Rabu, 14 April 2010

TAUHID

PERBUATAN BAIK DAN BURUK

Sesuatu yang ada kekurangannya tentulah ada keburukannya yang tidak
ditolak oleh orang yang mempunyai perasaan atau Idrak yang mulia,
sekalipun berbeza2 pula dalam satu keadaan tentang kesan-kesan
rasa keburukan didalam wijdan dan rasa perasaan dalam pancaindera.
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Apakah kalangan manusia ini ada yang mengingkari buruknya kekurangan akal dan rendahnya cita2 serta lemahnya keazaman? Ya!! cukuplah babak-babak kekurangan meresapi cita-cita dan hikmah, tetapi mereka bergiat bagi melenyapkannya kadang-kadang mereka berbangga bahawa mereka memiliki sikap sebaliknya.

Seringkali ciri-ciri yang buruk itu akan menjadi indah disebabkan bekas dan kesan yang dihasilkan , sebaliknya ciri-ciri yang indah bertukar menjadi buruk disebabkan akibat-akibat yang buruk. Sesuatu yang pahit memang mematikan selera, laksana raja yang cacat anggota, berbulu mata memandangnya tetapi kesan daripada kepahitan itu akan menyembuhkan penyakit dan kesan2nya cepat dilaksanakan oleh sang raja yang cacat anggota terhadap rakyatnya terutama kalau ia berEhsan terhadap kita sendiri, ia akan merubah pandangan jiwa kita bahawa raja tersebut lebih murni dari rupanya yang cacat didepan mata kita.

Ini disebabkan kesan-kesan yang indah dari kesempurnaan yang akan memberi sinar kepada empunya, indera akan merasai indah-indah sahaja, contohnya lihatlah betapa buruknya yang manis bila manis telah merosakannya, dan lihatlah betapa jijiknya yang indah permai bila yang indah itu sudah berlaku zalim dan berkepala batu.

Akal kita - Apakah orang yang siuman akalnya sanggup untuk tidak mahu mengatakan perbuatan-perbuatan yang bersifat ikhtiar sebagaimana ia harus katakan kepada segala makhluk yang wujud ini? sedangkan af 'al ikhtiariyah itu adalah semacam dan serupa juga dengan yang maujud ini....ia berlaku dibawah pancaindera dan idrak pendapat akal kita. Sama ada perbuatan-perbuatan itu sendiri ataupun kesan-kesan daripada perbutanan itu, idrak akal kita dapat merasakan kesan-kesan perbuatan itu seperti apa yang dirasai dari kesan balas gambaran segala kianat sendiri?

Tidak! ITU TIDAK BETUL..!! sebenarnya Af 'al Ikhtiariyah atau perbuatan yang berbentuk ikhtiar manusia ini adalah satu bahagian dari segala yang maujud ini, peraturan hukum yang berlaku pada Af 'al Ikhtiariyah adalah sama seperti yuang berlaku pada yang maujudat ini dengan terangnya.

AF 'AL IKHTIARIYAH

Diantara Af 'al Ikhtiariyah yang dimiliki manusia ini ada yang amat menarik hati yang memang memberi kesan dalam jiwanya, jiwanya merasai ketakjuban dan tertarik terhadap keindahan ciptaan alam semesta, seperti perbarisan angkatan tentera yang berdisiplin, pergerakan kemahiran sukan yang beraneka yang terkenal dengan nama Gimnistik juga seperti dendangan irama seni muzik yang menusuk rasa dengan nada yang teratur.

Sebaliknya Af 'al Ikhtiariyah manusia itu ada pula tidak baiknya, jiwa yang merasai keburukan itu betapa kurang enaknya melihat kejadian yang buruk, seperti melihat betapa panik orang yang lemah jiwanya sewaktu dalam kegemparan, ratap tangisan kaum wanita dan raungan orang yang didalam ketakutan huru hara.

Af 'al Ikhtiariyah itu juga adalah buruk disebabkan kesan yang menyakitkan dan ada juga yang baik kerana ia menarik kelazatan atau menolak kepayahan dan kesakitan . Af 'al yang buruk kerana kesan yang menyakitkan itu seperti memukul dan melukakan dan sebarang perbuatan manusia yang menyakitkan dan Af 'al Ikhtiariyah yang baik kerana menarik kelazatan dan menolak kepayahan seperti makan kerana lapar, minum kerana dahaga dan sebarang perbuatan manusia yang membuahkan kelazatan dan menolak bahaya kesakitan yang tidak terhingga. Banyaknya maka dalam jurusan ini bahawa baik itu bererti lazat dan buruk itu bererti menyakitkan.

