan musyrikin, tuan-tuan muqallidin sudah bagitu lama menjejak langkah kaum musyrikin itu, Apakah tuan-tuan tidak sedar?

Firman Allah:-

“Dan janganlah kamu jadi saperti kaum musyrikin yang telah memporak perandakan agama mereka dan jadillah mereka berparti parti, tiap-tiap puak masing--masing bermegah dengan mazhabnya". (Ar Rum 31-32)

Bukankah ayat ini menerangkan kepada semua yang terbelit dengan mazhab? Kami sudah mengharamkannya, kerana kami tahu betul bahawa taqlid dan mazhab itu diciptakan oleh Kristian yang menjajah ummat Islam dunia yang diterapkannya menjadi tabiat ummat Islam.

Oleh itu janganlah cuba buat fitnah mengatakan kami orang-orang Sunnah sudah bertaqlid pula kepada A.Hassan Bandung.

Kami memang sudah membaca semua kitab yang ditulis oleh A.Hassan Bandung, kami dapati setiap kenyataannya didasarkan kepada Al Quran dan Hadits, dan setiap ayat ditunjukkan tanda Ayat dan Surahnya, dan setiap Hadits diterangkan derajat dan punca ambilannya. Ya, kami puas membacanya, bukan seperti membaca fatwa seorang saiyid di Johor yang menuduh Kaum Muda menyebabkan 30 juta umat Islam jadi komunis, lalu disanggah oleh Buya Hamka didalam bukunya berjudul "Teguran suci dan jujur terhadap Mufti Johor" tahun 1958.

Saya menyaksikan bagimana A.Hassan berhujjah dengan ulamak besar Kaum Tua iaitu Syeikh Fadhlullah Suhaimi mengenai taqlid bertempat di Chung Ling School, Air Hitam, Pulau Pinang pada 2 hingga 5 Mei,1953, saya lihat sewaktu tuan Fadhlullah Suhaimi membentangkan dalil betapa wajibnya bertaqlid kira-kira dua jam, kemudian ditebas oleh Tuan A. Hassan Bandung dengan Al Quran dan Al Hadits, dalam mengadu kekuatan kelihatan Syeikh Fadhlullah Suhaimi lemah, tadinya 'wajib taqlid' sekarang 'sunat. taqlid', tidak lama kemudian 'harus taqlid'. Tetapi Tuan A. Hassan Bandung tidak berganjak sejak mula ia mengharamkan sehinggti akhir pertarungan juga tetap haram. Akhirnya Syeikh Fadhilullah Suhaimi tidak kelihatan lagi (cabut) setelah petangnya dan tidak kelihatan wajahnya pada hari esoknya. Alangkah malunya Kaum Tua kerana ayam tambatannya tewas ditangan A. Hasan Bandung disebuah Pulau Utara semenanjung pada tahun 1953 itu. Tuan-tuan tidak ada waktu kejadian itu, ada antaranya baru lahir.

Imam Syafiei yang tuan-tuan taqlid itu jua mengharamkan taqlid, ia tidak redha tuan-tuan membonceng dan berpaut dibelakangnya, banyak sekali kata-katanya melarang bertaqlid itu, malah semua imam mazhab itu melarang bertaqlid, apakah tidak baca lampiran memorandum MIS itu antaranya ialah:

A. Imam Syafiei (ibnu Abi Hatim & Abu Nu' aim & Ibn Asakir (15/9/2)
Tiap-tiap apa yang aku katakan, lalu ada hadits dari Nabi SAW yang shah yang melaini kata ucapanku, make hadits itulah diutamakan. Maka janganlah kamu bertaqlid kepadaku..

B) Imam Ahmed bin Hanbal:-
Jangan engkau bertaqlid kepadaku, dan jangan kepada Malik, jangan kepada Syafiei, jangan kepada Al Auza'ei dan Tsaury, ambillah dari mana mereka ambil. (Al Fulaany (113), I’laamul Muwaqi’ien 2/302, Ibn Abdil Barr Al Jaami 2/91)

C) Imam Malik bin Anas:-
Aku ini hanya manusia, boleh salah, boleh betul. Oleh itu, telitilah pendapatku,maka setiap yang secucuk dengan Kitab dan Sunnah, ambillah dia, dan setiap yang tidak se cucuk dengan Kitab dan Sunnah, tinggalkanlah dia.(Al-Jaami')

D) Imam Abu Hanifah:-
Tidak halal bagi seseorang mengambil pendapatku selama is belum tabu dari mana kami ambiL dia (Ilaamul Muwaqiien 2/309)

Semua ini disembunyikan oleh kaum Muqallidin, kerana mematuhi ketua ketua Kristian mereka dahulu, dan hendak mendedahkannya. sekarang sudah malu, kerana penyakit sudah mendalam dan terlampau parah.

"(Wahai peliknya) mengapakah kaum ini hampir tidak juga faham-fahamnya kata-kata ini?" (An Nisa':78)

Selasa, 19 Januari 2010

Menconteng Arang Di Muka Sendiri

Kegiatan jahat tidak bermoral Penentang Gerakan Kembali Kepada Al-Qur'an dan Sunnah tidak henti dengan sifat cemburu dan iri hati. Terbaru dengan penyamaran sebagai ANAWAHABI berwajahkan Ust. Rasul Dahri meninjau-ninjau kesini dan dalam laman sesawangnya memaparkan kata-kata sindiran, celaan dan maki hamun terhadap Ust. Rasul Dahri dan rakan-rakan. Pembaca budiman tentunya dengan mudah dapat menghidu mainan nakal anak-anak yang masih tidak matang dalam peradaban bidang yang dimasukinya ini. Mereka menceduk dan mengambil apa yang sesuai pada kehendak nafsu kelaman mereka tanpa ada sedikit malupun. Kepada rakan-rakan As Sunnah diminta kita dapat terus memperkukuh aqidah dan kepercayaan bahawa kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah itulah sahaja jalan untuk menyelamat diri dari perpecahan dan kesesatan.

Ahad, 17 Januari 2010

Wacana wahabi: Shahidan Kasim buat laporan polis

KANGAR, Jan 16 — Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini membuat laporan polis berhubung cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk menganjurkan wacana bagi mengupas fahaman wahabi. Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Kangar pukul 3.15 petang.

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) bercadang menganjurkan wacana itu bagi mengupas fahaman wahabi yang dikatakan mempunyai perbezaan ketara dengan fahaman Sunnah Wal Jamaah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Pengasas Muafakat Ismail Mina Ahmad berkata wacana bertemakan “Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyuum” itu akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 24 Jan.

Shahidan yang juga Ketua Umno Bahagian Arau ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu berkata, wacana seumpama itu tidak perlu diadakan kerana ia dibimbangi akan membawa kepada perpecahan umat Islam.

“Wacana yang boleh membawa perpecahan kepada umat Islam tidak sewajarnya diadakan,” katanya. —Bernama

(Ulasan: Kami mengucap syabas diatas keprihatian Datuk Seri mengambil tindakan sedemikian untuk menjaga keharmonian umat Islam dinegara ini. Penganjuran wacana itu tentu bertujuan dan berniat jahat bagi melaksanakan cita-cita pihak-pihak tertentu untuk menghapuskan Gerakan Kembali kepada Al-Qur'an dan As Sunnah yang semakin berkembang yang sering dilebelkan sebagai WAHABI. Apakah MUAFAKAT mempunyai autoriti untuk mengupas apakah fahaman wahabi? Atau sekadar sentiasa akan menjadi musuh kepada wahabi dan memperingatkan golongannya tentang bahaya wahabi?)

Sabtu, 16 Januari 2010

Surat Terbuka (2009)

ULAMA JAKIM PERLU BERFIKIRAN TERBUKA, PROGRESIF

Membaca tulisan Zamihan Mat Zin dalam Utusan Malaysia 12 Februari lepas (tahun lalu) membuatkan banyak pihak berasa gerun. Bukannya gerun dengan golongan tabdi' yang beliau perkatakan itu tetapi gerun dengan pemikiran yang cuba dibawa oleh Zamihan.

Sebagai seorang yang menyandang jawatan di Jakim, sudah tentulah pendapat beliau mewakili jabatan tersebut sekali gus mewakili suara Kementerian dimana Jakim dibawah naungannya.

Mengapa gerun ? Mudah sahaja .Kerana beliau mengajak umat islam melangkah ke belakang. Ketika banyak pihak sedang berteka-teki mengapa Jakim lesu dan tidak bermaya, tulisan Zamihan telah menjawap segala-galanya.

Jakim sudah berubah daripada sebuah jabatan yang memikirkan kemajuan pemikiran umat Islam dan juga membentuk agenda melahirkan Muslim agresif kepada institusi pondok yang jumud.

Bagi sesiapa yang pernah mendengar ceramah Zamihan diserata Malaysia, tanggapan majority rakyat Malaysia terhadap kelesuan Jakim akan terjawab.

Melalui tulisan Zamihan, ternyata kini Jakim hanya menjadi pejuang isu cabang dan furuk. Mereka mewajibkan umat islam bertaklid dan taksub kepada mazhab Shafie semata-mata.

Mereka juga mewajibkan amalan yang hanya dianggap sebagai adat dan bukannya kefarduan seperti bacaan Yasin, tahlil dan talkin. Mereka juga menolak kajian dan buku Islam moden dan mengagung-agungkan kitab pondok.

