Jumaat, 26 Mac 2010

KES TAULIAH OH TAULIYAH DI TUNDA

KES PERBICARAAN USTAZ FATHUL BARI DAN SAHABATNYA (OKT)YANG DI TUDUH MENGAJAR UGAMA ISLAM ,YANG TIDAK ADA TAULIYAH OLIH KERAJAAN DI BUMI NEGERI SEMBILAN, SEMPENA MAULIDURRASUL YANG SEPATUTNYA DI BICARAKAN PADA ISNIN 5 APRIL2010 JAM 9 PAGI DI MAHKAMAH SYARIAH KUALA PILAH. TELAH DI TUNDA KE HARI KHAMIS 22APRIL2010(7 JAMADILAWAL 14310) JAM 9 PAGI,DI MAHKAMAH SYARIAH KUALA PILAH,JEMAAH SUNNAH HARAF MAKLUM.

Khamis, 25 Mac 2010

WUJUDNYA KELUARGA SUNNAH DI MALAYSIA

PERTUMBUHAN KELUARGA SUNNAH DI MALAYSIA

Bila di sebut KELUARGA SUNNAH MALAYSIA, berertilah ia satu Golongan umat Muslim yang terdiri daripada mereka yang beragama Islam, yang berdasarkan Kitab Al-Quran dan Hadis yang sahih, Ijmak para Sahabat dan Qias dalam jurusan keduniaan.

Kami adalah golongan muslim yang tidak bertaqlid kepada mana-mana salah satu mazhab, yang masyhor atau yang tidak masyhor, tetapi ia boleh melakukan" ITTIBA' " iaitu menerima dan mengikut satu satu pendapat yang muktabar,setelah di ketahui keterangannya yang jelas dari kitab Al-Quran dan Hadits Nabi. Dan tidak tersekat untuk melakukan IJTIHAD jika mempunyai syarat dan kemampuan. Pengambilan dasar adalah terlingkung dalam soal Aqidah (Tauhid) ibadah, dan urusan mu'amalah keduniaan, dan tidak akan keluar dari garisan tersebut pada bila bila masa pun.

Fahaman As-Sunnah bukannya satu pendatang baru dalam sejarah Islam tetapi selaras dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan segala pengikut yang mematuhi Syariatnya. Fahaman Sunnah mulai KABUR setelah lahirnya zaman MUQALLIDIN pada abad ke tujuh hijrah,(656h) setelah di katakan pintu Ijtihad di tutup.

Zaman kemurnian As-Sunnah ialah dimulai zaman kehidupan Rasullah s.a.w. zaman kedua Khulafaa'ir Rasyidin, zaman ketiga ialah zaman sahabat kecil dan Tabi'iin, zaman ke empat ialah zaman Mujtahidin yang berakhir pada abad ke empat (350H) dan abad ke lima dan ke enam adalah abad Pentarjihan yang akhirnya tibalah zaman kemalapan Umat Islam Sedunia.

Dalam abad ketujuh (mulai 656H), mulalah zaman muqallidin iaitu zaman ummat Islam membeku otak dan fikirannya yang menyebabkan ummat Islam tidak bergerak lagi, dan zaman ini timbulnya fitnah hingga sekarang. Tetapi Allah tidak akan memadamkan Nur Nya, maka tumbuhlah:-

1. Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnul Qaiyyim (661-728) - (691-751) Abad ke 8.

2. Muhammad Abdul Wahhab dan anak-anaknya di Hijaz (1114-1176 H) Abad ke 12.

3. Syed Jamaluddin Al Afghany (1839-1897 M)
Syed Muhammad Abdul (1849-1905 M)
Syed Mohd Rashid Ridha (1855-1935 M)
- Abad ke 13 H / 19-20 M.

Fikiran "Urwatul Wutsqa" (13 March 1884-Oktober 1884) dan timbul pula Majalah Al Manar, yang kemudian lahir fikiran Urwatulwutsqa dan Al Manar keseluruh dunia Islam sebagai hasil dari fikiran Muhammad Abduh - Rashid Risha.

