Rabu, 30 Disember 2009

MEMO 66

(Memorandum yang dikeluarkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Kuala Pilah pada 22 Julai 1966 mengandungi 37 mukasurat)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

BISMILLAHIR RAHMANNIR RAHEEM
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih)
Memorandum daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah Kuala Pilah

Naskah Rasmi
Disampaikan kemajlis:

Yang Berhormat Tuan Pengurusi Majlis Ugama Islam Negeri Sembilan,
Yang Mulia Tuan Yang Dipertua Jabatan Ugama Negeri Sembilan.

Naskah salinan
disampaikan ke majlis:

  • Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,
  • Yang Amat Mulia Dato’2 Undang Yang Empat, Serta Tengku Besar Tampin,
  • Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Negeri Sembilan,
  • Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,
  • semua Ahli-Ahli Mesyuarat Majlis Ugama dan Majlis Shariah Jabatan Ugama Negeri Sembilan.

(22hb.Julai, 1966 bersamaan dengan 4hb.Jamadilakhir,1386)

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHEEM
(DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIH)

KATA PENDAHULUAN

Alhamdulullah, segala puji bagi Allah yang telah menjadikan Islam sebagai agama penyelamat di dunia dan di akhirat. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad utusan Allah yang telah meninggalkan 2 pusaka, iaitu kitab Allah dan Sunnahnya.

Bahawa sesungguhnya kami ahli sunnah wal jamaah kuala pilah yang berpusat di Madrasah Ittibaa’ us sunnah,batu 1 1/4, Jalan Seremban Kuala Pilah telah di anggap sebagai suatu golongan yang tidak beramal dan berpegang teguh kepada dasar-dasar islam yang sebenar-benarnya sehingga kami telah diberikan jolokan kaum muda dan berbagai jolokan yang lain oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

Sebenar-benarnya dasar Islam kami adalah berpandukan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya dan kami percaya dengan berpegang teguh atas dua sendi ini, kami tidak akan sesat selama-lamanya, sebaliknya sesiapa jua yang menyeleweng dari kedua-dua sendi ini akan sesat yang akan dihiburkan dengan api neraka di hari pembalasan kelak.

Maka bagi menjelaskan perpegangan kami,inilah kami bentangkan sebuah memorandum kepada pihak yang berkuasa Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan, dengan tujuan untuk menegaskan dan menerangkan apa yang sebenarnya yang berlaku dalam keyakinan kami beragama yaag selama ini di ragukan keIslaman kami oleh Jabatan Agama Negeri Sembilan.

Dalam memorandum ini telah kami lengkapkan segala yang berlaku antara kami dengan pihak Jabatan Agama Islam, dan dibentangkan pula segala kegiatan dan ketegasan kami yang di akhiri pula dengan surat terbuka dengan maksud supaya suatu ketentuan dan kepercayaan diberikan kepada kami.

Oleh kerana perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini bukan merupakan perjuangan segelintir manusia, tetapi menjadi perjuangan umat islam di seluruh dunia ini. Maka kami dengan dada yang lapang membentangkan memorandum ini secara terbuka dan terang, semoga timbullah suatu kebenaran yang mengatasi segala kebatilan.

Sekian,wasalam.

PENGENALAN SECARA AM

1. A. Apakah yang di sebut Ahli Sunnah Wal Jamaah berartilah penganut-penganutnya terdiri daripada orang-orang Islam yang mengamalkan agamanya bersendirikan kitab Al Quran dan Al Hadis, Ijmaa’ Sahabat dan Qiyas di bahagian keduniaan sahaja.

b. Ahli sunnah wal jamaah adalah terlingkung dalam empat sendi ini dalam soal2 Tauhid,Ibadat dan urusan keduniaan, tidak akan keluar dari itu pada atau pada bila2 masa.

c. Ahli sunnah wal jamaah tidak bertaglid kapada salah satu mazhab, mashor atau tidak mashor, tetapi ia boleh melakukan ittibaa atau mengikut satu2 pendapat ulama’ setelah diketahui keterangannya dengan jelas daripad Al Quran dan Hadis saheh.

