Rabu, 30 Disember 2009

KTF INSTITUT

KTF

KTF INSTITUT telah ditubuhkan semenjak tahun 1975. KTF adalah singkatan kepada Kursus Tertulis al-Furqan, iaitu sebuah institusi yang mengendalikan Kursus Menterjemah Al-Quran secara harfiah Gaya Pos dan Keset. Dalam siaran Risalah As Sunnah Bil 21 Tahun 2, menyatakan bahawa KTF memberi penekanan kepada mempelajar Kitab Al-Qur’an, bukan sekadar membaca dan melagukan bersama ilmu Tajwidnya.

Kaum muslimin perlu mempelajari terjemahannya kemudian memahami maksud yang terkandung didalamnya. Untuk memahami kitab Al Qur’an bukan selamanya membawa bersama buku-buku yang sudah diterjemahkan, tetapi perlu memahami dalam bahasa ibunda semua lafadz yang berbahasa Arab dalam Al Qur’an itu.

Memang banyak tuan guru yang berkebolehan menafsir dan memahami isi Kitab itu, tetapi para penuntun yang mengikuti tafsiran itu akan berkekalan seperti biasa, kerana tidak upaya melaksanakan sendiri seperti gurunya. Ini disebabkan tiada suatu sistem agar penuntun juga berupaya memahami sendiri.

KTF Institut menyarankan pelajaran memahami Al Qur’an dengan suatu sistem efektif hingga pelajarnya mempunyai kesanggupan menterjemah dangan memahami maksudnya tanpa bersusah payah melihat terjemahan yang dibuat orang lain. Oleh itu setiap muslim dirantau ini diseru mengikuti pelajaran yang penting ini menerusi KTF.

Untuk mengikuti pelajaran ini boleh hubungi Utz. Musa Saderi Tel No: 013-2316963 atau Siti Hajar Hashim 013-2113078 atau menulis surat di:-

KTF INSTITUT
31, Wisma Sentosa,
72000 Kuala Pilah. N. Sembilan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template