Fikiran itu segera mengalir kealam Melayu yang disambut pula oleh Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin dengan Majalah Al Imam yang pertama 1906 di Singapore yang tersibar luas di Semenanjung Tanah Melayu dan beberapa kota di Indonesia, dan timbullah Majalah Saudara dan Ikhwan di Pulau Pinang, dan lahirlah Kiyai Ahmad Dahlan di Indonesia dengan Muhammadiyahnya, serta bersemaraklah fikiran Muhammad Abduh dinusantara sekalipun menempuh ranjau sepanjang zaman.

Tidak dilupai sepanjang perjalanan Keluarga As Sunnah dinusantara ini nama-nama mujahidnya, antaranya:

DI MALAYSIA:-
Syeikh Mohd Tahir Jalalauddin
Pendita Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba)
Sayed Syeikh Ahmad Al Hady
Syeikh Abu Bakar Al Asy'ary
Syeikh Ibrahim 'Aqiby
Al Ustaz Hj. Ahmad Amin
Al Ustaz Hj. Saidin Kamaruddin
Datuk Hj. Muhammad Said Kelantan
Maulana Muhammad Ma'adah bin Layang
Hj Nik Saleh nin Wan Musa
Syeikh Sidi Latif
Hj.Abdul Malik Hussain
Al Hafidz Hj. Rijal Abdullah
Al Ustaz Hj. Hashim Ghani


Mata rantai Muhammad Abduh - Rashid Ridha juga ada beribu-ribu banyaknya diseluruh dunia Islam yang dianggap sebagai golongan Safiyyien yang tidak mementingkan satu mazhab sahaja dengan tekad menyatukan semula semua mazgab dibawah dilindungan Kitab Al Quran-Hadits dan pada tahun 1938 lahirlah hasrat murni ini suatu kumpulan Ulama Islam sebagfi golongan "AL ISLAH" di Mesir dibawah pimpinan Mushthafa Al Maraghy, kalangan ini terus bergerak hingga sekarang.

Keluarga As Sunnah Malaysia adalah jalinan dari semua yang dinyatakan ini yang mempunyai keluarga berpuluh ribu orang hingga sekarang ini yang ingin membentuk suatu keperibadian, suatu masyarakat kecil atau besar yang bercorak As Sunnah, yang bersumberkan Kitab Al Quran dan Sunnah Rasul saw.






Selasa, 23 Mac 2010

KESIHATAN MENTAL

STRESS


Kita tidak boleh elak dari "STREES" dalam kehidupan harian.

Ia berlaku apabila:

>Membelanjakan wang

>Menerima tanggungjawab

>Membuat pilihan

>Berkerja dengan orang lain

Strees yang sedikit boleh jadi perangsang, tetapi yang berpanjangan boleh menjadi BAHAYA.

KESAN STREES TERHADAP KESIHATAN

1) MENTAL

>Gelisah

>Kemurungan

>Resah

>Kurang motivasi/keyakinan

>Kurang daya tumpuan

>Rasa Kekosongan

2. FIZIKAL

>Sukar untuk tidur

>Hilang selesa makan

>Penyakit gastrik

>Sakit Kepala

>Ruam Kulit

3. CARA HIDUP

>Merokok

>Menyalah gunakan arak/dadah

>Hidup 'Sedentary'

Sekiranya 'stress' berterusan, ia boleh mengakibatkan penyakit psikiatri, darah tinggi atau penyakit jantung.

CARA-CARA MENGURANGKAN 'STRESS'

1. Mengenal diri sendiri:

>Belajar menerima kelemahanatau kecacatan pada diri sendiri.

>Tahu kebolehan diri.

>Meletak matlamat yang boleh dicapai.

>Membuat pilihan yang sesuai dengan diri sendiri.

2. Merancang kerja anda:

>Menentukan keutamaan dan agihkan masa kerja anda.

>Beri masa untuk menyesuaikan dengan sesuatu perubahan.

3. Membuat keputusan dengan bijak:

>Membuat keputusan setelah mengkaji semua pilihan yang ada.

>Jangan terlalu mengikut perasaan bila membuat keputusan.

4. Berkongsi Masalah:

>Berbincang dengan orang yang anda baoleh percaya seperti ibubapa , guru, suami, penyelia atau pemimpin agama.

5. Menjaga Kesihatan:

>Makanan yang seimbang.

>Senaman yang cukup.

>Tidur yang cukup.

Badan yang sihat melindungi anda daripada stress.