2. A. Faham Ahli Sunnah Wal ini bukan sesuatu yang baru, tatapi faham ini telah disalurkan oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat2nya serta dimenangi oleh salafus salihein. Malangnya faham ini telah diselubungi berbagai bid’ah sejak zaman malapnya cahaya Islam hingga kurun2 yang akhir ini, tetapi bagaimanapun telah bangun semula setelah kesedaram itu muncul.

B. Tak dapat di lupai dalam perjuangan pembangunan ahli sunnah ini nama2 seperti Al Ustaz Syed Sheikh Jamaluddin al-Afghani, Syeikh al Imam Muhammad Abduh, Muhammad Rashid Ridha dan di Kepulauan Melayu ini seperti Allahyarham Sheikh Muhd. Tahir Jalaluddin, Sheikh Muhammad Jamil Jambe’, Sheikh Abdullah Ahmed, Sheikh Ibrahim ‘Aqiby, Haji Abdul Malik Kasim Amrullah (HAMKA), Sheikh Abu Bakar Al ‘Ashary dan pejuang2 Ahli Sunnah yang banyak berselerak sekarang ini.

3. A. Ahli Sunnah Wal Jamaah telah tumbuh sejak sebelum perang, yang di pelopori oleh Allahyarham Maulana Muhammad Ma’adah bin Layang (1937-1942) serta beberapa orang ulama sebelumnya. Pada zamannya pengajaran Al Quran dan Al Hadis terus disebarkan melalui madrasah ‘Aliyah Islamiah Pelangai dan syarahan agama di seluruh negeri dengan mendapat sepenuh penuh keizinan daripada Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman Shah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dengan pengertian bahawa keizinan itu meliputi segi ilmu dan amalan.

B .Ajaran Al Quran dan Al Hadis terus disebarkan dari masa ke semasa sehingga lepas perang. Penganut2 Ahli Sunnah disini makin bertambah dan mendapat sambutan apabila usaha2 di jalankan lebih giat mulai pada tahun 1954, ulama’2 sefaham telah dipanggil untuk mempertajam keyakinan dan memperdalam pengetahuan anggota. Sebuah bangunan sebagai pusat telah di bina iaitu Madrasah Ittibaa As Sunnah Batu Satu Jalan Seremban Kuala Pilah pada tahun 1956. Kini anggota ahli sunnah ini berjumlah kira2 dua ratus orang lelaki perempuan bercampur kanak2 yang hampir baligh iaitu dikeliling bandar Kuala Pilah sahaja.

C. Dalam peringkat ini tak dapat dilupakan usaha2 daripada Al Ustaz Haji Ahmad Amin, Jasin Melaka dan Allahyarham Dato Pengaman Ismail bin Dato Laksamana Manat, Ustaz Haji Ahmad Amin terus menyambung usahanya itu hingga sekarang.

MENGHAPUS SYIRIK DAN BID’AH

4.A .Ahli Sunnah Kuala Pilah khususnya dan Negeri Sembilan amnya dengan dasar yang dinyatakan pada bab pertam aiaitu mempunyai pendirian yang tegas. Tidak akan bertolak ansur terutama dalam soal tauhid dan ibadat, membanteras segala kekarutan dalam amalan yang bertentangan dengan ajaran Allah dan Rasulnya, berusaha menerima dan menyampaikan pelajaran2 agama Islam dari sumber2 yang sebenarnya di samping tidak mencuaikan barang sedikit pun tidak mengupas dan meneliti persoalan yang berkaitan agama.

b. Maka itu,tiap2 persoalan yang di kemukakan oleh Ahli Sunnah kepada ahli2 agama di negeri ini telah dipandang asing dan didapati bertentangan dengan pendapat mereka. Apalagi pendapat mereka2 itu tidak mempunyai alasan, dan dari itu timbullah celaan dan kata nista dilemparkan terhadap kami Ahli Sunnah. Antaranya menuduh bahawaAahli Sunnah ini ialah Kaum Khawarij, Kaum Muda, Kaum Wahaby dan paling kesati ialah anggapan bahawa Ahli Sunnah ini telah keluar dari agama Islam.

