Selasa, 23 Februari 2010

Antara TAQWA dan TAKABBUR

Maka disini bertemu dua kisah, iaitu Kisah KUFUR dan IMAN dalam mengakui Keajaiban AlQuran, sebagai pengakuan dua tokoh kuat yang banyak mempunyai perbedaan, iaitu antara Umar Ibnul Khattab ra. dengan Al-Walid Ibnul Mughirah.

TAQWA telah menerangi dada Umar dengan Islam, dan TAKBUR telah melindungi AlWalid dari menerima Cahaya Islam. Kedua2nya berpegang dengan prinsip masing2 sesudah bertemu pada satu titik pertemuan, iaitu titik pengakuan pada keajaiban AlQuran.

Tidak sedikit pun cerita yang menjadi dalil akan menjadi kekaguman orang Kafir terhadap AlQuran seperti yang terkandung didalam AlQuran itu sendiri, antaranya didalam S:Fushshilat - A:26 " Orang2 Kafir berkata: Jangan lah kamu mendengar Al-Quran ini dan buatlah kekacauan terhadapnya supaya kamu dapat mengalahkannya"

Sesungguhnya ayat ini membuktikan bahawa AlQuran telah menggugat hari mereka dan juga pengikut2 mereka. Mereka merasakan bahawa pengikut2 mereka telah terpengaruh dengan keajaiban satu dua ayat Quran sama ada secara sedar atau tidak, atau terpengaruh dengan satu dua surah yang dibacakan oleh Muhammad SAW ataupun pengikut Muhammad SAW yang lebih awal. Mendengar ayat2 Al-Quran maka akan segera mendapatkan mereka setiap orang yang bertaqwa.

Para pembesar Quraisy tidak akan berkata2 sedemikian kepada pengikut mereka kiranya mereka dapat mengatasi keagungan AlQuran. Kalaulah mereka tidak merasakan semacam gugatan dalam hati kecil mereka, gugatan yang lahir dari pancaran keindahan Al-Quran, maka mereka tidak akan memerintahkan para pengikutnya menjauhi al-Quran atau mempermainkan al-Quran seperti apa yang tertera didalam al-Quran. Mereka tidak akan menyebarkan arahan itu sebagai amaran dikalangan mereka. Ini adalah menjadi sebesar2 bukti akan betapa dalamnya kesan Al-Quran itu didalam hati mereka.

AlQuran juga telah menyatakan akan kata2 mereka sebagai tanda Ingkar: Dalam S:AlFurqan A:5, "Dan berkata mereka : Al-Quran ini kabar doggeng orang2 dahulu kala yang dituliskan oleh Muhammad dan dibacakan orang kepadanya pada waktu pagi dan petang".

Mereka berkata lagi seperti dalam S:Al-Anfal A:31, "Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2 kami, mereka berkata: "Sesungguhnya telah kami dengar, jika kami menghendaki niscaya kami dapat pula membacakan ayat seumpama ini. (Al-Quran) ini tidak lain melainkan donggeng2an orang2 purbakala".

Mereka berkata lagi "Bahkan mereka berkata pula" AlQuran itu adalah mimpi2 yang kalut, malah diada2kan nya, bahkan ia seorang penyair" S:AlAnbiya' A:5. Dengan sikap angkuh dan sombong ini, maka AlQuran mencabar mereka beberapa kali:- "Katakanlah, Hai Muhammad! Cuba kamu buat sepuluh surah seumpama AlQuran itu! S:Hud - A:13 dan S: Yunus - A:38 Katakanlah Hai Muhammad! " Cuba kamu buat surah seumpamaNya!" Tetapi janganlah sepuluh surah, satu surah sahaja pun mereka tidak berdaya untuk membuatnya, dan mereka tidakpun mencuba untuk membuat kecuali para Nabi Palsu sesudah Muhammad saw Pun begitu percubaan mereka tidak begitu serius sehingga tidak dapat dikatakan sebagi satu percubaan yang berjaya. Walaupun begitu pendapat yang mengatakan mereka tidak membuat percubaan tidaklah boleh dijadikan ukuran KESAN MENDALAM. Sebagai mengakhiri bahagian ini, ada baiknya kita catitkan dari ayat2 AlQuran yang telah memberi kesan pada hati mereka yang diberi Ilmu dan mereka yang tertutup pintu hatinya dari menerimanya. Mengenai kisah orang Yahudi dan Nasrani, Al-Quran menjelaskan dalam S:Al-Maidah - A: 82/83 yang maksudnya: " Sesungguhnya kamu akan temui manusia yang sangat memusuhi orang2 yang beriman, mereka itu ialah Orang Yahudi dan Orang2 Musyrik (mempersekutukan Allah) dan sesungguhnya akan kamu temui orang2 yang Kasih kepada orang2 yang beriman iaitu mereka yang berkata: "Sesungguhnya kami ini Orang2 Nasrani". Yang demikian itu disebabkan kerana diantara mereka itu terdapat Alim Ulama dan Pendeta2 yang beribadah,sedang mereka itu tidak pula sombong. Dan apabila mereka itu mendengar ayat2 yang diturunkan kepada Rasulullah, Engkau lihat airmata mereka itu bercucuran kerana mereka mengetahui akan kebenaran (AlQuran yang telah mereka ketahui dari kitab2 mereka) sambil mereka berkata: " Hai Tuhan kami! kami telah beirman, maka tuliskanlah kami bersama Orang2 yang yang menjadi saksi (mengakui atas kebenaran AlQuran dan keNabian Muhammad saw". S:5 - A:82/83. Ayat ini menggambarkan kesan yang mendalam (Internal Effect) kerana mendengar ayat2 AlQuran. Hal ini dapat dikesan dari cucuran airmata yang melihatkan pengakuan mereka tentang kebenaran. Maka kenyataan ini merupakan bukti nyata yang tak dapat disangkal lagi akan kebenaran hakiki, untuk lebih jelas lagi AlQuran menyatakan dalam S:Bani Israel - A:107/108. Begitu juga gambaran mereka yang takut kepada Tuhannya dalam S:Az-Zumar - A:23 "Allah telah menurunkan sebaik2 perkataan yaini: ALKitab/Quran yang serupa ayat2nya lagi berulang2, oleh kerana mendengarnya, menggeletarlah kulit orang2 yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi lembut kulit mereka dan Hati2 mereka terhadap mengingat Allah" Demikianlah ayat2 ini kesemuanya itu sebagai ayat2 yang memberi kesan, yang dapat menyentuh hati kecil Insan, dapat menggerakkan perasaan dan dapat mengalirkan airmata keinsafan. Kiranya ia didengar oleh orang yang bersedia untuk BERIMAN, maka segera ia beriman dengan penuh KHUSYUK Dan kiranya ia didengar oleh orang yang ENGGAN beriman kerana TAKBUR maka akan berkatalah mereka: "Sesungguhnya ini tidak lain dari suatu Sihir yang nyata" atau mereka berkata: "Janganlah kamu dengar Al-Quran itu dan berteriak2lah waktu membacanya, moga2 kamu mengalahkannya". Maka berikrarlah mereka dengan keTakjuban AL-QURAN yang amat mempesona samada secara sedar atau tidak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template