Khamis, 25 Mac 2010

WUJUDNYA KELUARGA SUNNAH DI MALAYSIA

PERTUMBUHAN KELUARGA SUNNAH DI MALAYSIA

Bila di sebut KELUARGA SUNNAH MALAYSIA, berertilah ia satu Golongan umat Muslim yang terdiri daripada mereka yang beragama Islam, yang berdasarkan Kitab Al-Quran dan Hadis yang sahih, Ijmak para Sahabat dan Qias dalam jurusan keduniaan.

Kami adalah golongan muslim yang tidak bertaqlid kepada mana-mana salah satu mazhab, yang masyhor atau yang tidak masyhor, tetapi ia boleh melakukan" ITTIBA' " iaitu menerima dan mengikut satu satu pendapat yang muktabar,setelah di ketahui keterangannya yang jelas dari kitab Al-Quran dan Hadits Nabi. Dan tidak tersekat untuk melakukan IJTIHAD jika mempunyai syarat dan kemampuan. Pengambilan dasar adalah terlingkung dalam soal Aqidah (Tauhid) ibadah, dan urusan mu'amalah keduniaan, dan tidak akan keluar dari garisan tersebut pada bila bila masa pun.

Fahaman As-Sunnah bukannya satu pendatang baru dalam sejarah Islam tetapi selaras dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan segala pengikut yang mematuhi Syariatnya. Fahaman Sunnah mulai KABUR setelah lahirnya zaman MUQALLIDIN pada abad ke tujuh hijrah,(656h) setelah di katakan pintu Ijtihad di tutup.

Zaman kemurnian As-Sunnah ialah dimulai zaman kehidupan Rasullah s.a.w. zaman kedua Khulafaa'ir Rasyidin, zaman ketiga ialah zaman sahabat kecil dan Tabi'iin, zaman ke empat ialah zaman Mujtahidin yang berakhir pada abad ke empat (350H) dan abad ke lima dan ke enam adalah abad Pentarjihan yang akhirnya tibalah zaman kemalapan Umat Islam Sedunia.

Dalam abad ketujuh (mulai 656H), mulalah zaman muqallidin iaitu zaman ummat Islam membeku otak dan fikirannya yang menyebabkan ummat Islam tidak bergerak lagi, dan zaman ini timbulnya fitnah hingga sekarang. Tetapi Allah tidak akan memadamkan Nur Nya, maka tumbuhlah:-

1. Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnul Qaiyyim (661-728) - (691-751) Abad ke 8.

2. Muhammad Abdul Wahhab dan anak-anaknya di Hijaz (1114-1176 H) Abad ke 12.

3. Syed Jamaluddin Al Afghany (1839-1897 M)
Syed Muhammad Abdul (1849-1905 M)
Syed Mohd Rashid Ridha (1855-1935 M)
- Abad ke 13 H / 19-20 M.

Fikiran "Urwatul Wutsqa" (13 March 1884-Oktober 1884) dan timbul pula Majalah Al Manar, yang kemudian lahir fikiran Urwatulwutsqa dan Al Manar keseluruh dunia Islam sebagai hasil dari fikiran Muhammad Abduh - Rashid Risha.

Fikiran itu segera mengalir kealam Melayu yang disambut pula oleh Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin dengan Majalah Al Imam yang pertama 1906 di Singapore yang tersibar luas di Semenanjung Tanah Melayu dan beberapa kota di Indonesia, dan timbullah Majalah Saudara dan Ikhwan di Pulau Pinang, dan lahirlah Kiyai Ahmad Dahlan di Indonesia dengan Muhammadiyahnya, serta bersemaraklah fikiran Muhammad Abduh dinusantara sekalipun menempuh ranjau sepanjang zaman.

Tidak dilupai sepanjang perjalanan Keluarga As Sunnah dinusantara ini nama-nama mujahidnya, antaranya:

DI MALAYSIA:-
Syeikh Mohd Tahir Jalalauddin
Pendita Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba)
Sayed Syeikh Ahmad Al Hady
Syeikh Abu Bakar Al Asy'ary
Syeikh Ibrahim 'Aqiby
Al Ustaz Hj. Ahmad Amin
Al Ustaz Hj. Saidin Kamaruddin
Datuk Hj. Muhammad Said Kelantan
Maulana Muhammad Ma'adah bin Layang
Hj Nik Saleh nin Wan Musa
Syeikh Sidi Latif
Hj.Abdul Malik Hussain
Al Hafidz Hj. Rijal Abdullah
Al Ustaz Hj. Hashim Ghani


Mata rantai Muhammad Abduh - Rashid Ridha juga ada beribu-ribu banyaknya diseluruh dunia Islam yang dianggap sebagai golongan Safiyyien yang tidak mementingkan satu mazhab sahaja dengan tekad menyatukan semula semua mazgab dibawah dilindungan Kitab Al Quran-Hadits dan pada tahun 1938 lahirlah hasrat murni ini suatu kumpulan Ulama Islam sebagfi golongan "AL ISLAH" di Mesir dibawah pimpinan Mushthafa Al Maraghy, kalangan ini terus bergerak hingga sekarang.

Keluarga As Sunnah Malaysia adalah jalinan dari semua yang dinyatakan ini yang mempunyai keluarga berpuluh ribu orang hingga sekarang ini yang ingin membentuk suatu keperibadian, suatu masyarakat kecil atau besar yang bercorak As Sunnah, yang bersumberkan Kitab Al Quran dan Sunnah Rasul saw.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template