Mereka menolak pemikiran Islam yang progresif dan ilmiah, sebaliknya mereka mewajibkan umat islam bersikap jumud dan taklid buta. Tulisan Zamihan dan juga ceramah beliau telah membuktikannya.

Tatkala, para ulama sedunia telah maju dari segi pemikiran dan membuat kajian kontemporari, Zamihan yang mewakili Jakim menyeru umat islam agar bersikap taksub mazhab. Ketika umat Islam muncul dengan Akademi Fiqh Sedunia yang meraikan semua mazhab serta menghasilkan fatwa berkaitan isu kontemporari, Zamihan yang mewakili Jakim mengharamkan penyelidikan Islam di Malaysia bertaklid kepada kitab tua dan kuning.

Alangkah pelik, kitab kuning yang ditulis pada kurun ke-17 dan 18 Masihi hendak diwajibkan keatas umat Islam moden.

Isu DNA, pengklonan, perpaduan kaum, intergrasi nasional, media, hiburan, sains, ICT dan 1001 perkara lain pada zaman ini tidak disentuh dalam pengajian kitab tua.

Umat islam yang dilabel sebagai penganas diseluruh dunia sepatutnya bangkit untuk memperbaiki imej tersebut. Namun bagaimanakah mereka hendak bangkit jika pemikiran mereka masih jumud, taksub dan juga berfikiran tertutup.

Nasihat saya kepada Zamihan dan Jakim, berikan peluang kepada minda anda untuk mendengar pendapat orang lain.

Cubalah bersikap terbuka dan berfikiran moden sesuai dengan zaman yang anda tinggal.

Kita amat gerun, ketika umat Islam semakin maju dalam bidang teknologi dan pemikiran, Jakim semakin ke belakang.

Apakah dengan prestasi sebegini Jakim boleh diharapkan untuk memandu projek IslamHadhari? Apakah Islam pondok dan taksub yang ingin dipromosikan oleh Zamihan dan Jakim?

Sebagai salah seorang professional Muslim yang inginkan Islam dihormati diMalaysia, saya merasa amat bimbang dengan perkembangan ini.

Sudah tiba masanya untuk para ulama diMalaysia untuk berfikiran terbuka, moden, progresif dan menjauhi taksub dan jumud.

DR HAKIM IHSAN, Taman Tun Dr.Ismail, Kuala Lumpur.

Jumaat, 15 Januari 2010

SHOLAT GERHANA MATAHARI

Alhamdulilah, pada Jumaat 15 Jan 2010 bersamaan 29 muharam 1431, Maahad Ittibaa As Sunnah telah menyempurnakan sholat gerhana matahari, khutbah dan imam olih Ustaz Khairuddin Daud. dimakmumkan oleh kira-kira 30 orang jemaah. Diantara isi kandungan khutbah, bahawa hari qiamat sudah semakin hampir, kerana pada Jumaat 1 January 2010 bersamaan 15 Muharam 1431 berlaku Gerhana bulan, selang 15 hari pula berlaku gerhana matahari. Selain itu kita sebagai hamba Allah tidak akan dapat mengatasi takdir Allah, maka kewajiban kita sebagai hambaNya, hanyalah mentauhidkan, membesarkan, menghina diri hanya kepada Allah Tuhan semesta Allah. Amin.

Rabu, 13 Januari 2010

Kenali Ciri-ciri Ahli Bidaah dan Ajaran Sesat

Orang yang tidak mengenali keburukan, mudah terjebak ke dalamnya. Orang yang tidak tahu ciri-ciri kepalsuan, cepat terpedaya dengannya. Ada orang ingin membeli permata, malangnya terbeli kaca, lantaran tidak arif yang mana manikam, dan yang mana kaca.

Orang yang mahu membeli emas jika tidak tahu yang mana tulen dan yang mana palsu, mungkin mudah tertipu. Bermodalkan hanya RM50, ada sindiket menjual seutas rantai dengan harga ribuan ringgit dengan menyadurkannya dengan warna emas dan menandakan cangkuknya dengan nombor 916. Akibat tidak kenal tulen dan palsu, ramai pelanggan sudah tertipu.

Untuk mengenali satu-satu barang yang tulen lagi asli, bukan hanya melalui ciri-ciri keaslian dan ketulenan. Kemahiran tentang kaedah penipuan dan ciri-ciri pemalsuan sangat penting agar kita cepat mengecam dan mengenal pasti jika ia berlaku.

Dalam perihal agama juga begitu. Mahu mengenal Iman yang hakiki, mestilah mempelajari apa itu kufur dengan segala cabang-cabangnya. Mempelajari Tauhid yang suci, mestilah dirangkaikan dengan ilmu mengenai syirik dan bahagian-bahagiannya. Erti sebenar ketaatan tidak akan diketahui jika tidak mengetahui apa itu maksiat. Keteguhan kepada sunnah tidak akan difahami jika tidak kenal apa itu Bidaah. Begitulah seterusnya. Setiap perkara dipelajari dengan lawannya.

Kaedah inilah yang diisyaratkan di dalam hadis Huzaifah bin Al-Yaman. Beliau berkata, “Orang ramai bertanya Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam tentang kebaikan, dan aku pula bertanya baginda tentang keburukan kerana takut ia menimpaku”. (Direkod oleh Bukhari dan Muslim)

Di dalam satu puisi Arab:

Kukenal keburukan bukan untuk diamalkan,
Tapi untuk menghindarkan darinya,
Kerana orang yang tak kenal keburukan,
mudah terjerumus ke dalamnya.

Berhadapan dengan pelbagai fitnah di zaman ini, umat Islam mesti mempunyai pengetahuan tentang bidaah dan kesesatan serta ciri-cirinya. Belajar apa itu bidaah, dan apa itu sesat supaya kita terselamat. Belajar apakah ciri-ciri ajaran sesat agar tidak mudah diperdaya.

Menyedari pentingnya tajuk ini, saya akan cuba menyenaraikan beberapa ciri-ciri ajaran yang menyeleweng. Supaya apabila kita berdepan dengan kumpulan yang mempunyai ciri-ciri sebegini, kita akan lebih berhati-hati.

Antara ciri-ciri ahli bidaah dan ajaran menyeleweng ialah:

1) Tidak menyenangi ilmu hadis. Ia adalah ciri terpenting mana-mana kumpulan ajaran sesat dan ahli bidaah. Mereka amat fobia dengan firman Allah, dan sabda Nabi Sallallahu Alahi Wasallam. Manakan tidak, fakta dari dua sumber inilah yang akan membongkar temberang dan pembohongan ahli bidaah. Mereka akan kelu dan kaku jika cuba berhujah di hadapan kitab-kitab hadis.

Abu Utsman Al-Shabuni (wafat: 449H) meriwayatkan bahawa Abu Nasr bin Sallam Al-Faqih berkata, “Tidak ada sesuatu yang lebih berat bagi kumpulan yang menyeleweng dan paling dibenci oleh mereka selain daripada mendengar hadis dan meriwayatkannya dengan sanad”.

Al-Hakim (wafat: 404H) dalam kitab Makrifah Ulum al-Hadis menceritakan bahawa Syeikh Abu Bakr Ahmad bin Ishaq Al-Faqih berdebat dengan seorang lelaki. Apabila Syeikh menyebut, “Telah meriwayatkan kepada kami oleh si Fulan…”, lantas lelaki tersebut berkata, “Tinggalkan sahaja periwayatan. Sampai bila masih mahu menggunakan periwayatan?”. Syeikh tersebut kemudian menghalau lelaki tersebut dari rumahnya.

2) Memusuhi dan memperlekahkan ahli hadis. Ahli bidaah dan sesat bukan setakat membenci ilmu hadis, malah tidak menyenangi ulama yang tutur katanya dihiasi “Firman Allah, dan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam”. Kerana ahli hadis lah benteng kepada kemurnian ajaran Islam.

Abu Hatim Al-Razi (wafat: 277 H) berkata, “Tanda ahli bidaah ialah mencela terhadap ahli hadis”.

Ahmad bin Sinan Al-Qattan berkata, “Tidak ada ahli bidaah di atas dunia ini kecuali dia membenci ahli hadis. Apabila seorang lelaki membuat bidaah, akan tercabut dari hatinya kemanisan hadis”.

Al-Hakim (wafat: 404H) menyebut di dalam kitab Makrifah Ulum Al-Hadis, “Beginilah kami mmengenali samada ketika perjalanan atau ketika menetap, bahawa setiap orang yang dinisbahkan kepada menyeleweng dan bidaah akan memandang hina terhadap ‘Thoifah Mansurah’ (Ahli Sunnah)”.

Abu Utsman Al-Shabuni (wafat: 449H) menegaskan, “Tanda paling jelas kumpulan ahli bidaah ialah terlalu membenci terhadap mereka yang membawa hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, serta mereka memperlekehkan golongan ini”.

3) Melabelkan Ahli Sunnah dengan pelbagai gelaran. Antara gelaran-gelaran yang sering bermain di bibir ahli bidaah ialah menuduh Ahli Sunnah sebagai ‘Musyabbihah’.