6. Membina keluarga bahagia:

>Beri cukup masa untuk beristirehat dan bermesra dengan keluarga

7. Sokongan daripada rakan-rakan:

>Pengalaman dari kawan-kawan boleh mengurangkan fikiran yang tegang.



*****************************



Sabtu, 20 Mac 2010

MENGATASI KESULITAN

Dalam untuk mencapai kemenangan,kekuatan,hikmah dan lain-lain.KITA Akan menemui KESULITAN,begitu juga apa sahaja yang kita hadapi,ada ada terutamanya dalam menegakkan ugama Allah,yang akan kita hadapinya.Allah dah tentukan LAQAD KHOLAKNANAL INSAANA FIKABAD(surah al-Balad 4 (MANUSIA ITU DI JADIKAN BENAR BENAR DALAM KESULITAN).Kata BALAD dalam ayat ini bererti adanya yang MENYUSAHKANNYA.Maka adanya kesulitan dan HALANGAN itu lah yang menempa tenaga juang dan kesadaran dalam diri manusia sehingga ia menjadi MAHLUK YANG BERMUTU TINGGI,Bukan mahluk yang barsenang senang asal perut kenyang,cukup bulan ambil gaji,berfikir segala mudah sahaja,tak pernah merasai penderitaan orang lain di tertawakannya.Gulungan ini tidak akan menjadi umat yang bermutu,pantang kena halangan,jika di hadapkan kesulitan kepada kesulitan,JIWA mereka jadi kecil dan suka surut di tengah jalan,tak ubahnya bak lampu minyak kecil yang kena angin sedikit sudah padam.

Khamis, 18 Mac 2010

IQRAQ YA SAHABAT.......

Membaca adalah suruhan Allah yang pertama di wahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w ,baginda di angkat menjadi Rasul dengan surah al-Alaq 1-5.Membaca al-Quran adalah ibadah,yang akan menjana agama dan umat islam kemercu ilmu tanpa sempadan.Untuk menjadi ilmuan kita mesti rajin membaca dan meningkatkan ketahap kecerdasan yang di perlukan supaya ia selaras dengan tuntutan Ilahi.


Memahami apa yang di baca adalah Requisit.Membaca tidak faham bukan membaca namanya,kerana ia tidak memenuhi istilah dan definasi membaca.Bermula membaca al-Quran Itu ialah di mulai dengan mengenal khalimah dan seterusnya ke ayat.Ia mestilah di lancar hingga mahir ,selepas itu kita majukan hingga ke tahap dan tujuan ayat supaya dapat memahami maksudnya.Barulah kita dapat berinteraksi dengan hidayah Allah,Al-Quran,yang di turunkan sebagai hidayah untuk manusia,supaya kita ke tahap kemanusian atau Humanity.Apalah gunanya al-Quran di turunkan daripada langit itu jika ia tidak di baca dan apatah lagi ia di baca tetapi tidak di fahami.MALANGNYA AL-QURAN.....Telah menjadi kitab mistik di kalangan umat islam itu sendiri.Contohnya setengah orang sahaja yang layak untuk membaca dan memberi maksud al-Quran itu,serupa macam keadaan di negara -negara Keristiandan Yahudi,yang mana Rahib dan Paderinya sahaja yang layak berpidato mengikut pesepsinya.Sepatutnya kita menggalakan umat islam memahami al-Quran.Di sinilah yang akan membentuk nilai kemanusian untuk mengisi modal insan dan memenuhi keperluan negara untuk keperluan manusia sejagat.

Selasa, 16 Mac 2010

CINTA DAN PEMBAHAGIANNYA

MAHABBAH @ CINTA
Ada beberapa bahagiannya:

1) Mahabbah Tabi'iyah (Cinta tabi'at)

2) Mahabbah Rahmah Wal Isyad (cinta kasih dan rindu)

3) Mahabbah Unsi Wal Alf (cinta jinak mesra)

4) Mahabbah Ubudiyah (Cinta Ibadah)

1) Cinta Tabi'at:
Cinta semula jadi, Ialah cinta atau keinginan si Lapar kepada makanan, si Dahaga kepada minuman dan lain-lain. Cinta seperti ini bukan bererti" Membesarkan"yakni bukan ibadah.

2) Cinta Kasih dan Rindu:
Cinta ini termasuklah belas kasihan, Rindu dan Sayang, seperti cinta seorang ayah kepada anaknya, cinta ini juga tidak bererti membesarkan.