Sedikit sekali perbezaan antara manusia dan haiwan yang maju dalam dua pengertian buruk dan baik tadi menurut ciri-ciri rantai jalinan wujud, hanya berbeza dalam kekuatan tenaga (wijdan) dan batas martabat keindahan dan keburukan sahaja. Diantara Af 'al Ikhtiariyah itu ada juga yang baiknya iaitu berdasarkan kepada kemanfaatan yang ditimbulkannya dan memandangkan buruknya yang diakibatkan oleh berbagai-bagai bahaya. Pengertian seperti ini hanya tertentu kepada manusia sahaja bila pengertian baik dan buruk itu diambil dari sudut yang lebih sempurna, dan sedikit sekali haiwan yang lain yang ada bersekutu dengan manusia didalam hal ini kecuali dengan pandangan dari jurusan-jurusan yang singkat. Inilah dia keutamaan akal dan rahsia hikmah ketuhanan dalam menganugerahi daya pemikiran.

Namun begitu diantara yang lazat-lazat itu ada pula yang buruk akibatnya, umpama berlebihan dalam makanan dan minuman, terus menerus terpaku mendengar nyanyian dan menurut nafsu syahwat sepanjang masa, Semuanya itu akan merosakkan kesihatan dan mensia-siakan akal, memusnahkan harta benda dan membawa kepada kelemahan dan kerendahan belaka.

Buruknya kelazatan seperti demikian tidak lain kerana terlalu singkatnya masa derita, sedangkan zaman berpoya-poya dengan kebiasaan mewah yang mengakibatkan berbagai penderitaan itu terlalu lama, demikian terlalu buruk keadaanya, yang tidak akan berhenti kecuali mati, dan kerana lemahnya tanggapan dan penilaian antara kelazatan kebendaan berbanding dengan peritiwa-peristiwa dahsyat yang amat menyakitkan itu.

Dalam pada itu diantara benda-benda yang menyakitkan dan menyusahkan itu ada yang dianggap baik, umpamanya bertungkus lumus membanting tulang dalam usaha mendapatkan rezeki yang halal dan untuk mempersiapkan diri dikala datangnya waktu tua supaya berhati tenang dan berjuang menahan hawa nafsu dengan mengadakan sekatan dari memakan benda-benda lazat dalam masa tertentu dengan tujuan untuk memperkuat tenaga anggota badan dan akal dengan sempurna. Sambil memelihara dan mengawasi keinginan itu jangan sampai bermewah-mewah kecuali sekadar kelazatan yang memenuhi keperluan biasa yang tidak bercanggah dengan kebiasaan atau membuat system yang dapat meringankan beban hidup sekalipun ia dihitung amat terpenting dalam kehidupan.

Perkara-perkara yang merbahaya yang dipandang baik oleh akal manusia ialah:-
Penentang manusia kepada musuhnya, sama ada musuhnya itu dari manusia sendiri ataupun dari jenis lainnya, yang bertujuan untuk mempertahankan diri atau untuk memberikan pertolongan kepada rakan seperjuangannya, suku atau warisnya, puak dan umatnya iaitu menurut kemahuan perasaannya. Dia harus membela walaupun bergadai nyawa untuk itu, seolah-olah pengorbanan hidup ini menjadi suatu cagaran bagi suatu kehidupan yang lain, ini menjadi kesedaran jiwanya sekalipun akalnya tidak menetapkan demikian.

Antara perkara-perkara yang susah tetapi dianggap baik juga ialah berusaha memerah sepenuh tenaga untuk menyingkap rahsia ilmu yang selama ini masih samar mengenai hakikat kejadian alam. pengorbanan tenaga kearah itu seolah-olah tidak satupun bahaya yang merintangi berbanding dengan kelazatan hasil yang amat mententeramkan yang bakal dinikmati kelak.

Antara kelazatan yang dianggap buruk ialah:-
Perbuatan merompak hasil orang lain dan menyembuhkan penyakit iri hati dengan memusnahkan nyawa atau harta yang amat menyakitkan hatinya. Perbuatan seperti itu menimbulkan kebimbangan umum, malah kepada pengancam itu sendiri. Anda tentu dapat mengambarkan betapa lunaknya hasil menepati janji dan menyempurnakan persetiaan dan betapa pula pahitnya akibat penipuan.

Sekian.


Petikan Buletin Bulanan
Masjid Jamek Paya Trubung.PP
Oleh:Alyh. Utz.Hashim Ghani


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template