Ishaq bin Rahuyah (wafat: 238H) berkata: “Tanda Jahm dan pengikut-pengikut mereka ialah: mereka mendakwa ke atas Ahli Sunnah Wal Jamaah serta celaan bohong bahawa mereka (Ahli Sunnah) adalah musyabbihah”.

Kata Abu Hatim Al-Razi (wafat: 277 H): “Tanda Jahmiyyah ialah mereka menamakan Ahli Sunnah sebagai Musyabbihah”.

Selain gelaran Musyabbihah, ahli bidaah sering menggelarkan ahli sunnah sebagai ‘Hasyawiyyah’ dan ‘Zahiriyyah’ sebagaimana disebut oleh Abu Utsman Al-Shabuni (wafat: 449H).

Malah Imam Bukhari sendiri pernah dilabelkan sebagai ‘Hasyawiyyah’ oleh ahli bidaah. Di dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala, Imam Zahabi menyebut bahawa Al-Shahib (wafat: 385) seorang berfahaman Syiah dan Muktazilah disebut kepadanya nama Imam Bukhari. Lalu beliau berkata, “Siapa Bukhari? Hasyawi yang tidak boleh dirujuk kepadanya”.

Demikian perangai ahli bidaah dari dahulu sampai sekarang, melabelkan ahli sunnah dengan pelbagai gelaran.

4) Melampau dalam kepercayaan. Antara ciri-ciri ajaran yang menyeleweng ialah melampau dalam satu-satu kepercayaan. Sikap melampau sangat ditegah dalam Al-Quran dan Sunnah. Sesatnya Kristian adalah kerana sikap melampau mereka terhadap Nabi Isa Alaihissalam. Nabi Isa, hamba Allah yang bertaraf Rasul diangkat mereka sebagai Tuhan yang disembah.

Sikap seperti inilah yang ada pada banyak ajaran-ajaran songsang. Mengangkat guru-guru dan syeikh-syeikh mereka melebihi had yang sebenar. Menganggap guru mereka mengetahui apa yang tersembunyi dalam dada anak-anak muridnya. Ada yang percaya guru mereka boleh bertolak ansur dengan Tuhan dalam hal-hal ajal dan maut. Paling aneh lagi melucukan, setiap kumpulan ini menganggap guru mereka lah wali paling tinggi tarafnya di zamannya. Pelbagai gelaran diberikan, Sahibuzzaman, Sultan Awliya, Wakil Tuhan, dan macam-macam.

5) Guru yang mengaku bahawa dia Wali Allah. Ada sesetengah ajaran kebiasaannya ajaran tarekat, gurunya secara terang-terangan mengaku bahawa dia adalah Wali Allah. Yang lebih hebat, jika ditambah lagi dengan kelebihan-kelebihan lain seperti dilantik sebagai Wakil Allah, atau Orang Allah.

Kalau kita tahu apa makna wali yang sebenar, nescaya kita tidak akan mempercayai individu yang mengaku bahawa dia wali. Wali adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah Taala. Orang yang benar-benar bertaqwa tidak akan sekali-kali mengangkat dirinya dan mengaku bahawa dia paling bertaqwa. Mengaku wali bererti mengaku ketinggian taqwanya kepada Allah.

Allah berfirman, maksudnya:

“Maka jangan kamu memuji diri kamu sendiri, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang bertaqwa”. (Al-Najm: 32)

6) Berhujah menggunakan mimpi guru. Oleh kerana ajaran Quran dan Sunnah tidak mungkin memihak kepada kumpulan-kumpulan ajaran sesat, mereka terpaksa mencari helah lain bagi mengaburi mata para pengikut. Antaranya berhujah dengan mimpi.

Berhujah dengan mimpi tanpa merujuk kepada syariat menjadi sebab kesesatan. Abdul Aziz bin Nashir Al-Jalil berkata, “Hendaklah bersikap jaga-jaga dengan permainan syaitan terhadap manusia dalam mimpi waktu tidur. Betapa ramai individu malahan kumpulan menjadi sesat dengan sebab mimpi”.

Hendaklah kita meyakini bahawa syariat Islam sudah sempurna dan lengkap. Tidak berhajat kepada penambahan melalui mimpi mana-mana wali atau wakil Tuhan. Malahan, seluruh ulama bersepakat bahawa mimpi tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum-hakam.

7) Menganggap guru mereka tidak melakukan dosa. Atau dengan kata lain guru mereka maksum, seperti para Nabi.

Lihat bagaimana Syiah Rafidhah mempercayai bahawa imam-imam mereka yang 12 orang adalah manusia maksum, tidak melakukan dosa. Kepercayaan seperti ini menunjukkan kesesatan mereka.

Begitu juga sesetengah ajaran tarekat yang menyifatkan guru mereka sebagai tidak berdosa. Tidak berani menggunakan perkataan ‘Maksum’ yang khas bagi para Nabi, mereka mencipta istilah lain, iaitu ‘Mahfuz’. Hakikat dan maksudnya sama iaitu mengangkat guru setaraf dengan Nabi Sallallahu Alahi Wasallam.

Imam Malik bin Anas (wafat: 179H) berkata, “Setiap orang diambil kata-katanya dan ditolak. Kecuali empunya kubur ini (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam)”.

Demikian beberapa ciri-ciri untuk mengenali ahli bidaah dan ajaran menyeleweng. Semoga dengan mengenali sifat-sifat mereka, kita akan lebih berjaga-jaga apabila bertemu dengan kumpulan seperti ini. Mudah-mudahan Allah Taala menyelamatkan akidah dan pegangan kita daripada diperdaya oleh musuh-musuhNya.

Ahad, 10 Januari 2010

"Buat Renungan SahabatKu"

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramai orang berkata bahawa mempelajari kitab Al-Quran adalah amat sulit dan payah. Ramai menganggap ia perlu persediaan yang besar (seperti kemahiran berbahasa Arab dengan segala ilmunya) tetapi seseorang tidak akan mengerti Al-Quran jika tidak ada ilmu yang sedemikian dan berbagai-bagai RACUN yang ditaburkan kepada yang ingin kembali kepada kitab Al-Quran dan As-Sunnah.


Untuk menyelamatkan diri dari PENYAKIT BESAR itu, maka mulai sekarang jangan hiraukan semua DAKYAH yang sudah berjaya melumpuhkan Umat Islam.

Apalagi!!!!! Ayuh..Marilah mempelajari Al-Quran tanpa berlenggah kerana hari ESOK bermula hari ini, Seseorang itu tidak akan mengenal Islam yang sebenarnya selama ia masih BUTA Al-Quran dan tidak mengetahui isinya.


Ikhlas:
Pengerusi Institut Al-Mizan
(NGO Sunnah NS)

Sabtu, 9 Januari 2010

BELASUNGKAWA

Bekas Naib Yang Di Pertua Madrasah Ittiba' Us Sunnah, Haji Ujang bin Yatim 93 tahun kembali ke rahmatulLah petang semalam jam 6.45 petang. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampong Pelangai sebelum Dzohor hari ini. Sewaktu hidupnya beliau memberikan sumbangan yang amat besar kepada perkembangan Madrasah Ittiba' us Sunnah dan salah seorang yang mengeluarkan Memorandum MIS pada tahun 1966. Disamping itu Allahyarham juga bergiat cergas dalam politik dan pernah memegang jawatan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Pilah untuk beberapa penggal dalam tahun 80han. Kami mendoakan semoga roh Allahyarham digolongkan Allah SWT bersama orang-orang yang beriman.

Selasa, 5 Januari 2010

PELAJARAN MENTERJEMAH HARFIAH

Alhamdulillah, kami berkesempatan membuka ruang Pelajaran Menterjemah Al-Qur'an Sistem Harfiah dalam blog ini, dengan itu sebagai pendukung As-Sunnah dapat mengambil manfaat daripadanya. Memahami Al-Qur'an amatlah penting dalam memahami Islam. Kami akan berusaha untuk mengemaskini ruang tersebut dari masa kesemasa sehingga selesai ke-30 juzuk Al-Qur'an. Dalam pada itu juga kami serukan agar ikhwan dapat menyalurkan sumbangan seperti yang tertera agar usaha ini akan berjalan lancar. Sekian, Wassalam.

Jawapan terhadap Blog-Blog Penentang Manhaj Salaf: Sifat Ketinggian Allah Di Atas 'Arasy

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Subhaanahu Wa Ta’ala Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Semoga selawat dan salam senantiasa tercurah kepada teladan mulia, manusia paling bertaqwa, Rasulullah Muhammad Shollallaahu ‘alaihi wasallam, keluarga, para Sahabat, serta orang-orang yang senantiasa mengikuti Sunnahnya dengan baik.

Saudaraku kaum muslimin, semoga rahmat Allah senantiasa menyertai langkah kehidupan kita…


Tulisan kali ini akan mengupas salah satu aqidah Ahli Sunnah yang memang diajarkan oleh Nabi Muhammad Shollallaahu ‘alaihi wasallam, difahami oleh para Sahabatnya –ridhwaanullahi ‘alaihim ajma’iin-, dan diwarisi oleh para Ulama’ Ahli Sunnah untuk disampaikan pada umat. Aqidah tersebut adalah keyakinan bahawa Allah adalah Yang Maha Tinggi di atas ‘Arasy, di atas langit, di atas seluruh makhlukNya. Dialah Allah yang Maha Tinggi dalam seluruh makna ketinggian: tinggi dalam Zat, Sifat, Kekuasaan, dan seluruh makna ketinggian dan kesempurnaan.