3) Cinta Jinak dan Mesra:
Cinta ini Cinta Kemasyarakatan (sosial) seperti keinginan masyarakat kepada bidang perusahaan dan pelajaran, cinta persaudaraan antara satu dan sama lain. Dari rasa Mahabbah di atas itulah Rasullah s.a.w, suka kepada halwa dan manisan, yang paling baginda sukai ialah halwa yang sejuk, baginda juga suka makan daging yang pejal. Baginda juga menyukai isteri-isterinya, yang paling d cintainya Siti Aisyah, yang paling dkasihi antara sahabat sahabatnya ialah Abu Bakar as Sidiq.

Wujudnya jenis jenis cinta seperti dterangkan di atas tidaklah menjadi syirik kerana Mahabbah-Mahabbah ini telah sebati kepada mahluk antara satu dengan lain.

BERSAMBUNG ..............






Isnin, 15 Mac 2010

BINGUNG DEN BINGUNG...?

Kita yang menjadi generasi zaman abad 21 ini. Menjadi bingung melihat agama yang satu tetapi sudah menjadi beribu kelompok dan beribu kitab, yang mana masing masing bermegah dengan
puak masing masing.

Ibnu Jauzi berada antara tahun 508 hingga 596 h ,Telah menyiasat fahaman manusia di zamannya di antaranya:

1) Ada kaum SUFISTHA'IYAH, Yang menyakini Segala ini, tidak ada hakikatnya, semuanya lahiriyah.
2) Ada kaum DAHRIYAH, Yang menyakini tidak ada Tuhan , tidak ada pencipta bagi alam ini.
3) Ada kaum THABI'IYYIN, Yang mengatakan segala mahluk ini di buat oleh NATURE, Terjadi dengan sendiri kerana ada 4 unsur (Api, air, angin dan tanah).
4) Ada kaum THANAWIYAH, Segala dua, ada dua penyebab pencipta: a)Gelap membuat kejahatan. b) Nur membuat kebaikan, keduanya berlainan sifat, Kutub Utara dperintah Nur, Kutub Selatan dperintah Dzulumat (Gelap)
5) Ada kaum FILSAFAT, Yang semata berdasar otak dan akal semata dalam mentukan kehidupan jasmani dan rohani, tanpa mengindahkan segala Kalam anjuran Nabi dan Rasul, tidak percaya kepada kitab Samawi.
6) Ada kaum yang menyembah berhala , yang d mulakan oleh Bani Qabil keturunan Adam yang bernama WAKDAN, SHUAN, YAGHUTH, YAGHUT. Sampai zaman Nabi Nuh a.s dan hancur sampai keturunan Nabi Ismail a.s dan ada Lata wal uzza dan manat, selasa yang di hancurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
7) Ada kaum menyembah Bintang Tujuh, Dua belas, Haikal raksaksa dlangit luas.
8) Ada yang menyembah Matahari, Bulan dan Api seperti kaum Majusi.
9) Ada kaum Ingkar segala Nabi-Nabi seperti Brahma dan Hindu.
10)Ada banyak lagi fahaman termasuk Yahudi dan Nasara.

Ahad, 7 Mac 2010

AL-QURAN PEMBIMBING UMMAT

Mengingati Kembali NostalgiaKu bersama
Allahyarham Ustaz Hashim Ghani

Allahyarham Ustaz Hashim Ghani Pemimpin pengajaran memahami Al-Quran yang mempunyai pelajar di Malaysia,Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunai, memberi sokongan yang besar terhadap usaha yang besar terhadap usaha yang dijalankan oleh Tan Sri Haji Abdul Jalil Hassan,Pengarah Dakwah PERKIM(Ketika perjuangan Alyrhm dahulu) yang akan mengesahkan berbagai agama sesat dirantau ini, usaha ini harus diikut oleh para ulamak prograsif ditanah air ini.

Alyrhm Utz.Hashim telah menyarankan bahawa usaha ini harus dijalankan dengan pesat oleh semua pehak yang bertanggung jawab, kerana selama ini tanggungjawab itu amat dicuaikan sehinggga berbagai2 ilmu yang bukan Islam telah muncul dengan berterangan dalam negara ini. Apa yang perlu dijelaskan ialah semua aqidah yang sesat dan amalan sesat itu haruslah disampaikan oleh ahlinya.

