Khamis, 17 Jun 2010

PEJABAT AGAMA DAERAH K. PILAH MELARANG/MENCEGAH JAMAAH AS SUNNAH MENDIRIKAN SOLAT JUM'AT??

MIS telah menerima dua surat daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah bertarikh 14 Jun 2010 MELARANG Jamaah As Sunnah Kuala Pilah melakukan Solat Jumaat di Madrasah Ittiba Us Sunnah, dan dalam surat kedua MELARANG menjemput penceramah yang tiada Tauliah Mengajar Agama di MIS. Mengikut surat yang ditandatangani oleh Pegawai Agama Islam Daerah itu, tindakan diambil berdasar kepada aduan daripada orang ramai. Adalah amat malang sekali, sebuah badan yang diamanahkan menjaga kepentingan ummat Islam dinegara ini, mengambil sesuatu tindakan yang menekan dan menghukum satu pihak tanpa diberi ruang menjelaskan pendirian dan perpegangannya yang hanya berpandukan ADUAN ORANG RAMAI. Siapakah orang ramai itu? Berapa ramaikan mereka? Apa hubungan mereka dengan MIS? Dan yang pastinya mereka yang membuat aduan itu, adalah mereka yang mencemburui dan jahil dengan perkembangan dan perjalanan MIS. Sebagai sebuah badan yang menjaga kepentingan umat Islam, Jabatan Agama Islam, tanpa mendengar pandangan pihak yang diadukan terus bersekongkol dengan pengadu dan menghukum LARANGAN itu dan ini dengan ugutan akan dituduh dibawah seksyen sekian dan penjara sekian banyak. Apakah ini suatu tindakan yang adil? Atau apakah Pejabat Agama Islam Daerah K. Pilah sudah tidak ada lagi kewibawaan untuk mencari jalan penyelesaian hal di MIS ini? Mengikut rekod yang ada dalam simpanan kami, kewujudan MIS ada lebih awal daripada enakmen Pentadbiran Agama Islam (N. Sembilan), maka itu tidakkah boleh Jabatan Agama Islam NS memberikan kelonggaran kepada MIS? Kerana peraturan dan enakmen itu adalah hasil dari pemikiran manusia, jika dibandingkan dengan peraturan dan perintah Allah dan Rasul, perhatikan: Nabi Muhammad saw dalam sabdanya telah mengistiharkan "telah dijadikan untukku bumi ini tempat bersujud (masjid) dan berseh".

Alangkah besarnya dosa orang yang menghalang umat Islam dari menunaikan solat. Mereka akan bersama Abu Lahab didalam neraka dimana Abu Lahab dan Abu Jahal pernah menghalang Rasulullah bersembahyang di Masjidil Haram.


1 ulasan:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG on 17 Jun 2010 pada 7:07 PTG berkata...

Bersabarlah dalam perjuangan menegakkan manhaj SALAF wahai sahabatku....INSYALLAH ALLAH akan memberi pertolongan

Catat Ulasan

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template