Tulisan ini juga merupakan bantahan terhadap tulisan di blog penentang dakwah Ahli sunnah, yang berjudul : “Membantah fitnah wahhaby 3-a : Allah ada tanpa tempat bukan di 'arasy/langit/arah atas”. Tulisan di blog penentang Ahli Sunnah tersebut membahas banyak sisi yang bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah. Tegas sekali penulis dalam blog tersebut menentang keyakinan bahawa Allah berada di atas ‘Arsy, di atas langit, di atas seluruh makhlukNya. Dalam tulisan ini kami belum membantah semua sisi yang ada di tulisan blog tersebut, namun khusus membahas dalil-dalil tentang ketinggian Zat Allah yang ditentang oleh kelompok Jahmiyyah dan al-Asya’irah. Akan dikemukakan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah yang sahihah yang juga disertai pemahaman para Sahabat Nabi ridhwaanullaahi ‘alaihim ‘ajmaiin.


Insya Allah pada tulisan-tulisan mendatang akan tersingkaplah semua syubhat yang ada pada tulisan : Membantah fitnah wahhaby 3-a : Allah ada tanpa tempat bukan di arasy/langit/arah atas. Hanya kepada Allahlah kita bertawakkal, Dialah sebaik-baik tempat berserah diri dan memohon pertolongan. Kami juga berharap agar penulis blog-blog penentang dakwah Ahli Sunnah tersebut diberi taufiq oleh Allah Subhaanahu Wa Ta’ala untuk kembali pada aqidah Ahli Sunnah, sebagaimana yang diyakini para Salaful Ummah. Barangsiapa yang Allah beri hidayah (taufiq) tidak akan ada yang menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, tidak akan ada yang bisa memberikan petunjuk kepadanya.


DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN DZAT ALLAH BERADA DI ATAS

Sangat banyak dalil dari al-Qur’an dan As-Sunnah yang sahihah yang menunjukkan bahawa Allah berada di atas ‘Arasy, di atas langit, di atas seluruh makhlukNya. Demikian banyaknya dalil itu sehingga tidak terhitung jumlahnya. Imam al-Alusi menjelaskan:


وأنت تعلم أن مذهب السلف إثبات الفوقية لله تعالى كما نص عليه الإمام الطحاوي وغيره ، واستدلوا لذلك بنحو ألف دليل

"Dan engkau mengetahui bahawa mazhab Salaf menetapkan ketinggian Allah Ta’ala sebagaimana disebutkan oleh al-Imam AtThahawi dan yang selainnya, mereka berdalil dengan sekitar 1000 dalil” (Lihat Tafsir Ruuhul Ma’aaniy fii Tafsiiril Qur’aanil ‘Adzhiim was Sab’il Matsaaniy juz 5 halaman 263).

Kerana demikian banyaknya dalil tersebut, tidak mungkin dapat dikemukakan semua. Pada tulisan ini hanya sedikit dalil yang dapat dikemukakan. Kami sarikan dari penjelasan Ibnu Abil ‘Izz al-Hanafy dalam Syarh al-‘Aqiidah atThahaawiyyah halaman 267-269 dan juga tulisan berjudul al-Kalimaatul Hisaan fii Bayaani Uluwwir Rahmaan yang ditulis Abdul Hadi bin Hasan. Semoga Allah memberikan taufiq…


Dalil-dalil tentang ketinggian Zat Allah di atas ‘Arasy, di atas langit, di atas seluruh makhlukNya terbagi dalam berbagai sudut pendalilan. Pada tiap sudut pendalilan terdapat banyak dalil. Sudut-sudut pendalilan tersebut di antaranya:


Pertama: Penyebutan ‘al-Fauqiyyah (ketinggian) Allah dengan kata penghubung ‘min’. Seperti dalam firman Allah:


وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ دَابَّةٍ وَالْمَلَائِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ () يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Dan milik Allah sajalah segala yang ada di langit dan di bumi berupa makhluk melata dan para Malaikat, dalam keadaan mereka tidaklah sombong. Mereka takut terhadap Rabb (Tuhan) mereka yang berada di atas mereka, dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan” (Surah An-Nahl: 49-50).

Ibnu Khuzaimah –rahimahullah- meyatakan:


فأعْلمَنا الجليلُ جلَّ وعلا في هذهِ الآيةِ أنَّ ربَّنا فوقَ ملائكتهِ، وفوقَ ما في السَّماواتِ وما في الأرضِ مِنْ دَابَّةٍ، وأَعْلَمَنا أنَّ ملائكتَهُ يخافونَ ربَّهم الذي فوقهم

“Maka Allah Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi memberitahukan kepada kita dalam ayat ini bahawa Rabb (Tuhan) kita berada di atas para MalaikatNya, dan berada di atas segala yang ada di langit dan di bumi berupa makhluk melata, dan (Allah) mengkhabarkan kepada kita bahawa para Malaikat takut terhadap Rabb (Tuhan)a mereka yang berada di atas mereka” (Lihat Kitaabut Tauhid karya Ibnu Khuzaimah halaman 111).

Perhatikanlah, Ibnu Khuzaimah memahami ayat tersebut bahawa memang Allah Ta’ala berada di atas seluruh makhlukNya. Siapakah Ibnu Khuzaimah sehingga kita perlu mengambil rujukan (tentang Ketinggian Allah ini) darinya? Ibnu Khuzaimah adalah salah seorang ulama’ bermazhab Asy-Syafi’i. Beliau merupakan salah satu murid al-Bukhari. Al-Bukhari dan Muslim juga mengambil ilmu (hadits) darinya, namun tidak dikeluarkan dalam As-Sahihain. Ibnu Khuzaimah adalah guru Ibnu Hibban al-Busti, sedangkan Ibnu Hibban adalah guru al-Hakim.


Al-Hafiz Adz-Dzahabi menyatakan tentang Ibnu Khuzaimah:


محمد بن إسحاق بن خزيمة بن المغيرة بن صالح بن بكر. الحافظ الحجة الفقيه، شيخ الاسلام، إمام الائمة، أبو بكر السلمي النيسابوري الشافعي

“Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah bin al-Mughirah bin Sholeh bin Bakr. (Beliau) adalah al-Hafiz, al-Hujjah, al-Faqiih, Syaikhul Islam, Imamnya para Imam. Abu Bakr As-Sulami an-Naisabuury Asy-Syaafi’i (bermadzhab Asy-Syafi’i)" (Lihat Siyaar A’laamin Nubalaa’ juz 14 halaman 365).

Sudut pendalilan yang pertama ini juga sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi, bahawa Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam menyatakan kepada Sa’ad bin Mu’adz ketika Sa’ad memberi keputusan terhadap Bani Quraidzhah:


لقدْ حَكَمَ فيهمُ اليومَ بحُكْمِ اللهِ الذي حَكمَ بهِ مِنْ فوقِ سبعِ سماواتٍ

“Sungguh engkau telah menetapkan hukum (pada hari ini) dengan hukum Allah yang telah Allah tetapkan dengannya dari atas tujuh langit” (Diriwayatkan oleh an-Nasa-i dalam Manaaqibul Kubraa, Ibnu Sa’ad dalam at-Thabaqat, at-Thahawi dalam Syarh al-Maa’niy, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Al-Hafiz Ibnu Hajar menghasankan hadits ini dalam Takhriijul Mukhtashar. Silakan dilihat penjelasan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam Silsilah al-Ahaadits As-shahihah juz 6/556).

Kedua: Penyebutan al-fauqiyyah (ketinggian) tanpa diikuti kata penghubung apapun. Seperti dalam firman Allah:


وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ

“Dan Dialah Yang Maha Menundukkan di atas hamba-hambaNya” (Surah al-An’aam: 18).

Ketiga: Penjelasan adanya sesuatu yang naik (Malaikat, amal soleh) menuju Allah. Lafaz ‘naik’ yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan al-Hadis boleh berupa al-‘uruuj atau as-Shu’uud.

Seperti dalam firman Allah:


مِنَ اللَّهِ ذِي الْمَعَارِجِ * تَعْرُجُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ} [المعارج:3 - 4]

“Dari Allah yang memiliki al-Ma’aarij. Malaaikat dan Ar-Ruuh naik menuju Ia “(Surah al-Ma’aarij: 3-4).

Mujahid (murid Sahabat Nabi Ibnu Abbas) menafsirkan: (yang dimaksud) dzil Ma’aarij adalah para Malaikat naik menuju Allah (Lihat dalam Shahih al-Bukhari).


Dalam hadis disebutkan:


يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْعَصْرِ وَصَلاَةِ الْفَجْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ فَيَسْأَلُهُمْ – وَهُوَ أَعْلَمُ بِهِم – فَيَقُولُ: كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي؟ فَيَقُولُونَ: تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ

Malaikat malam dan Malaikat siang berganti-ganti menjaga kalian. Mereka berkumpul pada solat ‘Asar dan Solat fajar. Kemudian naiklah malaikat yang bermalam bersama kalian, sehingga Allah bertanya kepada mereka –dalam keadaan Dia Maha Mengetahui- Allah berfirman: Bagaimana kalian tinggalkan hambaKu? Malaikat tersebut berkata: “Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat, dan kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat” (H.R Al-Bukhari dan Muslim).

