Rabu, 22 Jun 2011

UCAPAN TERIMAKASIH DARI MADRASAH ITTIBA US SUNNAH


Saya bagi pihak Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah, Kuala Pilah, mengucapkan setinggi syukur kehadrat Allah SWT, kerana kita berkeyakinan setiap kesusahan, disitu ada kelapangan. Dan petang tadi mulai jam 3.30 petang, suatu Kenyataan Media telah diadakan di Dewan MIS yang dihadiri kira-kira 70 orang termasuk para wartawan, Pegawai-pegawai Keselamatan IPD Kuala Pilah, Ketua Cawangan Khas IPK Negeri Sembilan, Penduduk-penduduk Kampung Parit dan sekitarnya yang memberikan sokongan padu kepada gerakan Kembali Kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Turut hadir adalah anak-anak kepada para Pengasas Madrasah/Maahad Ittiba Us Sunnah, iaitu Dato' Kamel Bin Dato' Yusof (Ketua UMNO Cawangan Parit), Dato' Norhayati Omar (Ketua Wanita UMNO Cawangan Parit dan Negeri Sembilan), En. Shukri Sharif (Pengerusi JKKK Kg. Parit) Sdr. Farok Ramli (Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan AJK UMNO Bahagian Kuala Pilah), Peguam Izzafi Isther Khan, Ustaz Khairudin Daud (Guru MIS), Ust. Musa Saderi (Mudir MIS). Majlis dimulai dengan Kenyataan Umum yang dibacakan oleh Sdr. Hazman Hashim (anak kepada Aly. Hashim A. Ghani) dengan ulasan mengenai sejarah perjuangan MIS, kemudian penafian penglibatan MIS dengan kumpulan JI oleh Dato' Kamel Bin Dato' Yusof, begitu juga dengan penafian dan yang dibuat oleh Dato' Norhayati Omar dan juga Pengerusi JKKK Kampong Parit Sdr Shukri Sharif. Mereka sebagai orang-orang yang berjawatan di Kampong Parit ini telah menafikan Laporan Akhbar Utusan Malaysia hari ini yang cuba mengaitkan MIS dengan Ideologi JI yang bersifat menghina dan merendahkan itu. Ini sekali gus telah mencabar maruah anak-anak jati Kampong ini khususnya dan masyarakat Kuala Pilah amnya. Kesemua Mereka telah memberikan ulasan mengenai laporan tersebut dan sekaligus menyatakan sokongan atas Perjuangan MIS yang diataskan oleh Allahyarham bapa-bapa mereka dan menyatakan akan mempertahankan MIS daripada dinoda oleh tangan-tangan kotor yang ingin memadamkannya perjuangan MIS.

Selesai penerangan oleh Pendokong MIS tersebut, sessi soal jawab telah dibuka untuk para wartawan. Sdr. Hazman menyatakan harapan, agar para wartawan yang dipanggil dapat maklumat sebenar mengenai MIS terus dari sumber asalnya, bukan melalui tangan kedua dan sebagainya agar maklumat tidak terseleweng dan tiada orang akan teraniaya.


Wartawan yang mewakili Berita Harian, Metro, Sinar, Utusan Malaysia, RTM tidak melepaskan peluang untuk menanyakan pelbagai soalan. Walaubagaimanapun suatu tindakan undang-undang tetap akan diambil terhadap Laporan Utusan Malaysia tersebut, bagi memulihkan kekotoran yang telah dibuat itu.

Majls berjalan dengan baik dan selesai sessi soal jawab, majlis bersurai dengan penuh mesra. Kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat didalam majlis petang tadi. Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Al-Miezaan Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template