Menurut Alyrhm, bahawa Agama yang benar ialah yang berdasar kepada pusaka peninggalan Rasulullah saw sahaja iaitu Al-Quran dan Al-Hadits kerana ini telah dijamin benarnya oleh Rasullah dalam banyak sabdanya yang sahih. Mereka yang berpedomankan Dua Pusaka Rasulullah ini dijamin tidak akan sesat selama2nya, tetapi Agama yang keluar dari Dua Dasar ini pasti akan sesat, maka semua agama sesat yang dipersoalkan selama ini adalah agama ciptaan orang2 jahil yang tidak mengenal Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya.

Alyrhm juga memberitahu semua siswanya supaya menjauhi segala fahaman sesat ini, dan berusaha mempelajari isi kandungan Al-Quran yang lengkap dengan ilmu2nya, kerana banyak antara guru2 agama sesat itu mempermainkan ayat2 AlQuran dengan jahil, seperti mereka memahami sepotong ayat "wafianfusikum, apalaa tubsirun" mereka ertikan "bahawa Tuhan ada dalam diri kamu kenapa tidak kamu perhatikan" fahaman ini amat sesat, ilmu2 kajidiri dan kebatinan seperti ini amat banyak dipelajari secara diam2 oleh orang2 Islam dinegara ini.

Kepercayaan2 kebangkitan Imam Mahdi semakin meluas sekarang hingga mereka yang jahil itu cepat terpengaruh dengan seorang yang mendakwa dirinya Imam Mahdi, walhal Ulamak Hadits kebanyakannya memutuskan bahawa semua hadits yang berkaitan dengan kebangkitan Mahdi diakhir zaman itu adalah lemah semuanya, tidak dapat dipergangi, Kepercayaan itu sekarang amat mendalam, ada pula guru2 sesat mendakwahkan seorang Syeikh yang sekarang ghaib akan lahir tidak lama lagi sebagai Imam Mahdi.

Teringat lagi semasa Alyrhm memberi pandangan semasa hayatnya, Istilah Agama sesat itu haruslah pehak yang bertanggunjawab meneliti dengan hati2 , jangan pula mereka yang berpegang kepada AlQuran dan AlHadits yang dijamin Rasulullah itu pula dianggap sesat, ertinya pehak yang berpegang kepada Quran dan Sunnah dianggap sesat, ertinya pehak yang menuduh sesat itulah sebenarnya sesat, kerana matanya kabur untuk memahami tujuan Quran dan Sunnah Rasul.

Satu usaha untuk menghapuskan agama sesat ialah menyediakan pelajaran agama yang diambil dari pokok asalnya. Seperti yang dilakukan oleh kerajaan Saudi sekarang. Semua kitab2 lama yang berbau penjajah rohani hendaklah ditolak, ada banyak kitab2 yang tidak dapat difahami maksud dan ungkapannya, keterangan2 dan dalil2 yang diberikan banyak mengelirukan ilmu2 yang berbau Rafadhi dan Syiah banyak diamalkan, aqidah2 Syirik kotor bersarang dalam jiwa penganut Islam, mereka berTuhankan kepada bukit2 dan gunung2, kepada keramat2 jin dan wali2, ini perlu dibaiki.

Tentang penggunaan Tauliah yang diamalkan oleh semua Jabatan Agama sekarang sebenarnya sistem penjajah Kristian yang hendak menghalng kemunculan Islam, akibatnya bahawa Ilmu yang hak itu tertutup dan secara rahsia ilmu2 sesat yang keluar dari ajaran Allah dan Rasulnya berkembang dengan pesatnya. Pehak kerajaan harus mengkaji soal Tauliah ini dengan teliti, apa salahnya dibebaskan mereka mengeluarkan pendapatnya, tetapi adakan pengawasan tentang kesesatan yang dibawanya, Islam ini adalah agama Allah yang dipegangi Masyarakat, pehak kerajaan hanya menentukan garis yang harus diamalkan.