Ibnu Khuzaimah menyatakan: “Di dalam khabar (hadis) telah jelas dan sahih bahawasanya Allah ‘Azza Wa Jalla di atas langit dan bahawasanya para Malaikat naik menujuNya dari bumi. Tidak seperti persangkaan orang-orang Jahmiyyah dan Mu’aththilah (penolak Sifat Allah) (Lihat Kitabut Tauhid karya Ibnu Khuzaimah halaman 381)


Seperti juga firman Allah:


إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ

“Kepada-Nyalah naik ucapan yang baik dan amal soleh dinaikkannya” (Surah Fathir: 10).

Disebutkan pula dalam hadis:


عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رضي الله عنه قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ، مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ؟ قَالَ: «ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ»

"Dari Usamah bin Zaid –semoga Allah meridlainya- beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah aku tidak pernah melihat shaummu di bulan lain sebagaimana engkau shaum pada bulan Sya’ban? Rasul bersabda: Itu adalah bulan yang banyak manusia lalai darinya antara Rajab dengan Ramadlan. Itu adalah bulan terangkatnya amalan-amalan menuju Tuhan semesta alam. Maka aku suka jika amalku terangkat dalam keadaan aku shaum (puasa)." (H.R An-Nasa-i dishahihkan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albaani).

عَنْ أَبِي مُوسَى رضي الله عنه قَالَ: قَامَ فِينَا رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِخَمْسِ كَلِمَاتٍ فَقَالَ: «إِنَّ اللهَ عزَّ وجلَّ لاَ يَنَامُ، وَلاَ يَنْبَغِي لَهُ أَنْ يَنَامَ، يَخْفِضُ الْقِسْطَ وَيَرْفَعُهُ، يُرْفَعُ إِلَيْهِ عَمَلُ اللَّيْلِ قَبْلَ عَمَلِ النَّهَارِ، وَعَمَلُ النَّهَارِ قَبْلَ عَمَلِ اللَّيْل

"Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Rasulullah berdiri di hadapan kami dengan menyampaikan 5 kalimat (di antaranya) beliau bersabda: “ Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla tidaklah tidur dan tidak layak bagiNya tidur. Dia menurunkan timbangan dan mengangkatnya, terangkat (naik) kepadaNya amalan pada malam hari sebelum amalan siang hari, dan amalan siang hari sebelum amalan malam hari…” (H.R Muslim).

Keempat: Penjelasan tentang diangkatnya sebagian makhluk menuju Allah.

Sebagaimana dijelaskan dalam AlQur’an:


{بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ} [النساء: 158]

“Bahkan Allah mengangkatnya kepadaNya” (Surah An-Nisaa’: 158).

{إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ} [آل عمران: 55]

“Sesungguhnya Aku mewafatkanmu dan mengangkatmu kepadaKu” (Surah Ali Imran: 55).

Kelima: Penjelasan tentang ketinggian Allah secara mutlak.

Sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur’an, di antaranya:


{وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ} [البقرة: 255[

“Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung” (Surah al-Baqarah: 255).

{وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ} [سبأ: 23]

“Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar” (Surah Saba’: 28)

Keenam: Penjelasan bahawa Al-Qur’an ‘diturunkan’ dari Allah Subhaanahu Wa Ta’ala. Ini jelas menunjukkan bahawa Allah berada di atas, sehingga Dia menyebutkan bahawa Al-Qur’an diturunkan dariNya. Tidaklah diucapkan kata ‘diturunkan’ kecuali berasal dari yang di atas.

Hal ini sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur’an, di antaranya:


{تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ *} [الزمر: 1]

“Kitab (Al-Quran ini) diturunkan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Surah Az-Zumar: 1).


{تَنْزِيلٌ مِنَ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ *} [فصلت: 2]

“(AlQur’an) diturunkan dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” (Surah Fusshilaat: 2)


{تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ} [فصلت: 42]

“(Al Qur’an) diturunkan dari Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji” (Surah Fusshilat: 42).

Ketujuh: Penjelasan tentang kekhususan sebahagian makhluk di ‘sisi’ Allah (‘indallah) yang menunjukkan bahawa sebahagian lebih dekat dibandingkan yang lain kepada Allah.

Sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur’an, di antaranya:


{…فَالَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ يُسَبِّحُونَ لَهُ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَهُمْ لاَ يَسْأَمُونَ} [فصلت: 38]

“…Maka mereka (malaikat) yang di sisi Tuhanmu bertasbih kepada-Nya di malam dan siang hari, sedang mereka tidak jemu-jemu.” (Surah Fushshilat: 38).

{وَلَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ عِنْدَهُ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَلاَ يَسْتَحْسِرُونَ *} [الأنبياء: 19]

“Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih.” (Surah Al-Anbiyaa’: 19).

{رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ} [التحريم: 11]

“Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di Jannah.” (Surah At-Tahriim: 11)

Kelapan: Penjelasan bahwa Allah ada di atas langit

Hal ini sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur’an:


{أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ *أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ *} [الملك: 16 - 17]

“Apakah kalian merasa aman dari (Allah) Yang Berada di atas langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?, atau apakah kamu merasa aman terhadap (Allah) Yang Berada di atas langit bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku? (Surah al-Mulk: 16-17).

Yang dimaksud dengan ‘Yang berada di atas langit’ sesuai ayat tersebut adalah Allah Subhaanahu Wa Ta’ala. Kerana Allahlah Yang Maha Mampu menjungkirbalikkan manusia bersama bumi yang dipijaknya tersebut serta meneggelamkan mereka di dalamnya. Hal ini diperjelas dengan ayat-ayat yang lain, di antaranya:


{أَفَأَمِنْتُمْ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمْ جَانِبَ الْبَرِّ أَوْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا} [الإسراء: 68]


“Maka apakah kamu merasa aman dari Yang menjungkir balikkan sebahagian daratan bersama kamu atau Dia meniupkan (angin keras yang membawa) batu-batu kecil?” (Surah al-Israa’: 68)
أَفَأَمِنَ الَّذِينَ مَكَرُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ يَخْسِفَ اللَّهُ بِهِمُ الأَرْضَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَشْعُرُونَ

“Maka apakah orang-orang yang membuat makar yang jahat itu, merasa aman (dari bencana) ditenggelamkannya bumi oleh Allah bersama mereka, atau datangnya azab kepada mereka dari tempat yang tidak mereka sadari”(Q.S AnNahl:45).


Disebutkan dalam sebuah hadits:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: «الْمَيِّتُ تَحْضُرُهُ الْمَلاَئِكَةُ، فَإِذَا كَانَ الرَّجُلُ صَالِحًا، قَالُوا: اخْرُجِي أَيَّتُهَا النَّفْسُ الطَّيِّبَةُ كَانَتْ فِي الْجَسَدِ الطَّيِّبِ. اخْرُجِي حَمِيدَةً وَأَبْشِرِي بِرَوْحٍ وَرَيْحَانٍ وَرَبٍّ غَيْرِ غَضْبَان. فَلاَ يَزَالُ يُقَالُ لَهَا ذَلِكَ، حَتَّى تَخْرُجَ، ثُمَّ يُعْرَجُ بِهَا إِلَى السَّمَاءِ فَيُفْتَحُ لَهَا فَيُقَالُ: مَنْ هَذَا؟ فَيَقُولُونَ: فُلاَنٌ. فَيُقَالُ: مَرْحَبًا بِالنَّفْسِ الطَّيِّبَةِ كَانَتْ فِي الْجَسَدِ الطَّيِّبِ. ادْخُلِي حَمِيدَةً وَأَبْشِرِي بِرَوْحٍ وَرَيْحَانٍ وَرَبٍّ غَيْرِ غَضْبَانَ. فَلاَ يَزَالُ يُقَالُ لَهَا ذَلِكَ حَتَّى يُنْتَهَى بِهَا إِلَى السَّمَاءِ الَّتِي فِيهَا اللهُ عزَّ وجلَّ

"Dari Abu Hurairah –semoga Allah meridhainya- beliau berkata: Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Orang yang akan meninggal dihadiri oleh para Malaikat. Jika dia adalah seorang yang soleh, maka para Malaikat itu berkata: ‘Keluarlah wahai jiwa yang baik dari tubuh yang baik’. Keluarlah dalam keadaan terpuji dan bergembiralah dengan roh dan raihan dan Tuhan yang tidak murka. Terus menerus dikatakan hal itu sampai keluarlah jiwa (roh) tersebut. Kemudian diangkat naik ke langit, maka dibukakan untuknya dan ditanya: Siapa ini? Para Malaikat (pembawa) tersebut menyatakan: Fulan. Maka dikatakan: Selamat datang jiwa yang baik yang dulunya berada di tubuh yang baik. Masuklah dalam keadaan terpuji, dan bergembiralah dengan Roh dan Raihan dan Tuhan yang tiada murka. Terus menerus diucapkan yang demikian sampai berakhir di langit yang di atasnya Allah Azza Wa Jalla.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah, Al-Bushiri menyatakan dalam Zawaid Ibnu Majah: Sanadnya sahih dan perawi-perawinya terpercaya, dan disahihkan oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albaani).