5. Antara masaalah2 yang dianggap syirik atau menyimpang dari agama dan bid ah oleh ahli sunnah di sini ialah:

1. Menyeru selin daripada Allah seperti “ya rasulullah” dan atau “ya sheikh Abdul Kadir Jailani” dan sebagainya kerana meminta pertolongan.

2. Bertawassul dalam beribadat kepada Allah dengan perantaran wali2 atau orang2 yang soleh yang telah wafat ataupun guru, gurunya umpama amal ibadat murid disampaikan kepada Allah menerusi guru atau wali2.

3. Mempercayai atau memohon sesuatu kepada wali2 keramat, kubur2, batu2, kayu2 besar, ulu2 air dan lain2 lagi yang dianggap keramat.

4. Membayar nazar kepada kubur dan di tempat2 yang di anggap berpuaka dan berhantu.

5. Bersemah, memuja2 dan menjamu hamtu untuk keselamatan.

6. Mempercayai tangkal dan azimat dapat memelihara keselamatan diri.

7. Menganggap sesuatu bertuah atau celaka.

8. Menilik penyakit atau nasib kepada bomoh2 atau peramal2.

9. Mengambil berkat daripada wali2,guru2 seperti menyimpan air mandi atau sesuatu yang terpandang berkat dalam pengertian ghaib.

10. Menghalal dan mengharam sesuatu tanpa keterangan dari Allah dan Rasul.

11. Bertaklid-buta mengikut pendapat atau keputusan seseorang dengan tidak di usul periksa dalam masalah2 agama.

12. Mengamalkan berbagai tariqat yang tak pernah di salurkan oleh Rasulullah dan sahabat2nya seperti suluk dengan cara tertentu.

13. Mengamalkan ilmu2 batin, seperti ilmu kaji diri, awal Muhammad akhir Muhammad, ilmu bungkus dan lain2nya.

14. Mengunakan ayat2 Al Quran sebagai sihir atau azimat.

15. Menghadiahkan pahala bacaan kepada arwah si mati.

16.bertahlil arwah dikubur atau dirumah untuk simati.

17. Membacakan ayat2 suci Al Quran di atas kubur atau rumah untuk si mati.

18. Membaca talqin atau mengajar orang mati di kubur.

19. Fidyah2 sembahyang kepada si mati.

20. Berzikir atau membaca ayat2 Al Quran di hadapan jenazah.

21. Berjamu atau makan minum kerana kematian seperti meniga, menujuh, mengempat puloh dan meratus hari simati.

22. Memasang lampu atau pelita diatas kubur pada malam2 jumaat, hari raya atau hari2 yang tertentu.

23. Mengadakan azan atau iqamat kerana si mati atau kerana musafir.

24. Melalulintaskan anak2 dibawah usongan simati.

25. Membina atau memperhias kubur2.

26. Menabur bunga atau meletakkan kalungan bunga di kuburan.

27. Meletakkan ayat2 Al Quran di sisi jenazah di dalam kubur.

28. Melafazkan(menyuarakan) niat sebelum takbiratul ehram dengan perkataan: ___ yang mengandungi 10 kata2 bid’ah disini.

29. Menyatakan muqaranah (qasad, ta’arradh, ta’yeen) dalam hati pada masa takbiratul ehram.

30. Meletakkan tangan mirip kerusuk kiri semasa berdiri sembahyang.

31. Menambah lafaz “syiedina” dalam tashhud azan atau tahaiyat.

32. Membaca doa qunut tertentu untuk sembahyang subuh sahaja.

………..

(salinan akan saya sambung lagi kemudian)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template