Sabtu, 6 Mac 2010

PERJUANGAN ISLAM


Kita telah menyaksikan dari sejarah betapa indahnya jalan yang direntang oleh Nabi Muhammad dan Para Sahabatnya dan kesastria dan pejuang-pejuang Islam kemudiannya, mereka berjuang atas hasrat menyeru manusia kejalan Allah yang lurus lempang, sejarah yang dilukis mereka belum pernah dapat diatasi oleh sesiapa jua dan apa jua agama didunia ini, dan kejayaan, kelazatan dan ketinggian yang diperolehi tidak pernah dicapai oleh sesiapapun. Semuanya dicapai kerana mereka mentaati Allah dan Rasul (Agama) Besar sekali malang menimpa ummat Islam kini bahawa ketinggian, kebesaran dan kebahagian yang berada ditangan penganut Islam itu telah lenyap, bencana dan kecelakaan yang dirasai oleh ummat Islam bermula setelah pembesar dan pemimpin Islam melupakan Ajaran Allah dan Rasulnya, setelah kitab Al-Quran dan Al-Hadits dibelakangi, setelah mereka tenggelam dalam kemewahan dan mabuk keduniaan, berenang dalam nikmat melimpah ruah
hingga tidak berupaya lagi menolak bencana keruntuhan......................................................................................................................................................

Maaf ada ganggguannnnnn....
TIDAK DPT DTERUSKAN KERANA MAASAAALAH.... TAULIAH!!!???

Shh.KTF/10

Jumaat, 5 Mac 2010

PAPAN HITAM MIS TAHUN 1952 DI LARIKAN JHEINS

Kisah benar,bukannya Dongeng,tiada yang benar ,melainkan benar.PAPAN HITAM MIS
Wujud sejak tahun 1952,kami belum lahir d Dunia ini.Papan itulah telah banyak berjasa,sudah melahirkan ramai para ustaz ustaz,cendikiawan ,serta pejuang
kepada al-Quran dan Sunnah khususnya d Kuala Pilah,tapi malangnya pada ahad 28 febuari 2010 .kira kira jam 11.30 pagi,telah di larikan JHEINS,Dek kerana penceramah undangan sempena Mauludur Rasul, Ustaz Fathul Bari bin Mohd Jaya di tangkap ,dek kerana TIADA TAULIAH,Maka teringat kami bagaimana,TILAM Di usung kemahkamah untuk menjadi saksi kes Dato Sri Anuar Ibrahim satu masa dulu,maka tergambar kami,papan hitam MIS, Yang akan diusung olih JHEINS,untuk jadi saksi perbicaraan ustaz FathulBari dan 3 sahabat yang di tuduh subahat pada Isnin
5 april 2010 jam 9 pagi d mahkamah syariah Kuala Pilah. Biasanya Subahat adalah seperti kes jenayah,dadah,rogol dan lainnya.tapi PELIK DAN AJAIB,Dunia serba
moden ini,Orang yang membantu menegakkan ugama Allah,di tuduh bersubahat dengan Allah dan Rasulnya,kerana menegakkan ugamanya , Sedangkan kata Allah dlm surah Muhamad ayat7: "HAI ORANG BERIMAN JIKA KAMU MENOLONG UGAMA ALLAH,NISCAYA ALLAH
AKAN MENOLONG KAMU DAN AKAN MENETAPKAN PENDIRIAN KAMU"

Selasa, 2 Mac 2010

MENGINGAT 28 TAHUN DAHULU

Dalam Kuthbah Iedil Adha tahun 1982 dahulu dihalaman Madrasah Ittiba Us Sunnah Kuala Pilah, Aly. Ustaz Hashim A. Ghani pernah menyarankan agar pihak berkuasa Agama di negara ini khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dinegara merdeka ini meminda peraturannya kepada suatu peraturan yang luhur, supaya KEMERDEKAAN yang diperjuangkan oleh rakyat itu benar-benar dapat memberi keharmonian hidup beraqidah dan beribadah, bukan suatu himpitan dan paksaan. Peraturan beragama sekarang merupakan PERANGKAP untuk menjerat dan MENCEKEK leher rakyat yang sudah begitu banyak menjadi mangsanya.

Dalam Kuthbahnya Allahyarham memberitahu bahawa pihak Jabatan Agama Islam N. Sembilan melalui Kadhi Daerah Kuala Pilah, supaya kedudukan Jamaah As Sunnah di Madrasah Ittiba Us Sunnah disini dibongkar dan dihadapkan kemuka Undang-undang Syarak. Jamaah As Sunnah juga telah menyumbang bermati-matian bersama seluruh rakyat negara ini untuk mencapai kemerdekaan dan menyumbang jiwa raga untuk mengembang faham Islam yang murni terutama di Negeri Sembilan ini, tetapi rupanya jasa baik itu hancur menjadi debu.