Perlu dipahami dalam bahasa Arab bahwa lafadz في tidak hanya berarti di ‘dalam’, tapi juga boleh bermakna ‘di atas’. Hal ini sebagaimana penggunaan lafadz tersebut dalam ayat:


فَسِيحُوا فِي الْأَرْضِ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ

“Maka berjalanlah kamu (kaum musyrikin) di atas bumi selama empat bulan…(Surah At-Taubah: 2).

Dalam ayat itu disebutkan makna في الأرض sebagai ‘di atas bumi’ bukan ‘di dalam bumi’. Kerana itu makna في السماء ertinya adalah ‘di atas langit’ bukan ‘di dalam langit’.


Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda:


أَلاَ تَأْمَنُونِي وَأَنَا أَمِينُ مَنْ فِي السَّمَاءِ! يَأْتِينِي خَبَرُ السَّمَاءِ صَبَاحًا وَمَسَاءً

“Tidakkah kalian mempercayai aku, padahal aku kepercayaan dari Yang Berada di atas langit (Allah). Datang kepadaku khabar langit pagi dan sore” (H.R al-Bukhari dan Muslim).

Disebutkan pula dalam hadits:


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو رضي الله عنهما قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: «الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ. ارْحَمُوا مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

"Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma beliau berkata: Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: Orang-orang yang penyayang disayangi oleh Ar-Rahmaan. Sayangilah yang ada di bumi, nescaya akan menyayangi kalian Yang ada di atas langit (Allah)." (H.R at-Tirmizi dan disahihkan oleh Syaikh al-Albaani).

Kesembilan: Persaksian Nabi bahawa seorang hamba wanita yang ditanya di mana Allah, kemudian menjawab Allah di atas langit sebagai wanita beriman.

Sesuai dengan hadits Mu’awiyah bin al-Hakam:


فَقَالَ لَهَا: «أَيْنَ اللهُ؟»، قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ. قَالَ: «مَنْ أَنَا؟»، قَالَتْ: أَنْتَ رَسُولُ اللهِ. قَالَ: «أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤمِنَةٌ

“Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadanya: Di mana Allah? Dia menjawab: di atas langit. Rasul bertanya: Siapa saya? Wanita itu menjawab: engkau adalah utusan Allah. Maka Nabi bersabda: ‘Bebaskan dia, kerana dia adalah seorang (wanita) beriman” (H.R Muslim).

Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Imam Asy-Syafi’i di dalam kitab al-‘Umm juz 5 halaman 298. Mengenai periwayatan Imam Asy-Syafi’i tersebut Imam Abu Utsman Ash-Shobuni menyatakan di dalam kitabnya ‘Aqidatus Salaf Ashaabul Hadiits:


وإنما احتج الشافعي رحمة الله عليه على المخالفين في قولهم بجواز إعتاق الرقبة الكافرة بهذا الخبر ، لاعتقاده أن الله سبحانه فوق خلقه ، وفوق سبع سماواته على عرشه ، كما معتقد المسلمين من أهل السنة والجماعة ، سلفهم وخلفهم ، إذ كان رحمه الله لا يروي خبرا صحيحا ثم لا يقول به . وقد أخبرنا الحاكم أبو عبد الله رحمه الله قال أنبأنا الإمام أبو الوليد حسان بن محمد الفقيه قال حدثنا إبراهيم بن محمود قال سمعت الربيع بن سليمان يقول سمعت الشافعي رحمه يقول : إذا رأيتموني أقول قولا وقد صح عن النبي صلى الله عليه وسلم خلافه فاعلموا أن عقلي قد ذهب

"Asy-Syafi’i –semoga rahmat Allah atasnya- berhujjah terhadap para penentang yang menyatakan bolehnya memerdekakan hamba kafir dengan khabar (hadis) ini kerana keyakinan beliau bahawa Allah Subhaanahu Wa Ta’ala di atas makhluk-makhlukNya, dan di atas tujuh langit di atas ‘Arasy-Nya sebagaimana keyakinan kaum muslimin Ahli Sunnah wal Jama’ah baik yang terdahulu mahupun kemudian, kerana beliau (Asy-Syafi’i) tidaklah meriwayatkan khabar (hadis) yang sahih kemudian tidak berpendapat dengan (hadis) tersebut. Telah mengkhabarkan kepada kami al-Hakim Abu Abdillah rahimahullah (dia berkata) telah mengkhabarkan kepada kami Abul Walid Hasan bin Muhammad al-Faqih (dia berkata) telah memberitakan kepada kami Ibrahim bin Mahmud dia berkata aku mendengar Ar-Rabi’ bin Sulaiman berkata: Aku mendengar Asy-Syafi’i rahimahullah berkata: Jika kalian melihat aku mengucapakan suatu ucapan sedangkan (hadis) yang sahih dari Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam bertentangan dengannya, maka ketahuilah bahawasanya akalku telah pergi.

Jika ada yang bertanya: Siapa Abu Utsman Ash-Shobuni sehingga dia dapat tahu maksud ucapan Imam Asy-Syafi’i? Maka kita jawab: Abu Utsman Ash-Shobnui adalah salah seorang ulama’ bermazhab Asy-Syafi’i (sebagaimana dijelaskan oleh al-Hafidz Adz-Dzahaby dalam Siyaar A’lamin Nubalaa’). Imam Al-Baihaqi menyatakan tentang Abu Utsman Ash-Shobuni:



إمام المسلمين حقا، وشيخ الاسلام صدقا

“Imam kaum muslimin yang sebenarnya, dan Syaikhul Islam yang sejujurnya.” (Lihat Siyaar A’lamin Nubalaa’ juz 18 halaman 41).

Kami kemukakan ucapan Imam al-Baihaqy di sini kerana para penentang Ahli Sunnah banyak memanfaatkan ketergeliciran Imam al-Baihaqi dalam memahami Asma’ Was-Sifat.


Kesepuluh: Penjelasan bahawa Allah ber-istiwa’ di atas ‘Arasy. Lafaz istiwa’ diikuti dengan penghubung على sehingga bermakna ‘tinggi di atas’ ‘Arsy.

Sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur’an pada 8 tempat pada surat: Al-A’raaf: 54, Yunus: 3, Yusuf: 100, Ar-Ra’d: 2, Thaha: 5, al-Furqaan: 59, As-Sajdah: 4, al-Hadid: 4. Para Ulama menjelaskan bahawa ‘Arasy adalah makhluk Allah yang terbesar dan tertinggi.


Kesebelas: Nabi mengisyaratkan ke atas saat meminta persaksian kepada Allah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadits Jabir riwayat Muslim yang mengisahkan kejadian pada Haji Wada’:


وَأَنْتُمْ تُسْأَلُونَ عَنِّي فَمَا أَنْتُمْ قَائِلُونَ قَالُوا نَشْهَدُ أَنَّكَ قَدْ بَلَّغْتَ وَأَدَّيْتَ وَنَصَحْتَ فَقَالَ بِإِصْبَعِهِ السَّبَّابَةِ يَرْفَعُهَا إِلَى السَّمَاءِ وَيَنْكُتُهَا إِلَى النَّاسِ اللَّهُمَّ اشْهَدْ اللَّهُمَّ اشْهَدْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

“(Nabi bersabda) “Dan kalian akan ditanya tentang aku, apa yang akan kalian katakan? Para Sahabat berkata: ‘Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan, menunaikan (amanah), dan menyampaikan nasihat’. Maka Nabi mengisyaratkan dengan mengangkat jari telunjuknya ke langit mengetuk-ngetukkannya ke hadapan manusia (dan berkata) Ya Allah persaksikanlah (3 kali)." (H.R Muslim).

Keduabelas: Disunnahkannya seorang yang berdoa menadahkan tangan menghadap ke atas.

Sebagaimana dalam hadits Umar bin al-Khattob yang mengisahkan kejadian pada perang Badr:


اسْتَقْبَلَ نَبِيُّ اللهِ صلى الله عليه وسلم الْقِبْلَةَ ثُمَّ مَدَّ يَدَيْهِ فَجَعَلَ يَهْتِفُ بِرَبِّهِ: «اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي، اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي، اللَّهُمَّ إِنْ تُهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةَ مِنْ أَهْلِ الإِسْلاَمِ لاَ تُعْبَدْ فِي الأَرْضِ

“Nabi Allah shollallaahu ‘alaihi wasallam menghadap kiblat kemudian menadahkan tangannya dan berseru kepada Rabb-nya: Ya Allah tunaikanlah apa yang Engkau janjikan untukku, Ya Allah berikanlah apa yang Engkau janjikan untukku, Ya Allah jika Engkau membinasakan kelompok ini dari Ahli Islam, Engkau tidak akan disembah di bumi.” (H.R Muslim).


عنْ سلمانَ رضي الله عنه قالَ: قالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: «إنَّ الله حَيِيٌّ كريمٌ، يَسْتَحْيِي إذا رَفَعَ الرَّجُلُ إليهِ يَدَيْهِ أن يَرُدَّهُما صُفْرًا خَائِبَتَيْنِ

"Dari Salman –semoga Allah meridhainya- beliau berkata: Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Pemalu lagi Mulia. Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangan ke arahNya kemudian Allah mengembalikan kedua tangan itu dalam keadaan tidak sia-sia (H.R at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syaikh al-Albaani).

Ketigabelas: Penjelasan bahawa penduduk Jannah (syurga) akan melihat Wajah Rabb-Nya.

Para Ulama’ menjelaskan bahawa salah satu dalil yang menunjukkan ketinggian Allah adalah dapat dilihatnya Allah nanti oleh penduduk Jannah.


Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda:


عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ البجليِّ رضي الله عنه قَالَ: كُنَّا جُلُوسًا لَيْلَةً مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَنَظَرَ إِلَى الْقَمَرِ ليلَةَ أَرْبَعَ عَشْرَةَ، فَقَالَ: «إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هذَا لاَ تُضَامُونَ فِي رُؤْيَتِهِ

"Dari Jarir bin Abdillah al-Bajali –semoga Allah meredhainya- beliau berkata: “Kami duduk pada suatu malam bersama Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam kemudian baginda melihat pada bulan pada malam tanggal 14 baginda bersabda: ‘Sesungguhnya kalian akan melihat Tuhan kalian sebagaimana kalian melihat (bulan) ini, tidaklah berdesakan dalam melihatnya.” (H.R al-Bukhari dan Muslim).

Keempatbelas: Penjelasan tentang turunnya Allah Subhaanahu Wa Ta’ala ke langit dunia setiap sepertiga malam yang terakhir.


عن أبي هريرةَ رضي الله عنه قالَ: قالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: «يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا، حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرِ، فَيَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ؟ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ؟ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ؟»

"Dari Abu Hurairah –semoga Allah meredhainya- beliau berkata: Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tuhan kita Tabaaroka Wa Ta’ala turun ke langit dunia tiap malam ketika telah tersisa sepertiga malam, kemudian Dia berkata: Siapakah yang akan berdoa kepadaku, Aku akan kabulkan. Siapa yang meminta kepadaku Aku akan beri, siapa yang memohon ampunan kepadaku, Aku akan ampuni.” (H.R al-Bukhari dan Muslim, hadis yang mutawatir).



Kelimabelas: Khabar dari Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam bahawa baginda pada waktu Isra’ Mi’raj setelah mendapatkan perintah solat berulang-alik ketika berpapasan dengan Musa kembali naik menuju Allah untuk meminta keringanan bagi umatnya. Demikian terjadi beberapa kali. Hal ini sebagaimana dijelaskan dalam hadis:


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: «… أَوْحَى اللهُ إِلَيَّ مَا أَوْحَى فَفَرَضَ عَلَيَّ خَمْسِينَ صَلاَةً فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ. فَنَزَلْتُ إِلَى مُوسَى صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: مَا فَرَضَ رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ؟ قُلْتُ: خَمْسِينَ صَلاَةً. قَالَ: ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ، فَإِنَّ أُمَّتَكَ لاَ يُطِيقُونَ ذَلِكَ. فَإِنِّي قَدْ بَلَوْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَخَبَرْتُهُمْ. قَالَ: فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي فَقُلْتُ: يَا رَبِّ! خَفِّفْ عَلَى أُمَّتِي. فَحَطَّ عَنِّي خَمْسًا. فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقُلْتُ: حَطَّ عَنِّي خَمْسًا. قَالَ: إِنَّ أُمَّتَكَ لاَ يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ. قَالَ: فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَبَيْنَ مُوسَى عليه السلام حَتَّى قَالَ: يَا مُحَمَّدُ! إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ. لِكُلِّ صَلاَةٍ عَشْرٌ. فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلاَةً… قَالَ: فَنَزَلْتُ حَتَّى انْتَهَيْتُ إِلَى مُوسَى صلى الله عليه وسلم فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ: ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ. فَقُلْتُ: قَدْ رَجَعْتُ إِلَى رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ مِنْهُ»

"Dari Anas bin Malik –semoga Allah meredhainya- beliau berkata: Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: “….Allah mewahyukan kepadaku apa yang Dia wahyukan. Maka Dia mewajibkan kepadaku 50 solat sehari semalam. Maka aku turun menuju Musa shollallaahu ‘alaihi wasallam, kemudian dia berkata: Apa yang Rabbmu wajibkan bagi umatmu? Aku berkata: 50 solat. Musa berkata: kembalilah pada Tuhanmu, mintalah padanya keringanan, kerana sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukannya. Kerana sesungguhnya aku telah mencuba Bani Israil dan aku mengerti keadaan mereka. Rasululullah berkata: Maka aku kembali kepada Tuhanku dan berkata: Wahai Tuhanku, ringankanlah untuk umatku. Maka dihapuskan dariku 5 solat. Kemudian aku kembali ke Musa dan berkata: Telah dihapuskan (dikurangi) untukku 5 solat. Musa berkata: sesungguhnya umatmu tidak akan sanggup, kembalilah pada Tuhanmu dan mintalah keringanan. Nabi bersabda: Senantiasa aku berulang-alik antara Tuhanku Tabaraka Wa Ta’ala dengan Musa ‘alaihis salam sampai Allah berfirman: Wahai Muhammad sesungguhnya kewajiban solat tersebut adalah 5 kali sehari semalam. Setiap solat dilipat gandakan 10 kali. Maka yang demikian adalah (senilai) 50 solat…..Nabi bersabda: Maka kemudian aku turun sampai pada Musa shollallaahu ‘alaihi wasallam, maka aku khabarkan kepadanya. Musa berkata: Kembalilah pada Rabmu dan mintalah keringanan. Maka aku (Rasulullah) berkata: Aku telah kembali pada Rabbku, sampai aku merasa malu padaNya.” (H.R al-Bukhari dan Muslim, lafadz sesuai riwayat Muslim).


Keenambelas: Nas-nas tentang penyebutan ‘Arasy dan sifatnya, dan seringnya diidhafahkan (disandarkan) kepada Penciptanya iaitu Allah Subhaanahu Wa Ta’ala yang berada di atasnya.

Seperti disebutkan dalam ayat-ayat AlQur’an:


{رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ} [النمل: 26]

“Rabb Arasy yang Agung..”(Surah An-Naml: 126).


{وَهُوَ الْغَفُورُ الْوَدُودُ * ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيدُ *} [البروج: 14 - 15]

“Dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Yang Memiliki Arasy yang mulia “(Surah al-Buruuj: 14-15).


{رَفِيعُ الدَّرَجَاتِ ذُو الْعَرْشِ} [غافر: 15]

“(Allah)lah Yang Mengangkat darjat-darjat, yang memiliki ‘Arasy” (Surah Ghafir: 15).

Penyebutan bahawa Allah istiwa’ di atas ‘Arsy telah dikemukakan dalam sisi pendalilan kesepuluh di atas.



عنْ أبي هريرةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: «إِذَا سَأَلْتُمُ اللهَ فاسْأَلُوهُ الفِرْدَوسَ فإنَّهُ أوسطُ الجنَّةِ، وأعلى الجنَّةِ، وفوقَهُ عرشُ الرَّحْمنِ»

"Dari Abu Hurairah –semoga Allah meredhainya- beliau berkata: Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jika kalian meminta kepada Allah, mintalah (syurga) Firdaus kerana sesungguhnya ia berada di tengah-tengah Jannah (syurga), dan Jannah yang paling tinggi. Di atasnya adalah ‘Arasy Ar-Rahmaan.” (H.R al-Bukhari).



Ketujuhbelas: Aqidah Nabi-nabi sebelumnya secara tegas menunjukkan bahawa Allah Ta’ala berada di atas. Hal ini sebagaimana dakwah Nabi Musa kepada Fir’aun, tetapi Fir’aun menentangnya. Sebagaimana dikisahkan dalam AlQur’an:


{وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَاهَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الأَسْبَابَ *} {أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأََظُنُّهُ كَاذِبًا} [غافر: 36 – 37[


"Dan berkatalah Fir'aun: "Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, iaitu pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta." (Surah Ghafir/Mu’min: 36-37).

Ibnu Jarir at-Thabari menyatakan: "Maksud ucapan (Fir’aun): Sesungguhnya aku memandangnya sebagai pendusta, ertinya: Sesungguhnya aku mengira Musa berdusta terhadap ucapannya yang mengaku bahawasanya di atas langit ada Tuhan yang mengutusnya." (Lihat tafsir AtThobary (21/387)).


Ibnul Qoyyim al-Jauziyyah menyatakan:


“Maka Fir’aun mendustakan Musa dalam pengkhabarannya bahwa Rabbnya berada di atas langit…" (I’laamul Muwaqqi’in juz 2 halaman 317).


Kedelapanbelas: Pensucian Allah terhadap diriNya bahwa Ia terjauhkan dari segala aib, cela dan kekurangan maupun penyerupaan.

Al-Imam Ahmad rahimahullah ketika membantah Jahmiyyah, beliau berdalil dengan ayat-ayat Al-Qur’an yang menunjukkan bahawa setiap penyebutan keadaan ‘rendah’ selalu dalam konteks celaan. Setelah menyebutkan dalil-dalil bahawa Allah berada di atas ketinggian, beliau menyatakan:


“Maka ini adalah khabar dari Allah. Allah mengkhabarkan kepada kita bahawa Dia berada di atas langit. Dan kami dapati segala sifat rendah sebagai tercela. Sebagaimana firman Allah:



إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka..” (Surah An-Nisaa’: 145).



وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا رَبَّنَا أَرِنَا الَّذَيْنِ أَضَلَّانَا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ نَجْعَلْهُمَا تَحْتَ أَقْدَامِنَا لِيَكُونَا مِنَ الْأَسْفَلِينَ


Dan orang-orang kafir berkata: "Ya Rabb kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) sebahagian dari jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina". (Surah Fusshilat: 29) (Lihat Ar-Radd ‘alal Jahmiyyah waz Zanaadiqoh karya Imam Ahmad bin Hanbal halaman 147).


Ibnu Batthah juga menyatakan: Tuhan kita Allah Ta’ala mencela keadaan rendah dan memuji yang tinggi. Sebagaimana dalam firmanNya:


كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ


“Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang yang berbakti itu (tersimpan) dalam 'Illiyyin”.(Surah al-Muthaffifin: 18).’


Illiyyin adalah langit ke tujuh... Dan Allah Ta’ala juga menyatakan:

كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ

“Sekali-kali jangan curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam sijjin”(Surah al-Muthoffifin: 7)


Sijjin iaitu lapisan bumi yang terbawah. (Lihat Ucapan Ibnu Batthoh tersebut dalam kitab al-Ibaanah juz 3 halaman 142-143).

Demikianlah, beberapa sisi pendalilan yang bisa kami sebutkan dalam tulisan ini. Pada tiap sisi pendalilan, terkandung banyak dalil dari AlQur’an maupun hadits yang shahih.


AQIDAH PARA SAHABAT NABI: ALLAH BERADA DI ATAS LANGIT

Setelah dikemukakan sisi-sisi pendalilan berdasarkan Al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih, berikut ini akan disebutkan ucapan-ucapan para Sahabat Nabi –ridhwanullahi ‘alaihim ajmaiin- tentang keyakinan bahawa Allah berada di atas ‘ArasyNya atau di atas langit:

1) Abu Bakr as-Shiddiq radliyallaahu ‘anhu


Ketika Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam meninggal, Abu Bakr As-Shiddiq menyatakan:


أيها الناس ! إن كان محمد إلهكم الذي تعبدون فإن إلهكم قد مات ، وإن كان إلهكم الذي في السماء فإن إلهكم لم يمت ، ثم تلا (وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل أفإن مات أو قتل انقلبتم على أعقابكم) حتى ختم الآية

“Wahai sekalian manusia! Jika Muhammad adalah sesembahan kalian yang kalian sembah, sesungguhnya sesembahan kalian telah mati. Jika sesembahan kalian adalah Yang berada di atas langit, maka sesungguhnya sesembahan kalian tidak akan mati. Kemudian Abu Bakr membaca firman Allah:

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ

“Dan tidaklah Muhammad kecuali seorang Rasul, telah berlalu sebelumnya para Rasul. Apakah jika ia meninggal atau terbunuh kalian akan berbalik ke belakang(murtad)…”(Surah Ali Imran: 144). Sampai Abu Bakar menyelesaikan bacaan ayat tersebut.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Mushannafnya pada Bab Maa Ja-a fii wafatin Nabi shollallaahu ‘alaihi wasallam nomor hadits 37021, al-Bazzar di dalam Musnadnya juz 1 halaman 183).

Riwayat perkataan Abu Bakr As-Shiddiq tersebut adalah sahih. Abu Bakr bin Abi Syaibah meriwayatkan dari Muhammad bin Fudhail dari ayahnya dari Nafi’ dari Ibnu Umar. Semua perawi tersebut (termasuk Abu Bakr bin Abi Syaibah yang merupakan guru Imam al-Bukhari) adalah rijal (perawi) al-Bukhari.


2) Abdullah bin Mas’ud

Sahabat Nabi Ibnu Mas’ud menyatakan:


ما بين السماء الدنيا والتي تليها مسيرة خمسمائة عام ، وبين كل سماءين مسيرة خمسمائة عام ، وبين السماء السابعة وبين الكرسي خمسمائة عام ، وبين الكرسي إلى الماء خمسمائة عام ، والعرش على الماء ، والله تعالى فوق العرش ، وهو يعلم ما أنتم عليه

“Antara langit dunia dengan (langit) berikutnya sejauh perjalanan 500 tahun, dan antara 2 langit sejauh perjalanan 500 tahun, antara langit ke-7 dengan al-Kursi 500 tahun, antara al-Kursi dengan air 500 tahun, dan ‘Arasy di atas air, dan Allah Ta’ala di atas ‘Arasy dalam keadaan Dia Maha Mengetahui apa yang terjadi pada kalian.” (Diriwayatkan oleh Ad-Daarimi dalam kitab Ar-Raddu ‘alal Jahmiyyah bab Maa Bainas Samaa-id Dunya wallatii taliiha juz 1 halaman 38 riwayat nomor 34).

Riwayat perkataan Ibnu Mas’ud ini sahih. Ad-Daarimi meriwayatkan dari jalur Musa bin Isma’il dari Hammad bin Salamah dari ‘Ashim dari Zir (bin Hubaisy) dari Ibnu Mas’ud. Semua perawinya adalah rijaal al-Bukhari.


3) Zainab bintu Jahsy


عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه أَنَّ زَيْنَبَ بِنت جَحْشٍ كَانَتْ تَفْخَرُ عَلَى أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم تَقُولُ: «زَوَّجَكُنَّ أَهَالِيكُنَّ وَزَوَّجَنِي اللهُ تَعَالَى مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سماوات» وفي لفظٍ: كانتْ تقولُ: «إِنَّ اللهَ أَنْكَحَنِي فِي السَّمَاءِ»

"Dari Anas –semoga Allah meredhainya- bahawa Zainab binti Jahsy berbangga terhadap isteri-isteri Nabi yang lain, dia berkata: “Kalian dinikahkah oleh keluarga kalian sedangkan aku dinikahkan oleh Allah dari atas tujuh langit”. Dalam lafadz lain beliau berkata: "Sesungguhnya Allah telah menikahkan aku di atas langit." (H.R al-Bukhari).



4) Abdullah bin Abbas (Ibnu Abbas)

Sahabat Nabi yang merupakan penterjemah AlQur’an ini, ketika menafsirkan firman Allah tentang ucapan Iblis yang akan mengepung manusia dari berbagai penjuru. Iblis menyatakan sebagaimana diabadikan oleh Allah dalam AlQur’an:



{ثُمَّ لآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ} [الأعراف: 17]


“Kemudian sungguh-sungguh aku akan mendatangi mereka dari arah depan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan dan kiri mereka” (Surah al-A’raaf: 17).

Abdullah bin Abbas menyatakan:



لم يستطعْ أنْ يقولَ: منْ فوقهم؛ عَلِمَ أنَّ الله منْ فوقهم

“Iblis tidak dapat mengatakan : (mendatangi mereka) dari atas mereka, kerana dia tahu bahawa Allah berada di atas mereka." (Diriwayatkan oleh Al-Laalika-i dalam Syarh Ushulis Sunnah halaman 661 dengan sanad yang hasan).


5) Abdullah bin Umar

عن زيدِ بنِ أَسْلَمٍ قالَ: مَرَّ ابنُ عمرُ براعٍ فقال: هلْ منْ جَزَرَةٍ؟ فقالَ: ليسَ هاهنا ربُّها، قالَ ابنُ عمر: تقولُ لهُ: أكلَهَا الذئبُ. قالَ: فرفَعَ رأسَهُ إلى السَّماءِ وقالَ: فَأَيْنَ اللهُ؟ فقالَ ابنُ عمر: أنا واللهُ أحقُّ أنْ أقولَ: أَيْنَ اللهُ؟ واشترى الراعي والغنمَ، فأعتقهُ، وأعطاهُ الغنمَ


"Dari Zaid bin Aslam beliau berkata: Ibnu Umar melewati seorang penggembala (kambing), kemudian beliau bertanya: apakah ada kambing yang boleh disembelih? Penggembala itu menyatakan: Pemiliknya tidak ada di sini. Ibnu Umar menyatakan: Katakan saja bahawa kambing tersebut telah dimangsa serigala. Kemudian penggembala kambing tersebut menengadahkan pandangannya ke langit dan berkata: Kalau demikian, di mana Allah? Maka Ibnu Umar berkata: Aku, Demi Allah, lebih berhak untuk berkata: Di mana Allah? Sehingga kemudian Ibnu Umar membeli penggembala dan kambingnya, memerdekakan penggembala tersebut dan memberikan padanya satu kambing itu.” (Diriwayatkan oleh Adz-Dzahabi dalam kitab al-‘Uluw halaman 860, dan Syaikh Muhammad Nashiruddin menyatakan bahawa sanad hadis ini jayyid (baik)).

Demikianlah, sedikit penjelasan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah yang sahihah yang menunjukkan bahawa Allah Ta’ala berada di atas ‘Arasy, di atas langit, di atas seluruh makhlukNya. Telah dikemukakan pula beberapa ucapan para Sahabat Nabi yang sharih (tegas) tentang aqidah tersebut.

Semoga Allah Subhaanahu Wa Ta’ala senantiasa melimpahkan hidayahNya kepada kita semua .


Ditulis oleh Abu Utsman Kharisman untuk situs www.darussalaf.or.id

Disunting dari: www.tukpencarialhaq.wordpress.com
 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template