Apa salahnya pihak kerajaan yang kami sama mengangkatnya semenjak 25 tahun yang lalu, merubah akta-akta yang menekan kebebasan beraqidah dan beribadat itu dipinda dan disesuaikan dengan jiwa Islam dan secucuk dengan seluruh keluarga Sunnah yang sudah tumbuh di Kuala Pilah ini sejak sebelum perang dunia kedua. Selanjutnya Allahyarham menyampaikan bahawa Keluarga Sunnah di Kuala Pilah bukan pendatang asing dan baru dinegeri ini, kita adalah rakyat asal Negeri Sembilan. Faham Qur'an-Hadits memang tidak asing disini, kita tidak pernah membuat kekacauan dan huru hara, dan mengapa soal dan kedudukan Jamaah As Sunnah ingin dibongkar dan diungkit-ungkit semula. Allahyarham menyebut bertapa malangnya ummat Islam kini disebab perbuatan pemimpin Islam sendiri, yang keluar dari ajaran Al-Qur'an dan Hadits.

Demikian petikan sebahagian Kuthbah Allahyarham Hashim A. Ghani tahun 1982 itu, yang berhubungkait dengan peristiwa MIS diserbu oleh JHEAINS dan menahan Penceramah Undangan Ustaz Fathul Bari berserta dengan 3 yang lain pada 28hb. Febuari yang lalu. Sebagai sebuah badan yang menjaga hal ehwal Agama Islam dinegeri ini, maka penampilan yang wajib ditonjolkan ialah ciri-ciri keIslaman seperti bersopan-santun, menghormati kawan dan lawan, beradab dan sebagainya. Tetapi sebaliknya berlaku ketika mereka menyerbu dan menceroboh MIS, mereka bertindak aggresif, kasar dan tidak sopan, menafikan hak individu yang berada di MIS dan melakukan apa sahaja dengan alasan mereka punya KUASA. Siapa yang mempersoalkan tindakan mereka akan diambil Kad Pengenalan. Mengerahkan anggota penguatkuasa JHEAINS bersama pasukan Polis dengan begitu ramai yang menjangkau hampir 70 orang memberikan implikasi buruk terhadap MIS kepada orang awam diluar, seolah-olah sedang berlaku operasi menangkap penjenayah paling ganas sedang dilakukan.

Oleh yang demikian, suka kami menyarankan kembali, seruan yang dibuat oleh Allahyarham 28 tahun dahulu disemak semula dan kami serukan lagi agar peraturan-peraturan atau enakmen-enakmen di JHEAINS itu dikaji semula agar ia bersesuaian dengan kehendak Al-Qur'an dan Hadits Nabi SAW agar rakyat dapat beramal dengan keyakinan mereka berdasarkan kedua sumber tersebut dengan aman dan harmoni tanpa ada rasa ketakutan atau perasaan benci terhadap pemerintah. Penguatkuasa-penguatkuasa di JHEAINS itu juga wajib dididik dengan asas-asas Islam agar tindakan yang mereka lakukan bersesuaian dengan apa yang diajarkan kepada mereka dan juga mencerminkan identiti JHEAINS sendiri. Wassalam.

VIDEO SEBUTAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH KUALA PILAH


Isnin, 1 Mac 2010

KENYATAAN MEDIA MIS

UNTUK EDARAN SEGERA:-


KENYATAAN MEDIA
ISU PENANGKAPAN PENCERAMAH DI MADRASAH ITTIBA US SUNNAH
KUALA PILAH


Dalam beberapa Akhbar Arus Perdana hari ini (1hb. Mac 2010) melaporkan bahawa:-

1. Seorang pendakwah bebas berasal dari Perlis ditahan anggota penguatkuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika sedang berceramah di Maahad Ittiba Us Sunnah disini hari ini (28hb. Feb. 2010) turut ditahan 3 pengikut kanan penceramah itu.

2. Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JHEAINS telah beberapa kali menasihatkan pendakwah itu supaya mendapat tauliah sebelum mengadakan ceramah.

3. JHEAINS telah mengeluarkan surat kepada Maahad Ittiba Sunnah (MIS) supaya memohon dan mendapatkan keizinan beberapa hari lalu sebelum membenarkan pendakwah itu memberikan ceramah.

4. Terdapat pengikut sedang leka mendengar ceramah yang disampaikan pendakwah berkenaan.

5. Suasana menjadi kecuh seketika apabila sebahagian daripada pengikutnya tidak berpuas hati dengan tindakan JHEAINS, mereka turut mengeluarkan kata-kata kesat.

6. "Kita telah memerhati pergerakan pendakwah bebas ini sejak beberapa bulan lalu dan kita dapati ia masih berdegil meneruskan kegiatannya walaupun beberapa kali ditegur", menurut kata Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan JHEAINS)

Berdasarkan kepada laporan tersebut, pihak Madrasah atau Maahad Ittiba Us Sunnah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:-

1. Madrasah atau Maahad Ittiba Us Sunnah (MIS) tidak pernah menerima apa-apa surat maupun lisan dari JHEAINS beberapa hari lalu supaya memohon dan mendapat keizinan membenarkan pendakwah itu memberikan ceramah dan kenyataan itu adalah merupakan suatu suatu pembohongan daripada Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JHEAINS. MIS dalam sejarahnya semenjak tahun 1952 dengan JHEAINS maupun Jabatan Agama Islam Kuala Pilah pernah memohon keizinan menjalankan kegiatannya maupun permohonan Tauliah Mengajar oleh guru-guru MIS, namun tidak pernah diendah dan dilayan oleh kedua-dua jabatan tersebut.

2. Terdapat kira-kira 50 orang pengikut sedang leka mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah tersebut adalah merupakan suatu penghinaan kepada Jamaah As Sunnah Kuala Pilah, kerana kami bukan leka atau ayat yang sebanding dengannya khayal dengan ceramah tersebut, tetapi kami mendengar dan meneliti isi dan butir yang disampaikan oleh penceramah tersebut dengan keterangan dan dalil dari Ayat Al-Qur'an dan Hadits Nabi SAW.

3. Tidak terjadi sebarang kekecuhan seperti yang dilaporkan Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan JHEAINS) itu, kerana dengan ketenangan Jamaah As Sunnah Kuala Pilah menghadapi suasana tegang yang diujudkan oleh JHEAINS dengan mengepung bangunan MIS dengan anggota hampir 70 orang dan menyerbu masuk ke dewan Kuliah secara mengejut tanpa sebarang Surat Kebenaran/Warant yang dilakukan oleh anggota Penguatkuasaan JHEAINS dapat dikawal oleh penganjur dan Jamaah As Sunnah yang sedang mengikuti ceramah tersebut. dan tindakan sedemikian bukanlah tindakan pertama JHEAINS menyerbu MIS dan dengan itu Jamaah As Sunnah Kuala Pilah amat matang dan sabar menghadapi suasana itu, maka kekecuhan yang dimaksudkan dalam akhbar itu adalah bertujuan untuk memberikan gambaran buruk kepada Jamaah As Sunnah Kuala Pilah kepada umum.

Sekian untukKenyataan Akhbar dan sebaran umum.

Disediakan oleh:-
Hazman Hashim
Madrasah Ittiba Us Sunnah
Kuala Pilah.

Bertarikh : 1hb. Mac 2010 di Kuala Pilah.

TIDAK MENGAKU BERSALAH

Ustaz Fathul Bari bersama dengan Ustaz Khairudin Daud, Abdullah Sanusi Othman dan Amirul Nik Faiz mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Mahkamah Syariah Kuala Pilah hari ini atas tuduhan mengajar agama tanpa tauliah dan bersubahat di MIS pada 28hb. Februari 2010. Setelah menyambung memberi keterangan di Pejabat Agama Islam Kuala Pilah jam 9.00 pagi, mereka terus dihadapkan ke Mahkamah Syariah kira-kira jam 1.00 tengahari. Sebutan kes akan didengar pada 5 April, 2010 akan datang. Mereka dibebaskan dengan ikat jamin jam 2.30 petang. Seramai kira-kira 60 orang Jamaah As Sunnah hadir memberikan sokongan termasuk Ustaz Minghat Mahmud dari Melaka.
 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template